SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Jun 2010

SATU CABARAN UNTUK TETAP SAIZ SESUAI BILANGAN PENJAWAT AWAM

Bernama
30/6/2010



PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) -- Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata usaha menetapkan saiz yang sesuai berhubung bilangan penjawat awam pada satu-satu masa merupakan satu cabaran berikutan keperluan yang semakin meningkat hampir di setiap sektor yang diwakilinya.

Sambil menepis tanggapan sesetengah pihak bahawa sektor awam perlu "dikecilkan" mengikut keperluan, beliau berkata definisi perkhidmatan awam perlu dilihat dengan lebih luas kerana ia tidak terbatas kepada kira-kira 250,000 penjawat awam di kementerian-kementerian sahaja.

Ketika ini bilangan penjawat awam adalah seramai kira-kira 1.2 juta orang, mewakili kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja negara iaitu kira-kira 11 juta orang.

"Guru sahaja mewakili 38 peratus daripada 1.2 juta itu dan ia tidak termasuk sektor awam yang lain seperti polis, askar dan kesihatan," katanya yang akan bersara mulai esok.

Pengganti saya juga akan mewarisi dan menghadapai cabaran yang sama bagi menetapkan saiz sesuai bilangan penjawat awam yang perlu ada pada satu-satu masa," katanya di Majlis Ramah Mesra Bersama Media di sini Selasa.

Beliau akan diganti oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah mulai 1 Julai ini.

Ismail, 59 tahun, memulakan kerjaya di sektor awam pada tahun 1972 sebagai Penolong Pengarah (Perdagangan) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dalam usaha mendapatkan saiz yang sesuai beberapa kaedah mungkin boleh dijalankan dengan menukar sistem pengajaran, aplikasi teknologi baru dan memperkenalkan sistem giliran bagi sektor awam polis, katanya.

Antara lain, beliau turut meminta penjawat awam agar meletakkan sasaran yang tertinggi dalam apa jua sasaran kerja yang dilakukan seiring dengan transformasi sektor awam dalam aspirasi kerajaan mencapai negara maju.

"Cikgu meminta saya meletakkan sasaran yang tertinggi ketika mengambil peperiksaan HSC (High School Certificate) dahulu. Katanya sekiranya mendapat aggregate 24 sekali pun kita masih terletak di dalam gred satu. Ia masih baik walaupun tidak terbaik," katanya.

Namun, katanya, penjawat awam tidak harus berpuas hati dengan pencapaian sedia ada walaupun ia dikira baik.

"Lihat sahaja Pelari Pecut 100m dari Jamaica Usain Bolt sekali lagi memecahkan rekod dunia dalam acara 100m yang dipegang olehnya sendiri pada Temasya Olimpik tahun lalu."

"Usain Bolt memadamkan rekod lamanya 9.69 saat dengan catatan baru 9.58 saat. Malah beliau menyatakan beliau mampu untuk berlari selaju 9.4 saat," katanya.

Sehubungan itu, Ismail juga berkata penjawat awam perlu menerima hakikat masa sudah berubah.

Katanya perkhidmatan awam telah banyak berubah kerana pada masa ini ia berdasarkan merit dan ketua sesebuah jabatan itu tidak semestinya seorang pegawai paling kanan.

Mungkin sebagai pesanan terakhir, Ismail berkata penjawat awam perlu mempunyai tiga perkara untuk maju ke hadapan.

"Pertama, anda mesti bagus dalam segala perkara. Kedua, seseorang perlu tahu bahawa anda bagus dan ketiga seseorang yang tahu anda bagus perlu tahu apa yang patut dilakukannya."

"Mawi boleh maju kerana M Nasir tahu apa perlu dilakukan terhadap penyanyi itu," katanya.

-- BERNAMA

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Pertama, anda mesti bagus dalam segala perkara. Kedua, seseorang perlu tahu bahawa anda bagus dan ketiga seseorang yang tahu anda bagus perlu tahu apa yang patut dilakukannya." (Ismail Adam)... Persoalan 3....org yg tahu kita bagus kebanyakkannya hanya nak cantas kita....sbb hasad dengki.
Anyway....kata2 itu patut jd ikutan kita..

Tanpa Nama berkata...

kalau saiz penjawat awam dikecilkan, sudah pasti pegawai2 kontrak yg sudah berkhidmat lebih daripada dua tahun akan diberhentikan begitu sahaja. inilah nasib kakitangan kerajaan kontrak yg selama ini setia kepada kerajaan dan tugas mereka..

cikgu Nizar berkata...

Mahu kecilkan jabatan mana agaknya yang sesuai? mungkin dengan cara penswastaan kot

Tanpa Nama berkata...

hai letih dengar khutbah terakhir ketua kita..berbunga dan berfalsafah..

selamat bersara dan selamat maju jaya.

apa yg sering difikirkan oleh kakitangan awam ialah selain soal produktiviti dan kecemerlangan yg dipamerkan..mereka juga tidak pernah lupa dan sering mengharapkan akan kenaikan gaji mereka..kehkehkeh..

maklumlah...kos tinggi beb...

Hehehe dan Kehkehkeh berkata...

selamat hehehe bersara kehkehkeh..

susah hehehe gak keh keh keh nak hehehe tulis kehkehkeh panjang2 hehehe sbb kehkehkeh setiap hehehe perkataan keh keh keh atau akhir hehehe ayat keh keh keh mesti hehehe ada keh keh keh "hehehe dan keh keh keh"

heheheh sawan ke!!! keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

doh bongok...ore ketawo dia ingak sawang..bongok jugak dia ni.

Saad berkata...

biasa la tu dh jeles tgk cr org lain tulis hehehe...

takde idea tiru je org lain, ciplak je keje kehkehkeh

jgn marah ye hehehe gurau pagi2 ni elok smbl2 baca suratkabar dan minum pagi kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

SWASTAKAN INSTITUSI PERGURUAN...
percayalaaa ckp gue nie...