SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Jun 2010

CUEPACS SAMBUT BAIK TAWARAN UiTM PENGAJIAN PERCUMA KEPADA PEKERJA TIDAK MAMPU

Bernama
30/6/2010




MELAKA, 29 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik tawaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada golongan pekerja yang berminat untuk mendapatkan pengajian tinggi secara percuma ke peringkat diploma untuk semua peringkat umur.

Presiden Cuepacs Omar Osman berkata tawaran UiTM itu selaras dengan hasrat kerajaan menerusi Model Baru Ekonomi (MEB) bagi meningkatkan pendapatan golongan pekerja.

"Ini satu peluang kepada kakitangan awam lebih-lebih lagi bagi menyahut cabaran untuk semua pekerja lebih bermaklumat dan berilmu dalam meningkatkan produktiviti mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perwakilan TriTahunan Cuepacs Negeri Melaka di sini hari Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Mohamed Khalid Nordin bahawa pengajian secara percuma akan ditawarkan kepada pekerja yang berminat tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti program jarak jauh dan luar kampus di semua kampus UiTM tidak lama lagi.

Menurut Khalid tawaran itu merupakan satu tanggungjawab sosial UiTM yang diusahakan sendiri oleh universiti itu melalui program " Mengubah Destini Anak Bangsa".

Omar berkata Cuepacs berhasrat bersama-sama kerajaan menerusi Model Baru Ekonomi untuk gaji kakitangan awam ditingkatkan dua kali ganda daripada sekarang dengan peningkatan produktiviti serta berinovatif dan berinovasi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Cuepacs berpandangan Program Transformasi Kerajaan perlu selaras dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi kakitangan kerajaan dalam kenaikan pangkat.

" Kita nak tengok model PTK kerajaan selaras dengan penilaian PTK ke arah melahirkan pekerja yang berkemahiran dalam institusi perkhidmatan awam," katanya.

Beliau berkata adalah penting kakitangan kerajaan yang lulus PTK terdiri daripada pekerja yang berkemahiran dan bukannya golongan mereka yang hanya pandai membaca buku dan lulus PTK tetapi tidak meningkatkan produktiviti.

-- BERNAMA

SATU CABARAN UNTUK TETAP SAIZ SESUAI BILANGAN PENJAWAT AWAM

Bernama
30/6/2010



PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) -- Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata usaha menetapkan saiz yang sesuai berhubung bilangan penjawat awam pada satu-satu masa merupakan satu cabaran berikutan keperluan yang semakin meningkat hampir di setiap sektor yang diwakilinya.

Sambil menepis tanggapan sesetengah pihak bahawa sektor awam perlu "dikecilkan" mengikut keperluan, beliau berkata definisi perkhidmatan awam perlu dilihat dengan lebih luas kerana ia tidak terbatas kepada kira-kira 250,000 penjawat awam di kementerian-kementerian sahaja.

Ketika ini bilangan penjawat awam adalah seramai kira-kira 1.2 juta orang, mewakili kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja negara iaitu kira-kira 11 juta orang.

"Guru sahaja mewakili 38 peratus daripada 1.2 juta itu dan ia tidak termasuk sektor awam yang lain seperti polis, askar dan kesihatan," katanya yang akan bersara mulai esok.

Pengganti saya juga akan mewarisi dan menghadapai cabaran yang sama bagi menetapkan saiz sesuai bilangan penjawat awam yang perlu ada pada satu-satu masa," katanya di Majlis Ramah Mesra Bersama Media di sini Selasa.

Beliau akan diganti oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah mulai 1 Julai ini.

Ismail, 59 tahun, memulakan kerjaya di sektor awam pada tahun 1972 sebagai Penolong Pengarah (Perdagangan) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dalam usaha mendapatkan saiz yang sesuai beberapa kaedah mungkin boleh dijalankan dengan menukar sistem pengajaran, aplikasi teknologi baru dan memperkenalkan sistem giliran bagi sektor awam polis, katanya.

Antara lain, beliau turut meminta penjawat awam agar meletakkan sasaran yang tertinggi dalam apa jua sasaran kerja yang dilakukan seiring dengan transformasi sektor awam dalam aspirasi kerajaan mencapai negara maju.

"Cikgu meminta saya meletakkan sasaran yang tertinggi ketika mengambil peperiksaan HSC (High School Certificate) dahulu. Katanya sekiranya mendapat aggregate 24 sekali pun kita masih terletak di dalam gred satu. Ia masih baik walaupun tidak terbaik," katanya.

Namun, katanya, penjawat awam tidak harus berpuas hati dengan pencapaian sedia ada walaupun ia dikira baik.

"Lihat sahaja Pelari Pecut 100m dari Jamaica Usain Bolt sekali lagi memecahkan rekod dunia dalam acara 100m yang dipegang olehnya sendiri pada Temasya Olimpik tahun lalu."

"Usain Bolt memadamkan rekod lamanya 9.69 saat dengan catatan baru 9.58 saat. Malah beliau menyatakan beliau mampu untuk berlari selaju 9.4 saat," katanya.

Sehubungan itu, Ismail juga berkata penjawat awam perlu menerima hakikat masa sudah berubah.

Katanya perkhidmatan awam telah banyak berubah kerana pada masa ini ia berdasarkan merit dan ketua sesebuah jabatan itu tidak semestinya seorang pegawai paling kanan.

Mungkin sebagai pesanan terakhir, Ismail berkata penjawat awam perlu mempunyai tiga perkara untuk maju ke hadapan.

"Pertama, anda mesti bagus dalam segala perkara. Kedua, seseorang perlu tahu bahawa anda bagus dan ketiga seseorang yang tahu anda bagus perlu tahu apa yang patut dilakukannya."

"Mawi boleh maju kerana M Nasir tahu apa perlu dilakukan terhadap penyanyi itu," katanya.

-- BERNAMA

27 Jun 2010

KSU PALING BERKUASA.......

Utusan Malaysia
27/5/2010



SEBENARNYA sudah lama Awang mahu lontarkan hal ini. Tentang seorang Ketua Setiausaha (KSU) di sebuah kementerian yang dikatakan begitu berkuasa sehingga membuat banyak percaturan mengikut apa yang beliau suka.

Ramai yang resah, kecewa dan marah dengan tindak-tanduk beliau termasuk daripada kalangan pegawai dalaman. Malah ada yang membuat dakwaan serius terhadap KSU berkenaan, yang melibatkan soal integriti dan kecelaruan tadbir urus. Khabarnya, jika dibuat undian sulit di kalangan pegawai dan kakitangan semua peringkat di kementerian tersebut apakah wajar KSU itu dikekalkan, keputusannya pasti majoriti mahukan perubahan.

Itulah maklum balas yang Awang terima sejak tahun lepas lagi. Cakap-cakap dan desas-desus mengenai beliau makin banyak, sebahagiannya agak panas. Malah ada yang mendakwa KSU berkenaan dikatakan bijak memanipulasi keadaan agar segala keputusan sentiasa memihak kepada percaturan beliau. Tetapi adalah tidak adil untuk menjatuhkan rumusan apatah lagi hukuman tanpa memberi beliau peluang membuat penjelasan dan membela diri. Mungkin ia lebih kepada persepsi dan salah tanggapan. Namun dalam kita mendokong integriti, segala maklum balas berkaitan beliau tidak harus diambil ringan.

Apakah motif Awang bangkitkan hal ini? Awang hanya menyalurkan suara keluh kesah dan aduan banyak pihak selain mahu melihat sistem penyampaian yang berkesan seperti yang sentiasa ditekankan oleh Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Mana-mana KSU tidak seharusnya menjadi maharaja atau Napoleon kecil, yang hanya akan menjejaskan lagi imej pentadbiran kerajaan. Mereka harus tahu batas kuasa dan benar-benar menerapkan akauntabiliti.

Siapakah KSU yang dimaksudkan? Awang tidak bercadang untuk mendedahkan namanya. Awang percaya dengan secebis kisah kecil ini, mungkin ada yang boleh bayangkan siapakah KSU berkenaan? Terserah kepada tafsiran masing-masing.

PERTUKARAN 5,000 STAF DITERUSKAN

Utusan Malaysia
27/6/2010



KUANTAN 26 Jun – Kerajaan negeri akan tetap meneruskan proses pertukaran pegawai dan kakitangannya antara jabatan di negeri ini walaupun ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail menegaskan, langkah pertukaran tersebut bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pegawai dan kakitangan terbabit.

Menurutnya, pertukaran itu juga merupakan prosedur biasa bagi kakitangan awam dalam mana-mana jabatan kerajaan negeri atau Pusat.

‘‘Pertukaran ini adalah untuk kebaikan mereka juga kerana bukan sahaja boleh memperbaiki kelemahan diri tetapi dapat mempertingkatkan mutu kerja masing-masing serta menimba pengalaman baru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti MS ISO 900: 2008 dan anugerah perkhidmatan cemerlang Majlis Daerah Bera (MDB) serta Pejabat Tanah dan Daerah Bera di sini hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Bera, Datuk Ahmad Daud, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Zahid Mohd. Noor Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Fadil Osman dan ADUN Guai, Norol Azali Sulaiman.

Pada 19 Jun lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan negeri menangguhkan arahan pertukaran kira-kira 5,000 pegawai dan anggota perkhidmatan awam di negeri ini.

25 Jun 2010

NUBE, HSBC METERAI PERJANJIAN CUTI BERSALIN 90 HARI

Utusan Malaysia
25/06/2010 5:29pm



KUALA LUMPUR 25 Jun – Kempen Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) untuk cuti bersalin 90 hari berbayar, beroleh kejayaan pertama apabila HSBC Bank Malaysia menerima cadangan itu.

Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon mengalu-alukan pencapaian itu sebagai satu “detik penting” selepas menandatangani perjanjian dengan HSBC hari ini yang diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jon Addis.

Solomon memberitahu, kempen pada 8 Mac itu diharap dapat mengumpul sejuta tandatangan menjelang Hari Kebangsaan.

Setakat ini, ia berjaya mengumpul lebih 500,000 tandatangan, antaranya milik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Soloman berkata, tempoh cuti bersalin yang lebih panjang dijangka mampu mewujudkan persekitaran kondusif kepada ibu yang bekerja untuk menyumbang kepada pembangunan nasional. – Bernama

24 Jun 2010

KESEDARAN RASUAH RENDAH

Utusan Malaysia

Sejak pelancarannya pada 26 April 2010 sehinggalah rencana ini ditulis, seramai 144 orang telah ditangkap di seluruh negara atas kesalahan menyogok pegawai awam. Tempoh dua bulan ini memperlihatkan purata tangkapan ke atas pemberi rasuah dianggarkan dua orang setiap hari.

Statistik ini menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi belum sedar bahawa perbuatan memberi atau menawarkan suapan rasuah merupakan satu perbuatan jenayah yang serius. Sekiranya didapati bersalah hukuman berat termasuk penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan menanti pelakunya.

Media massa banyak membantu menyebarluaskan maklumat atau mesej berhubung Kempen Perangi Pemberi Rasuah ini. Masyarakat didedahkan mengenai kesan buruk yang bakal dihadapi sekiranya terjebak dengan perlakuan ini. Berita-berita berhubung tangkapan, pendakwaan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas pemberi rasuah hampir setiap hari dipaparkan di kaca televisyen mahupun di dada akhbar-akhbar utama.

Namun, pertambahan jumlah perangkaan yang semakin bertambah ini memperlihatkan isu berkaitan kesalahan memberi rasuah ini masih dianggap remeh oleh segolongan besar masyarakat.

Berdasarkan jumlah tangkapan keseluruhannya iaitu sebanyak 144 kes, hampir 40 peratus atau 57 tangkapan melibatkan individu yang melakukan kesalahan jalan raya. Kenapa harus kita memperjudikan nasib dengan memberi sogokan rasuah atas kesalahan yang boleh di kompaun. Akibatnya, bagi mengelakkan saman trafik yang bernilai RM300 kita terpaksa berhadapan pula dengan suatu kesalahan yang lebih serius iaitu berhadapan hukuman penjara dan denda yang lebih tinggi.

Masyarakat harus mengubah persepsi negatif mereka terhadap penjawat awam khususnya anggota penguat kuasa. Zaman telah berubah, begitu juga semangat dan iltizam penjawat awam. Maruah perkhidmatan awam bukan untuk digadai atau dijual. Wang ringgit bukan galang gantinya. Kewujudan anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi bertujuan memelihara keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya keseluruhannya.

Segelintir masyarakat yang hanya mementingkan diri dengan melanggar peraturan yang ditetapkan wajar dihukum sebagai tanda pengajaran untuk menjadi lebih disiplin. Sikap cuai, gopoh, memandu secara melulu dan tidak sabar membuatkan individu menjadi pembunuh di atas jalan raya.

Atas sebab-sebab inilah, maka kemalangan maut sering berlaku sehingga menyebabkan kematian pengguna jalan raya lain yang tidak berdosa. Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kajian yang dijalankan oleh pihak berwajib menunjukkan kemalangan yang berlaku hampir 75 peratus disebabkan faktor kecuaian manusia.

Selain kesalahan jalan raya, satu lagi kesalahan yang menjadi punca kepada perlakuan rasuah ialah kesalahan yang melibatkan pendatang tanpa izin. Penjawat awam sekali lagi cuba disogok untuk melindungi pendatang tanpa izin yang bukan sahaja memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah malahan terbabit dengan lain-lain kegiatan jenayah termasuk merompak, melacur, menyamun, dadah dan sebagainya.

Seramai 38 orang pendatang tanpa izin yang ditangkap kerana menyogok anggota penguat kuasa. Sudahlah memasuki negara ini tanpa sah, cuba pula membeli penguat kuasa bagi menutup kesalahan mereka. Jangan sesekali samakan anggota penguat kuasa kita seperti di negara mereka.

Sekali lagi masyarakat harus sedar, kesan dan akibat sekiranya PATI dibiarkan berleluasa menjalankan kegiatan mereka di negara ini. Kita bukan tidak biasa mendengar tumpasnya kegiatan samun, pembunuhan, penculikan, rompakan, pengedaran dadah, kegiatan samseng dan pelacuran yang melibatkan warga negara asing.

Hampir setiap hari dilaporkan dalam akhbar-akhbar berhubung jenayah berat yang dilakukan warga asing di negara tercinta ini. Adakah kita sebagai warganegara Malaysia mahukan kedamaian dan kesejahteraan yang kita nikmati ini diragut begitu sahaja dek kegiatan jenayah warga asing?

Sungguh memalukan jika diteliti dari segi jumlah wang rasuah yang cuba disogok kepada penjawat awam. Dari nilai RM3 hinggalah puluhan ribu ditawarkan untuk melindungi kegiatan mereka. Apakah nilai maruah dan harga diri seorang anggota keselamatan sekadar RM3 sahaja?

Terdapat juga kata-kata nakal di kalangan kita yang mengatakan RM3 tangkap kalau RM30,000 lepas. Ingin ditegaskan bahawa penjawat awam pada hari ini sebenarnya telah banyak berubah baik dari segi sikap, nilai integriti mahupun budaya kerjanya.

Buktinya, seramai 10 orang anggota penguat kuasa yang ditawarkan rasuah bernilai melebihi RM10,000.00 menolak sogokan tersebut dan menangkap si pemberi rasuah. Secara keseluruhannya, jumlah suapan yang terlibat sepanjang dua bulan ini melibatkan sebanyak hampir RM350,000.

Wang ringgit bukan lagi menjadi keutamaan yang dikejar. Sebaliknya, amanah dan perjuangan menegakkan undang-undang menjadi perjuangan. Jenayah dan permasalahan sosial yang berlaku di sekeliling membuatkan penjawat awam semakin muak dengan ragam dan tingkah laku penjenayah yang semakin tidak menghormati kedaulatan undang-undang negara ini.

Kesannya, rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Keharmonian dan kesejahteraan hidup yang dikecapi semakin digugat. Ia bukanlah kata-kata retorik, sebaliknya suatu kenyataan atau realiti yang harus diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Kempen Perangi Pemberi Rasuah ini akan diteruskan sehinggalah keseluruhan masyarakat sedar bahawa perbuatan memberi dan menawarkan suapan rasuah adalah kesalahan yang serius.

Berdasarkan kepada statistik tangkapan ke atas pemberi rasuah, Polis Diraja Malaysia harus diberikan pujian kerana telah berjaya menangkap lebih dari 50 orang pemberi rasuah, diikuti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi operasi-operasi khasnya sebanyak 10 tangkapan, RELA 9 tangkapan, JPJ 8 tangkapan, Imigresen 5 tangkapan, Perhutanan 2 tangkapan, Tenaga Nasional 1 tangkapan dan PTG 1 tangkapan.

Tumpuan di fasa kedua adalah serbuan mengejut secara bersepadu pelbagai agensi penguat kuasa di seluruh negara ke atas sarang-sarang pelacuran, pengedaran dadah, pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut, kilang-kilang haram, pembalakan haram, kecurian pasir dan premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan jenayah.

Strategi pendekatan serampang dua mata ini sekiranya dijalankan secara telus bukan sahaja akan memberi pengajaran ke atas pelaku-pelaku rasuah malahan turut menghapuskan pelbagai kegiatan jenayah lain.

Datuk Ahmad Khusairi Datuk Yahaya

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

CUEPACS DESAK BONUS DUA BULAN

Utusan Malaysia
24/6/2010



MELAKA 23 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini mendesak kerajaan mempertimbangkan semula permohonannya mendapat dua bulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam tahun ini.

Presidennya, Omar Osman berkata, berdasarkan tahap pemulihan ekonomi negara ketika ini, CUEPACS percaya kerajaan dapat memberi pertimbangan terhadap permohonan yang dikemukakan pada tahun lalu itu.

Menurut beliau, keseluruhan kakitangan awam benar-benar mengharapkan kerajaan mengumumkan pemberian bonus dua bulan gaji sewaktu pembentangan Bajet 2011, Oktober ini.

"Ekonomi negara sudah pulih dan saya mewakili seluruh kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang ini meminta kerajaan dapat memberi pertimbangan sewajarnya untuk pemberian bonus dua bulan gaji tahun ini.

"Tahun lalu, CUEPACS dapat menerima hakikat kegawatan ekonomi yang bukan sahaja melanda negara tetapi juga di peringkat global hingga memaksa permohonan yang kita kemukakan ditangguhkan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini hari ini.

Sewaktu membentangkan Bajet 2010 tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membayar bonus kepada kakitangan awam memandangkan keadaan ekonomi tidak menentu.

Bagaimanapun, kerajaan memutuskan membayar bantuan khas sebanyak RM500 diberi kepada kakitangan awam dan pesara.

Mengulas lanjut, Omar mengakui pembahagian bonus tersebut adalah hak mutlak kerajaan namun ia wajar dipertimbangkan.

Beliau menambah, pemberian bonus kepada kakitangan awam perlu bagi mengurangkan beban kakitangan kerajaan terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah.

"Sekiranya permintaan ini ditunaikan kerajaan, kita anggap bajet yang akan diumumkan Oktober ini adalah yang terbaik untuk seluruh kakitangan awam," katanya.

Selain itu, ujarnya, pemberian bonus juga akan menjadi motivasi kepada penjawat awam dalam menghadapi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk lebih berfikiran kreatif, inovatif dan berintegriti tinggi.

Di samping itu, juga Omar menambah, CUEPACS turut memohon kepada kerajaan agar bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam dapat dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM3,000.

CUEPACS MAHU 2 BULAN BONUS

Berita Harian
2010/06/24





MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi Bajet 2011, yang bakal dibentangkan pada Oktober ini. Presidennya, Omar Osman, berkata permohonan untuk kira-kira 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara itu sudah pun dibuat oleh kesatuan berkenaan kepada kerajaan tahun lalu, namun ia ditangguhkan berikutan masalah kegawatan ekonomi.
“Berdasarkan perkembangan semasa, keadaan ekonomi negara kini sudah pun kembali pulih. Jadi, saya berpendapat seluruh penjawat awam di negara ini amat berharap kerajaan dapat memberi berita baik kepada mereka menerusi pemberian bonus dua bulan gaji.
“Ini penting kerana pemberian bonus berkenaan secara tidak langsung akan menjadi motivasi kepada penjawat awam dalam menghadapi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10),” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeMASA) di Durian Tunggal, dekat sini, semalam. Hadir sama, Presiden UTeMASA, Prof Madya Dr Raja Roslan Raja Abdul Rahman dan Penasihat Khas Menteri Pengajian Tinggi, Prof Dr Raduan Che Rose. Omar berkata, CUEPACS juga akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung kedudukan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK), sama ada perlu diteruskan atau digantikan dengan sistem lain dalam RMKe-10. Beliau berkata, satu kertas kerja mengenai peperiksaan itu akan dibentangkan pada prakonvesyen CUEPACS di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini. Omar turut mengesahkan CUEPACS memohon kepada kerajaan supaya menaikkan bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam daripada RM1,000 kepada RM3,000 pada bajet akan datang.

CUEPACS HARAP KERAJAAN BERI BONUS 2 BULAN GAJI

Bernama
2010/06/23





MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan akan menimbang pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi pengumuman Bajet 2011 pada Oktober depan. Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata permohonan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam telah dibuat oleh CUEPACS kepada kerajaan pada tahun lalu bagaimanapun ditangguhkan kerana masalah kegawatan ekonomi.
"Kini keadaan ekonomi negara kembali pulih, jadi seluruh penjawat awam amat berharap kerajaan dapat memberi bonus dua bulan gaji," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka di sini, hari ini.
Omar berkata pemberian bonus itu akan menjadi motivasi kepada penjawat awam dalam menghadapi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Beliau juga berkata pihaknya juga memohon kerajaan menaikkan bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam daripada RM1,000 kepada RM3,000 pada Bajet akan datang. Sementara itu, beliau berkata CUEPACS akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sama ada Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) akan diteruskan atau digantikan dengan sistem lain dalam RMKe-10. Beliau berkata satu kertas kerja mengenai PTK akan dibentangkan pada pra-konvensyen CUEPACS yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini. "Ramai anggota CUEPACS bertanya adakah dalam Rancangan Malaysia Ke-10, PTK (yang diperkenalkan pada 2002) akan diteruskan atau perlu sistem baru yang lebih baik bagi menggantikannya," katanya. Beliau berkata sasaran kerajaan dalam RMKe-10, penjawat awam antaranya mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan berintegriti tinggi. - BERNAMA

23 Jun 2010

KESATUAN BOMBA MOHON ELAUN KHAS PEMANDU JENTERA

Bernama
2010/06/22





ALOR SETAR: Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) meminta kerajaan mewujudkan elaun khas kepada pemandu jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berasaskan beban tugas yang ditanggung mereka. Presidennya, Salimin Ayed, berkata ketika ini tugas itu dipikul anggota bomba kerana JBPM tidak mempunyai pemandu khas bagi "Ini tidak adil bagi anggota yang memandu jentera kerana mereka terpaksa mengendalikan jentera dan juga menjalankan tugas hakiki, tetapi gaji yang diberi sama dengan anggota lain yang tidak diberikan tugas membawa jentera," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, mereka yang ditugaskan memandu jentera juga bertanggungjawab ke atas semua peralatan yang ada termasuk mengendalikan pam bomba selain memastikan kebersihan dan keselamatan jentera. "Dengan adanya elaun khas itu, anggota bomba yang ditugaskan memandu akan lebih bertanggungjawab bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada jentera yang bernilai lebih RM1 juta itu," katanya. Mengulas isu berkaitan, Salimin juga memohon kerajaan menyemak semula skim gaji yang diberikan kepada anggota bomba. "Anggota bomba dan petugas kerajaan yang lain mempunyai skim gaji yang sama sedangkan tuntutan tugas berbeza," katanya. Selain itu, katanya, tugas seorang anggota bomba lebih berisiko berbanding sebahagian besar penjawat awam lain yang hanya bekerja di pejabat. - BERNAMA

BELUM ADA KES TIDAK HADIR KERJA KERANA PIALA DUNIA, KATA KESATUAN SEKERJA

Bernama
23/6/2010




PETALING JAYA, 23 Jun (Bernama) -- 'Demam' Piala Dunia 2010 yang melanda sekarang belum menjejaskan kehadiran atau prestasi pekerja di negara ini, kata beberapa kesatuan sekerja.Bagaimanapun mereka menjangkakan keadaan mungkin berubah apabila kejohanan yang berlangsung di Afrika Selatan itu menamatkan saingan peringkat kumpulan pada minggu ini.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) G Rajasegaran berkata berdasarkan satu kajian oleh kesatuan itu, rata-rata majikan gembira kerana kehadiran pekerja mereka seperti biasa sekalipun Piala Dunia sedang berlangsung.Bercakap kepada Bernama di sini Rabu, Rajasegaran berkata kajian itu juga mendapati kebanyakan majikan melaporkan tahap pengeluaran adalah seperti biasa."Tidak ada kes sengaja tidak hadir bekerja kerana menonton perlawanan pada lewat malam," katanya.Beliau berkata keadaan itu mungkin disebabkan rakyat masih dapat menonton perlawanan secara langsung kerana masanya kebetulan selepas habis waktu bekerja."Mungkin apabila pertandingan semakin menghampiri peringkat akhir rakyat akan lebih teruja dan ini mungkin menjejaskan kehadiran di tempat kerja," katanya.Beliau berkata bagaimanapun kajian mendapati para majikan bersedia menghadapi situasi tersebut.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Ahmad Shah Mohd Zin berkata pihaknya juga belum menerima aduan mengenai penjawat awam ponteng kerja kerana menonton Piala Dunia.Pada saingan peringkat kumpulan, rakyat di negara ini berpeluang menonton perlawanan yang disiarkan secara langsung pada pukul 7.30 malam, 10 malam dan 2.30 pagi waktu Malaysia.Bagaimanapun apabila pertandingan memasuki pusingan kalah mati dan peringkat suku akhir, perlawanan berlangsung pukul 10 malam dan 2.30 pagi waktu Malaysia, manakala perlawanan peringkat separuh akhir dan akhir pula berlangsung pukul pukul 2.30 pagi.-- BERNAMA

21 Jun 2010

SOME DEPT HEADS HINDERING PROMOTION, SAYS CUEPACS

The Star
By ROSLINA MOHAMAD
roslina@thestar.com.my
21/6/2010





KUANTAN: Some heads of government departments in several states are making it difficult for staff to be promoted, claims Cuepacs.
Its president Omar Osman said these heads of departments would impose additional terms and conditions before they promoted their staff.
“This is not in line with the decision made by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak last year to put into place a time-based service scheme for those in the supporting staff group who have served 15 years,” he told reporters after opening the Pahang Cuepacs triennial conference here yesterday.
Also present was Pahang Cuepacs president Kamarozaman Abdul Razak.
Omar added that Cuepacs branches nationwide had been directed to compile reports and identify such department heads.
“They simply want to show off their power. We will compile all the reports from states and submit them to the higher authority. Even the Public Service Department wants to know who these people are,” he said.
In May last year, Najib announced the move that took effect on July 1, benefitting 176,066 officers.
Omar also said he had received a memorandum from the Pahang Cuepacs, which had expressed unhappiness with the state’s move to re-deploy civil servants, starting with secretaries of local authorities.
“They are not against the transfer but the way it is being done. It is untimely and sudden. There were those who were given only two days’ notice before the transfer.
“This caused hardship and unhappiness, which may affect their performance. Some are are going to retire in the next few years and others face difficulties in moving their families to a new location,” he said, urging the state government to postpone and review the exercise.
Pahang State Secretary Datuk Muhammad Safian Ismail had announced on April 2 that the state government would carry out a major re-deployment exercise involving its officers as part of efforts to upgrade work quality.

CUEPACS MINTA KERAJAAN NEGERI TANGGUH ARAHAN TUKAR PENJAWAT

Bernama
21/6/2010




KUANTAN, 19 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan negeri supaya menangguhkan arahan pertukaran pegawai dan anggota perkhidmatan awam di negeri-negeri.Presidennya, Omar Osman berkata sistem pertukaran pegawai dan staf sokongan pihak berkuasa tempatan serta beberapa jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri perlu dikaji semula kerana pertukaran dibuat dalam keadaan tergesa-gesa."Sepatutnya sistem pertukaran perlu sistematik dan bukannya dalam keadaan tergesa-gesa supaya mereka yang terbabit tidak menghadapi kesukaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Cuepacs Pahang di sini pada Sabtu.Beliau berkata antara perkara utama yang perlu dinilai sebelum mengeluarkan arahan pertukaran ialah lokasi perpindahan, tempoh masa diperuntukkan selepas mendapat surat pertukaran serta bidang tugas seharusnya bersesuaian dengan gred jawatan petugas terbabit."Apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu pertukaran dilakukan dengan tergesa-gesa iaitu dua hari selepas mendapat surat dan tugas yang diamanahkan tidak setaraf dengan gred jawatan seperti pegawai Gred 52 menjalankan tugas pegawai Gred 48 dan pegawai Gred 41 jalankan tugas pegawai Gred 48 dan sebagainya," katanya.Mengambil contoh, Omar berkata pada 2 April lepas Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan akan membuat rombakan serta pertukaran para pegawainya bagi meningkatkan lagi kualiti kerja di kalangan penjawat awam dan jabatan-jabatan kerajaan.Pertukaran turut membabitkan ketua jabatan, ketua kerani, kerani, petugas sokongan dan penjawat awam peringkat bawahan."Cuepacs bukannya mahu menentang perkara tersebut tetapi berharap ia ditangguhkan buat sementara waktu bagi membuat kajian semula seperti mengadakan perundingan bersama antara kerajaan negeri dan Cuepacs," katanya.Usaha itu, katanya untuk kebaikan dan kebajikan penjawat awam yang telah lama berkhidmat dan pertukaran bukan atas dasar kenaikan pangkat.Beliau berkata satu perundingan perlu dilakukan kerana pertukaran itu turut bercanggah dengan kelulusan waran perjawatan Jabatan Perkhidmatan Awam.-- BERNAMA

CUEPACS MAHU PENJAWAT AWAM KONTRAK DISERAP

Berita Harian
Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Sukhairi Abd
Thanibhnews@bharian.com.my
2010/06/20




Pengalaman kerja diutama sebelum lantikan jawatan tetap KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap penjawat awam yang berstatus kontrak di sektor kerajaan dapat dilantik sebagai kakitangan awam tetap.
Presidennya, Omar Osman, berkata sehingga kini kira-kira 50,000 penjawat awam berstatus kontrak di seluruh negara dan ada antaranya sudah berkhidmat lebih tiga tahun dan mempunyai pengalaman luas.
tidak lantik golongan ini ke jawatan tetap, kita akan kehilangan ramai pekerja kontrak yang berpengalaman meloncat ke sektor lain kerana mereka memerlukan status jawatan tetap serta kebajikan yang sewajarnya,” katanya ketika dihubungi semalam. Sehubungan itu, Omar menggesa kerajaan untuk melonggarkan syarat pengambilan mereka ini ke jawatan tetap. “Oleh itu kita minta pihak kerajaan memberi perhatian terhadap perkara ini. Kalau ada kosong, beri keutamaan kepada pekerja kontrak, mereka ini wajar diberi kelonggaran. Kalau boleh kita harap dalam pembentangan bajet nanti, pihak kerajaan dapat memberi penekanan khusus terutama kepada mereka yang sudah berkhidmat lebih tiga tahun. “Ia selari dengan hasrat kerajaan dalam RMKe-10 menambah baik pembangunan modal insan dalam sektor awam, jadi wajar ia diberi perhatian sebaiknya,” katanya. Sementara itu di KUANTAN, Omar berkata, CUEPACS mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap jabatan dan agensi kerajaan yang sengaja melambatkan pelaksanaan kenaikan pangkat kakitangan awam berdasarkan tempoh perkhidmatan. Ini disebabkan ada jabatan atau agensi kerajaan di beberapa negeri masih belum melaksanakan arahan terbabit biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Mei tahun lalu sudah mengumumkan supaya kakitangan sokongan yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun diberi kenaikan pangkat. Malah, pihaknya turut menerima banyak aduan ada jabatan dan agensi kerajaan memaksa kakitangan menduduki peperiksaan khas sebelum diberi kenaikan pangkat. “Ini menyusahkan, kami sudah perjuangkan kakitangan diberi kenaikan berdasarkan tempoh perkhidmatan yang mendapat persetujuan kerajaan. Tetapi ada ketua jabatan yang mahu menunjuk kuasa, sepatutnya mereka memudahkan pelaksanaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan CUEPACS Pahang, di sini, semalam. Omar berkata, berikutan masalah yang timbul, pihaknya kini dalam usaha menyiapkan senarai nama ketua jabatan yang tidak berkompromi dengan arahan Perdana Menteri sebelum ini.

16 Jun 2010

ABU BAKAR DILANTIK KETUA PENGARAH JPA

Bernama
16/6/2010





KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa 1 Julai depan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan pada Selasa.Abu Bakar, 55, menggantikan Tan Sri Ismail Adam, 60, yang akan menamatkan perkhidmatan pada 30 Jun.Sidek dalam kenyataannya berkata pelantikan Abu Bakar adalah selaras dengan peruntukan Perkara 144(3) Perlembagaan Persekutuan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri.Pemilihan Abu Bakar, kata Sidek, dibuat berdasarkan pengalaman, kepakaran dan kewibawaannya bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan awam melalui pelbagai pembaharuan dan pendekatan.Abu Bakar berkelulusan ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Antarabangsa daripada Universiti Denver, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah daripada Universiti Malaya.Beliau yang mula berkhidmat pada 19 Sept 1977 sebelum ini pernah menjawat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Wilayah Persekutuan; Jabatan Perdana Menteri dan di Kementerian Pertahanan.Sidek berkata beliau yakin Abu Bakar berkemampuan memimpin Jabatan Perkhidmatan Awam, khususnya untuk merealisasikan matlamat Teras Strategik keempat Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) iaitu membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.Sidek juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ismail atas sumbangannya ketika berkhidmat selama 38 tahun kepada perkhidmatan awam dan negara.Kongres Kesatuan Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik pelantikan Abu Bakar dengan menyifatkan pelantikan itu sebagai paling sesuai.Beliau sangat berpengalaman dan mahir dengan pentadbiran perkhidmatan awam, kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin.Beliau yakin menerusi kepimpinan Abu Bakar, penjawat awam akan melalui banyak inovasi dan penambahbaikan.Katanya Cuepacs berharap dapat bekerjasama rapat dengan Abu Bakar demi kebaikan perkhidmatan awam.-- BERNAMA

15 Jun 2010

DEWAN RAKYAT: PENJAWAT AWAM TIDAK PERLU BERPOLITIK UNTUK NAIK PANGKAT

Bernama
15/6/2010





KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Seorang Anggota Parlimen Selasa mahu penjawat awam agar tidak mengamalkan politiking bagi mendapatkan sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat.Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berkata budaya itu akan menjejaskan pentadbiran dan kecekapan perkhidmatan mereka kepada rakyat."Nak naik pangkat pun berpolitik, melobi. Ini satu budaya yang sangat tidak baik dan jejaskan kecekapan perkhidmatan yang perlu dibawa oleh kakitangan kerajaan," katanya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.Tajuddin berkata selain berpolitik, penjawat awam juga diingatkan agar meningkatkan tahap penyampaian kepada rakyat dan tidak gila kuasa serta membuat keputusan sesuka hati."Mereka ini boleh buat keputusan yang lebih hebat dan dahsyat dari menteri, ini yang disebut 'Little Napolean' dalam jabatan kerajaan, ini harus dihapuskan kalau nak lihat perkhidmatan kerajaan yang cekap."Imbuhan atau penghargaan kepada kakitangan kerajaan mesti berdasarkan prestasi bukan berdasarkan berapa lama dia bekerja, must be based on meritocracy not based on seniority," katanya.Tajuddin berkata kerajaan juga perlu mengambil perhatian terhadap kebajikan dan kemudahan yang disediakan kepada penjawat awam bagi mengelakkan moral dan semangat mereka untuk berkhidmat kepada rakyat terjejas.-- BERNAMA

12 Jun 2010

PEKERJA DINASIHAT JANGAN PINJAM WANG BERTARUH PIALA DUNIA

Bernama
12/06/2010



KUALA LUMUR, 11 Jun (Bernama) -- Golongan pekerja di negara ini dinasihatkan supaya tidak meminjam wang untuk bertaruh semasa Piala Dunia di Afrika Selatan yang bermula Jumat.Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dam Cuepacs masing-masing mengingatkan anggota mereka supaya tidak menjadi mangsa Ah Long bagi mendapatkan wang untuk bertaruh.Setiausaha Agung MTUC G Rajasegaran berkata bahawa sekiranya mereka terhutang dan tidak dapat membayar kepada Ah Long, kesannya amat buruk."Ini akhirnya akan menjejaskan produktiviti," katanya.Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berkata kesatuan itu tidak dapat membela mereka yang gagal hadir kerja kerana tidak cukup tidur akibat menonton perlawanan sehingga lewat malam."Mereka yang melakukan kesalahan ini akan dikenakan tindakan berdasarkan Perintah Am," katanya.Ahmad Shah juga mengingatkan pekerja supaya tidak terpengaruh dengan lembar iklan mengenai apa yang disebut sebagai "pinjaman mudah" yang diedar di beberapa jabatan.-- BERNAMA

SORAKAN KAKI BOLA

Berita Harian
Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my
2010/06/12




Sanggup berjaga hingga lewat malam demi menonton aksi Piala Dunia 2010 DEMAMNYA sudah bermula... Lihat saja promo iklan di televisyen, papan iklan hinggalah kepada promosi jualan semuanya tetap berkisarkan mengenai Piala Dunia 2010. Topik perbualan bersama teman-teman juga tidak terlepas daripada mendebatkan mengenai pasukan pilihan yang dicanang bakal bergelar juara terbaru.
Bagaikan kurang sempurna gaya hidup andai tidak mengambil tahu mengenai fenomena empat tahun sekali ini. Impak Piala Dunia dalam kehidupan masyarakat terutama di bandar memperlihatkan ketaksuban warganya terhadap perlawanan bola sepak paling berprestij di dunia ini.
Bukan sekadar pemainnya saja yang turut diangkat sebagai legenda, setiap pergerakan pasukan, aksi menggelecek sehinggalah kepada tempoh minit jaringan menjadi detik-detik yang tidak mahu dilupakan begitu saja. Tidak hairan andai peminat fanatik bola sepak sanggup berjaga hingga lewat malam semata-mata mahu menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran. Lihat saja jadual perlawanan bola sepak di negara tuan rumah Afrika Selatan yang menyaksikan rata-rata perlawanan berlangsung pada sebelah malam dan tengah lewat malam. Mungkin tidaklah sesukar mana untuk menonton perlawanan yang berlangsung jam 10.30 malam tetapi bayangkan apabila aksi pasukan kegemaran diadakan jam 2.30 pagi? Bercerita mengenai perlawanan bola sepak, peminat bola tidak terlepas untuk menuju ke ‘port’ atau lokasi tempat lepak bersama sekumpulan fanatik sealiran semata-mata mahu merasai pengalaman dan suasana yang lebih meriah untuk setiap perlawanan. Tentunya restoran mamak antara lokasi yang paling dinanti-nantikan kerana kemeriahan dan suasana yang lebih terbuka memberi lebih ruang untuk peminat bola sepak meraikan detik menang - kalah pasukan masing-masing. Andai di Kuala Lumpur saja, lokasi restoran mamak hampir pasti ada tarikan tersendiri di mana skrin gergasi, lambakan meja dan menu hidangan yang hampir semua ditawarkan membuatkan lokasi itu menjadi pilihan peminat bola sepak. Apatah dengan bermodalkan kos makanan dan minuman saja, pengunjung dapat menonton aksi perlawanan di skrin gergasi secara percuma tanpa sebarang caj. Tambah meriah, apabila detik itu dikongsi dan diraikan bersama teman-teman serta kelompok peminat bola sepak yang lain. Detik-detik jaringan gol, aksi menggelecek hinggalah kepada pengadil melayangkan kad, setiap tempoh masa 90 minit memberikan makna tersendiri buat fanatik bola sepak ini. Pengarah Restoran Syed, Syed Habib Syed Kadir, berkata impak Piala Dunia sememangnya memberi kesan besar kepada pengusaha restoran menyebabkan beberapa perancangan tambahan termasuk menyediakan tambahan skrin sebagai tarikan buat pelanggan ke restoran mereka. Beliau berkata, Restoran Syed yang mempunyai sebanyak 16 cawangan di seluruh negara tidak ketinggalan menawarkan skrin gergasi sebagai antara tarikan untuk penonton fanatik bola sepak. “Selain tambahan skrin gergasi, kami juga ada menambah televisyen LCD bersaiz 50 inci dan 63 inci sebagai memenuhi permintaan pelanggan yang ingin mengikuti aksi perlawanan pasukan kegemaran masing-masing. “Pada masa yang sama, kita turut menambah kerusi dan meja sebagai langkah awal memandangkan kita menjangkakan ada tambahan dari segi kunjungan pelanggan,” katanya. Ditanya mengenai menu tambahan yang berkemungkinan ada sepanjang musim perlawanan bola sepak, Syed Habib berkata pihaknya sudah bersiap sedia dengan menu tambahan yang bersesuaian dengan acara seperti kentang goreng dan kerepek. “Pastinya kita sudah bersedia untuk itu kerana menyedari yang pelanggan tidak mungkin hanya mahukan roti canai dan mee goreng semata-mata,” katanya. Apabila sudah bersengkang mata hingga ke lewat malam, tentunya pelbagai ragam berlaku terutama apabila saat mahu berjaga memulakan kerja. Bagi yang mudah berjaga pagi pasti tidak akan mengalami apa-apa masalah tetapi bagaimana pula mereka yang sukar untuk bangun pagi. Mengulas mengenai prestasi kerja sepanjang berlangsungnya Piala Dunia di Afrika Selatan, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata pihaknya tidak terkecuali berasa bimbang dengan mutu perkhidmatan sektor awam sepanjang musim Piala Dunia 2010 di mana kebanyakan jadual perlawanan bola sepak berlangsung hingga lewat tengah malam. Beliau berkata, kemungkinan acara berprestij itu mengganggu prestasi kerja kakitangan awam juga adalah tinggi kerana peminat bola sepak sanggup bersengkang mata hingga awal pagi semata-mata mahu menonton perlawanan bola sepak kegemaran masing-masing. “Tidak salah untuk menonton bola sepak memandangkan kita semua tahu yang Piala Dunia ini yang ditunggu-tunggu peminat bola sepak selama empat tahun sekali. Namun, perlu ada batasnya memandangkan kita ada tanggungjawab lain sebagai pekerja. “Bagi peminat bola sepak ini, adalah lebih baik tidur lebih awal dan berehat secukupnya sebelum berjaga pagi untuk menonton pasukan kegemaran. Faham-faham sajalah apabila sudah berjaga hingga ke lewat malam tentu sukar untuk tidur kembali dan kemudian bekerja pula,” katanya kepada XY - Ikon Lelaki. Ditanya kemungkinan peminat bola sepak sengaja mengambil cuti sakit kerana tidak mampu bekerja disebabkan mengantuk, kata Omar pihaknya memandang serius kemungkinan perkara seperti itu dan tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan tindakan tatatertib. Katanya, doktor swasta dan kerajaan perlu memantau dan tidak sewenangnya memberikan sijil cuti sakit terhadap mereka yang didapati sengaja tidak mahu bekerja dengan alasan mengantuk atau terlajak bangun pagi. “Kita tidak mahu semata-mata hanya kerana ingin menonton perlawanan bola sepak, prestasi kerja dan kesihatan terganggu sekali gus menjejaskan kualiti dalam sektor awam,” katanya. Sejauh manapun kecintaan kepada bola sepak, pastikan jangan sesekali mengubah prestasi kerja dan mengganggu urusan seharian yang lain. Selamat bersorak bersama pasukan pilihan! Lokasi lepak selebriti menonton bola sepak "SEPERTI mana peminat lain, saya juga tidak mahu ketinggalan menonton aksi perlawanan bola sepak. Lokasi tempat lepak pilihan saya tentulah di restoran mamak yang menyediakan skrin besar untuk kepuasan menonton serta kemeriahan suasana yang tidak dapat digambarkan. “Kalaupun bukan Brazil yang beraksi, saya masih lagi boleh menonton mana-mana perlawanan pasukan lain. Setiap perlawanan mempunyai tarikan tersendiri dan saya memang tertunggu saat-saat itu. “Setakat ini, saya tidak mempunyai lokasi tetap untuk menonton bola sepak kerana bergantung kepada jadual penggambaran dan perancangan teman-teman lain. Pun begitu, di tempat tinggal saya di Bangi mempunyai dua tiga restoran mamak pilihan sebagai lokasi sesuai menonton bola.” - Kamal Adli, pelakon popular “SAYA memilih menonton di rumah saja kerana lebih mudah dan sekarang pun sudah berkeluarga. Kalau masa bujang dan waktu belajar di UiTM dulu, memanglah restoran mamak yang menjadi pilihan di sekitar Shah Alam. Bagi saya kemeriahan sama saja dan saya sebolehnya menonton perlawanan pasukan kegemaran seperti Brazil, Jerman dan Argentina. “Tetapi kalau hendak dikirakan pasukan kegemaran nombor satu tentulah Brazil. “Mengenai jadual waktu perlawanan, saya tidaklah terlalu fanatik untuk mengikuti setiap perlawanan memandangkan ada juga perlawanan dilangsungkan lewat malam dan seawal pagi menyebabkan masa menonton agak terhad kerana perlu bekerja pagi.” - Faizal Ismail, deejay HotFM, pengacara “KALAU tidak menonton saja perlawanan di rumah, ada masanya saya akan ke rumah rakan untuk berkumpul beramai-ramai menonton perlawanan pilihan. Saya bukanlah terlalu fanatik bola tetapi suka juga menonton terutama membabitkan perlawanan yang cukup menarik. “Secara peribadi saya menggemari pasukan Sepanyol tetapi kesemua pasukan akhir yang bertanding mempunyai kekuatan tersendiri. “Apabila menonton bola sepak, saya tidaklah sanggup berjaga lewat malam kalau mempunyai urusan pada awal pagi kerana tidur yang cukup memang menjadi keutamaan saya.” - Ashraf Muslim, pelakon dan usahawan

Tip urus jadual demam Piala Dunia

1) Tidur lebih awal - Pastikan anda mengubah jadual waktu tidur lebih awal iaitu jam 10 malam andai mahu menonton perlawanan bola sepak yang dijadualkan pada 2.30 pagi.
2) Mempunyai waktu rehat mencukupi - Jangan pula terlalu aktif bersukan andai mahu berjaga malam. Kurangkan pembabitan dalam acara sukan seperti futsal, badminton dan bola sepak kerana aktiviti sukan hanya akan menambah keletihan.

3) Jaga pemakanan - Elakkan mengambil makanan yang tidak mengandungi kadar karbohidrat tinggi yang akan menambah keletihan dan kurang zat. Apabila kurang tidur, kesihatan mudah terjejas dan boleh menyebabkan anda dijangkiti demam dan selsema.

4) Minum coklat/susu panas - Selain rasa lebih selesa, minuman panas ini mampu menyegarkan badan dan membuatkan anda berasa cergas sepanjang berjaga waktu malam.

5) Atur masa menonton bola sepak - Tidak salah keluar bergembira bersama-sama rakan untuk menonton bola sepak. Namun, elakkan terlalu kerap berlibur di luar yang akan membuang lebih banyak masa. Sesekali tonton saja aksi bola sepak di rumah kerana selepas itu anda boleh tidur beberapa jam sebelum keluar bekerja.

6) Siapkan kelengkapan lebih awal - Gosok baju, aturkan pakaian, kasut dan barang keperluan ke tempat kerja lebih awal untuk menjimatkan masa apabila bangun pagi untuk ke tempat kerja. Selain tidak akan kelam kabut ketika bersiap awal pagi, pada masa yang sama anda dapat mencuri waktu tidur lebih lama.

PENJAWAT AWAM KENA PERTINGKAT PRESTASI

Berita Harian
2010/06/12



ALOR SETAR: Penjawat awam tidak perlu berasa tergugat dengan usaha kerajaan menjadikan sektor swasta sebagai pemangkin dalam menjayakan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), sebaliknya ia cabaran untuk lebih berdaya saing bagi meningkatkan sistem penyampaian awam. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, cabaran ini perlu digalas penjawat awam dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan dan meningkatkan prestasi diri selain menyumbang kepada pembangunan negara.
“Hakikatnya, RMKe-10 memberi manfaat kepada semua pihak. Justeru, penjawat awam perlulah lebih berfikiran jauh dalam usaha membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencapai misi RMKe-10.
“Saya berharap semua penjawat awam mengambil serius usaha mempertingkatkan prestasi perkhidmatan kerana tidak mustahil Perdana Menteri akan memenuhi segala tuntutan kesatuan sekiranya pelan yang dirangka dalam RMKe-10 berjaya, " katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Cuepacs Kedah di sini, semalam. Omar berkata, penjawat awam juga perlu mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran selaras dengan hasrat negara melahirkan lebih sumber tenaga berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan pembangunan negara. “Penjawat awam hakikatnya menggalas tugas berat kerana 51 peratus daripada pelan RMKe-10 yang dibentangkan Perdana Menteri kelmarin, menjurus ke arah usaha meningkatkan taraf ekonomi negara dan ia sekali gus menjadi penentu terhadap rancangan untuk muncul sebagai negara maju pada 2020. “Justeru, penjawat awam perlu bersiap sedia mempertingkatkan prestasi diri kerana RMKe-10 mengutamakan modal insan berkualiti, kreatif dan inovasi serta mampu bertindak sebagai sebuah syarikat berdaya saing," katanya. Dalam perkembangan lain, Omar berkata, CUEPACS akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan kadar penjawat awam terbabit rasuah dapat dikurangkan 15 peratus tahun ini. “Menerusi kempen kesedaran antirasuah yang dianjurkan Cuepacs, jumlah penjawat awam yang terbabit dengan rasuah semakin menurun berbanding tiga tahun lalu. “Pada 2007 misalnya, seramai 591 orang ditahan kerana kesalahan rasuah dengan 51 peratus daripadanya adalah penjawat awam. “Namun, jumlah itu berkurangan apabila hanya 39 peratus daripada 500 yang ditahan atas kesalahan rasuah tahun lalu adalah penjawat awam," katanya.

11 Jun 2010

150,000 PERUNCIT JAMIN TIDAK SERTAI BOIKOT JUAL GULA, TEPUNG DAN MINYAK

Bernama
11/6/2010






KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Seramai 150,000 anggota 16 persatuan peruncit dan penjaja kecil di seluruh negara tidak akan menyertai boikot penjualan gula, tepung dan minyak masak yang dijangka bermula Selasa ini.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata jaminan itu diberi oleh wakil persatuan terbabit ketika menemui Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia Muhamad Mahmud berkata pihaknya tidak akan menyokong perkara yang memudaratkan anggota persatuan.Memberhentikan jualan tiga barangan keperluan tersebut hanya menjejaskan pendapatan peniaga secara langsung, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.Boikot itu dilapor akan dibuat oleh Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia yang membantah penguatkuasaan lesen runcit untuk barang-barang kawalan yang dijangka dilaksana bulan depan.Dalam pada itu, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berharap kerajaan akan bertegas menguatkuasakan lesen tersebut demi kepentingan pengguna khususnya bagi mengatasi krisis gula ketika ini.Keempat-empat NGO tersebut, iaitu Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bertindak menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyatakan sokongan mereka.Presiden FOMCA Datuk Marimuthu Nadason dalam kenyataannya hari ini meminta seluruh pengguna serta anggota gabungan NCWO, CUEPACS dan MBM memboikot peruncit yang tidak mahu menjual barang kawalan itu.Beliau berpandangan tindakan peruncit terbabit hanya merugikan mereka sendiri.--BERNAMA

PENJAWAT AWAM PERLU AMBIL PELUANG GUNA PEMBIAYAAN TINGKAT KEMAHIRAN

Bernama
11/10/2010



KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Penjawat awam perlu bersedia menyahut cabaran dan menggunakan peluang pembiayaan yang disediakan kerajaan untuk meningkatkan kemahiran mereka.Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman berkata peluang yang diberikan itu sekaligus dapat membantu meningkatkan taraf penjawat awam."Gunakan peluang diberikan sebaik mungkin terutamanya bekerjasama dengan pihak swasta sekaligus ia dapat meningkatkan pencapaian penjawat awam setanding pihak swasta," katanya ketika dihubungi di sini.Beliau mengulas Rancangan Malaysia Ke-10 yang turut mengandungi bantuan kewangan RM500 juta di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dalam bentuk pinjaman kepada penjawat awam yang mahu mengikuti latihan untuk peningkatan kelayakan.Omar turut menyambut baik rancangan kerajaan untuk menubuhkan Perbadanan Bakat (TC) yang dianggap peluang terbaik bagi kepada penjawat awam menjadi lebih mahir dan berinovasi."Melalui TC juga penjawat awam dapat berkongsi pengalaman dan kemahiran untuk bersama-sama memacu negara ke arah negara berpendapatan tinggi," katanya.Omar berkata sama ada suka atau tidak, penjawat awam perlu bersedia berubah menjadi pekerja mahir, meningkatkan produktiviti dan integriti kerana keberkesanan RMK-10 kelak akan memberikan kesan positif kepada pendapatan penjawat awam.TC akan ditubuhkan pada 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan mandat untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan berkepakaran bertaraf dunia melalui kerjasama sektor awam dan swasta.Sementara itu Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata perluasan pelaksanan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang melibatkan 70 peratus kerja secara langsung di tempat kerja dan 30 peratus latihan teori di institusi latihan adalah langkah baik.Beliau berkata TC dijangka mampu menarik minat lebih ramai pekerja-pekerja berbakat dan berkemahiran yang kini bertugas di luar negara untuk kembali berkhidmat di negara ini.-- BERNAMA

10 Jun 2010

RMKKe-10 DIHARAP BERI PENEKANAN MASALAH SOSIAL

Berita Harian
Oleh Rejal Arbee
2010/06/10


Usaha tingkat akhlak, moral rakyat penting capai Wawasan 2020 HARI ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Rancangan Malaysia Kesepuluh RMKe-10), suatu 'blue print' yang menggariskan hala tuju pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Ia tentunya akan menggariskan usaha pembangunan fizikal negara bagi memenuhi misi untuk melonjakkan kedudukan kita, yang sekarang ini seolah-olah tersekat di kelompok negara berpendapatan sederhana, kepada negara berpendapatan tinggi atau sebagai negara maju menjelang 2020.
Dalam keghairahan kita mencapai matlamat dituju dengan tumpuan diberikan kepada perkembangan ekonomi dan pembangunan negara, apakah soal memupuk pegangan rohaniah mulia dengan memantapkan lagi akhlak dan moral rakyat khususnya di kalangan muda-mudi diabaikan? Baik juga Najib dalam pembentangannya nanti akan menggariskan tiga komponen penting rancangan itu iaitu modal insan, modal swasta dan modal sosial. Diharapkan modal sosial ini akan memberi penekanan secukupnya terhadap usaha membendung pelbagai perlakuan yang dikatakan devian yang membawa kepada keruntuhan akhlak di kalangan sesetengah rakyat kita dewasa ini. Tidak seperti Rancangan Malaysia Kesembilan sekarang yang hanya menumpukan penekanan kepada usaha pembangunan fizikal dengan tumpuan kepada lima terasnya iaitu meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi; meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi; menangani ketidaksamaan sosioekonomi kumpulan etnik dengan memberi penekanan kepada ‘pertumbuhan dengan pengagihan’; meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan mengukuhkan keupayaan institusi serta pelaksanaan negara untuk pertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Jelas sekali rancangan kesembilan sekarang tidak menekankan program meningkatkan penerapan nilai rohani dalam kehidupan seharian rakyat. Apakah kurangnya tumpuan terhadap menerapkan nilai moral dan rohaniah murni ini yang membawa padah seperti yang sedang melanda masyarakat sekarang? Usaha penekanan terhadap menerapkan nilai mulia di kalangan semua rakyat ini tentunya amat diperlukan memandangkan rakyat sendiri terikut arah pembangunan negara dengan begitu ghairah mahu mencapai kehidupan lebih selesa lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar. Sememangnya, usaha mereka itu tidak salah, tetapi apakah tumpuan hanya kepada hasrat mencapai taraf hidup lebih selesa itu membawa mereka mengabaikan hubungan keluarga dan penyeliaan ke atas anak hingga membawa kepada keruntuhan akhlak? Apakah kecuaian kita terhadap usaha meningkatkan pegangan kepada agama dan moral ini juga membawa padah hingga menimbulkan pelbagai masalah sosial yang kelihatan seperti semakin menjadi-jadi sekarang? Maka, perangkaan diberikan seorang pensyarah Program Kerja Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Prof Madya Dr Fatimah Abdullah seperti dipaparkan Portal Berita UKM, amat mencemaskan. Mengikut perangkaan itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan lebih 257,000 sijil kelahiran yang tidak mencatatkan nama bapa dalam tempoh lapan tahun setengah dari 2000 hingga Julai 2008. Ini bermakna, secara purata 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau hampir 84 kes setiap hari. Perangkaan diperoleh bagi 1999 hingga 2003 pula, daripada 70,430 anak luar nikah didaftarkan, yang beragama Islam mencatatkan angka terbanyak iaitu sejumlah 30,978 orang berbanding 18,085 Hindu, 17,236 Buddha dan 3,395 Kristian. Baru-baru ini JPN menyatakan kes anak luar nikah didaftarkan, membabitkan Melayu juga menunjukkan peningkatan misalnya pada tahun lalu seramai 17,303 anak luar nikah Melayu, meningkat daripada 16,541 pada 2008 dan 16,100 pada 2007. Mengenai kes pembuangan bayi pula, polis menyatakan terdapat 86.4 kes setahun antara 2001 hingga 2005 manakala mengikut catatan Jabatan Kebajikan Masyarakat, ada 506 kes pembuangan bayi sejak 2004 dengan jumlah terbesar 102 bayi dibuang pada 2008. Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatatkan sebanyak 21 kes pembuangan bayi dan jelas sekali kes ini semakin meningkat. Maka itu bolehkah kita salahkan anggapan ramai terhadap gejala keruntuhan moral ini jika dilihat dari pelbagai kejadian tidak menyenangkan bahkan yang amat mengaibkan berterusan berlaku kalau dilihat daripada apa yang sering dipaparkan pada dada akhbar sekarang ini? Jadi bagaimana kita boleh menerima berita apabila sampai 16 orang murid Tingkatan Tiga dan Enam di sebuah sekolah di Kuala Terengganu didapati hamil dengan empat daripada mereka melahirkan anak di luar nikah? Yang peliknya, pengurusan sekolah tidak pula sedarkan hal itu hingga didedahkan oleh seorang murid ketika pelajar itu sudah pun sarat mengandung. Dalam pada itu, timbul pula berita lebih 418,000 orang atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu. Ini mengikut apa dinyatakan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman. Maknanya hampir setiap seorang daripada dua penjawat awam terbabit dengan gejala buruk ini. Perangkaan itu, kalau benar sungguh mencemaskan dan menunjukkan betapa teruknya perkhidmatan awam sekarang ini. Walaupun ramai mengetahui bahawa kejadian rasuah memangnya berleluasa, tidak pula dapat membayangkan begini menularnya perlakuan terkutuk itu. Apakah semua kejadian ini tidak mencemaskan kita?

KSN NAFI 418,200 PENJAWAT AWAM TERBABIT RASUAH

Bernama
10/6/2010




2010/06/09KOTA BHARU: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, hari ini menafikan 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan rasuah sepanjang tahun lalu, sebaliknya angka itu adalah jumlah tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh itu.Beliau berkata, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPECS) telah tersilap tafsir berkenaan fakta itu.
"Ramai (rakyat) yang tidak faham dan salah fahaman berhubung perkara ini (jumlah penjawat awam terbabit rasuah).
"Kenyataannya ialah peratusan itu bukannya daripada jumlah penjawat awam (terbabit rasuah) tetapi daripada jumlah tangkapan yang dilakukan SPRM sepanjang tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas majlis anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Universiti Malaysia Kelantan(UMK) di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden Cuepacs Omar Osman Rabu lalu bahawa seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan rasuah sepanjang tahun lalu. - BERNAMA

KUMPULAN PENGURUSAN, PROFESIONAL PERLU BERSYUKUR IMBUHAN DITERIMA

Berita Harian
2010/06/09



SAYA sungguh terkilan dan tersinggung dengan tulisan 'Penjawat awam setia' yang disiarkan ruangan ini semalam bertajuk Perjuangan Cuepacs abai kumpulan pengurusan, profesional. Sekiranya anda adalah penjawat awam yang setia, anda tidak harus merungut akan kenaikan diterima iaitu 10 peratus.
Saya adalah kakitangan kerajaan di dalam gred 48 (pengurusan dan profesional) dan hanya memiliki ijazah sarjana muda, tetapi dengan berkat usaha, kini saya mencapai kedudukan yang agak tinggi dalam usia yang baru mencecah 30 tahun.
Walaupun saya berada di bangku yang agak selesa - pengurusan, kadang-kala saya sedih melihat kakitangan sokongan yang gajinya agak rendah dan kenaikan yang agak lembap berbanding skim di dalam kumpulan pengurusan dan profesional. Kumpulan pengurusan, dengan berbekalkan ijazah sarjana muda saja boleh melonjak ke gred JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) dan seterusnya TURUS. Tetapi kakitangan sokongan hanya mampu pergi sejauh Gred 38 saja sekiranya lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan ada kekosongan di dalam skim berkenaan. Jika tidak, duduklah diam-diam di bangku sedia ada dan jangan harap kita akan naik pangkat. Saya melihat kumpulan pengurusan sememangnya memiliki banyak kelebihan antaranya cuti belajar bergaji penuh dan diberi pula biasiswa serta perkhidmatannya ketika cuti. Jika dibandingkan dengan kumpulan sokongan yang hanya diberi cuti separuh gaji dan tidak pula dikira perkhidmatannya sepanjang cuti itu. Tidak benarlah ‘penjawat awam setia’ mengatakan gaji kumpulan sokongan hampir sama dengan kumpulan pengurusan kerana gaji permulaan Gred 27 sekitar RM1,500 dan kumpulan pengurusan Gred 41 sekitar RM1,900, manakala ITKA (Imbuhan Tetap Khidmat Awam) juga berbeza iaitu RM180 bagi kumpulan sokongan dan RM300 bagi pengurusan dan profesional. Begitu juga elaun perumahan, elaun keraian dan banyak lagi kemudahan yang banyak memberi kelebihan kepada pengurusan dan profesional. Janganlah kita menanam hasad dengki terhadap kumpulan sokongan kerana mereka adalah golongan yang membantu kita (pengurusan) dalam melicinkan tugas seharian.
PADI BUNTING TUNDUK KE BUMI.
Putrajaya.

INTIPATI UCAPAN PERDANA MENTERI PADA PEMBENTANGAN RANCANGAN MALAYSIA KE-10

Bernama
10/6/2010





KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Rancangan Msia ke-10 (RMK10) di Dewan Rakyat pada Khamis:
*Tema: Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.*
RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
*RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.
*Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.
*Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.*RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.
*Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.
*Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.*Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.
*RMK10: 10 PREMIS UTAMAPertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
*RMK10: 5 TERAS STRATEGIKPertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
*Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.
*Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.
*Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:
(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur
*Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.
*Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.
*Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.*Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau "Facilitation Fund" bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.
*Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.
*Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.
*Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.
*Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.
*Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.
*Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.
*Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.
*Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.
*Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.
*Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.*Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.
*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.
*Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.
*Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.
*Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.
*Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.
*Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.
*Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.
*Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.
*Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.
*Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.
*Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.
*Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar.
*Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga dipertingkatkan dengan menambah bilangan guru berkualiti.
*Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.
*Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dengan sijil SPM akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru bagi program bahasa Cina bagi memenuhi keperluan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan.
*Pertimbangan yang sama kepada calon lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.
*Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun 2012 terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.
*Sekolah Amanah atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah kerajaan yang terpilih dan akan diberi autonomi.
*RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012
.*Kerajaan akan memberi bantuan berdasarkan bil elektrik dan air sebenar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap daripada hampir 1,900 sekolah bantuan modal.
*Penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012.*Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.
*Kerajaan sedang menimbang mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh Rancangan tertakluk kepada kemampuan kerajaan.
*Komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju.
*RM500 juta akan disediakan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran untuk latihan sekurang-kurangnya 38,000 pekerja.
*Tabung pembiayaan bersama kerajaan dan majikan akan ditubuhkan untuk membiayai pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang berkaitan.*Peruntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada pencapaian KPI dan universiti diberi autonomi secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.
*Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi universiti penyelidikan atau research university, dan 60 peratus bagi universiti awam lain.
*MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015.*Pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara.
*Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti penyelidikan selepas Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.
*Dasar penggajian pekerja asing akan diperkemas dengan kadar levi berbeza mengikut nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja dalam syarikat dan berbeza mengikut tahap kemahiran. Kadar yang lebih tinggi akan dikenakan bagi pekerja kurang mahir dan akan akan ditingkatkan setiap tahun.
*Talent Corporation akan ditubuhan oleh kerajaan bagi menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.
*Talent Corporation akan menyediakan Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran dengan kerjasama sektor awam dan swasta dan menjadi pusat sehenti bagi memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk urusan imigresen bagi kemasukan tenaga kerja mahir ke Malaysia.
*Perancangan strategik dan terurus bagi mewujudkan kawasan bandar mampat dan efisien dan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman.
*Pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.
*Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dengan sasaran liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak.
*Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.
*Pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi di Greater Kuala Lumpur meliputi kawasan dalam lingkungan 20 km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan lebih kurang 150 km yang membolehkan dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan penumpang sistem pengangkutan bandar masa kini.
*Meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam dengan ketara di Greater Kuala Lumpur daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada 30 peratus pada tahun 2015.
*Sistem pengangkutan awam darat akan diperluaskan kepada bandar raya lain, iaitu sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor, dan jumlah bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang untuk menampung 26 laluan dengan penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari.
*Pembinaan lapan hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama RMK10.*78,000 buah rumah mampu milik akan dibina di bawah RMK10.
*Dana RM500 juta bagi membiayai kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta berdasarkan perkongsian 50-50 kerajaan dengan pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan.
*Keselamatan dan ketenteraman awam akan dipertingkatkan, rondaan polis akan ditambah terutama di 50 "hot spots" yang telah dikenal pasti dan 496 CCTV sedang dipasang di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan pemantauan.
*Undang-undang dan peraturan berkaitan sedia ada akan disesuaikan bagi mendorong penyertaan lebih besar daripada wanita.
*Sektor swasta diminta meningkatkan bilangan wanita dalam jawatan peringkat tertinggi seperti ketua pegawai eksekutif dan ahli-ahli Lembaga Pengarah.*Putrajaya akan dijadikan lokasi tumpuan belia bagi menjalankan aktiviti dan program yang bermanfaat dan bersesuaian.
*Golongan warga emas mendapat infrastruktur yang lebih mesra, akses kemudahan kesihatan yang mampu dibiayai, rumah perlindungan yang mencukupi dan juga supaya mereka dapat mengukuhkan kewangan serta peluang pekerjaan.
*Langkah diteruskan untuk menyediakan pelbagai peluang termasuk latihan kemahiran, pekerjaan serta keusahawanan bagi orang kurang upaya.
*Feed in Tariff dan Dana Tenaga Boleh Diperbaharu akan diperkenalkan bagi menggalakkan perkembangan aplikasi tenaga boleh diperbaharu.
*Garis panduan, piawaian dan undang-undang berkaitan akan diperkenal bagi memastikan kecekapan penggunaan tenaga, termasuk penurunan tahap pelepasan gas rumah hijau.
*Putrajaya dan Cyberjaya akan dijadikan model perintis bagi bandar hijau contoh dan bangunan baru kerajaan akan direka bina untuk mematuhi piawaian bangunan hijau.
*Peruntukan program dan projek pembangunan RMK10 akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula dengan 2011-2012 dan "rolling plan" pertama akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010.
*Peruntukan RM230 bilion untuk RMKe10 bagi perbelanjaan pembangunan dengan 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran

.-- BERNAMA

09 Jun 2010

PENJAWAT AWAM PERLU UBAH PEMIKIRAN UNTUK TINGKAT DAYA SAING NEGARA

Bernama
09/06/2010




KOTA BAHARU, 9 Jun (Bernama) -- Peraturan dan kerenah birokrasi yang melambatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat perlu dibuang dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dalam kedudukan lima teratas.Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Malaysia mampu mencapai kedudukan itu sekiranya penjawat awam mampu mengubah pemikiran dengan menanam sikap mudah dalam apa jua perkhidmatan yang dilaksanakan."Kedudukan daya saing Malaysia dari tangga ke-18 pada tahun lalu telah meningkat kepada tangga ke-10 tahun ini, satu peningkatan yang cepat dan mendadak. Perdana Menteri juga telah meminta supaya berusaha untuk capai kedudukan lima teratas, bersaing dengan negara maju lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Singapura."Kita punyai sumber yang banyak, apa yang membezakan kita dari negara maju lain adalah pemikiran...untuk melaksanakan apa jua perkhidmatan dengan cemerlang, kaedahnya adalah mudah dan memudahkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini Rabu.Selain itu katanya pemikiran kreatif dan inovatif juga perlu ada dalam proses penambahbaikan sistem perkhidmatan kerana dalam konteks perkhidmatan, inovatif ialah membuang yang lama dan yang tidak perlu."Saya mengambil contoh UMK...satu kejutan buat saya hari ini apabila melihat bangunannya, tidak gah mahupun tersergam seperti menara gading tetapi hanyalah lot-lot bangunan kedai yang biasa tetapi tetap mampu melahirkan graduan yang cemerlang dan berkualiti. Inilah yang patut dicontohi," katanya.-- BERNAMA