SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 November 2010

SKIM PERKHIDMATAN KUMPULAN PARAMEDIK AKAN DIKAJI SEMULA - ROSNAH

Bernama
27/11/2010



KOTA KINABALU, 27 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan bercadang untuk mengkaji semula skim perkhidmatan kumpulan paramedik seperti pembantu pembedahan pergigian dan pembantu perawatan kesihatan, pada tahun depan.Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata selain itu, turut dikaji ialah pewujudan insentif bagi menarik minat anggota kementerian tersebut berkhidmat dengan klinik bergerak IMalaysia, yang dijangka dilancarkan 9 Dis ini.

Bagaimanapun, penetapan gaji untuk penjawat awam yang bertugas di kementerian itu adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam, katanya dalam satu kenyataan.Beliau mengulas kenyataan pengerusi DAP Sabah Dr Hiew King Che, yang juga anggota Parlimen Kota Kinabalu yang meminta Kementerian Kesihatan mengkaji semula gaji penjawat awam di kementerian itu.Rosnah berkata pada tahun ini sahaja, lima kajian penambahbaikan skim perkhidmatan telah dipersetujui kerajaan, termasuk jawatan bidan ditawarkan ke skim perkhidmatan jururawat masyarakat dan pembantu hospital rendah ke skim perkhidmatan pembantu tadbir (perkeranian/operasi).
Selain itu, beliau berkata kerajaan turut meluluskan bayaran insentif penempatan Sabah, Sarawak atau Labuan dan bayaran insentif perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan, selain memanjangkan kemudahan perubatan kepada pegawai bukan warga negara yang dilantik secara kontrak, berkuat kuasa 1 Julai lepas.Katanya, laluan kerjaya yang lebih baik juga diperkenalkan tahun ini untuk pegawai perubatan, pergigian dan farmasi.-- BERNAMA

25 November 2010

PENJAWAT AWAM BERMASALAH PERLU DIATASI SEGERA

Berita Harian
25/11/2010




PENDEDAHAN Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah kelmarin yang melaporkan 6,133 orang penjawat awam didapati bermasalah dan berprestasi rendah pada 2009 cukup mengejutkan semua pihak.

Walaupun ia cuma membabitkan peningkatan sebanyak 0.84 peratus berbanding 2008 iaitu 5,344 kes, bilangan peningkatan 789 kes itu tidak boleh dipandang ringan mahupun diabaikan begitu saja.

Kata Abu Bakar, antara masalah utama yang membabitkan kakitangan awam ialah masalah disiplin, hubungan antara pekerja, psikologi, prestasi rendah dan masalah kesihatan kronik seperti sakit jantung, kencing manis atau barah.Tambah beliau, masalah disiplin, kesihatan dan prestasi rendah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada masalah dalam kalangan penjawat awam.

Pendedahan ini cukup mengejutkan terutama sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan, beliau secara berterusan melaksanakan pelbagai transformasi dan pembaharuan dalam perkhidmatan awam.

Ia meliputi pemberian insentif, kenaikan pangkat, hadiah wang tunai kepada jabatan yang cemerlang serta yang terkini pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mulai tahun 2011 yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2011 yang lalu.

Isu seperti ini menjejaskan imej perkhidmatan awam. Ia menimbulkan persoalan sejauh mana penjawat awam mampu menggalas peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Walaupun bilangan yang bermasalah masih kecil ia meninggalkan kesan dalam perkhidmatan awam jika tidak ditangani dengan segera.



NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED,
Penolong Pendaftar Kanan,
Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia.


DEWAN RAKYAT: PERSEPSI MASYARAKAT BUKAN REALITI RASUAH DI MALAYSIA : LIEW

Bernama
25/11/2010



KUALA LUMPUR 24 Nov (Bernama) -- Persepsi negatif masyarakat mengenai rasuah dalam politik negara tidak boleh dijadikan ukuran untuk menilai tahap gejala itu di negara ini secara keseluruhan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

"Persepsi masyarakat tidak semestinya selari dengan realiti kerana ia banyak dicorakkan oleh faktor semasa yang tidak jelas atau tepat," katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu ketika menjawab soalan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) yang bertanya sama ada kerajaan sedar bahawa berdasarkan Global Corruption Barometer Survey 2009, persepsi rakyat Malaysia terhadap rasuah parti politik adalah teruk manakala Laporan Tahunan 2009 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyatakan hanya 15 ahli parti politik menghadapi pendakwaan akibat rasuah.

Liew berkata bahawa persepsi tidak semestinya satu realiti sedangkan tindakan pendakwaan SPRM terhadap 15 ahli politik itu adalah berdasarkan fakta dan undang-undang.

Jawapan Liew itu mendorong Fuziah mendakwa timbalan menteri itu cuba menafikan kenyataan dengan memberi gambaran bahawa gejala rasuah di negara ini hanya persepsi masyarakat dan bukannya realiti.

Fuziah turut mencabar kerajaan untuk mewajibkan pengisytiharan harta oleh ahli politik seperti mana yang dibuat di Indonesia ketika musim pilihan raya, sebagai lambang ketelusan kerajaan dalam memerangi rasuah di negara ini.

"Kemungkinankah, adanya 'asset disclosure' dan tidak takutnya Perdana Menteri dan semua pimpinan Barisan Nasional untuk buat 'asset disclosure'... adakah itu yang buat persepsi rakyat Malaysia jatuh dan merasakan kerajaan tidak bersungguh-sungguh memerangi gejala rasuah," katanya.

Cabaran Fuziah itu membuka ruang kepada Liew untuk memulangkan paku buah keras dengan membangkitkan pula persepsi rakyat terhadap pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang katanya terpalit dengan unsur-unsur penipuan.

"Saya setuju persepsi dibentuk daripada pengalaman. Jadi apakah persepsi rakyat terhadap PKR dalam pemilihan baru-baru ini di mana turut ditumpukan banyak penipuan," katanya.

Liew berkata bahawa faktor dalam kajian Global Corruption Barometer Survey oleh Transparency International itu turut mengambil kira sektor dan organisasi lain, dan parti politik adalah antara enam organisasi, selain Parlimen, sektor swasta, media, penjawat awam dan bahagian kehakiman yang diambil kira.

Beliau berkata kajian itu berdasarkan maklumat yang diperoleh sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan dan memperkenalkan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Di bawah NKRA kerajaan menetapkan agenda memerangi rasuah sebagai teras utama dalam negara kita, tapi ini tidak diambil kira. Jadi YB Kuantan, tolonglah beri maklumat benar kepada Dewan yang mulia ini," kata Liew.

Mengenai ketelusan pendakwaan oleh SPRM, Liew berkata sekiranya mahkamah gagal untuk mendakwa seseorang ahli politik tidak bermakna SPRM telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

"Apabila seseorang ahli politik itu dibawa ke mahkamah, dia dibenarkan untuk mendapatkan peguam bela yang terbaik. Jadi kalau tidak disabitkan dengan kesalahan, ini tidak bermakna SPRM tak buat kerja, tetapi mungkin orang yang disabitkan itu mempunyai peguam bela yang terbaik untuk mewakilinya," katanya.

-- BERNAMA

DEWAN RAKYAT: GTP CAPAI HASIL POSITIF MENERUSI NKRA: KOH

Bernama
25/11/2010




KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan pada Januari lepas telah mencapai kesan positif menerusi pelbagai inisiatif dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata GTP berjaya mencapai hasil yang memberangsangkan berdasarkan penambahbaikan, perubahan dan pembaharuan perkhidmatan awam.

"Pertama, GTP telah meningkatkan lagi budaya kecemerlangan melalui penggunaan kaedah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Makmal Penyampaian yang terbukti berkesan dan berhasil.

"Sekarang, lebih ramai penjawat awam telah menjadi lebih sedar dan komited terhadap prestasi untuk mendatangkan hasil yang besar dan bermakna untuk rakyat," katanya ketika menjawab soalan Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) di persidangan Dewan Rakyat di sini Rabu.

Enam NKRA itu ialah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam.

Koh berkata langkah mengejar kecemerlangan diperhebatkan melalui proses penarafan atau ranking secara bersaing antara semua balai polis di bawah NKRA mengurangkan jenayah serta semua sekolah di bawah NKRA meningkatkan kualiti pendidikan.

"Yang berada di paras tertinggi diberi ganjaran dan pengiktirafan, manakala di paras rendah diberi bantuan dan galakan untuk meningkatkan prestasi masing-masing," katanya.

Beliau berkata kaedah makmal juga berjaya memecahkan tembok penghalang dan mewujudkan jambatan kerjasama dan penyelarasan lebih rapat dalam kalangan kementerian dan agensi yang berkenaan.

Sebagai contoh, kata Koh, di bawah NKRA membantu meningkatkan mutu hidup isi rumah berpendapatan rendah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibantu oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan serta beberapa kementerian lain bagi melaksanakan Skim 1Azam.

"Skim 1Azam meningkatkan lagi keupayaan ekonomi anggota-anggota isi rumah miskin, di mana, Kementerian Sumber Manusia mengendalikan 1Azam Kerja, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melaksanakan 1Azam Tani dan sebagainya," katanya.

Koh berkata pendekatan berfokus secara bekerjasama itu adalah hasil satu proses pemacuan dan pemantauan yang rapi iaitu setiap menteri peneraju NKRA mempengerusikan mesyuarat mingguan di peringkat kementerian dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mengadakan mesyuarat secara mingguan untuk membantu menyelesaikan masalah pengurusan.

"Timbalan Perdana Menteri sendiri mempengerusikan Delivery Task Force (DTF) bagi setiap NKRA setiap sebulan," katanya.

Koh berkata GTP juga mengambil kira pandangan dan maklumat balas rakyat melalui penyertaan dalam makmal, Hari Terbuka dan proses pelaksanaan.

Contohnya, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang telah dilatih untuk menjalankan rondaan bersama-sama anggota polis serta skim rondaan sukarela dalam kawasan Rukun Tetangga berjaya menurunkan kadar jenayah sebanyak 16 peratus dan jenayah jalanan termasuk ragut sebanyak 37 peratus.

Di samping enam NKRA, beliau berkata GTP juga melaksanakan KRA dan KPI terhadap semua menteri dan oleh itu, GTP merupakan antara usaha tranformasi kerajaan yang terbesar pernah diusahakan oleh mana-mana kerajaan kerana membabitkan penglibatan banyak agensi dan ramai penjawat awam.



Mengenai beberapa masalah awalan yang dihadapi dalam tempoh setahun pertama itu, Koh berkata, ia melibatkan penyelarasan antara agensi yang masih kurang rapi, pangkalan data kurang sempurna, taraf penghayatan penjawat awam masih belum serata kerana GTP memerlukan perubahan daripada segi minda, cara pelaksanaan dan perhubungan kerja dan pelaksanaan kuasa pengambilan tanah.

"Bagaimanapun, kerajaan yakin bahawa kekurangan seumpama ini dapat diatasi dan GTP boleh berjaya," kata Koh sambil menjelaskan bahawa hampir semua kerajaan negeri telah bekerjasama terutama kerajaan di bawah Barisan Nasional.

Mengenai projek yang dirancangkan dalam GTP, beliau berkata secara spesifiknya beberapa projek telah dikenal pasti dan dimasukkan dalam Bajet 2010.

"Memandangkan makmal (NKRA) diadakan pada penghujung 2009, projek yang tidak sempat dimasukkan dalam Bajet 2010 akan dimasukkan sebagai projek tambahan yang telah diluluskan oleh dewan ini dan seterusnya dalam tempoh tiga tahun iaitu tahap pertama pelaksanaan enam NKRA di bawah GTP," katanya.

Koh berkata pelaksanaan GTP berdasarkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan merentas dasar dan pelaksanaan sebagai panduan utama kerajaan termasuk golongan wanita yang memonopoli dalam beberapa sektor pekerjaan seperti perguruan dan universiti tempatan.



-- BERNAMA

24 November 2010

JANGAN MENGANGGAP CUEPACS MUSUH : AZIH

Borneo Post
Jeremy Lanson
November 23, 2010,



Kongres harap kerjasama lebih baik daripada pemimpin sektor awam laksana program transformasi kerajaan

KUCHING: Kongres Kesa-tuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengharapkan kerjasama yang lebih baik daripada pemimpin sektor perkhidmatan awam bagi memasti-kan program transformasi kerajaan terlaksana.

Timbalan Presiden CUE-PACS Pusat Azih Muda berkata kerjasama erat antara kepimpinan sektor awam dan CUEPACS mampu melahirkan kakitangan awam yang bijak dan mampu berhadapan dengan cabaran lebih besar selari dengan arus perdana pembangunan hari ini.

ni kerana katanya, CUEPACS telah merancang pelbagai program bagi meningkatkan kualiti mutu perkhidmatan di kalangan anggota sektor awam dalam pelbagai jabatan.

Justeru beliau mengharap-kan agar pemimpin sektor awam sentiasa bekerjasama dengan CUEPACS bagi me-mastikan matlamat kerajaan memberi perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat beroleh kejayaan.

“CUEPACS pada hari ini bukanlah kumpulan pendesak dan musuh kepada ketua-ketua jabatan tetapi merupakan rakan kongsi bijak, lestari yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat.

“Justeru pemimpin kerajaan tidak seharusnya melihat pemimpin CUEPACS sebagai ancaman berdasarkan polisi, sebaliknya melihat mereka sebagai rakan kerja yang dapat bekerjasama dalam apa sahaja pelan transformasi kerajaan,” katanya.

Tambah beliau, CUEPACS yakin sekiranya hubungan baik ini terus terjalin khususnya di negeri ini, apa jua rancangan sama ada jangka pendek atau panjang akan mampu dilaksanakan dengan cepat dan mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Kepimpinan CUEPACS Bahagian Sarawak semalam.

Beliau yang mewakili Presiden CUEPACS Omar Osman turut menyampaikan peng-hargaan kepada kerajaan ne-geri atas sumbangan dan per-untukan yang telah disalurkan kepada kongres tersebut.

“Sumbangan ini sebenarnya akan digunakan untuk tujuan berfaedah dan akhirnya sumbangan ini akan dikembalikan kepada kerajaan.

“Ini kerana sumbangan ini akan digunakan untuk melatih dan melengkapkan anggota sektor awam khususnya pemimpin kesatuan sekerja dengan ilmu dan maklumat bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan mudah dan berkesan,” kata-nya.

Majlis Perasmian seminar itu disempurnakan oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha.

PTD BARU WAJIB IKUT LATIHAN ASKAR WATANIAH

Berita Harian
24/11/2010



PUTRAJAYA: Semua Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) lantikan baru yang mengikuti Diploma Pengurusan Awam di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) akan diwajibkan menjalani latihan Askar Wataniah bermula pengambilan November ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, latihan Askar Wataniah akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) yang menjadi kursus mandatori bagi setiap PTD lantikan baru.

"Pihak INTAN sudah bersedia dengan modul latihan Askar Wataniah dan akan dilaksanakan pada pengambilan November ini. Selain modul latihannya sendiri, INTAN akan turut menerapkan modul kursus perkhidmatan berpakaian seragam lain seperti Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia.

"Penekanan latihan Askar Wataniah berkait rapat dengan elemen patriotisme, ketahanan psikologi, keutuhan disiplin dan kecergasan jasmani selain mempunyai kekuatan membangunkan serta memantapkan modal insan penjawat awam dalam membantu transformasi negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pasukan Sukarela Askar Wataniah di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), di sini semalam.

Pelancaran Askar Wataniah di JPA adalah antara inisiatif yang diambil untuk memperkenalkan kegiatan sukarelawan kepada penjawat awam di JPA dan perkhidmatan awam keseluruhannya.

Mengenai pelancaran Askar Wataniah di JPA itu, Abu Bakar berkata, satu unit khas Askar Wataniah akan ditubuhkan bagi menumpukan kepada pelaksanaan Askar Wataniah untuk kakitangannya yang berminat.
Beliau berkata, unit itu akan bekerjasama dengan Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia serta bertanggungjawab memantau keahlian serta modul latihan di kalangan warga JPA

CUEPACS A CATALYST FOR NATION'S DEVT- AZIZ

Borneo Post
Chen Ai Shih
November 23, 2010,




KUCHING: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Service (Cuepacs) is a catalyst for the country’s development, said its deputy president Aziz Muda.

Speaking at ‘Cuepacs Sarawak Division Leadership Seminar’ here yesterday, Aziz said Cuepacs was an important component to bring economic growth to the country.

“The organisation must make sure the government’s policies and plans are carried out effectively because it could reflect the image of the government,” he said, pointing out that the government’s vision and objectives could be achieved through the new policies and transformation programme carried out by Cuepacs.

While reminding his audience to provide good service when carrying out their tasks as the people always expect the best from them, he called on the government not to consider them as enemies.

Although they seemed to be demanding, they were in fact cooperative and willing to negotiate and look for proper ways to solve problems, he said, adding that they looked up to heads of government departments as role models.

In his speech at the opening ceremony of the seminar, acting deputy state secretary Datuk Misnu Taha said the seminar was important to train the staff in self-improvement.

He told them to continually improve themselves and be aware of the government’s new policies in order to carry out their jobs productively.

“The most important thing is, you must be sincere. Never expect any return. Be sincere in what you are doing, only then you can do it well,” Misnu stressed.

He urged them to work hard and be part of the government’s effort to improve the living standard of the people.

Also present was Cuepacs Sarawak Division president Cecilia Yong.

23 November 2010

PM terima gaji RM22,826.65 mulai 2004, kata Nazri

Bernama
23/11/2010



Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lalu ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

- Bernama

CUEPACS MINTA LANJUT TEMPOH PINDAH PENGHUNI COCHRANE

Utusan Malaysia
23/11/2010




KUALA LUMPUR 22 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta tempoh perpindahan lebih 500 keluarga yang menetap di kuarters kerajaan Jalan Cochrane di sini ke Putrajaya dilanjutkan daripada 15 Disember ini kepada 31 Disember tahun depan.

Presidennya, Omar Osman berkata, ia bagi membolehkan keluarga tersebut membuat persediaan sepenuhnya kerana perpindahan itu melibatkan kos yang besar.

Menurutnya, satu surat bantahan mengenai tarikh akhir perpindahan yang ditetapkan itu telah dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk pertimbangan pada 13 Oktober yang lalu.

"Bagaimanapun, sehingga kini kami belum menerima jawapan berhubung bantahan yang dikemukakan.

"Justeru, CUEPACS akan mengadakan satu lagi mesyuarat bersama penduduk terlibat pada 12 Disember ini bagi menjelaskan pendirian mereka yang enggan berpindah dalam masa terdekat ini," katanya di sini semalam.

Pada 3 Oktober lalu, CUEPACS menyuarakan perkara yang sama berikutan tarikh yang diberi tidak sesuai dan terlalu singkat kerana ramai anak penjawat awam yang tinggal di kuarters itu akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Perkara itu kemudian mendapat maklum balas daripada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang membenarkan penghuni kuarters itu memohon menangguhkan pengosongan kuarters itu sehingga hujung tahun ini.

Bagaimanapun, kebenaran tersebut hanya diberi kepada penghuni yang mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian dan mereka layak menuntut elaun pindah berdasarkan kemampuan kewangan jabatan masing-masing.

Mengulas mengenai perkara itu, Omar memberitahu, sebagai kakitangan kerajaan, kebanyakan penghuni kuarters itu sedia untuk berpindah.

Bagaimanapun, katanya, notis sebulan yang diberikan sebelum ini tidak sesuai kerana mereka akan berpindah secara beramai-ramai.

"Kalau boleh, kami berharap agar golongan ini (penghuni kuarters Jalan Cochrane) diberikan lebih masa dan disediakan sebuah kuarters baru atau sekurang-kurangnya beberapa buah lori bagi memudahkan urusan perpindahan mereka nanti.

"Selain itu, CUEPACS juga memohon kepada kerajaan agar memberi wang pampasan RM5,000 kepada setiap keluarga yang berpindah bagi meringankan beban mereka," ujar beliau.

Tambah Omar, buat masa ini, pihaknya meminta agar penghuni berkenaan bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kredibiliti mereka selaku penjawat awam.

PROGRAM LATIHAN ASKAR WATANIAH DIPERKENALKAN PADA KURSUS PTD

Bernama
23/11/2010




PUTRAJAYA, 23 Nov (Bernama) -- Progam latihan Askar Wataniah akan diperkenalkan sebagai satu kurikulum kursus Diploma Pengurusan Awam, yang diikuti pegawai-pegawai muda Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata selain modul latihannya sendiri, INTAN akan turut menerapkan modul kursus perkhidmatan berpakaian seragam lain seperti Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia.

"Ia akan dilaksanakan pada pengambilan bulan ini," katanya pada majlis pelancaran pasukan sukarela Askar Wataniah di JPA, di sini pada Selasa.

Pada Sept lalu, Abu Bakar berkata JPA sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus pegawai PTD bagi menambah baik program sedia ada.

Mengenai program Askar Wataniah JPA, Abu Bakar berkata penekanan latihan yang berkaitan elemen patriotisme, ketahanan psikologi, keutuhan disiplin dan kecergasan jasmani mempunyai kekuatan dalam pembangunan dan pemantapan modal insan penjawat awam bagi membantu transformasi negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

Beliau berkata program latihan Askar Wataniah itu akan diperluaskan kepada kementerian lain secara berperingkat.

"Hasil kajian yang dilaksanakan oleh JPA menunjukkan kesediaan pegawai awam di JPA dan seluruh sektor awam berminat untuk menyertai pasukan berorientasikan sukarela.

Abu Bakar berkata JPA akan menubuhkan sebuah Unit Khas yang akan memfokuskan kepada pelaksanaan Askar Wataniah warga JPA.

"DifahamkanRejimen 515, JPA akan memantau latihan Askar Wataniah bagi warga JPA di Putrajaya, Cyberjaya, Bangunan Sapura@Mines dan Bukit Kiara," katanya.

Beliau berkata latihan akan diadakan setiap minggu sehingga warga JPA layak ditauliahkan sebagai Askar Wataniah oleh Yang di-Pertuan Agong dan kemudiannya dapat menikmati pelbagai keistimewaan seperti peluang lawatan, tuntutan elaun, sagu hati tahunan dan pakaian seragam.

-- BERNAMA

6,133 PENJAWAT AWAM BERMASALAH, PRESTASI RENDAH TAHUN LEPAS

Bernama
22/11/2010





PUTRAJAYA, 22 Nov (Bernama) -- Jumlah penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah meningkat kepada 6,133 orang pada tahun lepas berbanding 5,344 atau 0.84 peratus pada 2008, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara masalah yang dihadapi adalah disiplin, hubungan interpersonal, psikologi, prestasi rendah serta kesihatan kronik seperti penyakit jantung, kanser dan kencing manis.

"Masalah disiplin, kesihatan dan prestasi rendah merupakan tiga masalah paling utama," katanya semasa berucap merasmikan majlis pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) kali keenam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada hari Isnin.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar rakan pembimbing membantu pihak pengurusan sumber manusia dalam mengatasi masalah yang timbul selain mempamerkan diri mereka sebagai model contoh kepada rakan sekerja yang lain dengan mengamalkan nilai-nilai positif dan menunjukkan tatalaku yang boleh dicontohi.

"Ahli psikologi berpendapat rakan sekerja akan berasa lebih selesa berbincang dengan rakan sekerja berbanding dengan pegawai atasan mereka. Selain itu teguran daripada seorang rakan lebih mudah diterima berbanding teguran ketua yang mudah disalah tafsir sebagai hukuman lisan," katanya.

Abu Bakar berkata elemen 'buddy system' (sistem sahabat) perlu dimasukkan ke dalam modul pasca AKRAB dan seterusnnya menggerakkan sistem sahabat kepada ahli AKRAB secara lebih tersusun dan komprehensif.

"Misalnya seorang AKRAB akan segera menghubungi rakan 'buddy'nya jika didapati rakan 'buddy'nya itu sedang menghadapi masalah kesihatan atau kewangan yang boleh menjejaskan tugas-tugas hariannya dan bantuan segera akan dihulurkan kepada rakan tersebut semampunya," katanya.

Pada majlis itu, 1,027 pegawai ditauliahkan sebagai rakan pembimbing perkhidmatan awam menjadikan jumlahnya bertambah kepada 3,583 orang sejak ia dilaksanakan pada 2005.

Anugerah AKRAB Utama bagi kategori individu diterima oleh Pauzan Ahmad dari Jabatan Perkhidmatan Awam manakala SME Corp Malaysia menerima Anugerah AKRAB Gemilang untuk kategori organisasi dengan masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Abu Bakar percaya peningkatan bilangan keahlian AKRAB yang ditauliahkan setiap tahun mampu memberikan impak yang besar terutama dalam membantu pihak pengurusan sumber manusia meningkatkan pembangunan modal insan yang berdaya saing dan berpretasi tinggi di agensi masing-masing.

-- BERNAMA

BN wise to hold polls in 2012, say analysts

The Malaysian Insider
By Melissa Chi,
23/11/2010



KUALA LUMPUR, Nov 23 — Analysts insist that it is more favourable for the ruling Barisan Nasional (BN) coalition to call for snap polls in 2012, amid speculation it will be held as early as next March.

BN should consider crucial factors, such as the current economy, domestically as well globally, its popularity among voters, the country’s budget, especially the issue of bonuses for civil servants, among others, to fix the best date for the next general election, the analysts told The Malaysian Insider.

Political scientist Dr Sivamurugan Pandian said it is advisable to hold the next election in 2012 and attributed the slowing economy as one of the factors for a later snap poll.

Malaysia’s economy slowed slightly to 5.3 per cent growth in the third quarter due to weaker demand from advanced economies, but Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was optimistic the country was still on track to exceed the official growth target of six per cent.

But Sivamurugan said he was told that the US economy might take a further plunge in the middle of next year, so, the prime minister might call for elections ahead of that.

“If they are thinking that’s the main factor, then it will be an early election... But I would suggest to have it in 2012 because by then, the prime minister can throw out the achievements of the major plans announced such as the ETP, because we have yet to see the end results,” he said.

Sivamurugan said BN”s move to accept members directly effective November 20 and the “feel good media” directives, are some of the instruments to indicate an early election, but that does not mean that it will be a smart move for BN.

Dr Lim Teck Ghee, director for the Centre for Policy Initiatives, called those attempts to burnish the BN’s credentials as the “moderate and inclusive” party, ahead of early elections.

“Umno leaders from now on can be expected to put on their best behavior and Umno’s media partners presumably will also be told to not rock the boat.

“Whilst this is the strategic and smart thing for BN to do, the electorate also has long memories,” Lim said.

He said the ruling coalition should expect Pakatan Rakyat (PR) to counter attack on forgotten election promises and would focus on issues in which the BN “has shown itself incapable of reform”.

Political analyst Associate Professor Dr Samsul Adabi agreed with Sivamurugan that elections should be held at the end of 2011 or early 2012, but most importantly, after the announcement of the 2012 Budget.

He said signs favourable to BN, such as the twin win at the Galas and Batu Sapi by-elections, would be contributing factors in boosting in confidence for the government.

However, Samsul said the government needs another budget to attract the votes from government servants, made up of a majority of Malay voters.

In his 2011 Budget speech, Najib said that there will be no bonuses for the civil servants but gave out a Special Financial Assistance of RM500. The move had caused outrage by many civil servants and the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president had spoken out against it.

The Najib Administration cited “financial constraints” for not paying bonuses to its 1.2 million civil servants, saying it would incur an expenditure of RM3.1 billion.

“A lot of analysts saw [that] by not giving out bonuses, [the BN made] a big mistake … because in 2008 most of the voters chose to not vote for BN because of that,” Samsul said, that was not the sole factor.

“That is just one of the many factors but it is … significant for the BN to think about,” he said.

Lim said based on the recent indicators, the government will go ahead with the elections early next year, regardless of the current economic state.

“The problem with the global economy is not only that it is slowing, but also that it could lapse into a double dip, given that the attempts to stimulate growth have so been not been very successful. Hence to wait longer is more dangerous,” he said, echoing Sivamurugan’s predictions.

22 November 2010

CUEPACS MINTA KERAJAAN LANJUT TEMPOH PINDAH PENGHUNI KUARTERS COCHRANE

Bernama
22/11/2010



KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon kerajaan supaya melanjutkan tempoh perpindahan penghuni kuarters kerajaan kawasan Cochrane di sini ke kuarters di Putrajaya ke tahun depan.

Presidennya Omar Osman berkata 314 kakitangan kerajaan dari pelbagai jawatan yang berkhidmat di sekitar ibu negara diberi tempoh hingga 15 Dis ini untuk berpindah ke Putrajaya.

Beliau berkata Cuepacs sudah menghantar memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan pada 15 Okt lepas tetapi masih belum menerima maklum balas daripadanya.

"Kita memohon diadakan rundingan bagi mencari penyelesaian...tempoh (perpindahan) yang ditetapkan (pada 15 Dis ini) tidak mencukupi bagi persiapan perpindahan.

"Jika pihak kerajaan masih mahukan mereka berpindah, mereka berharap kemudahan lori dan bayaran pampasan RM3,000 hingga RM5,000 satu keluarga diberikan bagi memudahkan urusan perpindahan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penghuni kuarters berkenaan hari ini.

Omar mendakwa penghuni kuarters itu masih tidak jelas tujuan mereka diarahkan berpindah ke Putrajaya, sebaliknya hanya mendengar desas-desus mengatakan di kawasan tersebut akan dibina kuarters milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

-- BERNAMA


____________________________________________________________


CUEPACS TELLS RESIDENTS TO STAY PUT IN GOVT QUARTERS

The Star
22/11/2010



KUALA LUMPUR: Cuepacs has told about 400 residents living in the Jalan Cochrane government quarters to disregard the Dec 15 notice to vacate their homes until better terms are negotiated.

Its president Omar Osman said they had yet to receive a reply to their Oct 13 letter sent to the related division and Chief Secretary to the Government Tan Sri Sidek Hassan asking for the deadline to be extended until Dec 31 next year to give the residents more time.

The property management division of the Prime Minister’s De­­part­ment had issued a notice in May asking the residents to vacate their homes.

Omar told residents to stay put regardless of whether they receive a reply by Dec 15.

“We are not against the notice for the residents to move out but ample time should be given and adequate moving allowance.

“You cannot just give them RM500 and ask them to move out as many have lived here for decades.

“They should be given between RM3,000 and RM5,000 moving allo­wance and provided with lorries to help them move,” he said at a meeting with the residents yesterday.

Some residents, he added, had disabled family members and children sitting for major exams.

Omar told the residents to report to Cuepacs, if they are threatened in any way.

“There is nothing in the notice which says that civil servants will face disciplinary action or be sacked if they do not move out by Dec 15,” he said.

Omar said he was trying to meet with Sidek to resolve the matter.

PAMPASAN PEKERJA: MTUC MAHU JUMPA SSM

Bernama
21/11/2010



KUALA LUMPUR 20 Nov. — Pekerja di negara ini kerugian berjuta-juta ringgit setiap tahun apabila perintah pembayaran yang dibuat oleh mahkamah buruh dan industri 'tidak mempunyai sebarang nilai' kerana ia tidak dapat dikuatkuasakan kerana terdapat kelemahan pada Akta Syarikat 1965.

"Selalunya, perintah berkenaan hanya wujud di atas kertas, terutama apabila sesebuah syarikat diubah namanya, sudah tidak aktif atau sudah gulung tikar.

"Dalam keadaan begini, perintah pembayaran itu tidak dapat dikuatkuasakan dan pekerja terbabit tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat, tapi tiada apa yang boleh dilakukan," kata Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam.

Beliau berkata, dalam kes di mana syarikat terbabit dikenakan penggulungan, keutamaan akan diberi kepada pemiutang, manakala tuntutan pekerja paling sedikit diberi perhatian.

Sehubungan itu, kata Balasubramaniam, tidak lama lagi MTUC akan mengadakan perjumpaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan pembelaan bagi para pekerja malang itu.

MTUC mahu suruhanjaya itu, satu-satunya badan pengawal selia yang bertanggungjawab untuk mendaftar dan mengawasi perjalanan syarikat, menggubal undang-undang yang memberi keutamaan dalam melindungi kepentingan pekerja dan memastikan perintah mahkamah dapat dikuatkuasakan sepenuhnya dengan menutup semua ruang kelemahan yang ada, katanya. - BERNAMA

20 November 2010

SKIM PAMPASAN PEMBERHENTIAN PEKERJA TAHUN DEPAN

Utusan Malaysia
20/11/2010



KUALA LUMPUR 19 Nov. - Kerajaan akan mewujudkan Skim Pampasan Pemberhentian Pekerja bagi menjaga kebajikan pekerja-pekerja yang diberhentikan oleh majikan mulai Januari tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana untuk membantu golongan yang kehilangan kerja berikutan masalah kewangan yang dihadapi syarikat sehingga terpaksa gulung tikar.

Bagaimanapun menurutnya, skim itu hanya untuk jangka pendek dan satu mekanisme baru akan diwujudkan bagi menggantikan untuk jangka masa panjang.

"Bantuan ini akan diberikan sebagai langkah jangka masa pendek. Peruntukan dana skim ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Tujuan skim ini diperkenalkan bagi membantu pekerja yang kehilangan kerja serta tidak menerima sebarang pampasan. Bantuan kebajikan ini akan diberikan antara satu hingga dua tahun sehingga mendapat kerja lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Kerjaya 2010, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif MyEvents, Shahul Hameed Dawood.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebelum ini menggesa diwujudkan skim berkenaan bagi menjaga kebajikan pekerja-pekerja serta menampung keperluan sementara ketika mereka mencari kerja baru.

Dalam pada itu Subramaniam berkata, pada tahun ini seramai 100,000 pemohon berjaya mendapatkan pekerjaan melalui portal kerjaya dan program yang dianjurkan kementerian.

"Setakat ini, kekosongan yang didaftarkan oleh majikan kepada Jabatan Tenaga Kerja di dalam portal tersebut adalah 280,000 meliputi pelbagai jenis bidang," katanya

Sementara itu beliau berkata, melalui 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan dalam bidang profesional diperlukan di negara ini.

"Oleh itu, kerajaan telah menyediakan bidang latihan di universiti dan pusat latihan kemahiran untuk membentuk tenaga kerja profesional selaras dengan keperluan negara bagi mengelakkan kebergantungan pakar dari luar,'' katanya.

PENJAWAT AWAM SABAH TURUT TERIMA BAYARAN KHAS RM500

Bernama
19/11/2010


KOTA KINABALU, 19 Nov (Bernama) -- Seramai 23,000 penjawat awam kerajaan negeri Sabah termasuk pesara dan pegawai kontrak juga akan menikmati bantuan khas kewangan sebanyak RM500 seorang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.Katanya bantuan khas itu akan dibayar bulan depan selaras dengan pengumunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 di Parlimen pada 15 Okt lalu."Kepada mereka yang telah berkeluarga, diharapkan bantuan khas ini akan dapat membantu menampung perbelanjaan anak-anak sekolah menjelang Januari depan," katanya semasa membentangkan Bajet negeri Sabah 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini.Semasa pembentangan Bajet Negara 2011, Najib mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan itu untuk penjawat awam Gred 1 hingga 54 termasuk pegawai kontrak dan pesara.-- BERNAMA

18 November 2010

PELUANG KENAIKAN PANGKAT KURANG

Berita Harian
18/11/2010



SUKA saya mengulas cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menganjurkan pendidikan sepanjang hayat ke atas seluruh warga. Dengan cara ini, keperluan guna tenaga manusia akan menjadi lebih baik, berkualiti selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjana ekonomi berpendapatan tinggi sesuai dengan keputusan peperiksaan atau sijil kelayakan profesional.

Pun begitu, di manakah pula peluang kepada mereka yang menyambung pengajian ini pada akhirnya? Suka saya memaklumkan bahawa saya antara sebahagian daripada kakitangan yang sudah berkhidmat atau bekerja dan menyambung pengajian secara separuh masa untuk meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan saya sebelum ini.
Dengan mengambil kursus separuh masa, pelbagai dugaan dan pengorbanan terpaksa dibuat demi menggenggam sijil yang lebih tinggi bahkan yang terbaik dalam disiplin ilmu.
Tetapi sehingga kini, peluang kenaikan pangkat, atau setidak-tidaknya untuk mencari pekerjaan yang baru dan mempunyai gaji serta peluang yang lebih baik tidak semudah kata-kata.

Ada di kalangan kami tidak dapat meningkatkan kerjaya hanya kerana syarikat tidak mampu membayar gaji yang tinggi atau berbaloi kerana mempunyai pengalaman kerja dan sijil yang telah dipertingkatkan.

Mereka lebih rela mengambil graduan muda dan boleh membayar gaji yang lebih rendah yang boleh didapati dengan mudah di pasaran kerja.

Baru-baru ini, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa tidak ramai graduan menganggur di pasaran kerja. Kenyataan daripada seorang Timbalan Menteri itu dilihat amat umum serta tidak menyeluruh.
Bagi graduan ini, asalkan dapat bekerja dan membayar bil serta pinjaman pendidikan sudah cukup berbanding kelulusan dan sijil yang mereka genggam.

Bukan semua tenaga kerja peringkat rendah itu lepasan SPM, malah ada yang mempunyai diploma bahkan ijazah sekalipun demi meneruskan peningkatan hidup yang kian mendesak ini.

Oleh itu, kajian, cadangan dan pelan penambahbaikan perlulah dibuat dan dirancang dengan baik dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan agar semua usaha murni ini pada akhirnya melahirkan satu masyarakat maju dan berpendapatan tinggi sesuai dengan hasrat dan aspirasi kerajaan.

Kajian lapangan serta pelan menyeluruh perlulah disediakan dan dibuat dengan lebih mendalam sebelum berhujah dengan begitu retorik hendaklah difikirkan terlebih dulu.

FAIZAL MUHD FAXEL WEL,
Petaling Jaya.


Caruman KWSP kembali 11% mulai Jan

Bernama
18/11/2010




Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuatkuasa gaji bulan Januari 2011.

Caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011, kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

azlanKadar caruman berkanun pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada 8 peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Majikan dinasihat memastikan jumlah caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011.

Beliau berkata ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus, katanya.

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry.

- Bernama

17 November 2010

CUEPACS BINCANG ISU TIADA BONUS

Utusan Malaysia
17/11/2010



KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membentangkan isu tiada bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam dalam Bajet 2011 pada mesyuarat khas kongres itu Selasa ini.

Presidennya, Omar Osman berkata, pada mesyuarat itu beliau dijangka menerima maklum balas daripada semua peringkat ahli kongres di seluruh negara.

Beliau berkata, menerusi maklum balas itu, pihaknya akan berbincang dan membuat analisis mengenai apakah kesan ke atas penjawat awam ekoran ketiadaan bonus tersebut.

"Setakat ini, kita menerima beberapa maklum balas awal daripada penjawat awam dan rata-ratanya menunjukkan reaksi kecewa.

"Kongres bimbang, kekecewaan itu akan menyebabkan penjawat awam tidak lagi komited dengan kerja mereka dan sekali gus boleh mengakibatkan ekonomi merudum semula,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penjelasan Perdana Menteri berhubung kerajaan tidak boleh memberi bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM3.1 bilion.

Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengumumkan penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bagi meringan beban dan menampung perbelanjaan persiapan sekolah untuk anak-anak.

Omar berkata, pihaknya akur jika RM3.1 bilion untuk 1.2 juta kakitangan awam akan membebankan kerajaan, namun sekurang-kurangnya kerajaan wajar memberi setengah bulan gaji iaitu ia hanya melibatkan RM1.5 bilion sahaja.

Beliau memberitahu, wang bantuan khas sebanyak RM500 yang diperuntukkan itu tidak mencukupi untuk kakitangan awam khususnya yang mempunyai lebih daripada seorang anak tetapi untuk pesara ia sudah memadai.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata, pengumuman tiada bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini tidak menepati hasrat penjawat awam.

Menurut beliau, berdasarkan keadaan ekonomi negara pada tahun 2010 yang semakin pulih sepatutnya kerajaan mampu memberikan bonus kepada penjawat awam sebagai tanda penghargaan.

''Sekurang-kurangnya sebahagian besar wang bonus itu dapat digunakan oleh penjawat awam pada akhir tahun untuk menyelesaikan pembiayaan anak-anak yang kini semakin membebankan.

''Kita tidak memperlekehkan wang bantuan khas itu tetapi ia masih tidak mencukupi khususnya penjawat awam yang mempunyai anak lebih daripada dua orang,'' jelasnya.

16 November 2010

KAKITANGAN AWAM BUKAN LUBUK EMAS

HKH
Mohd `Adlan
16/11/2010



Bekerja sebagai penjawat awam merupakan impian emas ramai orang kerana faktor kestabilan pendapatan bulanan dan faedah-faedah yang diterima berbanding kerjaya dalam bidang swasta atau bekerja sendiri. Gaji bulanan yang tetap dianggap sebagai satu jaminan untuk kehidupan yang sejahtera. Justeru, ramai ibu bapa berharap agar anak-anak mereka dapat menjadi polis, tentera, pegawai kerajaan, atau sekurang-kurangnya kerani di mana-mana jabatan.

Namun, sesetengah pihak yang panjang akal melihat hal ini sebagai satu kesempatan untuk menjana pendapatan mereka dengan cara tersendiri, atau untuk mengaut keuntungan seolah-olah penjawat awam adalah lubuk emas. Hal ini dapat dilihat apabila banyak golongan terutama yang berorientasikan perniagaan menyasarkan penjawat awam sebagai pasaran utama mereka. Bermula dengan pelbagai syarikat insurans, pinjaman peribadi, ah long, pakej percutian, alatan komputer dan telefon bimbit, serta tidak ketinggalan aksesori kenderaan. Banyak daripada mereka menjadikan penjawat awam sebagai pelanggan nombor satu mereka.

Benar, banyak transaksi boleh berlaku dengan hanya menggunakan skim 'potong gaji' atau skim ansuran. Namun, kita dapat melihat ramai penjawat awam yang merungut kerana berasa terperdaya dengan produk yang tidak berkualiti, lebih mahal daripada harga sebenar di pasaran, khidmat pascajualan yang tidak memuaskan dan kemudian di hujung bulan, mereka merungut kerana lebih banyak hutang berbanding pendapatan bulanan.

Lebih teruk apabila penjawat awam ini mengambil sikap melulu dalam membeli sesuatu produk atau perkhidmatan tanpa membuat kajian kualiti terhadap produk atau perkhidmatan tersebut. Ini ditambah dengan sikap sesetengah daripada mereka yang membeli dengan alasan 'kerana boleh berhutang' walaupun produk tersebut bukan keperluan mereka.

Saya menyeru kepada pihak yang terlibat dalam memanipulasi penjawat awam ini agar berhenti daripada menjadikan kakitangan awam sebagai lubuk emas mereka. Berniagalah dengan adil dan tawarkanlah produk atau perkhidmatan yang benar-benar berkualiti, bukan semata-mata untuk keuntungan peribadi.

Para penjawat awam pula hendaklah tidak sewenang-wenang membuat sebarang 'hutang' atau pembelian produk dan perkhidmatan yang bukan keperluan mereka. Banyak saluran boleh digunakan oleh penjawat awam untuk mendapatkan nasihat atau pandangan kedua sebelum membeli sesuatu. Sekurang-kurangnya, mereka boleh merujuk kepada majikan masing-masing, atau lebih baik, mencari maklumat lanjut daripada Persatuan Pengguna atau di Internet.

Mohd `Adlan,

Lahad Datu, Sabah.


ISU COLA PATUT DIUTAMAKAN BERBANDING DENGAN BONUS

Metro
16/11/2010




KUALA LUMPUR: “Kongres Kesatuan Kakitangan Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) seharusnya lebih fokus memperjuangkan kenaikan elaun bantuan sara hidup (Cola) berbanding bonus dua bulan,” kata penjawat awam yang hanya ingin dikenali sebagai Anuar, 38.

Anuar yang bertugas sebagai pembantu am di Bukit Kayu Hitam berkata, dia menerima Cola RM100 sebulan dan mengakui bantuan itu tidak mencukupi kerana kos taraf hidup semakin meningkat.


“Pada pandangan saya, bonus dua bulan itu tidak adil terutama bagi penjawat awam gred rendah berbanding pegawai tinggi yang menerima ‘durian runtuh’ berikutan gaji lebih tinggi.

“Jika Cola ditingkatkan adalah lebih baik kerana bantuan berkenaan diberi sama rata, malah berpanjangan untuk beberapa tempoh sebelum kerajaan melakukan perubahan masa depan.


“Sememangnya pembayaran Cola dilakukan mengikut kawasan berkhidmat, jika ia tidak ditingkatkan, sewajarnya diselaraskan seluruh negara kerana kos taraf hidup di bandar dan luar bandar adalah sama,” katanya yang berkhidmat hampir 10 tahun dalam sektor awam, ketika dihubungi, semalam.


Katanya, dia tidak menafikan bersyukur dengan pengumuman bantuan RM500 oleh kerajaan dan ia dianggap adil, sama rata serta memenuhi konsep 1Malaysia.

Sementara itu, penjawat awam, Kamarunniza Abu Kasim, 33, bersetuju jika elaun Cola diberi penekanan berbanding bonus.


Dia yang bekerja di Taiping dan menerima Cola RM200 sebulan menganggap bayaran berkenaan tidak mencukupi terutama bagi individu berkeluarga besar.

Kamarunniza dan Anuar antara rakan Harian Metro (Member IM) yang menyatakan cadangan mengenai Cola menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) di ruang IMLapor (halaman 21A), semalam. Ketika dihubungi, mereka berharap Cuepacs memperjuangkan isu kenaikan elaun itu bagi membantu penjawat awam seluruh negara.


Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman menafikan pihaknya terlepas pandang isu Cola.


Katanya, Cuepacs sentiasa memahami kebajikan dan keperluan penjawat awam, malah isu Cola antara agenda penting yang diperjuangkan.


Katanya, beliau juga mengharapkan kenaikan Cola apabila pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini, namun tetap gembira apabila bantuan turut diumumkan.


Katanya, wajar kerajaan menyelaraskan elaun Cola bagi semua penjawat awam kepada RM300 yang sebelum ini berjumlah RM100 bagi luar bandar, RM200 (peringkat negeri) dan RM300 (bandar).

MB: JADIKAN PEKERJAAN SEBAGAI IBADAH

Utusan Malaysia
16/11/2010




KUALA PILAH 15 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) mengingatkan semua penjawat awam, khususnya yang beragama Islam supaya menjadikan pekerjaan itu satu ibadah agar ia mendapat keberkatan.

Katanya, apabila ciri itu menjadi amalan, maka tidak akan berlakulah penyelewengan dalam kerja yang diamanahkan sehingga boleh membawa kemudaratan dalam diri sendiri.

''Dalam pekerjaan ini kita haruslah mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi. Kalau pekerjaan dianggap satu ibadah, maka tidak berlakulah tabiat 'curi tulang', mahupun melakukan pekerjaan lain, selain tugas yang diamanahkan," katanya di Johol, dekat sini hari ini.

Mohamad bercakap demikian ketika berucap pada majlis Seminar Profesionalisme Keguruan dan Adat Perpatih bagi guru Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR), Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Kelas Agama Petang (KAP) seluruh negeri di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Johol, dekat sini hari ini.

Katanya, penjawat awam yang beragama Islam harus membetulkan niat dalam melakukan pekerjaan itu kerana niat yang baik, bersih serta tulus kerana Allah, akan mendapat keredaan daripadanya.

Pada majlis itu juga, Mohamad turut mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya tidak bersikap apologetik mahupun defensif dalam memperjuangkan hak beragama ini.

''Sepatutnya umat Islam harus berani ke hadapan mempertahankan haknya daripada ditindas, serta mengemukakan pendapat dan pandangan dalam banyak isu antarabangsa dan agama ini.

''Kita tidak harus merasa rendah diri, mahupun terlalu membela diri setiap kali menerima ancaman daripada musuh Islam, sedangkan kita merupakan 'khairul ummah' iaitu umat yang terbaik daripada segalanya," kata Mohamad.

Sementara itu, pada majlis yang dihadiri lebih 500 guru pendidikan agama Islam itu, Mohamad menasihatkan mereka supaya menjadikan agenda pendidikan sebagai teras membentuk jati diri dan ketakwaan di kalangan anak didik mereka.

''Kita mahu melihat lebih ramai anak-anak yang dilahirkan melalui pendidikan Islam ini menjadi insan berketerampilan dalam semua aspek pendidikan.

''Sebagai contoh, jika mereka lahir kelak sebagai doktor, kita mahu doktor itu mempunyai pendidikan Islam yang baik dan mampu menjadikan pekerjaan itu sebagai ibadah yang tulus kerana Allah swt," katanya.

Mohamad mahu golongan pendidik memastikan supaya anak didik mereka menjadi insan yang cerdik dalam ilmu agamanya kerana mereka adalah calon yang akan mengisi pelbagai jawatan besar di peringkat negeri dan persekutuan suatu hari kelak.

''Negeri Sembilan akan melahirkan insan berilmu itu. Kita akan menjadi penyumbang besar kepada kekosongan itu kelak. Sebab itulah, kita serius menjadikan negeri ini sebagai Lembah Ilmu.

''Tidak mustahil suatu hati nanti Negeri Sembilan akan menjadi lubuk para cendekiawan dan golongan intelektual di mana pada masa yang sama turut mempunyai insan diisi jiwanya dengan ketakwaan," kata Mohamad.

13 November 2010

PROJEK MEWAH BOLEH, BANTU PENJAWAT AWAM TAK BOLEH

FreeMalaysia Today
12/11/2010
Oleh Muda Mohd Noor



PARLIMEN KUALA LUMPUR: Seorang tokoh pembangkang hari ini menyelar keputusan kerajaan tidak memberikan elaun khas kepada penjawat awam tetapi sebaliknya mampu berbelanja mewah.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, untuk membantu penjawat awam kerajaan selalu menggunakan hujah masalah kewangan tapi pada masa yang sama, kerajaan sanggup berbelanja besar untuk projek-projek lain.

"Kos untuk ubahsuai dan membina bangunan tambahan di kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana sahaja kerajaan sanggup membelanjakan sebanyak RM65 juta.

"Rumah ini dibina pada 1997 atau 1mahfuz999 dengan kos R24 juta. Ketika pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kos ubahsuai ialah RM6 juta.

"Apa keperluan kehidupan Perdana Menteri untuk keluarga yang tidak sebesar mana tapi mempunyai rumah sebesar itu?," soal beliau ketika sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Pusara RM140,000 bagi orang sudah mati?

Beliau mengulas jawaban Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam dewan semalam bahawa kerajaan tidak mampu memberi elaun khas kepada pejawat awam kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun, mereka hanya menerima RM500 sahaja seorang bagi meringankan beban kehidupan.

Mahfuz juga mengulas mengenai cadangan kerajaan membina Pusara Warisan berdekatan Tugu Negara untuk golongan kenamaan yang bernilai RM70 juta.

"Jika pusara itu untuk 500 orang bermakna seorang menelan belanja RM140,000. Sama dengan harga sebuah rumah rakyat, jadi apa perlunya orang yang sudah mati untuk mempunyai pusara seperti itu," katanya.

USAH MERUNGUT CUTI TAK CUKUP

Berita Harian
12/11/2010




MERUJUK surat yang disiarkan dalam ruangan ini bertarikh 10 November lalu oleh 'Guru Biasa' bertajuk 'Guru tidak dapat nikmati cuti panjang persekolahan'.

Saya tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan kerana cuti yang di- nikmati semua guru ketika ini adalah lebih panjang dan baik berbanding penjawat awam lain.
Penjawat awam lain yang bekerja lebih teruk daripada guru seperti polis, bomba dan askar bekerja mengikut syif yang ditetapkan dan sekiranya sedang bercuti walaupun cuti mingguan jika berlaku hal kecemasan mereka akan dipanggil bertugas.
Mereka terpaksa bertugas demi negara sehinggakan cuti mereka dibekukan untuk hal tertentu. Guru sepatutnya lebih bersyukur kerana mendapat cuti panjang walaupun seminggu. Sama ada rasional atau tidak sesuatu kerja itu dengan tugas kita, sepatutnya kita tidak boleh merungut berikutan gaji diberi adalah berdasarkan gaji sebulan termasuk hari kelepasan am, cuti rehat juga cuti mingguan.

GUEST 24,
Kuala Lumpur.

12 November 2010

KAJI SEMULA BANTUAN SARA HIDUP BERDASAR KEMAMPUAN

Utusan Malaysia
11/11/2010



JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada tulisan bertajuk CUEPACS Mohon Selaras Kadar COLA yang disiarkan di ruangan ini pada 2 November 2010.
Bantuan Sara Hidup (BSH) diberi bertujuan untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan penjawat awam berikutan peningkatan kos sara hidup. Elemen yang diambil kira dalam penetapan BSH bukan sahaja melibatkan kos makanan tetapi turut mengambil kira perbelanjaan utama yang lain iaitu perumahan, pengangkutan, bayaran tol, minyak dan sebagainya.

Kadar BSH ketika ini dibayar mengikut kawasan berdasarkan definisi sempadan perbandaran/ status Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkuatkuasa 1 Januari 2006. Ia perlu memenuhi kriteria tertentu berdasarkan Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah (Household Expenditure Survevy (HES) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia setiap lima tahun. Laporan HES bagi tahun 2004/2005 jelas menunjukkan bahawa perbelanjaan di kawasan bandar adalah jauh lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar.

Kadar BSH telah ditetapkan mengikut prinsip berdasarkan Laporan HES Tahun 2004/2005 dan jabatan ini berpendirian bahawa prinsip dan kadar BSH sedia ada perlu dikekalkan. Kadar BSH telah dinaikkan pada 1 Julai 2007.

Bagaimanapun, pendapatan kadar BSH akan dikaji semula setelah Laporan HES bagi tahun 2009/2010 diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan berdasarkan keperluan dan kemampuan kerajaan.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

KERAJAAN PENTING UBAH SUAI KEDIAMAN PM DARI NAIKKAN COLA

Harakah
Hazayani Zakaria
11/11/2010




KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional."Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu.

Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara."Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.Naib Presiden PAS itu turut menegaskan, beliau tetap berpendirian bahawa elaun Cola mesti dinaikkan untuk meringankan beban kakitangan awam."Saya tetap pertahankan bahawa kerajaan harus beri bayaran Cola tambahan kepada kakitangan awam."Saya cadangkan paling kurang kenaikannya sebanyak RM100.

Itu paling kurang kerana beban yang ditanggung kakitangan awam ini dengan kos hidup yang meningkat."Tidak memadai dengan kerajaan memberikan bayaran penuh sebanyak RM500 yang diumumkan dalam bajet 2011 kononnya untuk bantu persekolahan.Petang semalam, Nazri sewaktu penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 di peringkat Jabatan Perdana Menteri memberitahu cadangan kenaikan elaun itu tidak dapat dipertimbangkan kerana memberi kesan kepada kewangan negara.

11 November 2010

PENJAWAT AWAM MANGSA BANJIR BOLEH TUNTUT INSURANS

Bernama
11/11/2010




KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Kedah dan Perlis daripada kalangan penjawat awam yang mempunyai pinjaman perumahan dinasihat supaya mengemukakan tuntutan insurans bencana alam kepada panel insurans masing-masing.

Perbendaharaan Malaysia, dalam kenyataan hari ini, menyatakan tuntutan insurans itu meliputi kerosakan struktur bangunan iaitu dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa banjir dan tangki air pecah. Menurut kenyataan itu, kecederaan orang awam iaitu pihak ketiga akibat kemalangan dalam rumah, perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami dan kehilangan pendapatan sewa rumah kerana tiada penyewa dalam tempoh rumah dibaiki atau enam bulan yang mana terdahulu juga boleh dituntut.
"Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan bersama dokumen yang perlu dilengkapkan bagi prosedur tuntutan," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat dan bantuan mengenai tuntutan, mangsa diminta terus berhubung dengan panel insurans yang melindungi pinjaman masing-masing.

Panel insurans itu ialah Etika Insurans dan Takaful cawangan Kangar (04-9761106); cawangan Alor Setar (04-7315440); cawangan Sungai Petani (04-422643); CIMB AVIVA cawangan Utara di Pulau Pinang (04-2288018); atau talian terus 03-26928188; Takaful Malaysia cawangan Alor Setar (04-7334722); cawangan Sungai Petani (04-4214510); Pusat Khidmat Pelanggan di Kuala Lumpur (Encik Nor Arisfazlee Saat-1300-8-TAKAFUL (8252385) atau email csu@takaful-malaysia.com.my.

Bagi Takaful Ikhlas di Putrajaya, mangsa banjir boleh menghubungi Roslina Daud (03-88903100) atau Mohd Farhey Mohamad Taufik di Sungai Petani (04-4228100).
Bahagian Pinjaman Perumahan meminta mangsa yang terbabit segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan.

Maklumat lanjut boleh dilayari di laman web www.bpp.treasury.gov.my. - BERNAMA

10 November 2010

CUTI BERSALIN : JANGAN DISKRIMINASI PEKERJA SWASTA, KATA KESATUAN

The Malaysia Insider
10/11/2010




Rajasekaran
KUALA LUMPUR, 9 Nov — Pekerja-pekerja sektor swasta tidak wajar didiskriminasi daripada turut menikmati cuti bersalin 90 hari, gesa pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang berpendapat kerajaan tidak harus mengehadkan kemudahan itu kepada sektor awam.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) G Rajasekaran berkata, oleh kerana kerajaan telah memutuskan untuk memperuntukkan cuti bersalin 90 hari kepada kakitangan awam, maka adalah wajar Akta Kerja dipinda bagi membolehkan ia dipanjangkan meliputi sektor swasta.

“MTUC menyambut baik langkah kerajaan menyediakan cuti bersalin kepada kakitangan wanita sektor awam, tetapi kami melihat seolah-olah pekerja-pekerja sektor swasta yang merupakan sebahagian besar tenaga kerja negara ini dianaktirikan.

“Tidak harus ada diskriminasi dalam soal ini, seolah-olah pekerja swasta adalah pekerja kelas kedua,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dalam mengumumkan Bajet 2011 bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, sememangnya pun, kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita.

“Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutamanya anak yang baru dilahirkan.

“Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini,” katanya.

Najib berkata kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Cuti bersalin merupakan sebahagian tuntutan kesatuan sekerja sejak dua tahun lalu.

Menurut Rajasekaran, MTUC telah pun menghantar memorandum dua bulan lalu meminta Kementerian Sumber Manusia agar meminda Akta Kerja untuk menyediakan peruntukan cuti bersalin 90 hari.

“Dalam memorandum itu, kami meminta agar Rang Undang-undang Kerja ditangguhkan daripada dibentangkan di Parlimen dan dimasukkan perkara-perkara baru termasuk soal cuti bersalin,” katanya.

Awal bulan lalu, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan Dewan Rakyat bahawa ia menarik balik rang undang-undang itu daripada bacaan kali kedua.

Pada Ogos lalu, salah satu anggota gabungan MTUC, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mengumumkan bahawa sektor perbankan telah bersetuju untuk melaksanakan kemudahan cuti bersalin mulai perjanjian kolektif yang ditandatangani baru-baru ini.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung NUBE J. Solomon memberitahu, kerajaan perlu komited dengan memastikan kemudahan cuti bersalin diperluaskan kepada kepada pekerja-pekerja sektor swasta yang lain.

“Jika kerajaan boleh memberikan kepada kakitangan wanita awam, mengapa tidak ia tidak boleh diberikan kepada pekerja-pekerja sektor swasta,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut berpendapat Akta Kerja perlu dipinda dalam hal ini memandangkan pekerja swasta mewakili sejumlah besar tenaga kerja iaitu sekitar 10 juta orang.

“Daripada ini separuh adalah wanita, yang sebahagiannya besarnya telah berkahwin,” katanya lagi.

“Melainkan akta ini dipinda, majikan sektor swasta tidak akan patuh dan amalkannya. Tidak adil swasta ketinggalan dalam soal ini,” kata Solomon lagi.

Sebelum ini, tiga kerajaan negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Selangor dan Kelantan juga telah mengumumkan mereka akan melaksanakan cuti bersalin 90 hari mulai tahun depan berbanding 60 hari sekarang.

Kelantan sebelum ini merintis pemberian cuti bersalin kepada kakitangan wanita negeri ini daripada 42 hari kepada 60 hari.

09 November 2010

Best Bloated Bureaucracy to Bleed Bolehland to Bankruptcyl

Malaysia Today
9/11/2010



Deputy PM Muhyiddin Yassin believes that the BN is "back in business". The buoyant “Malaysian-second” in Bolehland, said that BN’s future is bright and the Opposition better not underestimate them!

Bolstered by two big by-election victories he even boldly declares that the bureaucrats in Bolehland are “the best civil servants in the world”! The civil servant “have done a lot, but the people want better”.

The Deputy PM was at his ironic best: "The people do not want rhetoric. The era for rhetoric has long gone. The era where the government knows all, like what the prime minister has said, has long gone.”

(Strange, but it is APCO (the international communications firm which Najib is paying a bomb to spruce up his image and lobby for support in Washington) which feels that Malaysia is just another backward hole where Government knows best and press freedom is a figment of the imagination (Malaysian Chronicle)!)

Yes, the rakyat knows best Muhyiddin and we fully agree with you that the civil service in Bolehland is the “best in the world” in the following ways:

Best Bloated Civil Service

· With 1.3 million civil servants to a population of 26 million, Malaysia has one of the highest civil servants-to-population ratio in the world by the Organisation for Economic Cooperation and Development standards.

· In 2009, Malaysia’s civil servants-to-population ratio was highest in Asia Pacific. Her ratio was 4.68%, compared to Indonesia’s 1.79%, Korea’s 1.85% and
Thailand’s 2.06% all of which have less than half our ratio.

· In 2009, Singapore had a total of 60,000 civil servants, i.e., 1.5% of the total population. Hong Kong had 160,000 out of a population of 7 million (2.3%). Taiwan
(population of 23 million) was served by only 528,000 (2.3%).

Best way to bleed a budget dry

· “…much of the budget (2011) continues to go into operating a bloated civil service. As much as three quarters of the national budget is spent on paying salaries
and other benefits to over 1.3 million civil servants.

· “This means that of every dollar spent in the budget, 75 sen goes towards manning the civil service, leaving little left to carry out development work that can benefit
the country’s population.

· “There is clearly something fundamentally wrong in the way the country’s budget is being spent when so much of the allocation goes to paying for a sector that is
generally regarded as unproductive and standing in the way of efficiency.” – Dr Lim Teck Ghee, Director of the Centre for Public Policy Studies

· A post-2011 Budget dialogue highlighted the massive amount (35% of the total RM162.8 billion operating expenditure) to be spent on emoluments, pensions and
gratuities of civil servants. A panelist, Ministry of Finance budget division director Datuk Dr Rahamat Bivi Yusuff admitted that there is a need to trim the civil service
to reduce the budget deficit.

· In a public forum held in Sept this year Umno Youth chief Khairy Jamaluddin admitted that there is an over-inflated civil service and that the government will need
to make tough but necessary changes in the next five or 10 years to reduce the numbers.

· “We are now spending more than RM41 bil a year – that’s a billion more than the market capitalisations of Khazanah Nasional and Telekom Nasional – to
upkeep our 1.15 million civil servants. It’s a whopping cost, especially so when juxtaposed against the 1.14mil Malaysians who pay income tax. (There are 10.5
million employed citizens in the country, of whom 6.4 million are registered taxpayers, but actual contributions come from only 1.14 mil). – The Star, 7 May 2009

Best way to bankrupt this nation

· Whilst it is the growing trend of many countries to reduce their civil service, Malaysia, the PM’s Department in particular, has done the opposite. It more than doubled its number of civil servants from 21,000 to 43,554 this year. In stark contrast, the White House employs only 1,888 staff.

· The White House’s budget is US$394 million for 2011. The PM’s Department has been allocated a whopping RM18.14 billion for the year 2011, almost double the RM10.2 billion this year.

· “Pemandu, which stands for Performance, Management and Delivery Unit, was set up last year under the Najib administration as one of the pillars in his Government Transformation Plan… is a massive drain on resources. In a span of two months, just to pay 50 consultants, the government spent RM20 million."

· "If the civil service is consuming a big budget under the Prime Minister's Department, it is because the other agencies of the civil service are not functioning. That's why Najib consolidates everything under his department." – Ong Kian Ming, political analyst

Best contradiction of 1Malaysia

· As at 31 December 2009, the racial breakdown of the Malaysian civil service comprising 1,247,894 employees was as follows: Malay (78.2%); Other Bumiputras (7.7%); Chinese (5.8%), Indian (4.0%); and Others (4.2%).

· “This is the worst multi-racial composition of the government service, with the lowest Chinese and Indian representation in the public service in Malaysia’s 53-year history. This is clearly seen from the three sets of comparative figures of the racial breakdown of the civil service before the NEP 1971 and as at December 2009 – Malays (60.80% and 78.2%); Chinese (20.2% and 5.8%); Indians (17.4% and 4.0%); and Others (1.6% and 4.2%).

· “It is clear that the Government is setting the worst example of a 1Malaysia Government.” –Vivian Kuan, in Loyar Burok’s Blog (8 Nov 2010).

Best in corruption

· Last year two out of five civil servants were deemed corrupt by Cuepacs. It was described as a worrying trend that needed to be tackled urgently.

· Cuepacs President Omar Osman revealed that a total of 418,200 or 41% of the 1.2 million civil servants in the country were suspected to be involved in corruption last year (Bernama, 02.06.10). It caused Lim Kit Siang to remark that “the MACC is a big flop as it did not even arrest 0.1% of the corrupt civil servants last year”.

· Malaysians generally consider political parties and civil service to be the most corrupt groups, and the government's anti-corruption drive to be ineffective, the 2009 Global Corruption Barometer (GCB) report revealed (The Sun, 03.06.09)

Best “dumping ground”

Finally, Muyhiddin should ponder on the wisdom of Sakmongkol AK47, the pen-name of Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, a former state assemblyman of Pahang who is a member of Umno.

“Government service shouldn’t be treated as a dumping ground for academic rejects and mediocre material. Let’s demand a certain high standard and ensure we bring in talent that supports that demand for high standards.

“What has the government done to improve the efficiency and competence of government servants? There isn’t really competition there if the service is dominated by one race. There isn’t sufficient quality if the entry-level qualifications are so-so.

“Yet each year, to placate civil servants, the PM will appear on TV to say, we honour our civil servants because they have done a good job, blah blah. Which is not entirely true. The service is slow, the quality of officers is questionable.

“Those people talking about the GTP have not talked openly about the issue of talent in the civil service and in government. If we don’t open up our civil service, it will atrophy. It is a simple observation of experience. If we don’t open up and cultivate competition to get into government service, we get what ails our service now – little Napoleonism – the imposition of pettiness by mediocre talent that fouls up the delivery service.”

So there you have it Muhyiddin -- the world's best bureaucratic behemoth and blunder to burden the people of Bolehland and bleed the country dry! And believe it or not its by a government who boasts about " People First, Performance Now". Little wonder that we are the world's best example of a country with growing similarities with Greece where 10% of its population are government servants and is reputed to be the most corrupt nation in the Eurozone!

But Umno likes Muhyiddin's make-believe. It will guarantee them votes in the next General Elections, which must be close at hand. Civil servants are made to believe that Umno is their (political) paymaster and they owe Umno. The party's leaders would do or say anything to convince the government servant of this, even praising them as "the best civil servants in the world"!