SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

21 Jun 2010

CUEPACS MINTA KERAJAAN NEGERI TANGGUH ARAHAN TUKAR PENJAWAT

Bernama
21/6/2010




KUANTAN, 19 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan negeri supaya menangguhkan arahan pertukaran pegawai dan anggota perkhidmatan awam di negeri-negeri.Presidennya, Omar Osman berkata sistem pertukaran pegawai dan staf sokongan pihak berkuasa tempatan serta beberapa jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri perlu dikaji semula kerana pertukaran dibuat dalam keadaan tergesa-gesa."Sepatutnya sistem pertukaran perlu sistematik dan bukannya dalam keadaan tergesa-gesa supaya mereka yang terbabit tidak menghadapi kesukaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Cuepacs Pahang di sini pada Sabtu.Beliau berkata antara perkara utama yang perlu dinilai sebelum mengeluarkan arahan pertukaran ialah lokasi perpindahan, tempoh masa diperuntukkan selepas mendapat surat pertukaran serta bidang tugas seharusnya bersesuaian dengan gred jawatan petugas terbabit."Apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu pertukaran dilakukan dengan tergesa-gesa iaitu dua hari selepas mendapat surat dan tugas yang diamanahkan tidak setaraf dengan gred jawatan seperti pegawai Gred 52 menjalankan tugas pegawai Gred 48 dan pegawai Gred 41 jalankan tugas pegawai Gred 48 dan sebagainya," katanya.Mengambil contoh, Omar berkata pada 2 April lepas Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan akan membuat rombakan serta pertukaran para pegawainya bagi meningkatkan lagi kualiti kerja di kalangan penjawat awam dan jabatan-jabatan kerajaan.Pertukaran turut membabitkan ketua jabatan, ketua kerani, kerani, petugas sokongan dan penjawat awam peringkat bawahan."Cuepacs bukannya mahu menentang perkara tersebut tetapi berharap ia ditangguhkan buat sementara waktu bagi membuat kajian semula seperti mengadakan perundingan bersama antara kerajaan negeri dan Cuepacs," katanya.Usaha itu, katanya untuk kebaikan dan kebajikan penjawat awam yang telah lama berkhidmat dan pertukaran bukan atas dasar kenaikan pangkat.Beliau berkata satu perundingan perlu dilakukan kerana pertukaran itu turut bercanggah dengan kelulusan waran perjawatan Jabatan Perkhidmatan Awam.-- BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sebagai penjawat tiada halangan menerima arahan daripada kerajaan.tetapi setelah mula bertugas d pdrm,masa kerja syif bagi pegawai khidmat pelanggan tidak mengikut perintah am dimana pegawai yg bekerja seminggu mengikut sistem giliran termasuk masa rehat adalah 46 jam seminggu,tanpa masa rehat adalah 41 jam seminggu.tetapi bagi kami d sabah yg betugas mengikut sistem giliran seminggu ini telah bekerja 48 jam seminggu dan sekiranya bertugas massa hari kelepasan am tiada cuti ganti.saya rasa ini tidak adil dengan penjawat awam yang bekerja masa pejabat.sa pernah bekerja syif petang jam 3 ptg - 11 malam,dan keesokkan hari terpaksa pula datang keja jam 7pg-3ptg.jd saya cuma dapat berehat selama 7 jam sahaja.di manakah keadilan bagi kami yang telah menerima arahan berkhidmat d pdrm? saya harap sistem ini harus d kaji dengan teliti kerana ini membebankan pegawai yang sedia berkhidmat dgn kerajaan..bantu la kami..

adam berkata...

aku juga setuju...sebagai penjawat awam,kami akan menerima arahan tanpa banyak soal..namun apabila mambaca komen seorang penjawat awam pada 26 jun 2010, aku juga menumpang simpati.projek pengawaman ini pada pandangan kami dibuat secara tergesa2 tanpa memikirkan komplikasi terhadap panjawat awam yg teerpaksa bertukar tpt bertugas sedangkan ini bukannya kenaikan pangkat.keluarga terpaksa ditinggalkan d tempat bertugas asal.saya merasa simpati bagi mereka yang bertugas syif ini kerana masa bekerja mereka ini seolah2 seperti buruh yang bekerja tanpa mendapat masa rehat yang cukup dan kemudahan cuti gantian tidak diberi sedang dlm perintah am semuanya ada tertulis.aku sgt2 bersetuju perkara ini mesti d kaji dengan teliti agar melahirkan penjawat awam yang berkualiti dan kebajikan kami ini terbela.