SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

10 Jun 2010

KUMPULAN PENGURUSAN, PROFESIONAL PERLU BERSYUKUR IMBUHAN DITERIMA

Berita Harian
2010/06/09



SAYA sungguh terkilan dan tersinggung dengan tulisan 'Penjawat awam setia' yang disiarkan ruangan ini semalam bertajuk Perjuangan Cuepacs abai kumpulan pengurusan, profesional. Sekiranya anda adalah penjawat awam yang setia, anda tidak harus merungut akan kenaikan diterima iaitu 10 peratus.
Saya adalah kakitangan kerajaan di dalam gred 48 (pengurusan dan profesional) dan hanya memiliki ijazah sarjana muda, tetapi dengan berkat usaha, kini saya mencapai kedudukan yang agak tinggi dalam usia yang baru mencecah 30 tahun.
Walaupun saya berada di bangku yang agak selesa - pengurusan, kadang-kala saya sedih melihat kakitangan sokongan yang gajinya agak rendah dan kenaikan yang agak lembap berbanding skim di dalam kumpulan pengurusan dan profesional. Kumpulan pengurusan, dengan berbekalkan ijazah sarjana muda saja boleh melonjak ke gred JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) dan seterusnya TURUS. Tetapi kakitangan sokongan hanya mampu pergi sejauh Gred 38 saja sekiranya lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan ada kekosongan di dalam skim berkenaan. Jika tidak, duduklah diam-diam di bangku sedia ada dan jangan harap kita akan naik pangkat. Saya melihat kumpulan pengurusan sememangnya memiliki banyak kelebihan antaranya cuti belajar bergaji penuh dan diberi pula biasiswa serta perkhidmatannya ketika cuti. Jika dibandingkan dengan kumpulan sokongan yang hanya diberi cuti separuh gaji dan tidak pula dikira perkhidmatannya sepanjang cuti itu. Tidak benarlah ‘penjawat awam setia’ mengatakan gaji kumpulan sokongan hampir sama dengan kumpulan pengurusan kerana gaji permulaan Gred 27 sekitar RM1,500 dan kumpulan pengurusan Gred 41 sekitar RM1,900, manakala ITKA (Imbuhan Tetap Khidmat Awam) juga berbeza iaitu RM180 bagi kumpulan sokongan dan RM300 bagi pengurusan dan profesional. Begitu juga elaun perumahan, elaun keraian dan banyak lagi kemudahan yang banyak memberi kelebihan kepada pengurusan dan profesional. Janganlah kita menanam hasad dengki terhadap kumpulan sokongan kerana mereka adalah golongan yang membantu kita (pengurusan) dalam melicinkan tugas seharian.
PADI BUNTING TUNDUK KE BUMI.
Putrajaya.

42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

elaun keraian bertujuan untuk ape?

Tanpa Nama berkata...

Betul tu semua kakitangan kerajaan kena bersyukur, kump 1 ke kump 2 ke kump pnp ke semua kena bersyukur. Biarlah kerajaan buat benda lain billion-billion kita makan ala kadar sudahlah. Kalau tak mampu nak beli kita tumpang tengok pun jadila kan.... :P

Tanpa Nama berkata...

Rasanya ada perbezaan besar gaji 41 dengan 48. Macam mana yg 48 boleh kata 41 cukup sedangkan dia bulan2 buat duit ribu2? Kalau betul 48 bersyukur cuba sedekah setengah gaji tu kat orang palestin setiap bulan....

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah...masih ada lagi bos yang budiman macam ni...kamu memang layak duduk di tempat kamu sekarang sebab kamu tidak mementingkan diri sendiri malah mengambil tahu tentang orang bawahan kamu...tahniah bos..terima kasih kerana memahami.

Tanpa Nama berkata...

awak ni ptd ke..umur 30 dah 48. hebat benar. kalau tempat saya keje amat mustahil berlaku kecuali pihak atasan letak jawatan ramai-ramai. kalau ptd tok sah nak tunjuk budiman sgt la. ingat skim 41 yang lain naik pangkat mcm awak ke ? ada 16 tahun keje pegawai, masuk kluar hutan keje tp gaji cecah dinding pun masih lagi 41. mcmana nak bersyukur. mcm awak mmg bersyukur la. hati dah senang boleh la

khz77 berkata...

Betul...Jika anda jadi bos kami sokong 100% kerana memahami masalah kami dari kumpulan sokongan. Ada bos hanya pandai memerentah jer...Kerja kebanyakkan golongan kump sokongan sahaja yang lakukan...Adakala buat kump sokongan nie macam kuli jer...Dia orang duk dalam aircond mana tahu kerja orang bawahan nie sangat. Kebanyakan kump sokongan nie berpendapatan rendah contoh seperti PRA. Pendapatan sekitar RM1000. Isteri tidak bekerja, anak 3-4org. Cukup ke dengan pendapatan ini? Cuba anda tanya diri anda? Nak harap naik pangkat memang takder langsung...Itulah jawatan dan gred hakiki sampai pencen. Kalau ada kosong kenaikan pangkat dalam jawatan pun hanya 1 Pos kosong manakala pekerja bergred tersebut sekitar 30-40org. Kesian...Tidak pulak disediakan kuartes seperti jawatan2 lain. Sewa mengikut tempat. Itu pasal kebanyakkan kakitangan sokongan buat kerja luar, jadi produktiviti selalu tidak dpt ditingkatkan. Boleh dikatakan semua agensi kerajaan dan kementerian macam ini. Cuba anda selidik..Jadi Tepuk Dada Tanya Selera.

Gigantos berkata...

Kumpilan sokongan pun perlu perlu bersyukur dengan imbuhan yang sedia ada...setimpal la dengan status akademiknya.ni dok mintak2 lagi dengan ayat kesiannya.."kami ni gaji kecik....blablabla."ongat gomen ni tempat mintak sekdekah utk perkerja bargaji kecik ke!!!

Tanpa Nama berkata...

yang peliknya...pihak kerajaan tak sedar pun perkara diperkatakan oleh penulis di atas..

berila atau layanlah golongan kuli macam kami ini lebih profesional...

bagi adillah...jangan rendahkan sangat martabat kami...

golongan kuli macam kami ni pun ada yg bekelulusan ijazah biar pun kerjanya hanya seorang peon...

kerajaan kalau boleh ubahlah cara berfikir...ubahlah paradigma...

ketua setia perkhidmatan awam kalau tak mampu berfikir dan memberi idea positif pada PM...saya rasa berhentilah...tak payahlah sambung kontrek lagi..bagi peluang orang lain pula le duduk kat tempat itu...

kalau setiausaha boleh sambung kontrek dari tahun ke tahun..kami golongan kuli ini hanya membilang hari untuk pencen...

berilah peluang kami 'kuli2 veteran' ini peluang kenaikan gred gaji lebih baik..peluang kenaikan pangkat ke bagi yg ada ijazah dan sebagainya..anjakan gaji khas ke bagi yg dah tua macam kami ni...baru lah ada ummpp...

fikir2lah untuk kebajikan kuli veteran sama...

gaji kuli veteran sama saja dengan kuli baru masuk kerja..apa raaa..lekeh sangat...

nasib le....

mohon petimbangan laaa...jangan tak tau apa langsung dalam warna warni perkhidmatan awam ni...

kahkahkah..mohon pertimbangan...

TQ

Tanpa Nama berkata...

mm...ptd laa tu..mana ade skim lain yg cepat sgt naik pangkat..kalo skim lain..tunggu laa..yang 10 tahun keje pom masih 41..belum tentu boleh naik..pegawai 41 yang ada ijazah sarjana "master" pom beza gaji dlm rm100 je staf gred 32..tarikh lantik hanya berbeza beberapa bulan je..mana kawan tu x melenting..blaja penat2..tanggungjawab keje lebih..tapi gaji lebih kurang saje..hutang pelajaran pom bertambah..inikah KEADILAN?

Tanpa Nama berkata...

salam...semua orang berhak menyuarakan perasaan tak puas hati ...tapi kita jgn pertikai periuk nasi orang...dah memang Allah takdirkan rezeki derang cam tu..kalau kita nak kena la usaha berjuang untuk tuntutan...kalau dapat alhamdulillah ..kalau x usaha lagi minta..cuma sebagai kakitangan awam jgn la kita duk maki orang tu maki orang ni..tu bukan etika kita...saya pun ada jugak tak puas hati tapi kena la laksana apa yang kita nak ikut jln yang betul...x salahkan sesiapa...untuk peringatan saya dan saudara semua (semua kakitangan awam )

Tanpa Nama berkata...

rata-rata saya tgk banyak staf sokongan mengutuk bila staf 41 minta naik gaji juga.mungkin staf sokongan ingat gaji gred 41 ni sama dengan gred 54 kot.bagi staf 41, kami xde kelab golf, kereta, kemudahan rumah.kami sama saje dengan tuan2 dan puan2.yang dapat keistimewaan dapat drebar, golf tu semua gred2 yang lebih tinggi seperti 54 or JUSA. kami masih guna kereta sendiri, minyak sendiri dan drive sendiri/naik motosikal sendiri utk ke tempat kerja..
lepas tu..saya tgk ramai yang cakap mana boleh nak dibandingkan staf sokongan yang dah keje lama dengan staf 41 yang baru yang keje..memang la itu xle dibandingkan..kerana berbeza perspektif..kalo nak dibandingkan..kita boleh bandingkan staf sokongan dan gred 41 yang lebih kurang sama tarikh lapor diri dan tarikh lantik..saya bagi contoh yang terjadi di institusi saya.

Pegawai A
Gred:41 hingga sekarang
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda + Master
Tarikh Lapor diri: 16/6/1999
Tarikh Lantik: 1/8/1999
Gaji sekarang (termasuk elaun):RM4380

Pegawai B
Gred:32 hingga sekarang
Kelulusan: Diploma
Tarikh lapor diri: 1/8/2000
Tarikh Lantik: 1/9/2000
Gaji Sekarang (termasuk elaun): RM3405

Perbezaan gaji pegawai A dan B = RM525..
nampak mmg byk berbeza..
pegawai A lebih senior daipada staf B lebih kurang setahun..
tetapi penat lelah belajar hingga ke master = ?..hutang belajar hingga ke master = ?..tanggung jawab kerja 41 =?..overtime 41 = tiada..
oevertime sokongan = ada..kalo tgk dari keistimewaan pulak..kelab golf 41 & sokongan =tiada..drebar gred 41 & sokongan = tiada..elaun keraian 41 & sokongan = tiada..

bagi saya...pegawai gred 41 ni tidak banyak perbezaan pon dengan staf sokongan..masing-masing memerlukan wang untuk hidup..mungkin bila dah jadi gred 48,52,54 or JUSA..baru dah tak berkira ttg gaji..wallahualam..

elik Tapi Dipercayai PTD berkata...

Kalau PTD aku tak heran... umur 30 dan gred 48 biasa le... kammi tak jeles cuma heran bin pelik. Biar le...

Tanpa Nama berkata...

aik?? banding lagi dengan gred 32?? bangan betul kenyataan kat atas aku nie.... mana ada lantikan pertama dia gred terus naik 32???? Cuba jelaskan sedikit??? Stupid la org nie....

Tanpa Nama berkata...

org yg mengata org stupid tu la yang stupid..donno that government hire that people who have third class mentality..what a shame..

Tanpa Nama berkata...

kami pon tak heran kalo PTD gred 48 berumur 30..kerana PTD cuma amik 3 tahun utk naik ke 44..cikgu amik 5 tahun utk ke 44..cuma penjawat awam yg lain je kene tunggu lama sikit..lebih kurang 10 tahun? hehe

Abu berkata...

Mmg la dia pakai gred 32 gaji RM3+++.00 tapi....tak lama lagi langgar dinding la tu. habis kuat naik 34 (lebih 2T je ngan 32).....gred 41 tu RM4+++.00 tapi lama lagi nak langgar dinding...kalo rezki lebih naik 44,48 etc.......kalo hati penuh dengan hasad dengki mcm tu la.....apa daaa...

Tanpa Nama berkata...

memang dia tak sebut gred lantikan pom..Tanpa nama tu ckp gred hingga sekarang..cuba tgk tarikh lantik..kenapa dia boleh ada data yg precise? mesti dia ada data sebenar.saya rasa tanpa nama cuma nak compare tempoh bekerja peg A dan peg B serta gaji mereka sekarang.pernyataan tanpa nama memang dah konkrit.
kenapa?staf sokongan suka ke bila tgk gaji sokongan hampir dengan kump pnp?mungkin kita boleh cadangkan kepada presiden cuepacs supaya usulkan kepada kerajaan supaya gaji staf sokongan sama dengan gred JUSA tanpa mengira kelayakan akademik.habis spm boleh dapat gaji JUSA.den setuju aje.

Tanpa Nama berkata...

apa kaitan dengan langgar dinding pulak? kalau takut cepat langar dinding..kita kene mintak kerajaan perlahan kenaikan gaji kita..baru la tak langgar dinding..

guru yahya berkata...

cikgu mana naik 44 dalam 5 tahun tu..? ni lg 1 kes suka memfitnah guru. PTD 3 tahun pun ada naik 44 sbb rmi classmate dlu pn jd PTD, msk lg lmbt dr kite, kejap je dh naik 44.

so, jgn dok mgata fakta yg tidak tepat lg okey

PTPO N22 Cun berkata...

kalo 41 gaji dh rm4000++ tu dh dekat nk langgar dinding la tu.. bengap punya Abu.. buat malu kami kump sokongan je.

Tanpa Nama berkata...

Ada lagi yang tak habis2 nak membandingkan gred kenaikan pangkat 32 / 36 / 38 dengan gred 41 (Pegawai baru nak mula hidup).

Nak bandingkan rakan anda yg telah mengambil 5 kali PTK DAN LULUS semuanya dan anda tidak pernah lulus PTK?

Gaji nak bandingkan gred 38 / 32 dengan gred 41 yg baru nak mula hidup?

1. Gaji gred 41 (Deg.) dalam surat perlantikan bermula dengan P1T8 (Terus lompat ke tahun yg ke lapan).

2. Gaji gred 17 (SPM) dalam surat perlantikan hanya bermula dengan P1T1.

3. Elaun rumah pegawai gred 41 lebih besar daripada kum sokongan.

4. Imbuhan/ elaun tetap gred 41 lebih besar.

5. Peg. gre 41 mempunyai kemudahan cuti belajar bergaji penuh tetapi kump sokongan tiada kemudahan tersebut..

Masih lagi gred 41 yg baru nak mula hidup CEMBURU dengan kumpulan sokongan?
ADUI...KENAPALAH PEG 41 NI HOBI DIE SUKA BANDINGKAN GAJI GRED 22/32/38 (JAWATAN KENAIKAN PANGKAT)DENGAN GRED 41 (JAWATAN LANTIKAN ASAL).


MASIH ADA YANG TAK FAHAM SISTEM GRED KENAIKAN PANGKAT PENJAWAT AWAM.

.;.

Tanpa Nama berkata...

Saya menyokong ulasan ini sbb di tempat kerja saya ada pegawai yg tak buat keja dan tahu memerintah. Klu kerajaan tak bagi bonus, dia melenting...Asyik hilang sana sini..
Kami staf sokongan ni memendam rasa..tanggungjwb berat tp gaji mcm tu jugak...gaji tahunan pun naik rm50 - rm60 ja.Asyik jadi kuli bos ja...

Tanpa Nama berkata...

betul ke u pegawai gred 48 ni

Tanpa Nama berkata...

nama pun bos. tugas dia memang memerintah

sr berkata...

nampak sgt... tak dak rasa semangat berpasukan.. hampa semua dah tak ingat tonggak 12 ka??
yg aku nampak.. saling jatuh menjatuhkan.. dengki mendengki...
sampai bila la gaji kita semua takkan naik....
sepatutnya pakat sama2 sokong.. tak kira la gred mana yg naik..
aku gred 17 rileks ja...kalau org bg.. Alhamdulillah,..hidup kais pagi mkn pagi...kais ptg mkn ptg..
tp berbalik pada pegangan kita>.. Rezeki itu ditangan Allah...

Tanpa Nama berkata...

lagi kerajaan tak settle secara profesional, adil dan wibawa...selagi itulah masalah ketidakpuasan hati penjawat awam berpanjangan...

kita tengok bos baru JPA nanti...dia start 1 Julai ni...kehkehkeh...ada ke dia bijak ataupun 'serupa tapi tak sama'....kehkehkehkeh...

oklah..letih...

heeee...

Tanpa Nama berkata...

PANIPU ! MANA ADA UMUR 30 dah gred 48, kecuali bus ini kaki ampu tegar

Tanpa Nama berkata...

honestly memang ada umur 38 dah gred 52

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kumpulan sokongan lambat naik pangkat berbanding pnp?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kumpulan sokongan lambat naik pangkat?

sr berkata...

sbb apa payah nak naik pangkat?? sbb pekerja bahan mcm kita ni ramai... yg pangkat atas tu post dia sikit ja....

tp betul la...kalau yg bawah2 ni nak sambung degree.. ada ka patut bos tak bg dengan alasan nanti kerja tak dak org nak buat. adakah itu alasan yg bleh diterima pakai. Bos tak bg org bwh p tang lain sbb bos nak dia sendiri yg naik pangkat dulu..

PPM Kecewa N17 (Bakal N41) berkata...

yang penting gred PPM perlulah dikaji semula, bukan apa memandangkan di sekolah ni cikgu2 kuat mendengki maka perlulah gred kami setara dengan N41, barulah kami boleh meleraikan kekusutan dengan kuasa dan jawatan kami.

mana PPM yg ada degree tu naikkan terus, mana yg xde degree antarla pi maktab amik degree 1 tahun, pastu naikkan segera (mcm saya). lecehlah pangkat kami sama dengan kerani jer.

saya juga sarankan cikgu tua yang xde degree tu bg je la gred 41 bg puas hati, ini mendengki dan memfitnah xhabis2 di sekolah.

Adil dan seksama amalan murni

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan perlu bagi bonus tahun ini untuk menghilangkan rasa hasad dengki antara gred 41 & kumpulan sokongan buat sementara waktu....atau bagi jer bonus tiap2 tahun...settle...

- Kuli Rajin -

Tanpa Nama berkata...

Apa la korang ni nak gaduh, kami pekerja rendah awam Gred R1 tak kesah pun tentang kenaikan gaji. Kalau kerajaan bagi kenaikan kita bersyukur la. Mcm kami ni lagi susah, 2 keje nak kena buat. Pagi sampai petang keje kerajaan dan lepas tu keje part time sampai malam, dpt la tambahan rm600 sebulan campur baki gaji rm500 = rm1,100.00 sebulan, anak 5 orang, isteri tak keje pun boleh hidup.

Tanpa Nama berkata...

saya j17 dah 10tahun berkhidmat ader 2 sijil,ader 2diploma dan dalm proses degree(sendirian berhad)....xnaik2.ko org golongan 44,48,52 jangan merendahkan kuli2 macam kami(bersyukurlah).

Tanpa Nama berkata...

tempat saya ader umur 36 dah gred 48.

Tanpa Nama berkata...

elaun keraian untuk merai perut sendiri...fikirlah sendiri.

ku_alam@yahoo.com berkata...

Salam dan Maaf andai kata tutur kata mengundang rasa hati.
Pada hemat kite.

Tidak perlunya ada sifat Rakyat Berjiwa Raja didalam kumpulan Penjawat Awam.

Senantiasa berfikir bagaimana kaedah dalam memperkukuhkan pemikiran dalam melahirkan modal insan negara khususnya didalam Penjawat Awam.

Perlu di ingat bahawa Dunia ini hanya sementara. bila kehidupan di kurniakan ilahi maka laksanakan tanggungjawab yang di amanahkan, dosa dan pahala setiap saat berterbangan di awanan dan tidak terlihat dari pancaran mata kasar.

Sifat segelintir penjawat awam kumpulan pengurusan yang menghina kumpulan sokongan, perlu di hentikan kerna perlu di ingat anda berkhidmat di bawah Payung Mahkota Negara "Seri Paduka Baginda" maka adat dan pertuturan perlu di jaga, agar menjadi contoh dan taulan seiring dengan pendidikan yang telah anda genggami (Ijazah > Doktor Falsafah)

Kumpulan Pengurusan dan sokongan perlu ketahui siapa yang telah berjuang untuk memberi peluang kepada sekalian rakyat khususnya orang melayu untuk menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan suatu ketika dahulu.

Sekian, Takrifnya...
Syukuri Hikmat Ilahi agar tidak di hitung di akhir zaman kelak.

Tanpa Nama berkata...

bila komen kena ada pengetahuan, nkl tak nampak kita yang tak pandai...terutama pasal perjawatan dalam perkhidmatan awam.

gaji p&p gred41 yang baru masuk kerja kl tengok dekat nak sama dengan gaji sokongan gred40. tapi sila bandingkan jumlah tahun perkhidmatan. yang sokongan dah nak pencen, yang p&p baru nak mula kerja.

kenapa ada skim yang mula dengan P1T1, ada yang mula dengan P1T5 atau P1T10, itu bergantung kepada jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan. kenalah rujuk pada skim perkhidmatan masing2.

lagi satu,pasal elaun keraian.p&p gred44 ke atas saja yang dapat. tapi ITKA (imbuhan tetap khidmat awam) ditarik. kalau gred41 dapat ITKA=300, naik pangkat gred44 dapat elaun keraian 400, kenaikan 100.

utk pengetahuan yg belum tahu, gred dengan no ganjil contoh =17,19,27,29,41 adalah gred lantikan pertama
gred dengan no genap=22,32,36,40,44,48,52 adalah gred kenaikan pangkat.

harap dapat ditanggapi dengan positif..terima kasih
-niza-

Tanpa Nama berkata...

..."nama pun bos. tugas dia memang memerintah..."

TAPI JANGAN LUPA... DIA PUN MAKAN GAJI... LAIN LAH KALU DIA SEBAGAI PEMBAYAR GAJI...

KAKAKAKAKA... TAU MALU LA BEB...
SEDAR DIRI LA BEB...
JABATAN KERAJAAN BUKAN SYARIKAT WARISAN NENEK MOYANG DIA NIH...

Tanpa Nama berkata...

kalau gred 48 ptd / gred M,N yg dok pakai tie lepas tu dok ngarah orang boleh sembang laa......tapi kalau cikgu gred DG 41,44,48 kena ngajar macam biasa...petang kena turun padang,. kadang2 malam kena menjaga anak2 korang kelas tambahan dan anak korang masuk kem kokurikulum......mesti perlu jugak pembelaan.......kalau cikgu buat keja ngarah macam PTD...pakat bodoh habih la anak korang.....sebab tu la cikgu mintak gaji lebih sebab sepadang ngan beban tugas....pejawat awam lain jangan dok dengki....anak korang nak bagi pandai,.tapi bila cikgu mintak gaji lebih korang dengki....

Tanpa Nama berkata...

Reda je la, aku ni yang dah kerja 23 tahun merangkak dari bawah gred 17, naik 27 naik 41 gaji baru cecah RM 3000, kawan aku yang dok sama sama masuk gred 17 dulu beza gaji dengan aku cuma RM 200 je semua gara-gara SSM. Kawan yang sama-sama masuk tu kalau naik pangkat gred 22 ke, 26 ke lagi jauh lebih le dengan gaji aku. Tu belum kira lagi kawan yang 27 dapat naik pangkat 32 tu beratus-ratus beza dengan gaji aku ni... ni la gara-gara sistem yang tidak cerdik atau sistem yang pentingkan kelompok tertentu je. Nak buat macam mana hutang belajar pun belum langsai... nak masuk maharaja lawak, melawak tak pandai.. tapi PTD pandai kot melawak... haaaaa