SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Oktober 2008

CUEPACS TERIMA ADUAN PEKERJA TAMAT KONTRAK

Petikan Berita harian
31/10/2008


KUALA LUMPUR: Cuepacs sudah menerima aduan daripada kakitangan kontrak yang bakal ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini, antaranya Jabatan Bekalan Air (JBA) Negeri Sembilan dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan. Presidennya, Omar Osman, berkata pengerusi Cuepacs negeri sudah diarah menyediakan laporan mengenai aduan penamatan perkhidmatan kakitangan kontrak di negeri masing-masing untuk dibincangkan pada mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs di Kota Kinabalu, pertengahan bulan depan. Sehubungan itu, katanya, Cuepacs memegang jaminan Kementerian Sumber Manusia bahawa tidak ada kakitangan awam kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka akhir tahun ini.

30 Oktober 2008

KESATUAN PEKERJA PKNS TIDAK PUAS HATI

31/10/2008

Kira-kira 200 ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan piket di pintu utama Ibu Pejabat PKNS di Petaling Jaya, Jumaat lalu kerana membantah kerana tidak dibawa berunding dengan kesatuan PKNS bagi pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus besar PKNS mengundang cabaran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng Sang.

WATER DEPT TO BE CORPORATISED

By : Heidi Foo
by NST
30/10/2008

SEREMBAN: The State Water Supply Department (JBANS) would be corporatised, said Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
His announcement confirmed rumours that water supply would be privatised.He said department staff would be briefed today about the new system which would be implemented on Jan 1 next year.In a New Straits Times report yesterday, the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs), the umbrella body of public sector workers' unions, urged the government to postpone the plan as many workers were unsure of the options available to them.Its president, Omar Osman, said several employees, through their unions, had voiced their confusion over the salary and allowances offered under corporatisation.
"I was informed that almost all the staff would get a 17 per cent increase in their basic salary," he said after chairing the state executive council meeting at Wisma Negeri, here yesterday.Omar also said that from Jan 1 next year, the department would be known as Syarikat Air Negeri Sembilan (SANS)."One of the reasons we did not privatise the department previously was because the party that wanted to take over had wanted to raise the water tariff."SANS was created to avoid any increase in water tariffs in the next three years."He said SANS would only recognise basic salaries and allowances gazetted by the Water Supply Depatment.He added that SANS would be able to employ staff to fill about 300 vacancies which were frozen under the department.Mohamad said the state government would receive between RM15 million and RM20 milllion per annum from water royalty and raw water after five years.

29 Oktober 2008

CUEPACS: POSTPONE PLAN TO DEC 31

By NST
29/10/2008



SEREMBAN: Cuepacs, the umbrella body of public sector workers' unions, has urged the state government to postpone a plan to privatise or corporatise the State Water Supply Department (JBANS) from Dec 1 to Dec 31.
Its president, Omar Osman, said this was necessary as many JBANS staff still did not understand the options available to them.He said many workers in the department did not even understand the difference between privatisation and corporatisation and there were other issues which needed to be clarified."Several employees, through their unions, had said that they were made to understand from briefings given by the state government and JBANS officials that the department would be privatised, while Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan had told me that it would only be corporatised."There is a lot of confusion and some terms such as on salary and allowances are not very favourable," Omar said after a briefing and dialogue session with JBANS officials here yesterday.
He said Cuepacs and the Negri Sembilan Civil Servants Union would meet Mohamad soon to get a clearer picture on the matter and to discuss better packages and options for the employees.Omar said the employees were not rejecting the proposal but were unhappy over certain matters."Some had claimed that they were being pressured to sign the option and this has caused a lot of dissatisfaction."Omar said it would be better for the workers if JBANS was corporatised and not privatised."We will be having another briefing with JBANS on Nov 4 and we hope to convey our side of the story and seek some solution. "We do not want any JBANS employee to feel victimised, especially when some have served the department for more than 20 years."

CUEPACS, KERAJAAN NEGERI SEMUKA SELESAI KEKELIRUAN

Sinar
7/11/2008
SEREMBAN – :Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman, akan mengetengahkan perkara yang mencetuskan kekeliruan pekerja di negeri ini mengenai penswastaan Jabatan Bekalan Air (JBA), kepada kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini. :Omar yang menghadiri Taklimat Dialog anjuran Kesatuan Pekerja-pekerja Negeri Sembilan di PJ Perdana, Paroi semalam, menyatakan beliau tidak mahu wujud kekeliruan berkenaan sehingga menyebabkan hilangnya pembelaan serta ketidakadilan terhadap pekerja-pekerja. “Penswastaan dan pengkorporatan adalah dua perkara yang berbeza tetapi pengkorporatan lebih menjamin keadilan kepada pekerja kerana ia masih lagi tertakluk di bawah pemantauan kerajaan negeri," katanya. :Beliau berkata demikian merujuk kepada dakwaan pekerja negeri ini yang menghadiri taklimat daripada Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) berkenaan isu penswastaan JBA. :Walau bagaimanapun, jelasnya, beliau akan mengutarakan perkara tersebut kepada kerajaan negeri secepat yang mungkin bagi menyelesaikan segala persoalan yang tidak terjawab demi mengutamakan hak pekerja-pekerja di negeri ini. Jelasnya, perkara sebegini jika diselesaikan melalui perundingan pasti akan mendapat kata sepakat dan tidak perlu wujud paksaan daripada pihak yang berkaitan. “:Berkenaan dengan penetapan tarikh opsyen, pekerja perlu bersetuju menandatanganinya pada 4 November ini dan kita akan minta penangguhan selepas perundingan dilakukan. “Begitu juga dengan tarikh akhir pelaksanaan keseluruhan sama ada JBA diswastakan ataupun dikorporatkan juga akan ditangguhkan sehingga tarikh 1 Disember tahun ini,” tambahnya lagi

JBANS: CUEPACS MINTA NEGERI SEMBILAN BUAT PENJELASAN

Petikan dari Utusan Malaysia
29/10/2008

SEREMBAN 28 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan negeri memberikan penjelasan berhubung isu Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) sama ada ia akan dikorporatkan atau diswastakan.
Presidennya, Omar Osman berkata, langkah itu penting kerana kakitangan JBANS telah diberitahu bahawa jabatan itu akan diswastakan sedangkan maklumat yang diterima oleh CUEPACS ia akan dikorporatkan.
Beliau berkata, kekeliruan itu bukan sahaja telah menyebabkan kakitangan JBANS keliru malah sebahagian besar mereka kini kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri.
''Apa yang diberitahu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada CUEPACS, JBANS akan dikorporatkan tetapi dalam pertemuan hari ini kakitangan memberitahu, kerajaan negeri akan menswastakan JBANS.

Moral

''Mana satu yang betul. CUEPACS tidak mahu moral kakitangan jatuh disebabkan perkara ini. CUEPACS juga tidak mahu berlaku penganiayaan dalam isu ini. Kakitangan berhak mengetahui status terkini jabatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berdialog dengan kakitangan JBANS berhubung isu penswastaan JBANS di sini hari ini.
Pertemuan itu dianjurkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Sembilan.
Omar berkata, beliau sendiri akan menemui Menteri Besar bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut supaya ia dapat meredakan keadaan yang agak tegang ketika ini.
''Dalam isu ini CUEPACS memilih kerjaan negeri mengkorporatkan JBANS dan bukan menswastakannya. Langkah penswastaan akan menimbulkan banyak masalah berbanding pengkorporatan.
''Jika JBANS dikorporatkan ia masih tertakluk kepada pentadbiran kerajaan negeri tetapi sekiranya diswastakan JBANS tiada ikatan langsung dengan kerajaan negeri,'' katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, pertemuan hari ini telah membuat keputusan untuk menangguhkan penyerahan semula surat opsyen kakitangan serta pelaksanaan pengkorporatan atau penswastaan JBANS sehingga 31 Disember ini.
''Berdasarkan arahan yang diberi semua kakitangan wajib mengembalikan semula surat opsyen mereka pada 4 November ini. CUEPACS mahu perkara ini ditangguhkan. Kita mahu keadilan dan kita mahu mengelakkan berlaku kezaliman ke atas kakitangan," ujarnya.
Beliau berkata, sepanjang tempoh penangguhan itu pihak CUEPACS akan berunding dengan kerajaan negeri dalam usaha memastikan kebajikan semua kakitangan terbabit terbela.

28 Oktober 2008

KEMPEN TANAM SENDIRI AJAR RAKYAT BERJIMAT

Petikan dari Utusan Malaysia
28/10/2008

HULU SELANGOR 26 Okt. - Seramai 50 penduduk perumahan Bukit Sentosa 3 dekat sini menyahut 'Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja' dengan menerima anak pokok cili, biji benih dan baja untuk memulakan penanaman sayur-sayuran di halaman rumah masing-masing.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason (gambar) berkata, kempen tersebut bertujuan mendidik generasi muda hari ini untuk menjadi rakyat yang berjimat-cermat.
''Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja sebenarnya satu kempen sempena Kempen Konsumer 2008-2010 dan ia telah bermula sejak Julai lalu untuk tempoh 84 bulan,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penyerahan anak pokok cili, biji benih dan baja kepada penduduk di Padang Kemboja 4A di sini hari ini.
Beliau berkata, FOMCA bersama tiga rakan gabungannya iaitu Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) mengajak rakyat mengubah kehidupan sejak harga barangan naik secara mendadak.
Katanya, rakyat yang bijak seharusnya boleh merancang perbelanjaan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.
Justeru, ujarnya, langkah awal yang harus dipraktikkan oleh generasi muda hari ini ialah mengelakkan pembaziran supaya lahir masyarakat yang tidak membazir pada masa akan datang.
Beliau menambah, adalah menjadi tugas FOMCA hari ini untuk mendidik generasi muda sekarang dengan kefahaman yang lebih mendalam supaya mereka menjadi rakyat yang berjimat-cermat.
Katanya, kerajaan turut memainkan peranan lebih berkesan dengan mengusahakan kembali tanah-tanah pertanian yang didapati terbiar di seluruh negara.
''Jika tanah pertanian seluas 800,000 hektar yang terbiar itu dapat diusahakan oleh pesawah kecil-kecilan seperti dijadikan bendang maka kadar 35 peratus beras yang diimport dari luar negara untuk kegunaan rakyat dapat dikurangkan,'' katanya.

KERAJAAN TIDAK TAMATKAN PERKHIDMATAN KAKITANGAN KONTRAK

Petikan dari Utusan Malaysia
28/10/2008

SEGAMAT 25 Okt. - Kerajaan tidak bercadang untuk menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menjelang akhir tahun ini seperti didakwa oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), kelmarin.
Sehubungan itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam menyifatkan kenyataan Presiden CUEPACS, Omar Osman bahawa 50,000 kakitangan awam kontrak akan ditamatkan perkhidmatan, sebagai tidak tepat.
"Perkara ini telah dibincangkan dalam Kabinet dan kementerian telah menjelaskan bahawa kenyataan itu adalah tidak tepat.
"Kerajaan sebaliknya tidak mempunyai rancangan untuk menamatkan kontrak kakitangan awam yang berkhidmat buat masa sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan pendermaan mesin dan geran hemodialisis yang keseluruhannya bernilai hampir RM500,000 di sebuah hotel di sini, semalam.
Kelmarin, Omar dipetik sebagai berkata, kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan.
Menurut Subramaniam, kerajaan pada masa yang sama akan memastikan tiada pemberhentian perkhidmatan di semua agensi kerajaan dan swasta di negara ini.
"Negara kita masih boleh bertahan (menghadapi kekangan kewangan) dan ketika ini masih tiada tanda akan berlaku penamatan kontrak kakitangan awam dan swasta seperti di negara-negara lain.
"Kita akan berbincang dengan mana-mana syarikat yang mempunyai masalah sehingga mungkin menamatkan perkhidmatan antaranya Penerbangan Malaysia (MAS) dan Panasonic supaya tidak berlaku sebarang penamatan kontrak," katanya.

MINTA PELUANG KEDUA GANTI OPSYEN KWSP

Petikan Dari Berita Harian
28/10/2008

SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memberi peluang kedua kepada 43,000 kakitangan kerajaan yang mengambil opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk diberi pilihan menyertai skim pencen. Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mempertimbangkan perkara itu kerana ada perbezaan ketara antara pemegang opsyen pencen dengan KWSP, terutama selepas persaraan mereka. Kakitangan kerajaan yang memilih opsyen KWSP tidak akan menikmati kad persaraan, tiada kemudahan persaraan dan gratuiti selepas persaraan.
"Bagi saya nilai RM200,000 atau RM300,000 disebut ketika dulu adalah satu jumlah besar, tetapi kini nilai itu kecil dan tidak cukup untuk menyara kehidupan selepas bersara," katanya di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), malam kelmarin. Omar berkata, Cuepacs berharap kerajaan dapat memutuskan permohonan itu selewat-lewatnya hujung tahun ini supaya nasib 43,000 kakitangan itu mendapat pembelaan sewajarnya. "Berilah mereka peluang sekali saja lagi untuk memilih opsyen ke arah pencen. Saya yakin kerajaan cukup prihatin dengan kakitangan kerajaan termasuk menaikkan pencen dan menambah usia persaraan daripada 55 kepada 58 tahun," katanya.
Katanya, peluang kedua yang diberikan kerajaan akan mencetuskan semangat kepada kakitangan terbabit untuk melaksanakan apa juga dasar yang dirancang bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam negara.

PENCEN LEBIH JAMIN MASA DEPAN

Petikan Dari Berita Harian
28/10/2008

MERUJUK berita bertajuk ‘Minta peluang kedua ganti opsyen KWSP’ yang diterbitkan Berita Harian pada 26 Oktober, saya terpanggil untuk memberi pandangan berkaitan tuntutan Cuepacs kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Saya adalah kalangan 43,000 penjawat awam yang memilih opsyen KWSP dan kini sudah mencarum hampir 13 tahun dalam KWSP. Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah ketika membuat pilihan sama ada opsyen KWSP atau pencen dulu, tiada sebarang taklimat diberikan. Ketika itu saya berkhidmat di Sabah dan disahkan perkhidmatan saya di sana. Kini saya sedar akan kelebihan yang sepatutnya diperoleh kakitangan awam yang memilih pencen misalnya Kad Persaraan, gratuiti dan kemudahan perubatan yang tidak akan diperoleh mereka yang memilih opsyen KWSP.
Hasrat Cuepacs di bawah Presidennya, Omar Osman, yang meminta JPA memberi pilihan kedua untuk kami penjawat awam membuat pilihan semula opsyen itu amat dialu-alukan. Ini memandangkan arus perubahan zaman pada masa sekarang yang memerlukan pemikiran menjurus kepada 10 atau 20 tahun masa depan apabila kami pada peringkat untuk bersara daripada perkhidmatan awam. Bayangkanlah jika pada 2025 nanti seseorang penjawat awam hanya mendapat wang caruman RM200,000 atau RM300,000 dengan keadaan kadar kehidupan lebih tinggi pada masa itu. Sehubungan itu, izinkan saya memberi pandangan supaya perkara ini diambil berat oleh semua pihak berkaitan dalam menentukan hala tuju kami penjawat awam yang sedang berkhidmat dengan kerajaan dan turut mencari rumusan terbaik apabila kami bersara nanti.
Saya berpendapat, bagi penjawat awam yang ditawarkan kenaikan pangkat secara kekananan, dibenarkan membuat pilihan semula sama ada memilih opsyen pencen atau KWSP buat kali kedua ketika membuat pengesahan kenaikan pangkat itu. Begitu juga penjawat awam yang melanjutkan pelajaran ketika dalam perkhidmatan yang pastinya berubah skil gaji dan gred apabila ditawarkan semula perkhidmatan seperti guru dari DGA29 atau DGA32 ke skil gaji DG41, dari DG41 ke DG44 dan seterusnya, apabila ditawarkan semula ke gred tertentu dibenarkan membuat pilihan kedua sama ada pencen ataupun KWSP. Tetapi hasrat ini hanya akan dapat dilaksanakan dengan tempoh perkhidmatan yang harus difikirkan semula kerana bagi kenaikan pangkat mengikut kekananan atau kekosongan jawatan memakan masa lama antara 10 hingga 15 tahun. Jika dalam perkhidmatan kerajaan ini pasti akan terjejas jika JPA mengehadkan kepada tempoh paling minimum untuk layak diberikan pencen apabila mereka bersara nanti. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada badan yang mewakili penjawat awam, terutama Cuepacs dalam usaha mengangkat martabat kakitangan awam ke satu profesion dihormati selaras dengan piagam yang dijanjikan.

PENJAWAT PRIHATIN,
Banting, Selangor.

KAKITANGAN KONTRAK KEMAS TAK DITAMAT

Petikan Berita Harian
28/10/2008

SUNGAI SIPUT: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak akan menamatkan perkhidmatan kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menjelang akhir tahun ini seperti digembar-gemburkan pihak tertentu, kata Menterinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Sebaliknya, beliau berkata, kementerian itu berusaha menambah lagi kakitangan kontrak Kemas menjelang 2010. "Saya tidak tahu siapa mengatakan kononnya Kemas nak berhentikan 13,965 kakitangan kontrak Kemas yang ada sekarang. Itu tidak benar," katanya pada majlis Jamuan Aidilfitri Parlimen Sungai Siput di Felda Lasah dekat sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, yang dilaporkan berkata, sebahagian kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak di negara ini mungkin terpaksa ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini. Beliau berkata, kakitangan kontrak untuk bertugas sebagai guru Tabika Kemas sentiasa diperlukan terutama di kawasan luar bandar. "Saya sudah kata dakwaan itu tidak benar, kita nak tingkatkan lagi (kakitangan). Kampung-kampung perlukan kelas Tabika. Kalau Tabika tutup sebab nak berhentikan cikgu-cikgu, jadi budak-budak nak belajar dekat mana? Kelas itu sudah ada, macam mana kita nak tutup," katanya.
Katanya, kementerian itu juga berusaha meningkatkan taraf profesionalisme guru Kemas dengan kerjasama agensi lain seperti meningkatkan taraf akademik mereka sehingga ke taraf diploma melalui pengajian secara sepenuh masa di Institut Perguruan Malaysia.

25 Oktober 2008

CUEPACS TERIMA ADUAN PEKERJA TAMAT KONTRAK

Petikan dari Berita Harian
30/10/2008


KUALA LUMPUR: Cuepacs sudah menerima aduan daripada kakitangan kontrak yang bakal ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini, antaranya Jabatan Bekalan Air (JBA) Negeri Sembilan dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan. Presidennya, Omar Osman, berkata pengerusi Cuepacs negeri sudah diarah menyediakan laporan mengenai aduan penamatan perkhidmatan kakitangan kontrak di negeri masing-masing untuk dibincangkan pada mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs di Kota Kinabalu, pertengahan bulan depan. Sehubungan itu, katanya, Cuepacs memegang jaminan Kementerian Sumber Manusia bahawa tidak ada kakitangan awam kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka akhir tahun ini.
"Kita mahu lebih banyak kementerian mencontohi tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menegaskan tidak akan membuang kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), malah menambah lebih ramai lagi kakitangan agensi itu," katanya mengulas langkah Cuepacs untuk membantu 50,000 kakitangan awam kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini.

CUEPACS HARAP KAKITANGAN AWAM PILIH OPSYEN KWSP BOLEH TUKAR PENCEN

Petikan dari Bernama
By:
Ramjit
25/10/2008

SEREMBAN, 25 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat memberi peluang kepada kakitangannya yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bertukar kepada skim pencen.Presidennya Omar Osman berkata ketika skim KWSP mula diperkenalkan kepada kakitangan awam yang baru pada 1997, ramai yang tidak diberi peluang untuk memilih antara skim KWSP dan pencen."Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh terjadi tetapi ramai kakitangan awam pada masa itu tidak jelas dan mereka seperti tidak ada pilihan jadi terpaksa memilih skim KWSP," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu."Apalah sangat RM300,000 pada hari ini (KWSP), hari ini keluar, bulan depan mungkin habis...lain nilainya duit hari ini dengan kalau kita bersara pada tahun 80-an dahulu dengan jumlah yang sama," katanya lagi.Katanya lebih kurang 43,000 orang kakitangan awam telah memilih skim KWSP dan kini berada dalam dilema.Beliau berkata CUEPACS ada berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan JPA sedang membuat kajian mengenai perkara itu.-- BERNAMA

PELUANG KEMBALI KEPADA SKIM PENCEN

Petikan dari Utusan Malaysia
25/10/2008 12:11pm


SEREMBAN 25 Okt. – Kira-kira 43,000 kakitangan kerajaan yang mengambil opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin diberi peluang menyertai semula skim pencen.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan.
Beliau berkata, tiga perkara yang tidak dinikmati kakitangan kerajaan yang memilih opsyen KWSP ialah ketiadaan kad persaraan, ketiadaan kemudahan perubatan selepas bersara dan tiada gratuiti.
``Cuepacs menyedari kebimbangan kakitangan keraja an yang memilih opsyen KWSP selepas mereka pencen nanti dan melalui usia tua mereka,’’ katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

PELUANG 43,000 PILIH PENCEN

Petikan dari Utusan Malaysia
Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

SEREMBAN 25 Okt. - Seramai 43,000 kakitangan kerajaan yang mengambil opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkemungkinan diberi peluang sekali lagi untuk membuat pilihan menyertai skim pencen.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan supaya kakitangan terbabit mendapat kembali nikmat dalam opsyen pencen.
''CUEPACS menyedari nasib 43,000 kakitangan kerajaan yang memilih opsyen KWSP yang tidak mendapat tiga perkara berbanding mereka yang memilih opsyen pencen.
''Tiga perkara itu ialah tiada kad persaraan, tiada kemudahan perubatan selepas bersara dan tiada gratuiti. Mereka kini berhadapan kebimbangan," kata beliau kepada pemberita di sini malam tadi.
Omar ditemui pada Majlis Makan Malam CUEPACS Kebangsaan 2008 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya, CUEPACS amat berharap ia mendapat pertimbangan sewajarnya daripada kerajaan kerana terdapat jurang perbezaan antara pemegang opsyen pencen dan KWSP, lebih-lebih lagi dalam konteks selepas persaraan.
Pada tahun 1992 jelasnya, melalui Sistem Saraan Baru (SSB), kakitangan kerajaan diberi opsyen untuk memilih skim KWSP atau pencen.
''Pada tahun 2002 melalui Sistem Saraan Malaysia (SSM), opsyen itu terus kekal hingga sekarang. Saya percaya sewaktu mereka membuat opsyen dahulu, majikan tidak memberikan penjelasan yang tepat mengenai jumlah wang yang bakal diterima melalui KWSP dalam satu jumlah besar.
''Bagi saya nilai RM200,000 atau RM300,000 dahulu adalah besar. Tetapi hari ini, nilai tersebut kecil dan tidak cukup untuk menyara kehidupan mereka selepas bersara," kata beliau.
Omar berkata, CUEPACS akan merayu dan berharap keputusan mengenai perkara itu diputuskan selewat-lewatnya hujung tahun ini supaya nasib 43,000 kakitangan kerajaan mendapat pembelaan semula.
''Berilah mereka peluang sekali sahaja lagi untuk memilih opsyen pencen.
''Saya optimis dan yakin kerajaan cukup prihatin dengan kakitangan kerajaan termasuklah kenaikan pencen persaraan, menambah usia persaraan daripada 55 tahun kepada 58 dan kini 60 tahun," ujar beliau.

24 Oktober 2008

NO PLAN TO RETRENCH 50,000 SAYS GOVT

NST
24/10/2008



PUTRAJAYA: The Public Services Department (PSD) has rubbished talk that more than 50,000 contract employees in the civil service would be retrenched by the end of this year due to budget constraints.
Its chief, Tan Sri Ismail Adam, said there was no such government policy on the matter.He was responding to claims by the Congress of Union Employees in the Public and Civil Service (Cuepacs) that some contract workers were expected to be retrenched by the end of the year.Ismail said all government agencies, be it at the federal or state level, as well as statutory bodies, recruited contract staff independently, based on their need for manpower.He said it was the prerogative of these agencies to take in the employees or terminate their services when the need arose.
Cuepacs chief Omar Osman, meanwhile, when contacted, said that although it was the right of the agencies to end the services of their contract workers, they should consider the welfare of the group.Cuepacs, he said, had long been fighting for the employees to be absorbed into the civil service as permanent staff, but to no avail.He said scores of union members who were attached to several government agencies had reported that they had been given a month's notice to leave the civil service.Omar added, the employees had told him that the excuse given by their respective agencies was that there was not "enough budget to accommodate them".Some, he said, had been employed on a contract basis for up to 20 years and had recently been given a notice of termination."We are appealing to the government to consider the plight of these people who have been of service to the government."This is especially so during these hard times, when they have mouths to feed and bills to pay."Asked to name the agencies, which were supposedly terminating their contract workers, Omar said the complainants did not want to name their employers as they feared repercussions, adding, however, that it involved government agencies across the board.Omar said Cuepacs could not accept the excuse given by the government agencies that they could not afford to retain the services of the employees.He said Cuepacs had sent a letter of appeal to the PSD to retain the workers, adding that he had also asked for the department to either re-deploy them or absorb them as permanent workers.

NEW FOCUS: WEAENING RINGGIT A SAVING GRACE FOR EXPOTERS

NST
20/10/2008

THE United States is expected to reduce its imports from Malaysia as the economy slows in the next few months.
Exports to other markets, such as Singapore and China, could also be affected, said the Federation of the Malaysian Manufacturers.Some of the Malaysian exports to Singapore are re-exported to the United States, FMM's president Tan Sri Yong Poh Kon said. The saving grace for exporters is the weakening of the ringgit against the US dollar which would make them more competitive."The decline in the price of crude oil and commodities is also encouraging, particularly if there is a concurrent review of energy prices that is reflective of market conditions," he said.
Yong said there was no sign to indicate that manufacturing companies in Malaysia would start to retrench workers.He noted there was an increase of 23 per cent in new vacancies reported to the Manpower Department in the first six months of this year compared with the same period last year. "As a precautionary measure, some of these vacancies would likely be reviewed and withheld until business conditions are clearer and more certain," he added.The 2008/2009 Economic Report estimated there are 3,369,000 employees in the manufacturing sector.Yong said based on official figures, the percentage of foreign workers in the sector could range from 20 per cent to 35 per cent. However, the numbers quoted by various quarters often seem to be much higher than the approvals given by the International Trade and Industry Ministry."FMM believes there is a huge increase in casual foreign workers because outsourcing companies have been bringing in workers without having jobs in hand," said Yong.The outsourcing companies would then offer workers to any company which requires them. "FMM has recommended to the government that the Human Resources Ministry be the only body to approve and monitor the employment of foreign workers."Yong also indicated that the Employment Act 1955 stipulates that where an employer is required to reduce his workforce due to redundancy, the employer must not terminate the services of local employees unless the services of all foreign employees employed in a similar capacity are terminated first. "As the foreign workers are normally under contract, it would be logical for companies not to renew their contracts if there is a slowdown which results in reduction of the labour force," he said.The other cost-cutting measures expected from the manufacturing sector include increasing productivity of employees through either training or retraining, and intensifying mechanisation and automation.FMM also wants the authorities to reduce the cost of utilities especially energy prices."The pump prices of petrol and diesel have come down but the manufacturing sector has yet to see similar adjustments to our energy costs," said Yong. Yong said the FMM expected the manufacturing sector to weather the difficulties ahead by exporting, as was the trend seen during the 1998 Asian financial crisis.The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) said employers should not use this economic uncertainty as an excuse to retrench workers."I don't agree with the move to retrench workers just because there is a global uncertainty. I don't think it will be fair to the affected workers. If the civil services and public sectors want to cut costs by cutting back on overtime, it would not be as bad as retrenching workers," said Cuepacs president Omar Osman.He said it was not certain how the global economic crisis would affect Malaysia, so employers should think carefully before they take drastic steps .Omar said Cuepacs did not want to see employers react the way retailers responded to the rising price of oil price by automatically raising the price of goods."Now that the oil price has dropped, I don't see the price of goods falling when actually they should," he said.

50,0000 CONTRACT WORKERS TO BE LAID OFF, SAYS CUEPACS

The Star
By SIM LEOI LEOI
24/10/2008

PUTRAJAYA: Cuepacs has warned that 50,000 contract employees in the civil service are facing retrenchment by the end of this year because of budget constraints.
However, the Public Services Department director-general Tan Sri Ismail Adam has allayed such fears, saying “it was business as usual.”
He said he had not issued any directive for department heads to cut down on contract staff, adding that it was up to each government department to decide whether to extend or terminate the staff they hired on contract.
“This is because the departments appoint the staff based on their own terms and conditions, particularly when the need arises for more employees to handle huge projects.
“Maybe some departments feel they have to cut back because of cost-cutting (needs) but not en masse,” he said, adding that even if contracts had been terminated it was not up to 50,000.
He said most of the contract staff were appointed for a duration of three months to a year.
Cuepacs president Omar Osman had argued that the Government could afford to retain the services of contract employees.
“These workers who were on a year-to-year contract do not enjoy the perks of permanent staff and yet performed the same tasks,” he said.
Omar said Cuepacs officials would assist the affected workers, adding that the first meeting would be in Kota Baru on Nov 6.

MAJLIS MAKAN MALAM CUEPACS KEBANGSAAN DI DEWAN PEMBANDARAN SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Oleh Zainalaris
Dewan Majlis Perbandaran Seremban dipenuhi hampir 500 orang wakil daripada Kesatuan Gabungan daripada seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak pada 24hb Oktober 2008 bagi menghadiri Majlis Makan Malam CUEPACS anjuran CUEPACS Bahagian Negeri Sembilan yang diketuai oleh Encik Shazali Bin Hussain selaku Pengerusi CUEPACS Bahagian Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Makan Malam 2008Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan merupakan tetamu istimewa pada majlis tersebut. Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Haji Norzam Bin Mohd. Nor pula merangkap Penaung Kehormat Majlis Makan Malam CUEPACS Kebangsaan. Hadir sama, semua Pegawai Tertinggi CUEPACS sessi 2007 – 2010 serta Ahli-ahli Kongres.Sejumlah 38 Kesatuan Gabungan telah menghantar wakil-wakil pemimpim Kesatuan bagi menghadiri majlis tersebut. Memeriahkan lagi majlis tersebut, beberapa aturcara telah diadakan. Persembahan Kebudayaan oleh Kumpulan Putra Sari Daerah Rembau begitu menghiburkan. Penyampaian Sijil dan Cenderamata serta Cabutan Bertuah turut diadakan bagi memenuhi aturcara-aturcara pada malam tersebut.
Saya bersama ahli-ahli exco KKAUM turut hadir. Pergi ke Seremban dengan memandu berseorangan terasa kebosanan. Selalunya kalau ke Negeri Sembilan terutamanya ke Port Dickson, riuh randah dalam kereta dengan perangai anak-anak sekiranya turut serta. Sunyi betul tanpa anak-anak dalam kereta ketika itu. Walau bagaimana pun disebabkan majlis seperti ini, saya terpaksa meninggalkan keluarga dirumah. Pukul 7.30 malam, saya sampai di Majlis Perbandaran Seremban. Perjalanan pulang, jalanraya tidak begitu sibuk dan lebihkurang pukul 12.00 tengahmalam baru sampai dirumah.Ucapan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang sempat saya catitkan:Beliau berharap agar CUEPACS menjadi ‘Jambatan Dua Hala yang kukuh” agar boleh dilalui sebagai perhubungan yang baik supaya menjadi penghubung diantara Kerajaan dan Pekerja-pekerja Sektor Awam. Sentiasa berkerja kuat tanpa mengadai maruah, jati diri dan martabat. Maruah tidak boleh dijual beli. Amanah agar penjawat Sektor Awam terus disanjung tinggi. Sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan dan orang ramai. Berkhidmatlah sebagai beribadah, jujur, sepenuh hati dan ikhlas.Bertanggungjawab kepada kepercayaan yang telah diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majikan. Memberi layanan dengan hati yang terbuka serta hati yang manis kepada rakyat yang merupakan ‘majikan’.Bernaunglah dibawah ‘Bendera Perkhidmatan Awam’ yang merupakan panji-panji perkhidmatan awam selaras dengan sumpah taat setia semasa menjawat jawatan dalam Sektor Awam.Beliau juga berpesan kepada CUEPACS agar mengutamakan tanggungjawab bagi hal ehwal pekerja-pekerja yang diwakilinya iaitu seramai 1.2 juta diberi keutamaan. Lakukan penimbangtara yang bersesuaian agar perjalanan bagi memberi perkhidmatan dapat ditingkatkan. Sebagai contoh katanya, ‘jangan menyiram bunga dihari hujan’ walaupun ianya merupakan rutin tugasan yang telah diarahkan. Mentaliti seperti ini mesti diperbetulkan oleh penjawat awam.

23 Oktober 2008

50,000 KAKITANGAN AWAM KONTRAK MUNKIN DIBERHENTIKAN

Petikan dari Berita Harian
23/10/08

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman. Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara, tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama. Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.
Cuepacs, katanya telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun. “Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,” kata Omar. Beliau berkata isu ini akan dibincangkan pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan. - Bernama

16 Oktober 2008

CUEPACS KURANGKAN TUNTUTAN COLA

Petikan Berita Harian
16/10/2008
Oleh Hussain Saidbhnews@bharian.com.my

Kongres minta RM300 berbanding RM500 berikutan harga minyak turun REMBAU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang menuntut kerajaan menyelaraskan Elaun Sara Hidup (Cola) pekerja awam kepada RM500 sebulan bersedia mengkaji mengurangkan kadar tuntutan itu kepada RM300 sebulan sejajar penurunan harga minyak. Presidennya, Omar Osman, berkata kesediaan itu bakal mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak kerana tuntutan itu sebelum ini dibuat berasaskan kenaikan harga barang dan penstrukturan semula subsidi minyak yang membebankan kira-kira 1.2 juta kakitangan sektor awam. "Namun, kita tetap mahu kerajaan menyelaraskan elaun RM300 sebulan tanpa mengira kawasan bandar atau luar bandar," katanya, ketika ditemui, di sini semalam.
Pembayaran Cola antara RM50 hingga RM150 mula dilaksanakan pada Januari 2006 membabitkan kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 bergantung kepada lokasi tempat kerja masing-masing, tetapi tidak membabitkan mereka yang mendiami kuarters atau menerima elaun wilayah. Namun, pada Bajet 2007 kerajaan mengumumkan mereka yang tinggal di kuarters turut dibayar elaun berkenaan, iaitu pada kadar 50 peratus daripada nilai sebenarnya dan pada Bajet 2008, kerajaan menambah sekali ganda kadar Cola kepada RM100 hingga RM300 mengikut kawasan bertugas. Jun lalu, Majlis Kongres Cuepacs menuntut kerajaan menyelaraskan Cola kepada RM500 sebulan berikutan peningkatan harga minyak dan barangan.
Omar berkata, Cuepacs juga menuntut kerajaan menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) bagi Kumpulan Sokongan 1 dan 2 daripada RM180 sebulan kepada RM230 sebagaimana yang dinikmati kakitangan kumpulan lain. "Kakitangan kumpulan lain sudah menikmati kenaikan ITP sebelum pilihan raya umum lalu dan kita berharap kerajaan tidak menganaktirikan kumpulan sokongan 1 dan 2 dari kalangan kakitangan berjawatan rendah," katanya. Beliau turut meminta Majlis Kawalan Harga Barang Negara yang ditubuhkan kerajaan supaya memainkan peranan dengan membuat pemantauan bagi memastikan peniaga turut menurunkan harga barangan sejajar penurunan harga minyak. "Walaupun harga minyak sudah beberapa kali turun, kita dapati peniaga tidak menurunkan harga barangan yang dijual mereka," katanya.
Jadi, tindakan mereka ini tidak adil kerana sebelum ini mereka mendakwa kenaikan harga barang disebabkan kenaikan harga minyak," katanya.

11 Oktober 2008

PERANAN YANG BOLEH DIMAINKAN OLEH KESATUAN SEKERJA

Hamidon Khalid
(Sarjana Pengurusan, Universiti Malaya)


PENDAHULUAN
Kesatuan sekerja di Malaysia didefinisikan dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 sebagai satu persatuan atau gabungan majikan atau pekerja yang bekerja di Malaysia. Menurut peruntukan akta ini, keahlian sesuatu kesatuan sekerja dalam sektor swasta hendaklah terdiri daripada pekerja atau majikan dalam ketukangan, pekerjaan atau industri yang tertentu atau yang seakan-akan sama . Pekerja-pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana mereka sedar bahawa secara kolektif mereka akan berada dalam kedudukan yang membolehkan mereka meminta gaji yang lebih dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik.
Kesatuan sekerja bukan hanya berminat mengenai kehidupan ahli-ahli mereka semasa waktu bekerja tetapi juga secara meluas menggalakkan kerajaan meluaskan perundangan dan memperkenalkan polisi-polisi yang akan memberi faedah kepada pekerja-pekerja pada amnya. Oleh itu aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja mempunyai tiga cabang. Ia memberi tumpuan kepada majikan individu dan layanan majikan terhadap pekerja-pekerja mereka, mengenai isu-isu kebangsaan yang lazim kepada semua majikan dan memberi kesan kepada semua pekerja serta mewakili pekerja-pekerja individu yang memohon bantuan mereka. Rajah 1 di halaman 2 menunjukkan pendekatan tiga serampang ini .
Kesatuan-kesatuan sekerja tersebut dengan dana-dana yang mencukupi juga cuba memberi kemudahan secara langsung kepada ahli-ahli mereka dalam bentuk kursus latihan, biasiswa, kemudahan bercuti dan skim-skim insuran.

PERANAN KESATUAN SEKERJA
Di negara ini, kesatuan sekerja telah memainkan peranannya dengan agak berkesan dalam membela nasib pekerja-pekerja. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kerajaan (CUEPACS), misalnya, buat pertama kali dalam sejarahnya telah berjaya dalam usaha memperolehi penyelarasan gaji dalam tempoh tiga tahun berbanding sebelum ini yang mengambil masa hampir lima tahun. CUEPACS juga telah mengesyorkan supaya mulai 1996, kerajaan mengenakan tindakan terhadap ketua-ketua jabatan yang membenarkan terlalu banyak kakitangan bercuti panjang semasa musim perayaan hingga menjejaskan urusan pejabat. Turut menjadi harapan CUEPACS ialah tuntutan supaya jadual gaji matriks yang dilaksanakan di bawah skim Sistem Saraan Baru (SSB) dimansuhkan. Namun, di sebalik kejayaan yang sedikit ini, masih banyak lagi ruang di mana kesatuan sekerja boleh berperanan dengan lebih aktif. Isu mengenai hak-hak sama rata pekerja wanita, misalnya masih belum dapat ditangani dengan sewajarnya.

Menangani isu pekerja wanita
Kesatuan sekerja perlu melihat kepentingan peranan wanita dalam pergerakan kesatuan sekerja. Wanita masih lagi kurang dalam jawatan kepimpinan dan kurang dibenarkan mengambil bahagian dalam membuat keputusan terutamanya di peringkat atasan. Oleh itu kesatuan sekerja perlu mencadangkan kepada kerajaan dan majikan-majikan supaya mengiktiraf bahawa hak-hak wanita adalah juga hak-hak asasi manusia. Terdapat kini ramai ibu tunggal yang bekerja yang terpaksa menyara ramai anak. Tibalah masanya kesatuan sekerja menghulurkan bantuan di samping mencadangkan kerajaan supaya menangani isu ibu tunggal itu secara lebih drastik dengan memperkenalkan dan menguatkuasakan undang-undang yang melindungi pekerja wanita daripada keganasan dan penderaan seksual di tempat kerja. Bagi ibu-bapa yang bekerja di tempat yang sama, penyediaan pusat jagaan kanak-kanak diperlukan di tempat kerja supaya hubungan kasih-sayang di antara mereka dapat dijalinkan dalam masa yang lebih panjang.

Penetapan gaji minimum dan gaji maksimum
Terdapat perbezaan yang ketara di antara gaji terendah dalam sektor swasta dan sektor awam meskipun jenis pekerjaan dan deskripsi tugas hampir sama. Kesatuan sekerja boleh berperanan menangani masalah ini dengan meminta kerajaan menetapkan gaji minimum yang melebihi RM650 kerana pendapatan yang kurang daripada itu tidak memungkinkan pekerja di bandar menikmati kehidupan yang selesa berikutan peningkatan kos sara hidup saban tahun. Setakat ini belum ada cadangan daripada pihak kesatuan sekerja mengenakan gaji maksimum ke atas pihak pengurusan. Di Jepun, misalnya, gaji seorang pengurus tidak jauh bezanya dengan gaji seorang pemandu teksi. Dengan itu, perasaan materialistik dan iri hati dapat dikurangkan dan rakyat dapat meningkatkan produktiviti. Kesatuan sekerja boleh menyediakan garis panduan penetapan gaji minimum dan maksimum dengan meminta ahli-ahlinya yang mempunyai taraf akademik yang tinggi menjalankan kajian menentukan keadaan sebenar kedudukan buruh di Malaysia bagi menguatkan sokongan terhadap permintaan itu.

Membantu menangani kegawatan ekonomi
Kesatuan sekerja boleh membantu kerajaan menangani krisis ekonomi yang melanda negara dengan menyertai Jawatankuasa Bertindak NGO Mempertahankan Kedaulatan Ekonomi Negara (Tindakan) dengan meneruskan kempen yang digelar “Belanja Berhemat Kita Selamat” . Cara lain, kesatuan sekerja boleh mengadakan sendiri kempen-kempen menyedarkan ahli-ahlinya mengenai kegawatan ekonomi dan mendorong mereka membeli barangan perlu sahaja selain meningkatkan amalan membeli barang tempatan dan menjimatkan tenaga seperti elektrik, petrol dan air.
Apa yang dikhuatirkan dalam krisis ini ialah majikan membuang pekerja dengan alasan kegawatan ekonomi. Jika hal seperti ini berlaku, kesatuan sekerja boleh mengambil tindakan supaya pampasan yang sewajarnya diperolehi oleh pekerja yang malang itu dan majikan menyediakan pilihan pekerjaan di tempat lain. Isu penamatan pekerja asing pula perlu ditangani dengan adil supaya pihak luar tidak memandang negara ini sebagai hanya pandai menjemput pekerja asing bekerja di sini dan menghalau mereka bila tidak diperlukan.

Mempercepatkan penyelesaian pertikaian perdagangan
Menurut statistik Jabatan Perhubungan Industri bilangan pertikaian perdagangan yang berlaku adalah melebihi 700 kes setiap tahun dan hanya sekitar lebih daripada 500 yang dapat diselesaikan. Oleh kerana itu terdapat lebih kurang 200 kes yang terpaksa dibawa ke tahun berikutnya untuk diselesaikan. Dalam hal ini kesatuan sekerja boleh meminta kerajaan mempercepatkan penyelesaiannya dalam jangka masa singkat dengan mencadangkan penilaian semula dan pindaan jika perlu, kepada Akta Perhubungan Industri 1967.
Peranan dalam Koridor Raya Multimedia Salah satu agenda utama negara ialah mewujudkan masyarakat bermaklumat yang boleh mengguna dan mencipta sistem teknologi maklumat yang boleh meningkatkan keberkesanan pentadbiran kerajaan menerusi kerajaan elektronik, sekolah bistari dan sebagainya. Dalam hal ini, kesatuan sekerja boleh berperanan dengan meminta ahli-ahlinya mendokong cita-cita kerajaan dengan mempelajari komputer dan mendalami pengetahuan tentang teknologi maklumat. Kesatauan sekerja boleh meminta kerajaan menambahkan peruntukan pinjaman membeli komputer dan memberikan subsidi kepada pekerja bawahan yang berpendapatan kecil untuk membeli komputer. Ahli-ahli kesatuan yang berkemahiran dalam penggunaan komputer sewajarnya melatih pekerja-pekerja yang tidak berpengetahuan tentangnya secara sukarela ataupun dengan mengenakan sedikit bayaran.

Pasaran buruh di masa hadapan
Dunia kini berubah dengan begitu pantas.Teknologi baru dicipta dan globalisasi telah berlaku hampir di seluruh dunia. Kadar perubahan pantas yang berlaku ini menyebabkan masalah-masalah yang berlaku hari ini tidak lagi boleh diselesaikan dengan kaedah penyelesaian dahulu. Cara produk baru dikeluarkan mengalami perubahan yang besar. Ini bermakna tenaga kerja di pasaran buruh menghadapi cabaran-cabaran baru. Pergerakan kesatuan sekerja harus bertindak sebagai pemandu dalam membantu mewujudkan masyarakat pekerja yang berilmu multifleksibel yang berupaya menukar maklumat kepada ilmu pengetahuan yang boleh digunakan dalam pelbagai cara - untuk pembangunan produk, memasarkannya, menyediakan penjagaan yang lebih baik kepada golongan tua dan sebagainya.

Pekerja yang berilmu akan menjadi sumber terpenting bukan lagi pemilikan modal.
Sumber ini akan dikaitkan dengan individu pekerja. Pekerja-pekerja yang berilmu tidak lagi dibayar mengikut jam tetapi berdasarkan bagaimana kreatifnya mereka menjalankan sesuatu tugas. Dalam hal ini, kesatuan sekerja boleh berperanan dengan meminta majikan meyediakan peluang-peluang yang lebih bagi pekerja melanjutkan pelajaran ke universiti dan menghantar mereka berkursus supaya dapat menyerap pengetahuan mengenai teknologi-teknologi baru. Dalam pasaran buruh masa hadapan, semua pekerja diharapkan berkebolehan
(1) menjalankan pelbagai tugas,
(2) berkomunikasi secara lisan atau tulisan,
(3) mengambil risiko dan inisiatif,
(4) menggunakan teknologi maklumat,
(5) lebih bertanggungjawab dan berdikari,
(6) mengutamakan keselamatan di tempat kerja,
(7) lebih fleksibel terhadap waktu bekerja,
(8) sentiasa memikirkan kualiti dan
(9) berfikir dan bertindak secara kreatif.

RUMUSAN
Satu kesimpulan yang boleh dibuat ialah peranan kesatuan sekerja adalah penting dalam menjaga kepentingan tiga pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup supaya negara dapat membangun dengan pantas dalam merealisasikan wawasannya. Pergerakan kesatuan sekerja berpendapat bahawa pekerja-pekerja bukan semata-mata faktor pengeluaran. Mereka sewajarnya dihargai sebagai rakan kemajuan dan perlu dilayan berdasarkan pengiktirafan dan status mereka dalam masyarakat. Kesatuan sekerja berharap kerajaan dan majikan tidak meminta kesatuan sekerja menjadi rakan hanya pada waktu-waktu sukar dan mengenepikan atau mengabaikan pekerja-pekerja apabila keadaan ekonomi memuncak. Walau bagaimanapun untuk menjayakannya, semua kesatuan sekerja yang wujud di negara ini perlulah bersatupadu dan mengelakkan pertelingkahan sebagaimana yang terjadi dalam perlantikan wakil ke persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) seperti tahun-tahun sebelumnya. MTUC, CUEPACS dan Pertubuhan Buruh Malaysia (MLO) masing-masing berebut peluang untuk menjadi wakil Malaysia ke persidangan tersebut sedangkan urusan perlantikan wakil ke persidangan itu terletak pada budi bicara Menteri Sumber Manusia.

09 Oktober 2008

PEGAWAI CUAI KENA BAYAR SURCAJ

Oleh Norfatimah Ahmad tim@bharian.com.my

Tindakan tatatertib termasuk tanggung akibat kehilangan aset kerajaan PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan akan menentukan kedudukan pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan projek bermasalah seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2007. Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata pegawai pengawal misalnya Ketua Setiausaha kementerian atau ketua jabatan perlu merujuk kepada Perbendaharaan untuk menentukan sama ada pegawai berkenaan perlu dikenakan tindakan dalaman.
"Jika didapati cuai hingga menyebabkan kerugian misalnya kehilangan aset kerajaan, pegawai terbabit boleh diarah membayar surcaj. "Selain itu, tindakan tatatertib perlu diambil terhadap pegawai berkenaan sebagai pengajaran kepada kakitangan awam lain untuk tidak mengulangi kesalahan sama," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Ambrin berkata, tindakan mengarah pegawai terbabit membayar surcaj boleh dikenakan mengikut Akta Acara Kewangan 1957 berdasarkan jadual tertentu, termasuk menerusi potongan gaji.
Selain itu, beliau berkata, pihak berwajib juga perlu membuat laporan polis jika tindakan pegawai terbabit dalam mengendalikan program dan projek kerajaan menjurus kepada kesalahan jenayah. Mengenai pegawai yang dikesan cuai, beliau berkata, pihak berwajib juga perlu mengambil kira aspek psikologi dengan tidak mengetepikan kemungkinan individu terbabit sama ada sengaja atau tidak, membawa masalahnya ke pejabat. "Jangan anggap semua penjawat awam macam robot, ada berhadapan masalah misalnya anak sakit, masalah peribadi dan lain-lain yang menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan, hilang tumpuan atau mungkin hingga terdorong untuk menyeleweng dana awam," katanya. Mengenai tahap pematuhan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan kepada cadangan dikemukakan pihaknya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006, katanya, setakat ini, 70 peratus daripadanya sudah mematuhi saranan itu.

07 Oktober 2008

MAJLIS MAKAN MALAM DAN JAMUAN RAYA CUEPACS

Majlis Makan Malam dan Jamuan Raya CUEPACS akan diadakan pada 24 Oktober 2008 (Jumaat) jam 8.00 malam di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. YAB Menteri Besar akan turut hadir.



Ku Azmi Ku Ibrahim
TSAIII