SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 April 2011

CIVIL SERVANTS TAKING JOBS

The Star
By ROSHIDI ABU SAMAH
29/4/2011


IPOH: The rising costs of goods and living have forced many low-ranking civil servants to take up part-time jobs.

And the worry is, their productivity and performance levels as public servants would be exposed to power abuse.

Cuepacs president Datuk Omar Osman said the congress was concerned that civil servants might get involved in corruption to obtain extra income.

Omar was speaking to newsmen after a briefing session with Perak Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism officers here yesterday.

Cash assistance: Omar (left) presenting the mock cheque to Noor Rashidah Friday.

He was commenting on the Malaysian Anti-Corruption Commission 2010 Annual Report which stated that 131 civil servants were among 381 people charged with corruption last year.

It was also reported that 293 civil servants were among the 944 people who were arrested by the commission last year.

Omar said various calls by Cuepacs for the Government to improve the work scheme for civil servants was meant to help such low-income group.

He claimed proposals submitted by Cuepacs were not given due attention.

Omar said the union also hoped there would be good news from the Government for civil servants at the Workers Day celebration tomorrow.

Among other things, Cuepacs had called on the Government to carry out salary adjustments for civil servants this year.

The union also proposed the cost of living allowance (cola) for all civil servants to be adjusted to RM300 per month, and housing allowance for government employees in grade 40 and below be increased to RM350 per month from the current RM180.

Earlier, Omar presented a cheque worth RM42,600 from Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad to teacher Noor Rashidah Sulaiman Najib, whose husband died last year.

A. Razak Shaari, 52, who was head of Perak Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Department in Kuala Kangsar, died here while on duty.

MENGHARGAI PEKERJA

Utusan Malaysia
Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my


SEPERTI kebiasaan maka sambutan Hari Pekerja 2011 akan diraikan pada Ahad ini. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum.

Mulai 1991, kerajaan turut menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja secara tetap setiap tahun sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara.

Perhimpunan yang disertai pekerja sektor awam dan swasta juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja.

Pada tahun ini, perhimpunan yang bertemakan 'Pekerja Merealisasi Transformasi Negara' akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebagai penghormatan kepada golongan pekerja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan.

Sebenarnya, keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap nasib golongan pekerja tidak boleh disangkal. Ini terbukti apabila kerajaan telah bersetuju menetapkan gaji minimum seperti yang dituntut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sejak lebih 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, golongan pekerja sudah tentu menantikan respons kerajaan terhadap beberapa tuntutan lain yang telah dibuat termasuk cadangan pekerja sektor swasta diberikan elaun sara hidup (COLA) RM300 sebulan berikutan kenaikan harga barangan.

Dalam pada itu, sambutan Hari Pekerja 2011 anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan diadakan di Ipoh pada Ahad ini.

Satu lagi sambutan anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan CUEPACS akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Mei.

Bagi penjawat awam mereka sudah pasti ternanti-nantikan apakah lagi berita baik yang akan diumumkan Najib sebagai respons terhadap permohonan CUEPACS sebelum ini.

Antaranya cadangan kenaikan imbuhan tetap perumahan daripada RM180 kepada RM300, jawatan Gred 1 hingga 16 dimansuhkan dan pekerjanya dinaik taraf ke Gred 17 dan diselaraskan kadar COLA kakitangan awam.

Walaupun bukan semua tuntutan berkenaan dapat dipenuhi berikutan kekangan kewangan kerajaan, ia tidak harus dijadikan alasan oleh pekerja untuk tidak bekerja kuat.

Pekerja sektor swasta dan awam sepatutnya terus meningkatkan lagi produktiviti masing-masing supaya matlamat untuk menjadikan Malaysia negara maju pada 2020 tercapai.

CUEPACS TOLAK HUKUMAN DALAMAN

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2011/04/29


Kesatuan mahu penjawat awam kena tuduh dapat perbicaraan secara adil

KUALA LUMPUR: CUEPACS tidak bersetuju dengan cadangan pelaksanaan hukuman peringkat dalaman terhadap penjawat awam yang terbabit dalam rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tanpa perlu menunggu perbicaraan atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Kesatuan yang mewakili lebih 1.2 juta kakitangan awam di negara ini, sebaliknya mahu pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji cadangan itu bagi memastikan penjawat awam yang dituduh mendapat perbicaraan adil sebelum dijatuhkan hukuman oleh majikan. Timbalan Presidennya, Azih Muda, berkata CUEPACS bimbang jika dilaksanakan, ia akan menjejaskan keadilan yang sepatutnya dinikmati oleh tertuduh sebelum dijatuhi hukuman.

“Cadangan itu tidak wajar dilaksanakan kerana jika penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib tanpa perlu menunggu perbicaraan atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah, ia seolah-olah tertuduh tidak mempunyai hak membela diri.

“Jika tertuduh dibuang kerja berdasarkan tindakan peringkat dalaman dan kemudian didapati tidak bersalah oleh mahkamah, bayangkan kesan yang perlu dilalui olehnya dan keluarga selepas itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah, Datuk Hisham Nordin, berkata ia adalah hukuman yang bakal dihadapi oleh penjawat awam yang terbabit melakukan kesalahan berkenaan apabila pindaan Pekeliling Perkhidmatan Awam (Tatatertib) yang ketika ini sedang diteliti pejabat Peguam Negara, diluluskan kelak.
Hisham berkata, hukuman akan diputuskan pada peringkat dalaman oleh agensi dan jabatan kerajaan tanpa perlu menunggu keputusan mahkamah kerana perbuatan itu dianggap mencemar dan menjejaskan imej.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata kerajaan perlu memperhalusi cadangan berkenaan secara terperinci.

“Cadangan ini memerlukan kajian mendalam kerana bentuk hukuman disyorkan amat berat. Bersalah atau tidak bersalah wajar diputuskan oleh mahkamah selepas melalui proses perundangan yang sewajarnya,” katanya.

TAK TUNGGU PERBICARAAN

Berita harian
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/04/28


Peguam Negara, JPA teliti pindaan pekeliling tatatertib garis tindakan terhadap penjawat awam tak amanah

PUTRAJAYA: Penjawat awam yang terbabit dalam kegiatan rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa berhadapan tindakan sama ada ditahan gaji, diturun pangkat atau dibuang kerja tanpa menunggu mereka dibicara atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Peruntukan untuk tindakan dalaman itu dicadangkan dalam pindaan Pekeliling Perkhidmatan Awam (Tatatertib) yang sedang diteliti Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai ganti kepada hukuman ringan seperti amaran bertulis dan lisan sekarang.

MINDA PENGARANG: TINDAKAN DALAMAN PERLU DILAKSANA SECARA ADIL ELAK KAKITANGAN TERANIAYA

Berita Harian
20/4/2011



KETEGASAN kerajaan membanteras penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah kalangan penjawat awam yang tidak amanah, termasuk mengenakan tindakan dalaman secara terus pada peringkat agensi dan jabatan perlu dilihat dari perspektif yang betul. Tindakan ini bukan semata-mata mahu menghukum atau menyusahkan kakitangan sektor awam, sebaliknya lebih kepada menguatkuasakan peruntukan undang-undang sedia ada, tetapi dilaksanakan sambil lewa oleh ketua jabatan atau agensi berkaitan.

Dalam membendung kegiatan rasuah yang semakin membimbangkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan kebelakangan ini, kita mengalu-alukan langkah kerajaan mahu menguatkuasakan pekeliling berkaitan tatatertib bagi membolehkan tindakan dalaman diambil secara terus pada peringkat agensi dan jabatan, bukannya menunggu sehingga mahkamah membuat keputusan. Tindakan itu yang dicadangkan Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Berkaitan Rasuah, Datuk Hisham Nordin bertujuan membendung gejala berkenaan yang bukan saja melanggar peraturan tatatertib, tetapi kerana dianggap sebagai kesalahan jenayah. Tindakan cepat pada peringkat jabatan boleh melindungi imej agensi atau jabatan daripada tercemar sebelum ia dibawa ke mahkamah. Justeru, apabila Pekeliling Perkhidmatan Awam (Tatatertib) itu dipinda, kakitangan sektor awam terutama yang berkhidmat dalam kategori ‘panas’ perlu lebih berhati-hati kerana gerak geri mereka dipantau secara dekat oleh ketua di bahagian masing-masing. Langkah pemantauan itu selaras dengan pelbagai tindakan yang diambil kerajaan bagi memastikan kakitangan pada semua peringkat, termasuk pegawai atasan, menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa sebarang penyelewengan. Pelaksanaan program pembangunan kerajaan bergantung penuh kepada kakitangan sektor awam. Sudah tentu pentadbiran awam yang cekap dapat membantu mempercepatkan lagi urusan kerajaan demi kepentingan rakyat dan negara. Pemimpin boleh merumuskan sesuatu program, tetapi pelaksanaannya memerlukan kerjasama dan sokongan erat barisan kakitangan yang bukan saja cekap tetapi jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Menerusi pindaan itu, tindakan menahan gaji, menurunkan pangkat dan dibuang kerja boleh dikenakan ke atas pegawai awam yang terbabit dalam rasuah, menyeleweng atau salah guna kuasa. Ketika ini mana-mana kakitangan awam yang didapati melakukan kesalahan berkenaan hanya diberikan amaran bertulis dan lisan. Mereka mungkin juga ditukarkan ke bahagian lain tanpa menjejaskan keistimewaan dan manfaat perkhidmatan, sedangkan ada peruntukan hukuman lebih tegas boleh dikenakan ke atas mereka mengikut pekeliling tatatertib. Apapun cadangan yang dikemukakan, kita harap ia hendaklah dilaksanakan secara adil tanpa prejudis. Sebarang tuduhan ke atas mana-mana kakitangan perlu disiasat rapi terlebih dulu agar ia tidak menyebabkan berlaku penganiayaan ke atas mana-mana pihak yang dituduh.

Selepas semua prosedur dipenuhi dan didapati ada bukti, barulah pihak terbabit dikehendaki menghadapi inkuiri dalaman. Jika dapat dibuktikan pembabitan mereka dalam sesuatu tuduhan, sewajarnya tindakan pada peringkat jabatan diambil, sementara menunggu pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah. Kita juga berharap cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan di kerusi panas sesebuah jabatan dilaksanakan segera. Berada terlalu lama di sesuatu tempat akan mendedahkan kakitangan kepada pelbagai elemen yang boleh mendorong kepada penyelewengan kuasa serta rasuah

28 April 2011

CUEPACS MINTA KERAJAAN SELARAS GAJI UNTUK IMBANGI KENAIKAN HARGA BARANG

Bernama
28/4/2011



KANGAR, 27 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini Rabu.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.

Selain itu, kesatuan tersebut juga menyarankan had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.



-- BERNAMA

27 April 2011

CUEPACS: NAIKAN GAJI BAGI IMBANGI HARGA BARANG

Malaysiakini
27/4/2011



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

cuepacs omar osman 181007Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di Kangar hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata, Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

housing flats 050405 filled apartments flatsOmar berkata, Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat,” katanya.

Selain itu, kesatuan tersebut juga menyarankan had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

- Bernama

24 April 2011

POLIS , SPRM USAH LEKA DENGAN KEMATIAN MENGGEMPARKAN

Utusan Malaysia
23/4/2022
Oleh Azman Anuar



DAHULU jenuh pihak Polis Diraja Malaysia bersilat untuk menepis ‘tikaman dan tembakan sembarangan’ dari segenap sudut apabila berlaku kematian mengejut seseorang ketika dalam tahanan polis.

Begitu juga dengan kes seorang anggota polis dituduh menyebabkan kematian remaja, Aminulrasyid Amzah.

Kini, peluru dan senjata tajam sedang ditujukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Belum pun selesai kes Teoh Beng Hock, berlegar-legar pula spekulasi tentang kematian mengejut Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Ahmad Sarbaini Mohamed.

Sebagai mana kes Beng Hock, nampaknya ahli keluarga Ahmad Sarbaini juga tidak berpuas hati dengan keputusan siasatan polis yang menyatakan Allahyarham mati mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat.

Perasaan sedih dan kecewa ahli keluarga Ahmad Sarbaini tidak dapat dipujuk dengan kenyataan yang boleh dipertikaikan hasil siasatan itu.

Mereka berasa tidak masuk akal untuk Ahmad Sarbini yang pandai mengucap kalimah syahadat, ada isteri dan anak sanggup terjun dari aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan pada 6 April lalu untuk membunuh diri.

Nampaknya keluarga Allahyarham tidak mahu polis menutup segera kes kematian ini dengan memberi tahu ia kematian mengejut kerana terjatuh. Mereka mahu pihak polis mengorek hingga sekecil lubang cacing untuk mencari punca Ahmad Sarbaini terjatuh dan mati.

Melihat perkembangan kes-kes mati mengejut ini, selepas ini urusan siasatan polis dan SPRM tidak seperti masa-masa lalu.

Trend ini memperlihatkan sekarang segelintir orang awam sudah tidak dapat menerima bulat-bulat keputusan siasatan polis atau SPRM.

Lazimnya, apabila laporan siasatan sudah lengkap ia diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan – dakwa atau tutup kes.

Pun begitu jangan anggap semua sudah selesai. Biasanya manusia tidak dapat menutup semua mulut orang daripada membuat spekulasi.

Yang tahu apa penyebab dan punca kematiannya ialah si mati. Sebab itu kalaulah Tuhan bagi anugerah supaya dinding boleh bercakap, mungkin kita tahu apa sebenar yang berlaku. Tak payah sesiapa pun membuat andaian yang entah betul atau salah.

Tapi ada pihak yang cukup pandai dalam bab untuk membuat andaian dan mereka-reka cerita terutama memperlekehkan institusi kerajaan – polis dan SPRM.

Jadi, elok sangat isu kematian Ahmad Sarbaini ini tidak melibatkan orang politik terutama parti pembangkang.

Jika isu kematian penjawat awam ini dipolitikkan, entah bila ia akan selesai. Lihatlah perkembangan kes liwat dan kes kematian Beng Hock yang sehingga kini belum selesai.

Paling utama kematian individu memang perlu disiasat lebih terperinci demi keadilan dan kebenaran. Namun begitu, janganlah isu kematian itu menutup pula isu yang lebih besar iaitu siasatan untuk membasmi kegiatan rasuah di negara ini.

Kes Beng Hock sebenarnya ada kaitan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Begitu juga kes kematian Ahmad Sarbaini yang ada kaitan dengan rasuah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kita minta, pihak berkuasa tidak terlupa tentang perkara yang lebih menggemparkan negara hasil pembongkaran SPRM dan polis itu.

23 April 2011

CUEPACS, FOMCA MAHU SKIM PINJAMAN PELABURAN AMANAH SAHAN DIPERINCI

Berita Harian
2011/04/2



KUALA LUMPUR: CUEPACS dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan skim baru yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah membuat pinjaman untuk melabur dalam dana Amanah Saham 1Malaysia, tetapi mahu kerajaan merangka mekanisma terbaik bagi memastikan pinjaman berkenaan tidak membebankan rakyat.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata langkah berkenaan memberi keuntungan untuk jangka masa panjang kerana ia memberi pendapatan tambahan kepada golongan terbabit. Beliau berkata, bagaimanapun skim itu perlu diperincikan dengan teliti dan hanya mereka yang mempunyai kewangan mencukupi dibenarkan berbuat demikian bagi mengelakkan bebanan membayar ansuran pinjaman setiap bulan. Sekiranya kerajaan benar-benar mahu membantu rakyat berpendapatan rendah, mereka sepatutnya dibenarkan mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melabur.

"Melalui cara itu, mereka tidak perlu membayar ansuran pinjaman. Ia lebih selamat dan dapat mengelakkan diisytiharkan muflis sekiranya gagal membayar pinjaman dalam tempoh ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan skim pinjaman mudah bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia.

Omar berkata, langkah itu juga dapat mengelakkan rakyat terutama kakitangan awam melabur dalam skim cepat kaya atau saham yang berisiko tinggi.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kumpulan FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, skim terbabit membuka peluang kepada golongan berkenaan menambah pendapatan pada masa depan.

Beliau berkata, walaupun amanah saham itu memberi pulangan kecil, namun ia lebih terjamin berbanding saham lain berisiko besar dan mengelakkan melabur dalam skim cepat kaya.

"Langkah berkenaan baik, namun, setiap individu perlu memastikan kedudukan kewangan mereka sebelum melakukan pinjaman," katanya.

KERAJAAN PERLU PRIHATIN ELAK DOKTOR BERHIJRAH KE SEKTOR SWASTA

Berita Harian
2011/04/23



SAYA amat bersetuju dengan pendapat ‘suami doktor’ yang disiarkan dalam ruangan ini bertarikh 13 April lalu dan ‘insan simpati’ pada 20 April lalu.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Saya juga suami kepada seorang doktor dan sebagai suami sudah pasti saya berpeluang merasai satu pengalaman yang mungkin tidak akan dirasai oleh suami lain. Sebagai seorang doktor yang berkhidmat di sektor awam sudah pasti isteri saya juga terikat dengan masa kerja yang cukup panjang antara 30 hingga 34 jam sehari. Pengalaman isteri saya yang berkhidmat di sebuah hospital daerah cukup memenatkan sekali, terutama pada waktu giliran ‘on call’ kerana pada waktu itu hanya seorang doktor saja yang terpaksa mengawal sebuah hospital daerah.

Keadaan ini berbeza dengan hospital besar, kerana doktor ‘on call’ bertugas secara kumpulan mengikut jabatan masing-masing. Bayangkan bagaimana isteri saya dan doktor lain yang bertugas pada waktu itu. Semua tugas perlu dibuat untuk menjaga semua jabatan di seluruh hospital pada waktu ‘on call’.

Bagi memudahkan urusan penjagaan anak kerana saya juga seorang penjawat awam terpaksa bertolak ke tempat kerja selepas waktu subuh, sedangkan pusat asuhan kanak-kanak lewat dibuka, saya akan mengusung bantal dan tilam serta pelbagai barangan keperluan anak dan peribadi untuk bersama-sama dengan isteri di sebuah bilik ‘on call’ di hospital.

Begitulah rutin kami anak beranak setiap kali isteri saya ‘on call’ termasuk hari minggu. Isteri saya akan menjenguk kami anak beranak jika tiada pesakit, biasanya antara lima hingga 10 mini dan menyambung kembali urusan melayan pesakit yang tidak pernah putus. Akhirnya, kami anak beranak tertidur. Keesokannya saya akan bertolak ke tempat kerja.

Dengan meninggalkan anak saya di bilik ‘on call’ sementara menunggu isteri saya membawa anak ke pusat asuhan selepas di buka sebelum menyambung kembali tugas harian seperti biasa mengikut waktu pejabat.

Syukur isteri saya tidak pernah mengeluh kerana baginya itulah pengorbanan seorang doktor dan ganjaran pahala yang cukup besar untuk pengorbanan itu.
Walaupun kerajaan sudah banyak memperbaiki sistem saraan doktor awam baru-baru ini, saya berpendapat ia masih belum setimpal dengan pengorbanan dan tugasan seorang doktor.

Oleh itu, kerajaan perlu melakukan sesuatu yang lebih setimpal dengan tugas seorang doktor agar masalah penghijrahan ke sektor swasta tidak berlaku.

JUGA SUAMI DOKTOR,
Pasir Mas, Kelantan.

21 April 2011

PERJUMPAN DENGAN PEGAWAI TERTINGGI DAN JAWATANKUASA TEKNIKAL DENGAN KETUA PENGARAH JABATAN KERJARAYA.

Media Cuepacs
21/4/2011



Kuala Lumpur: Perjumpaan Pegawai Tertinggi dan Jawatankuasa Teknikal CUEPACS dengan Ketua Pengarah JKR telah diadakan. Sdra Azih Muda Timbalan Presiden menganggotai rombangan ini. Perjumpaan ini membincangkan kerja-kerja ubahsuai bangunan CUEPACS di PUDU Kuala Lumpur



PENJAWAT AWAM DISARAN CAPAI MELEBIHI SASARAN NKRA

Bernama
21/4/2011




KOTA KINABALU, 20 April (Bernama) -- Penjawat awam kini perlu memberi fokus terhadap usaha untuk mencapai melebihi sasaran yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kata Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Muhammad Hatta Ab Aziz.

Katanya momentum pelaksanaan NKRA sekarang yang banyak menemui kejayaan, memerlukan usaha tambahan demi kesejahteraan negara berterusan.

"Janganlah kita persoalkan apakah yang dapat negara beri kepada kita. Sebaliknya yang perlu kita tekankan ialah sumbangan yang dapat kita berikan," katanya pada majlis Perhimpunan Awam Persekutuan Negeri di sini pada Rabu.

Muhammad Hatta turut menasihatkan penjawat awam supaya mencari kaedah terbaik yang dapat memberi pulangan optimum.

Bagi mencapai tujuan itu, beliau berkata penjawat awam perlu membuka minda supaya dapat melihat sesuatu dalam perspektif yang berlainan berbanding sebelumnya.

-- BERNAMA

20 April 2011

PENGERUSI CUEPACS KEDAH MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH - AL-FATIHAH

Media Cuepacs
20/4/2011

1.52pm


Takziah.. dukacita dimaklumkan bahawa saudara Othman Hamid Pengerusi CUEPACS Kedah merangkap Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan Pengurusan dan Profesional (MBK P&P) telah kembali kerahmatullah pada 20hb April 2011 jam 12.30 tengahari. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang soleh.

KUNJUNG HORMAT PEGAWAI TERTINGGI CUEPACS DENGAN KETUA PENGARAH KESATUAN SEKERJA

Media Cuepacs
20/4/2011


Putrajaya: Pegawai Tertingi CUEPACS mengadakan kunjungan dengan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja di Ibupejabat Putrajaya pada 19 April 2011. Kunjungan ini di ketuai oleh Dato' Haji Omar Osman Presiden. Turut hadir pegawai Kesatuan Sekerja. Pegawai Tertinggi CUEPACS yang hadir Sdri Lok Yim Pheng Setiausaha Agung, Sdra Adnan Mat SUA I, Sdra Mahamad Bahrum SUA II, Sdra Abdul Rahman Mohd Nordin SUA III dan Sdra Mohd Razali Singah Tim Setiausaha Kewangan.







SYOR HENTI AMBIL LULUSAN PMR

Berita Haarian
Oleh Azidan Nahar
azidan@bharian.com.my
2011/04/19


CUEPACS mahu penjawat awam dengan Gred A diberikan gaji lebih tinggi

JOHOR BAHRU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sudah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya tidak lagi mengambil penjawat awam berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke bawah.

Cadangan itu selaras dengan tuntutan CUEPACS sebelum ini, yang mahu kerajaan menghapuskan Gred 1 hingga 16 dalam Skim Perkhidmatan Awam bagi membolehkan mereka diberikan gaji lebih tinggi bersesuaian dengan peningkatan kos sara hidup.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, ketika ini 650,000 penjawat awam berada dalam Gred 1 hingga 16 merangkumi pelbagai jawatan membabitkan semua kementerian.

“CUEPACS tidak mahu lagi ada kakitangan awam memegang sijil PMR, kita mahu semua Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita mahu kakitangan dengan Gred A... pemandu sudah ada SPM, banyak jabatan sudah naik taraf gred penjawat awam seperti tukang masak, operator sistem dan operator telefon.

“Semua sudah setaraf dan memiliki Gred 17,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan bagi menerangkan isu semasa CUEPACS bersama penjawat awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, semalam.

CUEPACS bulan lalu mengemukakan lima tuntutan baru kepada JPA termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 membolehkan penjawat awam berkenaan terus ditempatkan pada Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan ketika ini atau RM920 jika cadangan gaji minimum yang dikemukakan pihaknya kepada JPA pada 1 Julai 2007, dipersetujui kerajaan dalam kajian semula Skim Saraan Malaysia (SSM).
Sehubungan itu, katanya, jika cadangan itu diterima JPA, kumpulan pekerja berkenaan akan mendapat suntikan baru apabila meraih pendapatan lebih tinggi berbanding sekarang.

Beliau berkata, pada ketika ini penjawat awam Gred 1 hingga 16 mempunyai gaji permulaan kira-kira RM647 dan apabila cadangan berkenaan diluluskan, kumpulan terbabit boleh menerima gaji permulaan dicampur elaun lain kira-kira RM900.

“Pendapatan gred pekerja ini di bawah RM3,000 sebulan, ia hanya cukup makan, jika mereka berkhidmat selama 25 tahun baru dapat RM3,000. Jika mereka terus ditempatkan pada Gred 17, gaji permulaan mereka ialah kira-kira RM820 sebulan dan boleh mencapai sehingga RM3,500 sebelum bersara.

“Kita tidak mahu terlalu ramai kakitangan kerajaan buat kerja sambilan kerana rakyat dan pelanggan akan mempertikaikannya, kita mahu mereka fokus kepada kerja, kita tidak mahu lihat lagi selepas ‘punch card’ terus mereka buat kerja sambilan kerana bimbang tidak cukup duit,” katanya.

Omar berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan tuntutan terbabit dan menjadi hadiah bermakna buat penjawat awam menjelang sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei nanti.

Mengenai pekerja kontrak, Omar meminta jabatan kerajaan supaya tidak membuang pekerja terbabit kerana ia sesuatu yang tidak adil kepada mereka yang sebahagian daripada mereka sudah berkhidmat lebih 10 tahun.

Katanya, ketika ini terdapat 45,000 kakitangan kontrak yang berkhidmat di semua agensi kerajaan dan ada antara mereka sudah berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun.

“Saya minta semua agensi kerajaan supaya jangan memberhentikan pekerja kontrak ini, biarlah perkhidmatan mereka terus disambung supaya tidak menjadi beban kepada keluarga, ada suami isteri yang berpisah kerana tidak ada kerja, umur sudah 50 tahun jika berhenti tiada siapa nak ambil bekerja lagi. Pekerja asing pun kita jaga dengan baik, tetapi pekerja tempatan sendiri kita tidak jaga.

“Saya juga merayu kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara supaya dapat memberi ruang kepada mereka untuk menyambung kontrak, jika boleh sehingga 58 tahun,” katanya.

19 April 2011

GAJI BARU ATASI MASALAH KERJA SAMBILAN

Metro Harian
19/4/2011



JOHOR BAHRU: Bimbang kakitangan awam melakukan kerja sambilan kerana berasakan gaji diterima tidak mencukupi, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan mempertimbangkan kumpulan yang berada dalam Gred 1 hingga 16 diserap ke Gred 17 bagi menikmati gaji lebih baik.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ketika ini pekerja awam berkelulusan PMR ke bawah ditempatkan di dalam gred Gred 1 hingga 16 dan mereka dibayar gaji permulaan kira-kira RM647.


Katanya, disebabkan peningkatan kos hidup sejak kebelakangan ini ramai di kalangan kakitangan kerajaan terbabit dikhuatiri bekerja sambilan sekali gus boleh menjejaskan produktiviti.

“Kita tidak mahu terlalu ramai kakitangan kerajaan buat kerja sambilan kerana rakyat dan pelanggan akan mempertikaikannya.


“Kita mahu mereka fokus kepada kerja, kita tidak mahu lihat selepas ‘punch card’ mereka terus buat kerja sambilan kerana bimbang tidak cukup duit.


“Cuepacs tidak mahu lagi ada kakitangan awam pemegang sijil PMR, kita mahu semua minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mahu kakitangan Gred A. “Sekarang ini, seorang pemandu pun sudah ada SPM, banyak jabatan sudah naik taraf gred penjawat awam seperti tukang masak, operator sistem dan operator telefon,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan bagi menerangkan isu semasa kongres berkenaan Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/Institusi Pengajian Tinggi Awam (Gakum) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).



Menurutnya, ketika ini seramai 650,000 penjawat awam berada dalam Gred 1 hingga 16 merangkumi pelbagai jawatan dalam kementerian dan jika mereka diserap ke gred 17, mereka boleh menerima gaji permulaan dicampur elaun sebanyak kira-kira RM900. “Pendapatan gred 1-16 di bawah RM3,000 sebulan, ia hanya cukup makan dan sekiranya mereka berkhidmat selama 25 tahun baru boleh mencecah RM3,000.


“Jika mereka terus ditempatkan pada Gred 17, gaji permulaan mereka ialah kira-kira RM820 sebulan dan boleh mencapai hingga RM3,500 sebelum bersara,” katanya.


Cuepacs bulan lalu mengemukakan lima tuntutan baru

kepada JPA termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 bagi membolehkan penjawat awam terus ditempatkan ke Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan (ketika ini) atau RM920 jika cadangan gaji minimum dikemukakan kepada JPA, 1 Julai 2007 dipersetujui kerajaan dalam kajian semula Skim Saraan Malaysia (SSM).


Omar berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan tuntutan itu dan menjadi hadiah bermakna buat penjawat awam menjelang sambutan Hari Pekerja, 1 Mei depan. Sementara itu, dalam perkembangan pekerja kontrak, Omar menyeru jabatan kerajaan tidak membuang pekerja terbabit kerana ia sesuatu yang tidak adil kerana sebahagian daripada mereka berkhidmat lebih daripada 10 tahun.


Katanya, ketika ini seramai kira-kira 45,000 kakitangan kontrak berkhidmat di semua agensi kerajaan dan ada di antara mereka sudah berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun

PENJAWAT AWAM PENUHI SYARAT BOLEH TANAH DI TERENGGANU

Bernama
19/4/2011


BESUT, 18 April (Bernama) -- Penjawat awam kerajaan negeri dan persekutuan yang berkhidmat di Terengganu boleh memohon mendapatkan tanah di negeri itu sekiranya mereka telah berkhidmat dalam tempoh yang ditetapkan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata penjawat awam boleh membuat pilihan sama ada untuk memilih tanah pertanian seluas satu hektar ataupun satu lot rumah kediaman di mana-mana kawasan di negeri ini.

Beliau berkata syarat bagi penjawat awam negeri untuk memperoleh tanah itu ialah mereka mestilah telah berkhidmat melebihi 5 tahun manakala bagi persekutuan pula perlu melebihi 10 tahun berkhidmat secara terus menerus di Terengganu.

"Tawaran ini merupakan satu insentif bagi menghargai khidmat kakitangan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penjawat awam daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut di Gong Kemuntong di sini pada Isnin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Mara yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh.

Ahmad berkata keutamaan akan diberi kepada penjawat awam yang telah berkahwin, tetapi mereka hanya dibenar membuat satu permohonan tanah.

"Pemberian tanah ini terikat kepada syarat tertentu. Mereka yang telah memperoleh tanah itu nanti, tidak boleh menjual dan menggadaikannya kepada mana-mana pihak kecuali kepada institusi kewangan seperti bank sekiranya pemilik tanah membuat pinjaman untuk membina rumah di atas tanah berkenaan sahaja," katanya.

Beliau berkata borang permohonan tanah itu boleh didapati di semua pejabat daerah di negeri ini pada bila-bila masa mulai sekarang.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Ahmad meminta semua penjawat awam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Mereka perlu menghormati kerajaan yang ada di mana tempat mereka berkhidmat tanpa prasangka atau mensabotaj dengan bertindak secara negatif kerana mempunyai fahaman politik yang berbeza," katanya.

-- BERNAMA

CUEPACS DEDAH MASALAH CERAI

Utusan Malaysia
19/4/2011



JOHOR BAHRU 18 April - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan terdapat pekerja kontrak yang tidak dilanjutkan perkhidmatan dalam sektor awam kini terpaksa berdepan masalah penceraian.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, perkara itu terjadi berikutan suami tidak lagi mempunyai pendapatan tetap bagi menampung kehidupan keluarga, selain dibebani pelbagai masalah termasuk hutang.

"Saya terima banyak aduan daripada pekerja kontrak, malah ada yang berjumpa saya menitiskan air mata menceritakan masalah mereka, itu belum lagi bebanan hutang dan surat dari bank yang menuntut bayaran daripada mereka.

"Ada satu kes seumpama ini berlaku di Perak dan akan masuk mahkamah tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar selepas taklimat isu-isu semasa kepada penjawat awam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Ketika ini, katanya, terdapat kira-kira 45,000 pekerja kontrak sedang berkhidmat dalam pelbagai agensi kerajaan seluruh negara dan diharap kedudukan mereka ini di masa akan datang dapat diberi perhatian oleh kerajaan.

Sehubungan itu, CUEPACS berharap tidak ada lagi mana-mana pekerja kontrak diberhentikan perkhidmatan mereka selepas ini.

Sebaliknya, beliau berharap pihak terlibat mencari jalan untuk menyerap mereka ini sebagai pekerja tetap.

"Jika tidak dapat beri kerja tetap pun berikanlah kontrak perkhidmatan mereka sehingga umur 58 tahun kerana ada yang membuat pinjaman tiba-tiba kena berhenti. Bagaimana hendak selesaikan pinjaman yang dibuat," katanya.

Pada masa sama, Omar memberitahu, pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membantu menyelesaikan masalah 2,000 pekerja kontrak di bawah Kementerian Pelajaran yang diberhentikan sebelum ini.

18 April 2011

PERJUMPAAN KHAS PEGAWAI TERTINGGI CUEPACS DENGAN KETUA PENGARAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Media Cuepacs
19/4/2011



Putrajaya: Perjumpaan Khas Pegawai Tertinggi CUEPACS dengan Ketua Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA. Dato' Haji Omar Oman mengetuai perjumpa ini. hadir sama dengan Setiausaha Agong, Timbalan Setiausaha Agung I,II,II dan Timbalan Setiausaha Kewangan. Isu dibincang adalah mengenai pengambilan pekerja kontrak



15 April 2011

CUEPACS ON CORRUPTION: CIVIL SERVANTS NEED TO BUCK UP

Malay Mail
Ee Ann Nee
Thursday, April 14th, 2011 13:35:00



PETALING JAYA: Civil servants need to re-assess their roles to remedy the tarnished image which the public has on government officers’ involvement in corrupt practices.

In giving this advice, Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Datuk Omar Osman told The Malay Mail it was not the lack of supervision at government agencies but rather a more underlying need for civil servants to review their job function in order to achieve a graft-free work environment.

Citing an example, he said an officer with the same department for 10 to 15 years was more likely to be involved in bribery as the officer would have attained much power during the long tenure.

“As government employees, we sign the civil service agreement to uphold the civil service pledge. Officers should not, for monetary gains, sacrifice their image and respect for oneself. They should not let illegal gains get in the way of their duties and let go of the offenders. There should be no compromise,” said Omar.

On allegations of widespread graft, he also said one cannot solely push the blame to civil servants.

“When carrying out their duties, officers do encounter risks and are sometimes threatened. With no one paying attention to them, sometimes they are afraid as they don’t have insurance and protection, especially when coming across thugs. Feeling defeated, they sometimes do not dare to report the incident,” said Omar.

He also said civil servants should not collaborate with bribe-givers but report them to the authorities or to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

He said Cuepacs supports MACC at eradicating corruption, and called on civil servants to be the "eyes and ears" to MACC in reporting bribes offered.

“To curb corruption is not easy but if every civil servant re-looked their roles and objectives, we can certainly bring the level of corruption down.”

Omar said civil servants needed to work together across all levels and have proper discussions and debate to instill responsibility.

He also said the rules and systems at government agencies should be reevaluated, with tighter security and stricter procedures when dealing with people entering and leaving government premises and at places where contacts can be made.

“Not all civil servants are involved in graft and the public should not group those who are not involved with those who are corrupt. Those involved in receiving bribes are just a handful, but it affects the image of the civil service in general. However, civil servants should not take this as a hindrance but work on improving and correcting the situation.”

14 April 2011

OPERASI 3B BONGKAR KES RASUAH

Berita Harian
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/04/13





ABU KASSIM (tiga dari kanan) bersama Omar (dua dari kanan) serta Ibrahim (dua dari kiri) pada perjumpaan di Putrajaya, semalam.
ABU KASSIM (tiga dari kanan) bersama Omar (dua dari kanan) serta Ibrahim (dua dari kiri) pada perjumpaan di Putrajaya, semalam.SPRM bantu KDRM tingkat integriti kakitangan

PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kes salah laku, penyelewengan dan rasuah pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menerusi Operasi 3B mendapati KDRM juga tertipu dalam kes terbabit berikutan hanya segelintir kakitangannya terbabit dalam gejala itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata faktor itu antara sebab pihaknya menubuhkan pasukan bertindak dengan agensi lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selain KDRM sendiri bagi operasi terbabit. “Menyusuli operasi ini, kita akan adakan siri perbincangan meja bulat dengan KDRM bagi mencari jalan membantu mereka kemas kini kutipan cukai dan meningkatkan integriti kakitangannya kerana kita dapati jumlah yang berintegriti jauh lebih tinggi dan mereka ini dapat membersihkan KDRM,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Presiden Gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman; Timbalan Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Iskandar Jaafar dan Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Ibrahim Ahmad.

Abu Kassim berkata, Operasi 3B mengambil sempena RM3 bilion yang disasar dapat dikutip daripada operasi terbabit, yang hilang akibat penipuan pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai pihak dan menegaskan KDRM hanya satu daripadanya.

Beliau berkata, orang ramai keliru dengan jumlah RM108 bilion yang dikaitkan akhbar tertentu dengan siasatan terhadap KDRM dan menjelaskan ia sebenarnya anggaran kerugian setiap tahun kepada kerajaan akibat penipuan, pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan.
Katanya, laporan media mengatakan wang berselerak di rumah pegawai kanan KDRM yang ditahan pada 28 Mac lalu juga tidak tepat kerana ia sebenarnya bermaksud menunjukkan wang ditemui di beberapa lokasi berlainan.

Sementara itu, Iskandar berkata, usaha perlu dipergiat bagi memartabatkan integriti, bukan saja di KDRM, sebaliknya seluruh perkhidmatan awam dan diharap kita dapat bersama menangani isu yang menjadi buah mulut masyarakat.

Omar pula berkata, CUEPACS meminta Abu Kassim meneruskan khidmatnya bagi mencapai matlamat semua agensi di negara ini cemerlang dan tinggi integritinya.

Ibrahim pula menyifatkan pertemuan dengan SPRM itu memberi peluang kakitangan KDRM membersihkan nama dan mahu agensi pencegahan rasuah dilihat sebagai rakan baik KDRM dan bukannya ditakuti.

13 April 2011

SPA DAFTAR 1.6 JUTA PERMOHONAN KERJA SEKTOR AWAM SEPANJANG 2010

Bernama
12/4/2011



KANGAR, 12 April (Bernama) -- Sebanyak 1.6 juta permohonan didaftarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sepanjang tahun lepas, kata Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo

Daripada jumlah itu, 35,801 permohonan adalah dari kalangan penduduk Perlis, katanya pada karnival kerjaya SPA peringkat negeri Perlis di sini Selasa.

Lamien juga menasihatkan calon-calon yang dipanggil untuk temuduga supaya bersiap sedia antaranya daripada segi fizikal diri, dokumen dan sijil, pengetahuan mengenai jawatan yang dipohon dan bersedia untuk berbincang mengenai isu semasa.

Calon-calon juga perlu mempamerkan kebolehan dan sifat terbaik untuk mendapat penilaian yang tinggi, katanya.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ketika merasmikan karnival itu berharap penjawat awam sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka supaya dapat diterima dengan baik oleh rakyat



-- BERNAMA

12 April 2011

ADA MAKLUMAT BARU BANTU SIASATAN KEMATIAN PENOLONG PENGARAH KASTAM - PEGUAM

Bernama
12/4/2011


IPOH, 12 April (Bernama) -- Polis telah diberikan beberapa maklumat yang dipercayai dapat membantu siasatan terhadap punca kematian penolong pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur 6 April lepas.

"...terdapat beberapa perkembangan baru yang berkaitan dengan kematian Allahyarham khususnya terdapatnya klu dan keterangan bahawa kemungkinan besar Allahyarham tidak membunuh diri," kata Ghazali Mohd Ramli, peguam yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed.

Ahmad Sarbaini, 55, yang dijumpai mati di kawasan bangunan pejabat SPRM adalah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain berhubung kegiatan rasuah dan aktuiviti pengubahan wang haram.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Ghazali berkata beberapa klu dan keterangan daripada orang perseorangan itu telah diserah kepada polis Ahad lepas.

Beliau berkata berdasarkan daripada maklumat dan klu yang diserahkan kepada polis itu terdapat percanggahan dengan apa yang telah dinyatakan oleh SPRM.

"Polis sedang menyiasat dengan mendalam dan pihak keluarga memberi penuh kepercayaan kepada polis...keluarga Allahyarham kini tenang selepas menerima petunjuk-petunjuk baru itu dan mendoakan kebenaran akan terserlah," katanya.

Ghazali berharap semua pihak akan berhenti membuat pelbagai spekulasi berhubung punca kematian Ahmad Sarbaini sehingga selesai siasatan polis.

"Pihak kami memberi sepenuh kepercayaan kepada PDRM untuk menyiasat punca kematian Allahyarham dengan menentukan fakta yang sebenar dan seterusnya membawa individu yang bertanggungjawab ke atas kematian Allahyarham ke muka pengadilan sekiranya ada pihak lain yang terbabit," katanya.

Ghazali yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Allahyarham berkata selain itu, semua pihak terutama media juga diharap tidak meneruskan laporan yang memberi gambaran seolah-olah Allahyarham terlibat dengan rasuah dan hidup dalam kemewahan serta mempunyai banyak aset.

"Harta yang dimiliki Allahyarham adalah harta yang biasa dimiliki oleh kakitangan awam...isteri Allahyarham bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat multinasional," katanya.

Beliau berkata laporan bahawa Allahyarham mempunyai tiga buah kereta memberi gambaran tidak berasas kerana kereta yang dimilikinya hanyalah sebuah kereta Kancil yang dibeli pada 2001, sebuah Honda CRV terpakai yang dibeli pada 2004 dan Proton Pesona yang dibeli beberapa bulan lepas.

Ghazali turut menyenaraikan tiga rumah milik keluarga Allahyarham iaitu dua apartment berharga kira-kira RM65,000 dan RM68,000 serta sebuah rumah berkembar berharga RM230,000, kesemuanya di Selangor.

Beliau berkata selepas ditahan oleh SPRM pada 1 April lepas atas alasan membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram dan dibebaskan keesokannya, Ahmad Sarbaini dipanggil semula ke pejabat SPRM pada Isnin dan Selasa.

Ditanya sama ada Ahmad Sarbaini turut dipanggil semula pada hari Rabu kerana laporan akhbar menyatakan beliau pergi secara sukarela, Ghazali berkata perkara itu masih disiasat polis.



-- BERNAMA

SENI MENANGGUK DI AIR KERUH

Utusan Malaysia
Oleh Zulkefli Hamzah
12/4/2011



Politik ialah seni segala kemungkinan yang telah menjadi ‘pepatah’ yang sangat popular kepada orang politik sehingga selalu disebut bahawa di wilayah ini, tiada sahabat dan tiada seteru abadi.

Dalam wilayah ini, persaingan politik boleh menghasilkan permuafakatan demi mengejar satu matlamat iaitu mendapatkan kekuasaan walaupun berbeza ideologi dan falsafah perjuangan.

Permusuhan mendadak boleh bertukar menjadi persahabatan. Pertikaian lampau boleh dilupakan dan dengan mudah didamaikan. Inilah seni segala kemungkinan dan begitu jugalah sebaliknya boleh berlaku.

Formula politik sebagai seni kemungkinan menjadikan politikus selalu berfikir bila harus menyerang, mengalah bahkan mengiktiraf lawan mereka untuk kepentingan tertentu. Di wilayah politik ini, apa juga mungkin boleh berlaku tetapi jangan pula selalu berharap ada adab dan susila.

Mungkin sebab itu, kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April lalu pun mahu dipolitikkan. Secara kebetulan pula pada hari itu bermulanya kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.

Sungguh tragis, kematian seorang pegawai kerajaan yang sedang dalam proses soal siasat berhubung dakwaan rasuah mahu diheret dalam wilayah yang bukan tempatnya - politik dan kempen pilihan raya.

Sedangkan, tidak mungkin satu lagi kematian saksi di premis SPRM boleh dibenarkan oleh badan itu selepas ‘hiruk-pikuk’ terhadap kes Teoh Beng Hock pada Julai 2009. Kes Beng Hock bukan sahaja telah menjejaskan kredibiliti SPRM yang sedang melancarkan perang besar membanteras rasuah tetapi turut dijadikan bahan kempen pembangkang untuk meraih undi.

Sedikit sebanyak, pembangkang telah berjaya. Manipulasi di pentas politik menggunakan kes Beng Hock yang digaul dengan sentimen perkauman dikatakan berjaya menambah undi pembangkang terutama kaum Cina.

Nampaknya strategi yang sama mahu digunakan pembangkang di Sarawak untuk mempengaruhi 979,796 pengundi yang akan keluar mengundi pada Sabtu ini. Mungkinkah kematian Ahmad Sarbani akan mempengaruhi pola pengundian di Sarawak?

Dalam reaksi segeranya, DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng cuba mencari dalih untuk mengaitkan Barisan Nasional (BN) supaya turut dipersalahkan atas kematian Ahmad Sarbani. Beliau dengan mudah membuat kesimpulan bahawa atas insiden itu, rakyat kini tidak mempercayai kata-kata dan janji-janji yang dibuat oleh beberapa pemimpin BN.

Guan Eng dalam kenyataan pada hari insiden mengejutkan itu berlaku menekankan bahawa SPRM tanpa kredibiliti (kerana gagal menyiasat tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak) menunjukkan kerajaan BN tidak serius untuk memerangi rasuah. Beliau mencadangkan SPRM dirombak semula dan mahu badan itu ‘menegakkan undang-undang secara saksama’.

Tetapi yang biasa dilihat dan didengar ialah hiruk-pikuk politik apabila ada pemimpin pembangkang yang disyaki terlibat rasuah. Mengumumkan nama mahupun memanggil mereka untuk soal siasat pun diremehkan dengan ulasan SPRM jadi alat memburuk-burukkan pembangkang.

Mujurlah strategi menangguk di air keruh ini kurang menjadi kali ini. CUEPACS yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kakitangan kerajaan memberi amaran supaya parti politik tidak mencampuri urusan kakitangan awam.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman menegaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik sebenarnya hanya mengguris hati kakitangan kastam, bukan membantu menaikkan semangat.

“Mereka tidak perlu lebih ke hadapan berbanding kami dengan menyuarakan segala yang tidak dipersetujui oleh kakitangan kastam,” kata Omar yang mengadakan pertemuan dengan pimpinan Kesatuan Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Persatuan Pegawai Kanan Kastam (Pekasa) selepas dua hari insiden di Cochrane.

Dan sehingga hari ini, kematian Ahmad Sarbani tidak seperti Beng Hock hanya disentuh sepintas lalu pada kempen pilihan raya Sarawak.

Tidak salah untuk pembangkang mengkritik cara kerja SPRM. Tetapi janganlah memainkan sentimen rakyat Malaysia terutama keluarganya yang juga mahukan jawapan meyakinkan daripada kerajaan.

Serangan kepada SPRM juga perlu ada hadnya. Pada masa kita bersimpati dengan kematian Ahmad Sarbani, insiden yang berlaku dua kali ini janganlah sampai membantutkan iltizam dan tanggungjawab besar SPRM yang sudah banyak mencatat kejayaan.

Selain itu, insiden ini juga diharapkan bukan sahaja dapat memberi pengajaran kepada SPRM tetapi panduan untuk menjamin keselamatan tertuduh atau saksi yang sedang berada dalam kawalan mereka.

Jangan sesekali biarkan pembangkang yang sentiasa mahu ‘menangguk di air keruh’ memanipulasi kelemahan atau kesilapan yang berlaku. Yang penting jangan beri mereka peluru, kerana yang selalu berlaku mereka akan salah gunakan peluru itu untuk kepentingan politik.

11 April 2011

CUEPACS HOPEFUL OF HIGHER STARTING SALARY

Malay Mail
NURUL HUDA JAMALUDDIN
Monday, April 11th, 2011 13:48:00


PETALING JAYA: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) is hopeful the Public Service Department (PSD) will accept its proposal to abolish the lowest salary grades of 1 to 16.

The congress, representing almost one million civil servants in the country, wants the lowest grade to start at 17, with a basic starting monthly pay of RM820.

Cuepacs president Datuk Omar Osman said: "The decision lies with the department. We hope the proposal will be considered and accepted by year-end."

Cuepacs submitted the proposal at a meeting with PSD director-general Datuk Seri Abu Bakar Abdullah last week.

Describing the meeting as "positive", Omar said: "The department requested a report on feedback and support of heads of departments (HODs) and we will be sending this soon."

Among the issues discussed were the unequal upgrading of grades and salaries not commensurating with academic qualifications.

"Some positions in the lower grades, such as cooks and administration support staff, were upgraded but positions like machine operators, in similar grades, have remained for years."

On salaries not commensurating with academic qualifications, Omar said: "Some of the lower paid civil servants had better qualifications upon entry or had gained better credentials during their service, like the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and diplomas, but these were not recognised.

"It's unfair for these civil servants to remain in the same grade until they retire."

Omar noted the PSD would carry out a comprehensive review of the grades before making a decision.

"We will be having discussions with the department from time to time," he said, adding that the next meeting was expected to be in June.

ADA NEGARA TEMBAK PERASUAH

Utusan Malaysia
10/4/2011




SEPATUTNYA ruangan Wawancara minggu ini diisi dengan dua temu bual - Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, DATUK SERI MOHAMED KHALID YUSUF dan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), DATUK MOHD. TAP

SALLEH.Temu bual berkisar soal keutamaan Mohamed Khalid selepas dilantik Ketua Pengarah Oktober lalu.

Temu bual bersama Mohamed Khalid sepatutnya berlangsung pukul 10 pagi Khamis lalu. Namun terpaksa ditunda ke pukul 11 pagi kerana Ketua Pengarah dikatakan bertemu Perdana Menteri. Pada pagi Khamis, seorang pegawai memaklumkan temu bual ditunda lagi ke satu tarikh lain kerana Mohamed Khalid ada urusan dengan Peguam Negara.

Memahami kesibukan beliau berikutan penahanan 62 kakitangan jabatan itu berhubung rasuah, disusuli pula insiden Pengolong Pengarah Kastam Selangor maut terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan, maka hanya satu temu bual iaitu bersama Mohd. Tap disiarkan.

Ditanya desakan supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed meletakkan jawatan berikutan insiden maut itu, Mohd. Tap memberi analogi iaitu adalah tidak adil mendesak Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meletakkan jawatan jika berlaku kemalangan di jalan raya.

Mahu supaya jenayah rasuah diperangi habis-habisan, Mohd. Tap memberitahu wartawan Mingguan Malaysia NORAINI ABD. RAZAK bahawa penerima dan pemberi rasuah perlu dilayani seperti parasit masyarakat.

MINGGUAN: Apa pandangan Datuk terhadap perkembangan terkini kes penahanan kakitangan Jabatan Kastam dan Imigresen termasuk yang berpangkat tinggi serta bergelar Datuk kerana disyaki terlibat kes rasuah?

MOHD TAP: Pertama sekali tahniah kepada agensi-agensi penguat kuasa yang diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kejayaan membongkar kes-kes rasuah di Jabatan Kastam dan Imigresen. Walaupun jumlah tangkapan besar iaitu 62 kesemuanya, tetapi kita mesti melihat daripada perspektif 1.4 juta kakitangan awam. Tangkapan-tangkapan ini menunjukkan seriusnya pihak berkuasa menangani soal rasuah.

Oleh itu saya berharap masyarakat dapat terus membantu untuk menangani penyakit rasuah kerana kejayaan membanteras rasuah bergantung besar kepada kerjasama masyarakat. Rasuah tidak kenal pada jerung besar atau ikan kecil. Kedua-duanya Sama-sama sampah masyarakat dan diharap dilaknat Allah.

Apakah kaedah terbaik untuk membendung penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan di jabatan atau agensi kerajaan yang berurusan dengan orang ramai dan bertanggungjawab dalam meluluskan permohonan seperti lesen serta yang diberi tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang?

MOHD TAP: Saya jangka berbagai kaedah telah dan sedang digunakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk membanteras rasuah. Kami di Institut Integriti Malaysia (IIM) juga terlibat menanam kesedaran ini bukan sahaja di agensi kerajaan tetapi juga swasta dan di kalangan masyarakat. Banyak agensi awam yang berurusan dengan orang ramai telah menunjukkan prestasi yang baik, telus dan berwibawa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kami menyeru agar agensi-agensi lain menjadikan mereka sebagai model. Perlu ditekankan di sini walaupun banyak usaha serta program telah dilaksanakan oleh agensi-agensi untuk membanteras rasuah seperti memperbaiki proses dan prosedur, tetapi jika pemantauan berkala tidak dilakukan secara serius ia mengundang padah.

Perkara yang paling kritikal sekali pada pandangan saya adalah apa pun prosedur atau pemantauan yang dibuat, jika kakitangan itu sendiri tidak mempunyai nilai dan etika yang baik, lambat laun mereka ini akan mengetepikan prosedur dan proses mencegah rasuah serta salah guna kuasa yang ada.

Bermakna setiap proses ke arah membendung gejala rasuah tidak boleh ada tarikh luput?

MOHD TAP: Penanaman nilai-nilai murni atau prinsip-prinsip integriti perlu dilakukan setiap masa, seperti setiap hari sebelum memulakan kerja. Perkara ini juga mesti ditekankan oleh ketua-ketua setiap kali ada perjumpaan. Tidak berkesan jika kita hanya setahun sekali ada program integriti dan berharap semua perbuatan buruk akan dapat dibanteras. Walau apa pun, saya berpendapat bahawa proses dan kaedah pengambilan kakitangan awam terutama untuk agensi penguatkuasaan dan perlesenan perlu dilihat kembali supaya mereka yang dipilih tidak ‘menyimpang’ kemudian hari kelak, jika ada peluang dan ruang. Warren Buffet pernah berkata: ‘‘When you want to hire people, look for three qualities - Integrity, Intelligence and Energy. And if he does not have the first one, the other two will kill you (the organisation).’’

Adakah perkembangan terbaru ini membuktikan tahap kesedaran masyarakat terhadap perlunya amalan rasuah dibanteras hingga ke peringkat akar umbi dengan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa semakin meningkat?

MOHD TAP: Ya, kerana rakyat sudah muak dengan penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah bukan sahaja di kalangan pegawai kastam atau imigresen tetapi semua pegawai awam, sektor korporat dan ahli-ahli politik. Mereka ini telah diamanahkan rakyat untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat, tetapi mereka telah mematahkan harapan rakyat. Saya berharap jika sabit kesalahan, hukuman seberat-beratnya akan dikenakan kepada mereka, bukan sahaja kali ini tapi untuk mereka yang terbabit rasuah pada masa akan datang. Kita mesti ingat, ada negara yang menembak mereka yang disabitkan kesalahan makan rasuah. Rakyat telah terlalu muak dengan masalah ini. Terlalu banyak usaha kesedaran yang cuba ditanamkan oleh kerajaan. Sepatutnya tidak ada alasan lagi.

Pelbagai langkah termasuk menaikkan imbuhan serta menyediakan pelbagai kemudahan kepada kakitangan awam untuk mengelak mereka terjebak dalam amalan rasuah, namun masih ada kes-kes rasuah dilaporkan, paling menyedihkan ia turut berlaku di kalangan pegawai berpangkat tinggi, pada pandangan Datuk?

MOHD TAP: Perlakuan rasuah bukan disebabkan gaji kecil kerana ramai orang yang ditangkap menerima rasuah bergaji besar. Banyak rasuah dan salah guna kuasa disebabkan oleh sifat tamak haloba, tidak ada maruah, tiada harga diri, dan didikan agama yang nipis. Kalau kita buat bancian, saya jangka semua yang ditangkap kerana kesalahan rasuah memiliki kereta, mungkin lebih daripada satu. Mereka juga menikmati segala kemudahan yang dikecapi oleh orang lain. Jadi bukan sebab gaji kurang, atau mereka tak cukup makan. Pucuk pangkal nilai-nilai dan kesedaran di dalam diri kita. Jangan salahkan agensi, sistem atau kerajaan. Tiada kerajaan di dunia ini atau agensi yang sukakan rasuah. Pelbagai kaedah telah disediakan untuk membanteras amalan ini. Individu, keluarga dan ahli masyarakat sama-sama perlu terlibat. Penerima dan pemberi rasuah perlu dilayani sebagai anjing masyarakat.

Apa cabaran utama untuk menerapkan kesedaran di kalangan kakitangan awam tentang bahaya rasuah dan setakat ini apa program yang telah dilaksanakan oleh IIM di agensi kerajaan terutama yang mempunyai kuasa meluluskan permohonan serta terlibat dalam menguatkuasakan undang-undang?

MOHD TAP: IIM sememangnya sentiasa berusaha secara berterusan menanam nilai-nilai integriti di sektor awam. Selain itu kebelakangan ini IIM memberi fokus khusus kepada agensi penguatkuasa yang terdedah kepada rasuah dan salah guna kuasa dengan berbagai program. Program-program ini diberi sokongan oleh peringkat atasan. Agensi terlibat adalah Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Semua pihak sedar untuk mengubah dan menanam budaya serta nilai-nilai murni akan memakan masa, tapi kami jangka hasilnya telah mula boleh dilihat. Tangkapan-tangkapan baru ini harus dilihat dari segi kebencian yang ditunjukkan oleh rakan sekerja dan masyarakat. Seperti saya kata daripada awal lagi, yang ditangkap hanya sebilangan kecil daripada 1.4 juta penjawat awam! Walaupun begitu, kalau seorang pun ambil rasuah atau salah guna kuasa, ini menjijikkan dan harus diperangi oleh semua.

Pandangan Datuk terhadap gesaan supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed meletakkan jawatan berikutan insiden terbaru yang dikatakan menjejaskan integriti badan tersebut?

MOHD TAP: Adalah tidak adil jika kemalangan berlaku di jalan raya kita salahkan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Maksud saya daripada apa maklumat yang kita dapati, faktor berbeza. Kita bersimpati kepada keluarga yang malang, tapi fakta menunjukkan insiden itu tidak melibatkan secara langsung dengan SPRM kerana beliau bukan dipanggil atau sedang disiasat. Siasatan terhadap beliau telah ditangguhkan beberapa hari sebelum itu. SPRM dan Ketua Pesuruhjaya berhadapan situasi untuk memenuhi harapan rakyat, iaitu mengurangkan rasuah di negara ini. Sebab itu kita jangan sewenang-wenangnya menuding jari kepada mereka apabila perkara yang tidak elok berlaku. Tunggu penyiasatan diselesaikan sebelum kita menyalahkan sesiapa. Kes Teoh Beng Hock juga sedang dalam penyiasatan.

Sejauh mana Datuk melihat SPRM dinilai oleh rakyat Malaysia sebagai sebuah badan pencegahan rasuah yang berintegriti tinggi?

MOHD TAP: Setakat ini saya (dan saya jangka rakyat juga) melihat SPRM berintegriti tinggi. Mungkin yang ada dipersoalkan rakyat adanya sesetengah pegawai SPRM kurang pengalaman dan kecekapan menjalankan tugas disebabkan ramai yang baru bertugas. Ini akan dapat diselesaikan secara lebih berkesan dengan peningkatan kemahiran pada masa akang datang.

Bagaimana pula Datuk melihat tahap kesedaran tentang buruknya amalan rasuah di kalangan generasi muda. Ini berikutan kakitangan Imigresen yang didakwa di mahkamah Khamis lalu atas tuduhan rasuah kebanyakannya orang muda?

MOHD TAP: Ini melibatkan secara langsung cara dan kaedah pendidikan serta penerapan nilai-nilai murni yang ditanamkan oleh ibu-bapa. Jika kita memberi penekanan materialistik secara keterlaluan kepada anak-anak kita, maka ini mempunyai impak besar apabila anak masuk alam pekerjaan. Apa yang mustahak adalah untuk mendapat perkara yang dikehendaki. Mereka tidak menghiraukan cara mana mendapatkannya sama ada secara rasuah atau salah guna kuasa. Ketua-ketua jabatan juga bertanggungjawab. Mereka perlu menjadi role model yang baik dan membuat pemantauan yang rapi. Saya juga berpendapat pengambil rasuah tidak kenal usia.

Apakah keutamaan IIM sekarang ini?

MOHD TAP: Keutamaan IIM adalah untuk memperkuatkan benteng individu terutama penjawat awam agar dapat mengatasi cabaran-cabaran sekeliling. Selain itu IIM juga berusaha menanamkan prinsip integriti kepada mahasiswa kerana mereka akan memasuki alam pekerjaan dalam masa terdekat. Adalah diharap mereka akan lebih menunjukkan nilai-nilai baik apabila bertugas.

IIM setiap tahun memberi ceramah integriti kepada semua mahasiswa baru di semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta institut perguruan. IIM juga memberi fokus kepada kanak-kanak sekolah melalui program khas integriti kepada pengetua dan guru-guru. Kami juga sedang menerbit buku-buku khas nilai dan integriti untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kita semua perlu beringat, saya selalu kata bahawa Nabi Muhamad SAW bersabda bahawa barang siapa yang telah diberi amanah dan tidak dilaksanakan amanah ini dengan baik, balasannya adalah di akhirat jua.

09 April 2011

PARTI POLITIK JANGAN CAMPURI URUSAN KAKITANGAN AWAM

Utusan Malaysia
9/8/2011


Omar Osman (duduk, tengah) dan Ibrahim Ahmad (duduk dua dari kiri) mengadakan sidang akhbar meminta penjelasan SPRM berhubung isu yang melanda kakitangan kastam di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya, semalam.


PETALING JAYA 8 April – Parti-parti politik digesa tidak menangguk di air keruh dalam beberapa isu yang melanda kastam termasuk kematian pegawai jabatan itu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kelmarin.

Ketegasan itu disuarakan Kesatuan Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Persatuan Pegawai Kanan Kastam (Pekasa) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, ahli politik tidak sepatutnya mencampuri urusan kakitangan awam yang berada di bawah tanggungjawab kongres itu.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik sebenarnya hanya mengguris hati kakitangan JKDM, bukan membantu menaikkan semangat.

“Mereka tidak perlu lebih ke hadapan berbanding kami dengan menyuarakan segala yang tidak dipersetujui oleh kakitangan JKDM,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Ketegasan Omar itu mendapat tepukan gemuruh lebih 50 pegawai kastam yang hadir termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Pegawai JKDM, Ibrahim Ahmad berkata, hasil mesyuarat dengan CUEPACS dan Pekasa petang ini, ketiga-tiga pihak mencapai tiga rumusan.

“Pertamanya, kami akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapat nasihat dan suntikan semangat bagi menaikkan semula martabat JKDM.

“Dalam pertemuan itu juga, kami akan berbincang mengenai skim gaji yang diterima kakitangan JKDM yang dilihat terlalu rendah,” ujarnya.

Menurutnya, rumusan kedua pula ialah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 12 April ini di Putrajaya bagi meminta suruhanjaya tersebut membersihkan nama JKDM yang dikatakan terlibat dalam rasuah sebanyak RM108.5 bilion.

Bagi rumusan ketiga, jelasnya, Kesatuan Pegawai JKDM, Pekasa dan CUEPACS mahu media memperbetulkan bahawa kakitangan JKDM terlibat dengan rasuah sebanyak itu.

“Ini kerana jumlah RM108.5 bilion itu menjadi satu trauma bagi warga JKDM ketika ini dan ia perlu dipulihkan bagi menaikkan semula semangat kerja kakitangan,” katanya.

08 April 2011

JENAZAH AHMAD SARBANI SELAMAT DIKEBUMI

Bernama
8/4/2011



PETALING JAYA, 7 April (Bernama) -- Jenazah Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di sini, Khamis.

Jenazah Ahmad Sarbani, 56, yang dibawa dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tiba di surau Kuarters Kastam Kelana Jaya di sini pada pukul 5.10 petang untuk disolatkan.

Turut hadir untuk menyempurnakan solat jenazah ialah Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Mayat Ahmad Sarbani telah dibawa ke PPUKM untuk dibedah siasat selepas penolong pengarah yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang itu ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di sini kira-kira 10.15 pagi Rabu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui pemberita di Kuarters Kastam di Kelana Jaya di sini berkata, kerajaan negeri Selangor turut berasa sedih atas pemergian Allahyarham.

"Yang paling penting sekarang kita perlu mencari kebenaran dan penyiasatan terhadap kematian Allahyarham perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya," katanya.

-- BERNAMA

PKR: SURUHAN JAYA INTERGRITI AGENSI PPENGUATKUASAAN (SIAP) BARU DIBENTUK PERLU SIASAT KEMATIAN SARBANI

Malaysia Insider
8/4/2011




April 08, 2011
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata tragedi kematian Ahmad Sarbani telah “mengejutkan kita semua”.
KUALA LUMPUR, 8 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa agar Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP), yang keanggotaannya diumumkan semalam, mengadakan siasatan — ujian pertama — berhubung kematian pegawai kastam di premis SPRM di sini kelmarin.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah itu penting bagi memulihkan keyakinan penjawat awam dan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan selepas rentetan satu demi satu kes malang.

“Kami juga berharap SIAP yang baru ditubuhkan dapat memulakan siasatan ini untuk memulihkan keyakinan penjawat awam dan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan selepas rentetan satu demi satu kes malang,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Keanggotaan SIAP, yang penubuhannya dibolehkan menerusi Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 yang diluluskan Parlimen dua tahun lalu, diumumkan semalam — sehari selepas insiden kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Datuk Heliliah Mohd Yusof sebagai pengerusi SIAP untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April.

Enam anggota SIAP lain ialah Datuk Paul Low Seng Kuan, Tan Sri Dr Zulkefli A. Hassan, Datuk Seri Robert Jacob Ridu, Profesor Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Vinayak Prabhakar Pradhan dan Datuk Salehuddin Saidin.

Pelantikan keenam-enam anggota lain itu juga berkuat kuasa pada 1 April lalu.

Mengikut laporan media sebelum ini, SIAP tiada kuasa untuk mendakwa, sebaliknya ia merupakan badan pemantau terhadap aduan orang ramai mengenai salah laku pegawai penguatkuasaan.

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Nazmi mendakwa Najib dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz juga mengambil kesempatan meneruskan desakan penubuhan suruhanjaya diraja dalam isu video “Datuk T”.

“Malang sekali pemimpin BN nampaknya lebih mahu bermain politik dan bukannya menjawab persoalan yang bermain di minda ramai penjawat awam dan rakyat umum yang cintakan keadilan dan kebenaran,” kata beliau yang juga Adun PKR bagi kawasan Seri Setia.

Katanya, tragedi kematian Ahmad Sarbani telah “mengejutkan kita semua” dan terlalu banyak persoalan yang masih tidak terjawab tentang insiden terbaru itu.

“Beberapa hari yang lalu saya mendapat maklumat bahawa pegawai-pegawai Kastam merasakan diri mereka menjadi kambing hitam dalam Ops 3B yang dilaksanakan oleh SPRM untuk menyiasat rasuah dan penyelewengan (di) Kastam.

“Suruhanjaya Siasatan Diraja mesti ditubuhkan untuk menyiasat kematian Allahyarham Ahmad Sarbani dengan serta-merta dengan melibatkan masyarakat sivil serta menyiasat struktur dan organisasi SPRM dalam kes ini,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, kenyataan Najib bahawa Allahyarham Ahmad Sarbani telah pergi ke SPRM secara sukarela tidak masuk akal memandangkan beliau telah ditahan 1 April lalu dan dibebaskan atas ikat jamin keesokan hari.

“Mengapa beliau hendak ke SPRM sekiranya tidak dipanggil oleh SPRM?” katanya lagi.

Kata Nik Nazmi, kenyataan Najib dan Nazri bahawa Ops 3B akan diteruskan dalam ketegasan kerajaan melawan rasuah juga amatlah menyedihkan memandangkan ketegasan yang sama tidak pernah kelihatan dalam melawan rasuah melibatkan pimpinan politik BN.

“Ini bukan kali pertama kerajaan BN lebih tegas bertindak terhadap penjawat awam berbanding pemimpin mereka sendiri,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, kata beliau, pihaknya berharap Cuepacs iaitu badan induk kesatuan sekerja awam dapat tegas memperjuangkan kebajikan penjawat awam yang disiasat oleh SPRM dan seolah-olah bersalah sebelum diputuskan oleh mahkamah.