SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Disember 2016

CUEPACS : LATIHAN INDUSTRI BERINSENTIF RM 1,000 MAMPU KURANG PENGGANGURAN

Freemalaysiatoday
 December 25, 2016

azih-muda-cuepacs-1
Azih juga menyarankan tempoh latihan industri dilanjutkan 2 hingga 3 tahun sementara menunggu kerajaan menarik balik pembekuan jawatan baharu dalam sektor awam.


PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menyediakan lebih banyak latihan industri dengan bayaran insentif sekurang-kurangnya RM1,000 kepada graduan universiti yang belum mendapat pekerjaan.Presidennya, Datuk Azih Muda juga menyarankan tempoh latihan industri dilanjutkan 2 hingga 3 tahun sementara menunggu kerajaan menarik balik pembekuan jawatan baharu dalam sektor awam.“Kita tahu ramai dalam kalangan mereka ini menganggur disebabkan salah satunya pembekuan jawatan baharu dalam sektor awam. Jadi, cadangan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran pada 2017.

“Dengan latihan industri itu, lepasan sekolah dan universiti ini tidak dianggap menganggur sebab mereka bekerja dan dapat gaji,” katanya kepada FMT hari ini.Beliau mengulas kadar pengangguran dijangka meningkat tahun depan ekoran pembekuan jawatan baharu dalam sektor awam, kelembapan dalam sektor korporat serta pengambilan ekspatriat untuk pekerjaan bergaji tinggi dalam industri pembinaan.

Kelmarin, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming dilaporkan berkata, kadar pengangguran 2 tahun lalu berada di bawah 3% berbanding 3.5% sekarang.“Kadar pengangguran mungkin nampak rendah, tetapi walaupun kenaikan 0.5% dalam 14 juta tenaga kerja akan menyebabkan 70,000 rakyat Malaysia tiada kerja,” kata Ong.Azih berkata, tidak mungkin semua 100,000 graduan universiti akan diserap ke dalam sektor awam, oleh itu pengambilan pekerja asing perlu dikurangkan dengan keutamaan diberikan kepada rakyat tempatan susulan projek pembangunan baharu seperti Mass Rapid Transit (MRT) dan Iskandar Malaysia yang sudah tentu akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Jadi, Cuepacs berharap kerajaan tidak terlalu lama membekukan jawatan baharu di dalam sektor awam kerana ini memberi sedikit kesan kepada mereka yang baru nak bekerja dan memasuki sektor awam.“Kita juga berharap graduan tidak terlalu mengharapkan gaji tinggi dalam permulaan pekerjaan mereka. Jadi, harapan kita supaya soal gaji ini tidak jadi terlalu menghalang mereka untuk bekerja,” katanya.

24 Disember 2016

MOHAMAD ZABIDI MULA BERCUTI SEBELUM TAMAT TUGAS SEBAGAI KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM - JPA

Bernama
23/12/2016



PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) -- Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 31 Disember ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Mohamad Zabidi, yang berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan awam, bercuti mulai semalam sebelum perkhidmatannya tamat.

Majlis Iringan Kasih sempena persaraan beliau turut diadakan di sini semalam.

Bekas Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri itu dilantik ke jawatan itu pada 15 Mac 2013.

Antara anugerah tertinggi yang diterima beliau sepanjang dalam perkhidmatan awam ialah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis dan Tokoh Pejuang Bahasa Perkhidmatan Awam, kedua-duanya pada 2016 serta Anugerah Khas Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sempena Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan tahun lepas.

-- BERNAMA

22 Disember 2016

AZIH KEKAL JAWATAN PRESIDEN CUEPACS


DATUK-AZIH-MUDA-TRP-M-600x360  

BNBBC
21/12.2016



 21 DIS : Jawatan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) masih kekal disandang Datuk Azih Muda selepas dipilih sekali lagi bagi penggal kedua.Pemilihan tersebut berlangsung semasa sesi pemilihan sempena Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS Ke-27, yang berakhir pada Rabu.Beliau menewaskan bekas Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zin dengan kelebihan 694 undi.

Azih mendapat 939 undi manakala Ahmad Shah memperoleh 245 undi.Keputusan itu diumumkan sebentar tadi oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengiraan Undi, Rohaizat Hashim bagi pemilihan pegawai tertinggi CUEPACS sesi 2016-2019 selepas pengundian dilakukan lebih 1,201 perwakilan, semalam.

Timbalan Presiden I, Mohd Shaman Jaes dan Timbalan Presiden II, Zainal Ismail, juga berjaya mempertahankan jawatan mereka, masing-masing memperoleh 658 dan 418 undi.
Bagi jawatan Setiausaha Agung, Adnan Mat memenangi jawatan itu dengan menerima 876 undi bagi menggantikan Datuk Lok Yim Pheng yang mengundur diri pada pemilihan kali ini.

21 Disember 2016

AZIH KEKAL PRESIDEN CUEPACS

Sinar Harian
21/12/2016



KUALA LUMPUR: Datuk Azih Muda mengekalkan kerusi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi penggal kedua pada sesi pemilihan sempena Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS Ke-27,
yang berakhir hari ini. Beliau menewaskan bekas Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zin dengan kelebihan 694 undi. Azih mendapat 939 undi manakala Ahmad Shah memperoleh 245 undi. Keputusan itu diumumkan sebentar tadi oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengiraan Undi, Rohaizat Hashim bagi pemilihan pegawai tertinggi CUEPACS sesi 2016-2019 selepas pengundian dilakukan lebih 1,201 perwakilan, semalam. Timbalan Presiden I, Mohd Shaman Jaes dan Timbalan Presiden II, Zainal Ismail, juga berjaya mempertahankan jawatan mereka, masing-masing memperoleh 658 dan 418 undi. Bagi jawatan Setiausaha Agung, Adnan Mat memenangi jawatan itu dengan menerima 876 undi bagi menggantikan Datuk Lok Yim Pheng yang mengundur diri pada pemilihan kali ini.

CUEPACS PERLU TERUS KOMITED BELA HAK DAN KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM

Bernama
20/12/2016


KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu terus bekerja keras dan komited dalam memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Beliau berkata semenjak pada awal penubuhannya lagi Cuepacs telah berjaya membawa banyak masalah dan isu berkaitan penjawat awam kepada kerajaan bagi diselesaikan.

"Cuepacs telah banyak menyumbang kepada kesejahteraan penjawat awam di Malaysia, selain membawa banyak keluhan dan rintihan daripada penjawat awam, mereka juga telah membawa beberapa cadangan bagi membantu membaik pulih sistem perkhidmatan awam di negara kita," katanya semasa berucap pada majlis makan malam Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di sini, hari ini..

20 Disember 2016

TANPA SKIM INSURAN, PENJAWAT AWAM 'MATI KATAK' CUEPACS

MalaysiaGazette

Mohammad Arif Nizam


Azih Muda
Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan menimbang cadangan agar diwujudkan skim insurans bagi melindungi dan membela kebajikan penjawat awam.
Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, sejak akhir-akhir ini ramai penjawat awam meninggal dunia kerana berdepan dengan musibah, kecelakaan, kecederaan dan kehilangan keupayaan kekal semasa bertugas.
“Tetapi penjawat awam ini tidak mempunyai insurans pelindungan dan macam mati katak.
“Kita amat terharu apabila melihat ibu-ibu yang mengandung dan membawa anak kecil bila suami sudah tiada ada untuk menanggung kehidupan mereka sekeluarga.
“Justeru hari ini, CUEPACS ingin mencadangkan supaya kerajaan melindungi 1.5 juta penjawat awam dengan insurans di bawah Perkeso atau mana-mana syarikat insurans yang sedia ada,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersalaman bersama para perwakilan dan turut mengiringi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem (dua kanan) dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda (kanan) semasa hadir pada Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke 27 di Menara PGRM, Cheras. foto FAREEZ FADZIL, 19 DISEMBER 2016
Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersalaman bersama para perwakilan semasa hadir pada Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke 27 di Menara PGRM, Cheras di Kuala Lumour hari ini.
Dalam pada itu, Azih berkata, Cuepacs turut menuntut kerajaan menyemak semula elaun kakitangan awam yang tidak disemak sejak 14 tahun lalu selain mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan.
Mengulas tuntutan itu, Zahid berkata, terdapat beberapa tuntutan yang dikemukakan Cuepacs itu adalah munasabah.
Beliau berjanji semakan semula elaun kakitangan awam akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Ahmad Zahid berkata, tuntutan itu munasabah kerana elaun berkaitan tidak disemak selama 14 tahun.
“Saya akan ingatkan Menteri Sumber untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Rabu ini.
“Tuntutan Cuepacs agar kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam juga akan dibincangkan pada mesyuarat tersebut.
“Saya fikir Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mendengar permintaan ini dan apabila tiba masa akan memenuhinya.
“Tuntutan ini adalah munasabah dan saya akan bisikan kepada beliau nanti,” katanya. – MalaysiaGazette

19 Disember 2016

SEMAKAN ELAUN PENJAWAT AWAM DIBAWA KE KABINET RABU INI

Sinar Harian
19/12/2016




 
 
 
 
 
 
 
Ahmad Zahid menerima cenderahati daripada Azih (kanan) selepas hadir merasmikan Konvensyen Kongres Cuepacs ke-27 hari ini. - Foto Bernama
 
 
 
KUALA LUMPUR - "Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkenaan semakan semula elaun-elaun kakitangan awam akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini," kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata, beliau berpendapat tuntutan itu adalah munasabah kerana elaun berkaitan sudah tidak disemak selama 14 tahun.   
"Saya akan ingatkan Menteri Sumber Manusia (Datuk Richard Riot Jaem) untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di sini hari ini.   
Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem, timbalannya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda.   
Ahmad Zahid berkata, selain itu tuntutan Cuepacs agar kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam juga akan dibincangkan pada mesyuarat tersebut.   
"Saya fikir perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mendengar permintaan ini dan apabila tiba masa akan memenuhi permintaan ini," katanya.
Namun, timbalan perdana menteri berkata, apabila menuntut perlu ada timbal balas iaitu penjawat awam perlu menunjukkan peningkatan produktiviti dan prestasi dalam perkhidmatan.
Katanya, sebarang permintaan juga perlu berdasarkan kesesuaian dan kemunasabahan mengikut kesesuaian situasi semasa.
Terdahulu semasa menyampaikan ucapan alu-aluan, Azih mengemukakan beberapa permintaan kepada kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan awam yang antara lain termasuk mewujudkan skim insurans dan mengekalkan saiz perkhidmatan awam. - Bernama

TUNTUTAN CUEPACS DIBAWA KE KABINET RABU INI

Utusan Malaysia 
19/7/2016

 
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk semakan semula elaun-elaun penjawat awam akan dibincangkan di Kabinet pada Rabu ini.

Beliau berkata, selain itu permohonan kongres itu untuk mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan bagi sektor awam akan turut dibawa oleh Kementerian Sumber Manusia pada mesyuarat berkenaan.
“Kita akan melihat elaun-elaun yang tidak disemak dalam tempoh 14 tahun untuk dibawa ke Kabinet,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Kongres Tahunan CUEPACS Ke-27 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

TUNTUTAN CUEPACS DIBAWA KE KABINET

Sinar Harian
Hairulazim Mahmud
azim@hmetro.com.my
19/12/2016
 

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan membawa tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), bagi menyemak semula elaun kakitangan awam ke Kabinet pada Rabu ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kali terakhir elaun berkenaan dikaji ialah 14 tahun lalu.
Beliau berkata, selain itu, tuntutan supaya Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam juga akan dibincangkan.
"Saya rasa tuntutan-tuntutan CUEPACS ini munasabah seperti elaun-elaun kakitangan awam yang difahamkan sudah tiada semakan selama 14 tahun.
"Saya akan ingatkan Menteri Sumber Manusia (Datuk Richard Riot Jaem) untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam Kabinet Rabu ini," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke-27 di sini hari ini.
Turut hadir Richard, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.

KAJI SEMULA ELAUN PENJAWAT AWAM KE KABINET RABU INI - AHMAD ZAHID

Bernama  
19/12/2016



KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkenaan semakan semula elaun-elaun kakitangan awam akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata beliau berpendapat tuntutan itu adalah munasabah kerana elaun berkaitan sudah tidak disemak selama 14 tahun.

"Saya akan ingatkan Menteri Sumber Manusia (Datuk Richard Riot Jaem) untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem, timbalannya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.

Ahmad Zahid berkata selain itu tuntutan Cuepacs agar kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam juga akan dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

"Saya fikir perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mendengar permintaan-permintaan ini dan apabila tiba masa akan memenuhi permintaan-permintaan ini," katanya.

Namun, timbalan perdana menteri berkata apabila menuntut perlu ada timbal balas iaitu penjawat awam perlu menunjukkan peningkatan produktiviti dan prestasi dalam perkhidmatan.

Katanya sebarang permintaan juga perlu berdasarkan kesesuaian dan kemunasabahan mengikut kesesuaian situasi semasa.

Terdahulu semasa menyampaikan ucapan alu-aluan, Azih mengemukakan beberapa permintaan kepada kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan awam yang antara lain termasuk mewujudkan skim insurans dan mengekalkan saiz perkhidmatan awam.

-- BERNAMA

08 Disember 2016

LEBIH 71,000 PENJAWAT AWAM BERSARA AWAL ANTARA FAKTOR KESIHATAN

Bernama
8/12/2012




Datuk Seri S.K Devamany - gambar fail
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Permohonan 71,700 penjawat awam untuk bersara awal diluluskan dari 2006 sehingga kini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany.

Devamany berkata antara faktor penjawat awam memilih bersara awal disebabkan masalah kesihatan selain menceburi bidang perniagaan, mendapat tawaran pekerjaan lain, tidak mampu menampung bebanan tugas yang ada dan ingin memberi fokus kepada keluarga.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Boon Som Inong mengenai bilangan dan punca penjawat awam memilih untuk bersara awal bagi tempoh 10 tahun serta implikasi kelancaran kepada mutu perkhidmatan awam di negara ini.....

30 November 2016

CUEPACS HARAP TIADA LAGI SEKTOR KERAJAAN DISWASTAKAN

Bernama
29/11/2016


Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap tiada lagi sektor kerajaan yang akan diswastakan, kata Presidennya Datuk Azih Muda.
Beliau berkata dasar itu dilihat mampu menjejaskan peluang kepada rakyat tempatan untuk mendapatkan pekerjaan apabila sektor awam yang diswastakan lebih banyak diisi rakyat asing di samping ketidakyakinan pihaknya kepada institusi yang mengambil alih sektor awam berkenaan.

"Cuepacs memohon supaya kerajaan menyemak semula cadangan penswastaan yang dicadangkan oleh pihak tertentu jika mereka mempunyai agenda," katanya dalam sidang media di Wisma Cuepacs di ibunegara hari ini.

Baru-baru ini, Azih berkata terdapat cadangan untuk menswastakan Jabatan Dietetik dan Sajian di hospital kerajaan yang akan memberi kesan kepada kebajikan lebih 2,000 pembantu penyediaan makanan dan pegawai dietetik di hospital kerajaan seluruh negara.

Sementara itu, Azih turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menjelaskan bayaran insentif penguatkuasa Jabatan Imigresen sebanyak RM200 sebulan yang menurutnya belum dibayar sejak kerajaan meluluskan bayaran itu kepada pegawai imigresen yang layak.

"Mereka berkhidmat kepada negara siang dan malam malah berdepan dengan risiko," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azih berkata Cuepacs menyokong cadangan Peguam Negara supaya hukuman berat dikenakan kepada individu yang mengganggu tugas penjawat awam dan menggunakan kekerasan secara sengaja.

Azih berkata hukuman berat perlu untuk menjaga imej kerajaan dan penjawat awam.

- Bernama

26 November 2016

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN BUKU CATATAN [DAIRI] BAGI KEGUNAAN CUEPACS SESI 2016-2019





KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]
(Pendaftaran No 195)
SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN
KERJA-KERJA BEKALAN BUKU CATATAN [DAIRI] BAGI KEGUNAAN CUEPACS SESI 2016-2019
NO SEBUTHARGA : BIL 5/2016                                                Tarikh : 24 November 2016
KEPADA :
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu
55100 Kuala Lumpur.
1. Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA / TENDER DIKIRI HADAPAN SAMPUL.
2. Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 24 November 2016, tidak lewat dari jam 11.00 pagi. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No.5/2016 : Perbekalan Dairi.
3. Semua penender hendaklah wajib hadir dengan sendiri untuk melihat contoh diari dan mengambil borang tender/sebutharga mulai 8 Disember 2016 jam 10.00 pagi.
4. Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Ibu Pejabat CUEPACS Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu.
5. Jawatankuasa setuju terima sebutharga/tender tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.
6. Sebutharga hendaklah sah selama 30 HARI selepas itu.
7. Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.



BIL
PERKARA
KUANTITI
HARGA
01
Perbekalan Diari/Buku Catatan CUEPACS yang mengandungi:
  1. Kulit
  2. Visi CUEPACS
  3. Misi CUEPACS
  4. Keterangan peribadi
  5. Pegawai Tertinggi CUEPACS
  6. Ahli Majlis Tertinggi
  7. Pengerusi/Setiausaha Bahagian CUEPACS
  8. Kalender 2016, 2017 2018
  9. Takwim Persekolahan
  10. Takwim 1434 & 1435H
  11. Cuti Umum Malaysia
  12. Jadual Perancangan Bulanan Jan-Dec
  13. Nota Catatan 100 mukasurat
  14. Catatan telepon
  15. Jarak Kilometer Bandar
250 unit

Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia….…………...............
……………………………………………………………………………………………………………...
Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..
[ Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].
Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas.
Nama penuh pengurus :……………………………………….
Tandatangan dan cop penender :……………………………………….
Alamat :………………………………………..
…………………………………………
…………………………………………
Tarikh :………………………………..