SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Oktober 2008

PENCEN LEBIH JAMIN MASA DEPAN

Petikan Dari Berita Harian
28/10/2008

MERUJUK berita bertajuk ‘Minta peluang kedua ganti opsyen KWSP’ yang diterbitkan Berita Harian pada 26 Oktober, saya terpanggil untuk memberi pandangan berkaitan tuntutan Cuepacs kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Saya adalah kalangan 43,000 penjawat awam yang memilih opsyen KWSP dan kini sudah mencarum hampir 13 tahun dalam KWSP. Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah ketika membuat pilihan sama ada opsyen KWSP atau pencen dulu, tiada sebarang taklimat diberikan. Ketika itu saya berkhidmat di Sabah dan disahkan perkhidmatan saya di sana. Kini saya sedar akan kelebihan yang sepatutnya diperoleh kakitangan awam yang memilih pencen misalnya Kad Persaraan, gratuiti dan kemudahan perubatan yang tidak akan diperoleh mereka yang memilih opsyen KWSP.
Hasrat Cuepacs di bawah Presidennya, Omar Osman, yang meminta JPA memberi pilihan kedua untuk kami penjawat awam membuat pilihan semula opsyen itu amat dialu-alukan. Ini memandangkan arus perubahan zaman pada masa sekarang yang memerlukan pemikiran menjurus kepada 10 atau 20 tahun masa depan apabila kami pada peringkat untuk bersara daripada perkhidmatan awam. Bayangkanlah jika pada 2025 nanti seseorang penjawat awam hanya mendapat wang caruman RM200,000 atau RM300,000 dengan keadaan kadar kehidupan lebih tinggi pada masa itu. Sehubungan itu, izinkan saya memberi pandangan supaya perkara ini diambil berat oleh semua pihak berkaitan dalam menentukan hala tuju kami penjawat awam yang sedang berkhidmat dengan kerajaan dan turut mencari rumusan terbaik apabila kami bersara nanti.
Saya berpendapat, bagi penjawat awam yang ditawarkan kenaikan pangkat secara kekananan, dibenarkan membuat pilihan semula sama ada memilih opsyen pencen atau KWSP buat kali kedua ketika membuat pengesahan kenaikan pangkat itu. Begitu juga penjawat awam yang melanjutkan pelajaran ketika dalam perkhidmatan yang pastinya berubah skil gaji dan gred apabila ditawarkan semula perkhidmatan seperti guru dari DGA29 atau DGA32 ke skil gaji DG41, dari DG41 ke DG44 dan seterusnya, apabila ditawarkan semula ke gred tertentu dibenarkan membuat pilihan kedua sama ada pencen ataupun KWSP. Tetapi hasrat ini hanya akan dapat dilaksanakan dengan tempoh perkhidmatan yang harus difikirkan semula kerana bagi kenaikan pangkat mengikut kekananan atau kekosongan jawatan memakan masa lama antara 10 hingga 15 tahun. Jika dalam perkhidmatan kerajaan ini pasti akan terjejas jika JPA mengehadkan kepada tempoh paling minimum untuk layak diberikan pencen apabila mereka bersara nanti. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada badan yang mewakili penjawat awam, terutama Cuepacs dalam usaha mengangkat martabat kakitangan awam ke satu profesion dihormati selaras dengan piagam yang dijanjikan.

PENJAWAT PRIHATIN,
Banting, Selangor.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya setuju , kegagalan penerangan tentang skim ini menyebabkan saya juga turut memilih kwsp. pihak kerajaan WAJAR mempertimbangkan kebajikan 43,000 penjawat awam ini.

Chinta Chundary berkata...

setuju dengan perkara ini

amal berkata...

Minta tolong jasa cuepacs untuk Minta peluang kedua ganti opsyen KWSP kepada skim pencen kepada golongan-golongan yang tidak memilih skim KWSP secara sukarela tetapi sebab salah faham.. tolong perjuangkan nasib-nasib kami..