SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

08 Jun 2010

CUEPACS MINTA SEMAKAN GAJI PENJAWAT AWAM BIDANG BERISIKO

Berita Harian
2010/06/07



KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyemak semula gaji kira-kira 70,000 penjawat awam yang bertugas dalam bidang kerja berisiko tinggi. Presidennya, Omar Osman, berkata penjawat awam daripada gred 17 hingga 38 di lima jabatan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen dan anggota penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, masih lagi menerima gaji rendah berbanding penjawat awam pada gred yang sama di jabatan lain.
"CUEPACS minta kerajaan menyemak semula gaji penjawat awam khasnya yang beruniform (dalam kerja berisiko) agar diberi insentif kenaikan gaji kerana mereka terlibat dalam tugas berisiko tinggi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Persatuan Pekerja Bomba di sini hari ini.
Sebagai contoh, katanya, penjawat awam di Jabatan Bomba dalam itu hanya menerima gaji RM800 hingga RM1,500 dan sepatutnya mendapat gaji lebih tinggi mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing dalam jabatan dan agensi yang berkaitan seperti di sektor swasta. Katanya, langkah untuk menaikkan gaji penjawat awam di jabatan yang berisiko ini juga sebagai usaha untuk mengurangkan pembabitan mereka dalam kerja-kerja sambilan selepas waktu bertugas. Difahamkan hampir kebanyakan penjawat awam dalam gred rendah di lima jabatan terbabit, terpaksa membuat kerja sambilan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi khasnya bagi mereka yang bekerja di bandar-bandar utama. "Ada yang jadi pemandu teksi dan ramai lagi yang berniaga selepas waktu bertugas, sebab itu kita mahu mereka ini menerima gaji yang lebih baik sekurang-kurangnya RM4,000 (untuk tempoh jangka panjang) agar dapat memberi lebih banyak tumpuan kepada tugas seharian," katanya. Sementara itu, pada mesyuarat CUEPACS di sini semalam, beliau berkata anggota kongres itu bersetuju menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, agar mempertimbangkan semula cadangan menghapuskan beberapa subsidi yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini. Katanya, antara beberapa kandungan dalam memorandum tersebut ialah mengenai cadangan kenaikan imbuhan tetap perumahan, bayaran kola dan elaun wilayah selain kenaikan kos bantuan pengurusan jenazah untuk penjawat awam dari RM1,000 hingga RM3,000. "Cuepacs juga berharap kerajaan memberi bonus sekurang-kurangnya dua bulan kepada penjawat awam kerana tahun lalu hanya menerima RM500," katanya. - BERNAMA

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah kepada rakan sejawatan walaupun khidmat berlainan sekiranya mendapat semakan gaji, tahniah.... Anda layak dan jadikan itu sebagai satu semangat untuk bekerja dengan lebih ikhlas

Tanpa Nama berkata...

apa pula cerita dengan kes juruteknik J17? Lulusan politeknik di Pejabat tanah dah upgrade ke NT 27 dari NT 17 semenjak tahun lepas .Kami pon belajar selama 2 tahun 3 bulan juga...

Tanpa Nama berkata...

menunggu buah tak gugur...asyik2 kakitangan beruniform juga naik

Tanpa Nama berkata...

mimpi apa cuepacs ni gaji gred 29 kejuruteraan dengan gred 29 bomba, gred 29 bomba lebih tinggi apa.

Tanpa Nama berkata...

salam Tuan Presiden..semakan gaji ini amat disokong sebahagian besar P/A..juga ingin dicadangkan dan dipanjangkan kepada gred kumpulan mekanikal iaitu gred tukang k3.k2 dan k1 yang mana risoko nya amat tinggi .mereka2 ini terlibat dgn pembaikan dan pengujian pelbagai kenderaan dan jentera serta penggunaan mesin2 yang merbahaya..

Tanpa Nama berkata...

kalau nak minta gaji naik...minta untuk semua le presiden..

yg pegi minta orang tu sikit orang ni sikit ni pasal apa..

pak presiden sepatutnya tak perlu cari publisiti cepat macam itu..tengok sekeliling..semua pun duduk berdoa agar gaji dinaikkan...

pak presiden perlu lebih peka bab2 naik gaji ni...

be profesional...

kahkahkahkahkah...

jangan mare pak presiden...

kalau kami tak curah kat pak presiden..kami nak curah pada siapa lagi...

heheheheheeee...

Tanpa Nama berkata...

Aku memang tak setuju...kalau nak tuntut naik gaji...tuntut untuk semua...jangan ada ketinggalan.
TOLONGLAH JANGAN BUAT KERJA YANG SAMA BERULANG KALI...

JANGAN TUNJUKKAN KELEMAHAN KITA WALAUPUN KITA MEMANG LEMAH

Tanpa Nama berkata...

kerja berisiko tinggi macam kerja juruelektrik,penjaga jentera elektrik, yang berkaitan dengan elektrik yg bertugas di jabatan kerja raya,,harap cuepacs dapat lah perjuangkan nasib tukang2 elektrik...yang ketingalan dalam senarai...

Tanpa Nama berkata...

Beginilah, apa kata kalau kerajaan buat macam ni:
Kelulusan SPM naik gaji lagi RM700
Kelulusan Diploma/STPM naik lagi RM800
Kelulusan Ijazah naik lagi RM900
Kelulusan Master dan PhD naik lagi RM900

Rasanya macam adil dan saksama tu. Kerajaan pun tak payah buat formula bagai.....

SUKA TAK?? SAYA SUKA YANG AMAT HEHEHE

Tanpa Nama berkata...

kami penjawat aam biasa.. kami bukan dengki.. bak kata org kerja mereka memang berisiko.. tapi mereka da ada insuran cover n sebagainya nye lah... kami pun berisiko jugak..cuma risiko nyer tak nampak mcm badan beruniform...bagi yang adil dan saksama... tak der kerja yg tak berisiko..

@my berkata...

Beginilah, apa kata kalau kerajaan buat macam ni:
Kelulusan SPM naik gaji lagi RM700
Kelulusan Diploma/STPM naik lagi RM800
Kelulusan Ijazah naik lagi RM900
Kelulusan Master dan PhD naik lagi RM900

Rasanya macam adil dan saksama tu. Kerajaan pun tak payah buat formula bagai.....

SUKA TAK?? SAYA SUKA YANG AMAT HEHEHE

Rabu, Jun 09, 2010 7:04:00 PM
ni saya betul2 setuju..harap ada keadilan Tuan presiden

Tanpa Nama berkata...

kalau minta semak gaji, minta untuk semua, jgn minta untuk sebilangan angota P/A saja, untuk makluman semua kerja berisiko tinggi, tengok jgn tak tengok pak presiden.

Tanpa Nama berkata...

- Elaun Khidmat Awam perlu dikaji terutamanya kumpulan sokongan.

Tanpa Nama berkata...

bagi adil semua....kan senang..contoh kalau bagi naik RM500, semua orang dapat habuan yang sama.. x kira sokongan atau PnP...
Janji kita kerja dengan ikhlas , x kira kump.sokongan atau PnP..jgn berbalah antara satu sama lain...paling penting tingkatkan kualiti...dua.dua kumpulan jawatan ini sebenarnya terdapat ramai yg suka makan gaji buta..percayalah...
Dok..sibuk2 bertekak ni..PERSOALANNYA BILA NAK NAIK GAJI????

Tanpa Nama berkata...

presiden,

macam mana pulak dengan Penguatkuasa Kesihatan? Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran contohnya,. Pun bekerja dalam bidang yang berisiko,sampai kena cekik masa buat penguatkuasaan untuk banteras pembiakan jentik-jentik aedes pun ada, tangkap orang merokok pun kena penumbok pun ada.. takkan hanya concentrate untuk Penguatkuasa yang lain sahaja.. Pandanglah sekali kami.. kami bukan doktor, kami hanya pekerja dalam bidang sokongan sahaja, selama ini, kami memang seperti tidak dipandang... Kurangnya penyakit, doktor yang dipuji, walhal kami yang buat pencegahan dan kawalan diluar.. tolonglah, jengok-jengoklah kami..

Tanpa Nama berkata...

bagaiman pula dengan pekerja sosial yang berhadapan dengan masalah rakyat membantu rakyat..kenapa tidak dinaikan gaji sama seperti dengan agensi lain...adakah kerja kami ini setakat diperlukan sahaja?gaji dah lah tak seberapa..claim yang dibuat pun kadang2 tak dapat dengan alasan tidak ada peruntukan..harap cuepacs dapat memikirkan pekara ini...di manakah kebajikan pekerja jkm.?

Tanpa Nama berkata...

asyik minta naik gaji untuk yang berisiko tinggi je...yang tak berisiko tu tak keja kah...sbgai cth...pegawai jabtan kebajikan masyarakat..gaji tak naik ke?sama juga dengan jabatan yang lain...asyik polis je yang naik gaji,,kami ni macam mne..?