SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

15 Jun 2010

DEWAN RAKYAT: PENJAWAT AWAM TIDAK PERLU BERPOLITIK UNTUK NAIK PANGKAT

Bernama
15/6/2010





KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Seorang Anggota Parlimen Selasa mahu penjawat awam agar tidak mengamalkan politiking bagi mendapatkan sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat.Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berkata budaya itu akan menjejaskan pentadbiran dan kecekapan perkhidmatan mereka kepada rakyat."Nak naik pangkat pun berpolitik, melobi. Ini satu budaya yang sangat tidak baik dan jejaskan kecekapan perkhidmatan yang perlu dibawa oleh kakitangan kerajaan," katanya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.Tajuddin berkata selain berpolitik, penjawat awam juga diingatkan agar meningkatkan tahap penyampaian kepada rakyat dan tidak gila kuasa serta membuat keputusan sesuka hati."Mereka ini boleh buat keputusan yang lebih hebat dan dahsyat dari menteri, ini yang disebut 'Little Napolean' dalam jabatan kerajaan, ini harus dihapuskan kalau nak lihat perkhidmatan kerajaan yang cekap."Imbuhan atau penghargaan kepada kakitangan kerajaan mesti berdasarkan prestasi bukan berdasarkan berapa lama dia bekerja, must be based on meritocracy not based on seniority," katanya.Tajuddin berkata kerajaan juga perlu mengambil perhatian terhadap kebajikan dan kemudahan yang disediakan kepada penjawat awam bagi mengelakkan moral dan semangat mereka untuk berkhidmat kepada rakyat terjejas.-- BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ramai org cpt naik pangkat sbb politik.....org atas plak jgn la nilai org bwh dari aspek politik plak.....ala tapi kalo terang2 individu tu bukan org kerajaan mesti ada bias jgk dalam menilai...kan???

Tanpa Nama berkata...

asslmkum dan salam 1 Malaysia..apa yang Dato mention itu memang ada kebenarannya..tp biarlah lebih jelas dan transparent..whose is da one. dan saya pasti PA yang peringkat pelaksana atau sokongan 1 dan 2 ni memang xde yang spt dimaksudkan tapi kalau di peringkat Pro dan keatas agaknya ada kot..jadi saya dan rakan2 PA yang bawah2 ni rasa sedikit tercalar maruah kami dan mohon agar issue ini diperjelaskan secara terperinci lah Dato..maaf jika tersalah dan terkasar bahasa cuma inginkan kebenaran..siapa lah kami ini yang YB2 ahli parlimen nak tengok kebawah,apatah lagi nak bagi jawatan yang tinggi2 tu,nak jumpa dan bersalaman pun tak boleh..rasanya.. bak kata orang tua2 'JAUH PANGGANG DARI API'atau SI PIPIT DENGAN ENGGANG..

hameedon bin basir W17 Raub berkata...

biasanya kan org yg pakai kabel UMNO yg senANGg naik? cuba aktif PAS ke PKR ke memang akan dilambat2 kan, silap2 kena frozen atau tukar2 jabatan

Tanpa Nama berkata...

dato tajudin baru sedar ke...lambat juga la..

lama dah kot benda ni dipraktikkan..

yg tak geng kejaan..tak ada la...

yg geng ok la..

heee..

Tanpa Nama berkata...

dasor kejaan pada staf bawahan memang boring.