SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

18 November 2010

PELUANG KENAIKAN PANGKAT KURANG

Berita Harian
18/11/2010



SUKA saya mengulas cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menganjurkan pendidikan sepanjang hayat ke atas seluruh warga. Dengan cara ini, keperluan guna tenaga manusia akan menjadi lebih baik, berkualiti selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjana ekonomi berpendapatan tinggi sesuai dengan keputusan peperiksaan atau sijil kelayakan profesional.

Pun begitu, di manakah pula peluang kepada mereka yang menyambung pengajian ini pada akhirnya? Suka saya memaklumkan bahawa saya antara sebahagian daripada kakitangan yang sudah berkhidmat atau bekerja dan menyambung pengajian secara separuh masa untuk meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan saya sebelum ini.
Dengan mengambil kursus separuh masa, pelbagai dugaan dan pengorbanan terpaksa dibuat demi menggenggam sijil yang lebih tinggi bahkan yang terbaik dalam disiplin ilmu.
Tetapi sehingga kini, peluang kenaikan pangkat, atau setidak-tidaknya untuk mencari pekerjaan yang baru dan mempunyai gaji serta peluang yang lebih baik tidak semudah kata-kata.

Ada di kalangan kami tidak dapat meningkatkan kerjaya hanya kerana syarikat tidak mampu membayar gaji yang tinggi atau berbaloi kerana mempunyai pengalaman kerja dan sijil yang telah dipertingkatkan.

Mereka lebih rela mengambil graduan muda dan boleh membayar gaji yang lebih rendah yang boleh didapati dengan mudah di pasaran kerja.

Baru-baru ini, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa tidak ramai graduan menganggur di pasaran kerja. Kenyataan daripada seorang Timbalan Menteri itu dilihat amat umum serta tidak menyeluruh.
Bagi graduan ini, asalkan dapat bekerja dan membayar bil serta pinjaman pendidikan sudah cukup berbanding kelulusan dan sijil yang mereka genggam.

Bukan semua tenaga kerja peringkat rendah itu lepasan SPM, malah ada yang mempunyai diploma bahkan ijazah sekalipun demi meneruskan peningkatan hidup yang kian mendesak ini.

Oleh itu, kajian, cadangan dan pelan penambahbaikan perlulah dibuat dan dirancang dengan baik dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan agar semua usaha murni ini pada akhirnya melahirkan satu masyarakat maju dan berpendapatan tinggi sesuai dengan hasrat dan aspirasi kerajaan.

Kajian lapangan serta pelan menyeluruh perlulah disediakan dan dibuat dengan lebih mendalam sebelum berhujah dengan begitu retorik hendaklah difikirkan terlebih dulu.

FAIZAL MUHD FAXEL WEL,
Petaling Jaya.


46 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MTSU dan JPA.....Skim JURUTEKNIK patut dah lama dinaiktarafkan dulu...

Tanpa Nama berkata...

jangan heranlah, sekarang ni, penjawat awam yang berusaha mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi pun belum tentu dijanjikan peluang kenaikkan pangkat. kecuali di dalam bidang perguruan..inilah yang perlu diambil kira dan ditambah baik di dalam perkhidmatan awam khususnya kakitangan awam yang bekerja di bidang pentadbiran. tak kan nak naik pangkat pun nak tunggu 15 tahun. bosanlah....polis cepat pula naik pangkat berbanding kakitangan awam yang bekerja di bahagian pentadbiran..kalau guru dinilai dengan tahap pendidikan yang dimiliki, kenapa pula penjawat awam yang berkerja di bidang pentadbiran yang memiliki kelulusan tinggi sukar naik pangkat? pihak kerajaan dan JPA perlu ambil perhatian tentang isu ini.

Tanpa Nama berkata...

kawan saya kelulusan master sarjana keje kerajaan melebihi 15 tahun tapi gaji masih gred 41 lagi. master sarjana dari ipta tapi kerajaan tak iktiraf gaji setimpal sebab dia bukan guru atau pensyarah. tiada peluang naik pangkat mahupun elaun. nak bayar loan belajar plak tiada bantuan terpaksa guna duit gaji sendiri.... pihak kerajaan dan JPA perlu ambil perhatian tentang isu ini...

saintis hampa berkata...

Saya PA yang kerja di institut penyelidikan. Saya rasa tangga gaji gred 48 hingga 54 perlu ditambah lebih panjang lagi. Yang ada sekarang hanya 8 tahun. Peluang naik pangkat kurang dan samapi hari ini terlalu ramai pegawai kanan yang terima gaji mati tahun demi tahun. Ada yang telah bergaji mati selama hampir 7 tahun. Bayangkan tangga gaji 2003 dan tangga gaji sekarang SAMA aje...... Yang beza sikit pada gaji sebab beberapa tahun yang lepas ada penyelarasan gaji.

Gaji mati umpama sama taraf dengan kakitangan kena hukuman tatatertib gaji statik.

Macam mana ada semangat kerja macam tu? Macam mana produktiviti?

Tanpa Nama berkata...

Ramai kakitangan awam khususnya staf sokongan yang berkelulusan diploma, degree dan master tetapi masih belum berpeluang utk kenaikan pangkat dan sukar mendapat jawatan yang sesuai dengan kelulusan.

Saya adalah pemegang diploma berjawatan kerani.Sudah banyak jawatan yang saya pohon tetapi sehingga sekarang hampa. Peluang kenaikan pangkat jauh sekali.Sekarang saya belajar separuh masa tetapi agak bimbang dengan masa depan jika masih berjawatan rendah..Walaupun bakal menggengam segulung ijazah suatu hari nnt tetapi saya lihat ramai kawan2 yang mempunyai kelulusan tinggi masih senasib seperti saya bertahun-tahun lamanya.
Saya hanya mampu membayar wang pinjaman belajar rm50 sahaja sebulan selain berjimat cermat walaupun bekerja di salah sebuah IPTA di utara tanahair.
Saya harap pihak JPA mengambil perhatian ttg isu ini.

Saya hanya mencadangkan supaya adakan elaun khas utk penjawat awam yang berkelulusan demi utk menampung wang pinjaman dan meringankan beban kewangan yang semakin meruncing sekarang ini.

Jangan hanya memandang bidang perguruan sahaja tetapi mengabaikan penjawat awam yang lain.

Joseph ak. Midan berkata...

I believe all the comments written here are real cases that most PA suffered. The problem is, did CUEPACS and JPA really read these messages?

CUEPACS should atleast summarize all these comments/suggestions and submit a report to JPA or even our PM since he is planning to rise the Malaysian income.

Tanpa Nama berkata...

kepada sesiapa yang berminat untuk meneruskan pelajaran berfikirlah beratus-ratus kali dan kenalpasti objektif sebenar.Kalau sambung belajar kerana hendak meningkatkan kerjaya, lupakan sahaja. Sistem perhidmatan awam kita tidak menjanji suasana yang begitu.Kalau sambung belajar kerana hendaklah meningkat pengetahuan, teruskan! anda tidak rugi apa-apa, malah kekadang anda lebih beruntung.

Rahman Nanyan berkata...

kita perlu bersyukur, seperti kata YAB PM, jgn kita menjadi kufur nikmat

Tanpa Nama berkata...

Rahman Nanyan, sikit sikit dah bersyukur, macam mana negara jadi maju dan kaya?

Itulah pemikiran bangsa yang semakin ketinggalan zaman.

Duit makin tak cukup untuk hidup harian, bayar rumah, kereta, makan minum, pendidikan anak.... Itu kira nikmat ke?

Tanpa Nama berkata...

Isu ini mmg penting...bagilah peluang kepada yang ada kelulusan, ini tidak...mcmana nak jadi negara maju kalu menidakkan mereka yang bekelulusan...pasal gaji mati skim Juruteknik patut diupgredkan,banyak juruteknik dah cecah gaji mati ( lihat skim gaji juruteknik) ini salah satu kes yang menidakkan taraf kelulusan dengan gred jawatan..patutnya kes ni J17 ke J29 dah lama diupgred..
sijil kejuruteraan sama STPM. tapi sekarang juruteknik pun hampir 90% dah ada diploma..apa yang di tunggu JPA..

sekian..hanya luahan..

Tanpa Nama berkata...

saya seorang guru yg menyambung pelajaran saya secara PJJ di IPTA dan sekarang memiliki segulung ijazah pd 2002 dan dilantik ke DG41 tahun 2006 tetapi apa yg mengecewakan saya gaji saya lebih rendah drp guru yg tidak ada ijazah yg baru berkhidmat 18 tahun,sedangkan saya telah berkhidmat 26 tahun,saya merasa menyesal krn menyambung pelajaran saya,memandangkan kerugian yg saya alami sekarang ini.

Tanpa Nama berkata...

JPA sebenarnya dah lama meerancang dan mengatur isu kenaikan pangkat ini, prosesnya perlu dilalui peringakat demi peringkat, khasnya peruntukan yang perlu disediakan dalam menyediakan tahap skim-skim kenaikan tersebut diharap semua penjawat awam akan masih terus bersabar dan meneruskan komitmen dalam menjalankan tugas.

PTD Cerdik berkata...

aku apa pedulik masalah org lain. janji aku dgn sedara mara aku dpt hdup sng sudah la. aku belajo tinggi,penat lelah aku dh brbayar. korang belaja pun malas, xde guna aku nk pikir masalah korang.

ADA NAMA berkata...

Tanpa Nama yang beri komen pada Jumaat, November 19, 2010.

Sabar tu boleh, tapi berapa lama perlu sabar? Setahun? 2 tahun? 5 tahun? atau 10 tahun? Hasilnya mudarat tau? Orang hilang semangat kerja.

Sekarang zaman cyber, semua dinilai dari segi pencapaian. Patut JPA faham tentang KPI jabatannya.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya JPA tak boleh membuat skim tu ada yg boleh cepat naik pangkat sedangkan skim lain tak boleh. JPA harus adil kepada semua skim. Seharusnya JPA jangan mengkaji untuk sebahagian skim tapi kaji untuk semua. Ada sebilangan skim 5 tahun dah dapat naik pangkat sedangkan sebahagiannya sampai 20 tahun tiada peluang kenaikan pangkat. Fikirkanlah, tak perlu mesyuarat sampai segala hotel 5 bintang untuk membuat kajian, buatlah dibilik mesyuarat JPA sahaja, keputusannya sama sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Dasar kerajaan sekarang bukan utk menjaminkan kenaikan pangkat utk PA walaupun PA itu telah lama berkhidmat dgn kerajaan dan berjaya meneruskankan pengajian mereka sehingga mendapat segolong Ijazah mereka tidak dapat kenaikan pangkat ke Gred 41 malahan memberi bebanan kpd PA tersebut saya juga menasihatkan PA kalau mahu melanjutkan pelajaran anda fikir masak2 dahulu kerana ia membebankan PA utk membayar pengajian anda seperti saya ni sudah lebih 6 tahun mendapat Ijazah malahan CGPA saya 3 lebih masih juga saya tidak dpt naik pangkat ke Gred w41 malahan saya masih w22 saja dan saya sudah 20 tahun lebih berkhidmat dgn jabatan saya dan Jabatan saya setiap tahun sasaran yg telah ditetapkan telah tercapai malahan melebihi dpd sasaran yg ditetapkan.

Saya berpendapat kerajaan sekarang tidak ambil berat tentang masalah yg dihadapi dan kebajikan oleh PA. Sepatutnya PA ada Ijazah serta mempunyai pengalaman luas dlm jabatannya diutamakan utk kenaikan pangkat ke Gred w41 itu kalau mahu negara kita maju kita utamakan pengalaman PA tersebut utk dinaikan pangkat dpd mengambil lebih ramai permohonan yg baru.

GRADUAN MALANG

Tanpa Nama berkata...

Betul peluang kenaikan pangkat kurang PA yg sudah lama berkhidmat dgn kerajaan walaupun mereka mempunyai Ijazah dan berkhidmatan dgn jabatan mereka berpuluh2 tahun masih juga tidak dinaikan ke jawatan lantikkan gred 41 malahn sampai pencen pun setakat gred 41 iaitu jawatan kasihan KUP 22 saja macam mana PA tidak merunggut kebajikan mereka tidak diendahkan oleh ketua jabatan mereka amnya dan khasnya dasar kerajaan yg tidak pentingkan PA.

Dasar kerajaan sekarang menyuruh Rakyat dan PA berhutang suruh mereka belajar tinggi saja lepas tu tidak ada kerja dan bagi PA tidak dinaikan pangkat dan bagaimana mahu bayar pengajian tersebut kalau tidak ada kerja atau tidak dinaikan pangkat mengikut kelayakkan akademik mereka.

senapi berkata...

sebab tu la kita kena pastikan hanya ahli Umno yg menjadi PA, jika x mcm ni la terjadi. encik abd. Rahman wa salute u. PA jangan kupur nikmat. mcm2 BN dah bagi kita, gaji la bonus la, kemudahan bersalin cuti terlama di dunia, pemimpin Islamik lagi.

Tanpa Nama berkata...

Wahai senapi...bukan BN bagi kita tetapi raykat. Kena ingat tu. Syukur tetap syukur cuma masih ada banyak lagi perkara yang dperlu diberi perhatian oleh Kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita jangan tamak. Dah Tuhan bagi rezeki kepada kita.. itu lah rezeki kita

Tanpa Nama berkata...

ingat la susah2 kita, ada lagi orang yang susah daripada hidup kita yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Syukur nikmat Tuhan yang memberi rezeki di muka bumi ini. Jangan la ego. Dah itulah yang diberi terima je

Tanpa Nama berkata...

MTSU juga telah pun bermohon kepada pihak JPA agar tidak melengahkan lagi skim yang sepatutnya diberi kenaikan gred, dan berharap Skim teknikal akan diberi pengiktirafan kenaikan gred yang lebih baik bersuaian proses pembangunan negara kearah negara maju bagi mencapai kewawasan 2020

Tanpa Nama berkata...

Budak sekolah (STPM)
Budak IPTA (Sijil Politeknik)

Tapi......sijil budak sekolah (STPM) lebih tinggi dari sijil budak IPTA (Sijil Politeknik)

apa kes JPA......

Tanpa Nama berkata...

MTSU

TAIPING, 6 Nov 2009-- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Tn. Hj. Omar bin Osman hadir khas di mesyuarat Majlis Agung MTSU dan dicadangkan untuk mengkaji permohonan pengredan semula skim kejuruteraan kumpulan sokongan yang telah jauh ketingalan.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata pada Jumaat, November 19, 2010 3:10:00 PM

"Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita jangan tamak. Dah Tuhan bagi rezeki kepada kita.. itu lah rezeki kita"


Wahai saudaraku, tak salah kalau kita hendakkan skim gaji yang lebih baik daripada sekarang. Syukur tu syukur tetapi usaha pun kena buat jugak. Jangan pasrah je. Biarkan begitu tu namanya pemalas. Selagi ada daya dan usaha tak salah kita berusaha untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik untuk meningkatkan taraf ekonomi kita yang penting caranya halal.

Tanpa Nama berkata...

ramai lagi orang miskin yang perlu bantuan, bukan setakat penjawat awam sahaja yang perlu diambil perhatian. Bantulah rakyat miskin tegar.

Rakyat didahulukan...
ni tak bila dapat sesuatu, tak pandai puas-puas ada sahaja yang diminta. dibagi betis mahu paha. Tak ada syukur langsung

Tanpa Nama berkata...

ingat kerajaan cop duit ka? banyak lagi yang perlu kerajaan belanjakan bukan setakat menaikkan skim-skim perkhidmatan yang ada

rashidi berkata...

kami berikrar akan terus menyokong BN, seperti yang dilafazkan semasa intvw PAR tahun 2006. hanya BN mampu membayar bonus kita

Tanpa Nama berkata...

bantu dulu orang-orang miskin barulah minta kenaikan pangkat yang lebih baik. Ini tak semua nak naik, sampaikan barang-barang pun naik disebabkan gaji kakitangan kerajaan tinggi. Yang merana rakyat yang gaji dibawah RM500.

Tanpa Nama berkata...

memang le JPA mengarut...anda semua patut faham tu...JPA hanya sibuk pikir pasal guru je...yang lain tak ada masa. lepas guru, askar, lepas askar polis, lepas polis doktor, lepas doktor guru, lepas guru askar, balik semula polis dan seterusnya ulang2 yg itu je...

kefifitan berkata...

Aku kesian pada korang2 yang smbg belajar ni...aku rasa penat tu keje sambil study.

cara die skrg nie...kasi tukar kerajaan jerk...kita ajar sikit kerajaan BN skrg ni...diorg takkan baca komen2 korang ni,...lepas dah kene tukar kerajaan nnt...baru tau kuasa di tangan siapa...

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan awam kira beruntung lah sebab dapat mengajukan keluhan kat CUEPACS secara terus....Berkenaan kenaikan pangkat berdasarkan kelayakan akademik juga menjadi masalah di dalam Angkatan Tentera Malaysia....ada anggota Lain-Lain Pangkat yang mempunyai Diploma dan Ijazah pun susah untuk dinaikkan ke pangkat yang sepatutnya.....Mereka tiada tempat untuk mengadu nasib....

Talib berkata...

tentera sepatutnya didaftarkan sebagai ahli Umno secara automatik, ini kerana penting menyemaikan sikap patriotik dan bersyukur

PA dan tentera bersatu dibawah BN selamanya

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya. Berapa ramai rasa2 yang sokongan contohnya gred-gred 17 dan 22 memiliki ijazah?
Patutkah kerajaan menaikkan pangkat2 lagi?
ya memang patut sebab memiliki memiliki ijazah, tetapi kenapa tidak disamaratakan atau paling mudah naikkan semua ke gred 41. Saya pun mahu.

Tapi masalahnya mampu kah negara membayar gaji kakitangannya..

kenyataan, janganlah sebab itu kita meraung macam harimau kelaparan dahagakan kenaikan pangkat. Tak faham-faham lagi beehenti keja kerajaan buat bisnes sendiri.. berapa banyak wang boleh kaut. kerajaan banyak belanja lain yang perlu dilakukan.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju peluang kenaikan pangkat kurang bagi PA terutama sekali jawatan Lantikkan Gred 27 dan Gred 41 walaupun PA tersebut mempunyai Diploma atau Ijazah dan lama berkhidmat dgn jabatan mereka

Di sini dicadangkan supaya mereka yg mahu melanjutkan pelajaran ke TPTA atau universiti dihadkan supaya dpt mengurangkan graduan menggangur atau Graduan PA yg tidak dpt dinaikkan pangkat.

Tanpa Nama berkata...

sudahlah PA umno...bapak2 umno melantak duit rakyat you tak nampak...yang you nampak duit sagu hati 500 ringgit je...haprak la lu...

Tanpa Nama berkata...

MTSU MTSU MTSU MTSU MTSU MTSU....

Tanpa Nama berkata...

kenapa nl libatkan politik dalam hal ne? skrg ne masa utk bekerja bkn berpolitik. lagipun da menjadi tjawab pemerintah utk menyediakan segala keperluan rakyat. klu asik nk ungkit BN, UMNO bg mcm2 baik x payah jd pemerintah.

Politik telus berkata...

Parti yg menjadi kerajaan memerentah adalah Barisan Nasional.Barisan Nasional merupakan gabungan parti parti politik iaitu Umngok,MCA,MIC..so boleh nampak kan penglibatan politik dalam isu yg di perbincangkan ini?..celek politik la sikit weh..Pokoknya BN skrg lemah dan rakyat menderita..jika kerajaan yg memerentah(BN) dpt meguruskan rakyat dengan baik dan sempurna tiada sebab rakyat tidak menyokong kerajaan sedia ada..pikir2 kan renung2 kan...selamat menukar kerajaaaannnn..

Tanpa Nama berkata...

BN memang patut di ungkit sebab pemimpin nya dah rosak...

Tanpa Nama berkata...

UP: Politik Telus.

Macam mana Pembangkang nak memerintah negara, sekarang memerintah negeri pun dah tak teratur. tengok sendiri lah apa jadi pada Selangor? Apa jadi pada Penang?

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan pangkat secara KUP amatlah baik dan sedikit sebanyak dptlah kami yg di ketegori 17 selama 32 tahun naik ke Gred 22.bagaimanapun Kami harap JPA tambah baik lagi yg telah naik Gred 22 diberi kelonggaran lagi utk ke Gred 26 jika telah LULUS PTK tahap 3 kedua-dua kertas Generik dan Fungsional secara automatik sbs kami sudah terabai selama 32 tahun utk naik ke peringkat lebih tinggi.Insyallah kami akan lebig gigih dan bersemangat dlm melaksanakan tanggungjawab yg banyak kini.

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan pangkat secara KUP amatlah baik dan sedikit sebanyak dptlah kami yg di ketegori 17 selama 32 tahun naik ke Gred 22.bagaimanapun Kami harap JPA tambah baik lagi yg telah naik Gred 22 diberi kelonggaran lagi utk ke Gred 26 jika telah LULUS PTK tahap 3 kedua-dua kertas Generik dan Fungsional secara automatik sbs kami sudah terabai selama 32 tahun utk naik ke peringkat lebih tinggi.Insyallah kami akan lebig gigih dan bersemangat dlm melaksanakan tanggungjawab yg banyak kini.


tengok.. ni la yang saya katakan deberi betis mau paha.. manusia tamak tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Sudah2 la tu kasian kerajaan. nanti bila dinaikkan lagi gred lebih tinggi minta lagi. Yang susah siapa???

Yang susah, Orang-orang miskin yang hanya dapat RM500 kebawah sebulan. kenapa?? bila gred naik, gaji naik. Bila gaji naik.. barang naik, petrol naik. Andaian semua akan naik disebabkan kemampuan membeli naik.
Ingat lagi bila dinaikkan gaji kerajaan, semua suka tapi dalam masa yang sama harga-harga makin naik...

Cukup2 la dengan pemberian tu.

Tanpa Nama berkata...

PELUANG KENAIKAN PANGKAT????ada ke peluang itu????kenapa gred 17 yang ingin menjawat gred 27 mesti bersaing dengan pemegang STPM dan Diploma???Sudah lulus peperiksaan KPSL....namun harus bersaing dengan lantikan baru yang berkelulusan STPM/DIPLOMA untuk menjawat 27...Sepatutnya CUEPACS mengkaji kenaikan pangkat ke gred 27 yang telah menjawat jawtan gred 17 dan telah lulus PTK/KPSL/mempunyai DIPLOMA/STPM dan mempunyai prestasi cemerlang sahaja untuk menjawat jawatan gred 27.Mohon CUEPACS bincangkan isu ini...Sekian..

Tanpa Nama berkata...

Gred J xde kepentingan politik sebenarnye, tu yg diorg main tarik tali, bincang, bincang, bincang berpuluh tahun dah, Tengok gred NT17 senang je dpt N27, cz, tiap kali nak pilihanraya tana
h jadi modal untuk dapat undi, ms tu lah dan dan kluar geran tanah, sape diorg kerah, SO lah... Tengok juga camne SO wt keje, dari lantikan klulusan SRP, naik taraf ke klulusan SPM dan skrg ni Diploma same je keje diorg, ukur luas permukaan tanah.dulu mase lantikan taraf SRP nak siasat n kesan lokasi tanah, panggil pemohon yg xsekolah tu tunjuk lokasi dgn jari telunjuk, sekarang ni So gred 27 ade diploma, dibekalkan dgn GPS, kalu nak siasat n kesan lokasi tanah masih pakai telunjuk orang yng xde diploma ukur tanah pun, ape bezanye SO kelulusan SRP dengan SO kelulusan diploma?

Tanpa Nama berkata...

Tugas SO NT27, siasat lokasi dan sukat keluasan tanah dengan bantuan pemohon. balik ke pejabat, buat pelan dan lapor keadaan permukaan tanah dan serah fail serta laporan permukaan tanah kepada ketua unit. Siap satu tugasan.

Tugas Juruteknik awam J17, siasat lokasi tanah, sukat keluasan tanah, ukur ketinggian tanah untuk mendapatkan garis kontor, kenalpasti jenis tanah dan uji tahap ketahanan tanah bagi menentukan kesesuaian tanah tersebut untuk dibangunkan. ketika kwsn tersebut dibangunkan samada jalan, jambatan, bangunan,rel keretapi dsbgnya. Sekiranya lokasi atau pembangunan tersebut bermasalah, Juruteknik awam ditugaskan untuk menyiasat dan menyelidik seterusnya mecari dan mengenalpasti kaedah-kaedah secara teknikal yg sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut. Apabila kawasan tersebut dibangunkan,Juruteknik awam mengawasi pembangunan tersebut dari material digunakan, proses yg dijalankan sehingga pembangunan tersebut siap, boleh digunakan dan memantau dari semasa ke semasa memastikan pembangunan tersebut sentiasa dalam keadaan baik.

Itulah diantara perbezaan tugas NT17 yg dinaikkan taraf ke NT27 yng dikatakan complicated tugasnya berbanding dengan J17 yg dikatakan menerima kadar upah yg bersesuaian dgn tugas harian.

fikir2kanlah wahai para jemaah pegawai bahagian perjawatan...