SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 April 2018

Satu kenaikan gaji tahunan untuk penjawat awam

Bernama 
Tarikh kemaskini: 04/04/2018


 
PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai.

Mengumumkan berita gembira itu pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam, Najib yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan beberapa insentif untuk penjawat awam dan golongan pesara.

Beliau berkata pemberian kenaikan gaji itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan dan kenaikan ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

"Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018," katanya yang disambut sorakan dan tepukan gemuruh penjawat awam sambil berdiri sebagai tanda penghargaan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.

MAPPA merupakan acara tahunan di mana perdana menteri akan menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan.

Najib pada perhimpunan itu turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju pelaksanaan kenaikan pangkat 'time-based' berasaskan kecemerlangan kali kedua untuk kumpulan pelaksana dipendekkan daripada 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Jan tahun ini (2018).

"Ini bagi memberi peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai dalam kumpulan pelaksana untuk semua perkhidmatan, termasuk pasukan beruniform," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan itu yang akan melibatkan 13,006 pegawai dan melibatkan pertambahan implikasi kewangan sebanyak RM34 juta bagi tahun 2018.

Najib pada majlis itu turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk mewujudkan gred lapisan kenaikan pangkat baharu iaitu Gred DG56 untuk pegawai perkhidmatan pendidikan, yang telah berada lebih daripada lima tahun di Gred 54 dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

"Pewujudan lapisan Gred DG56 ini akan memberi peluang kenaikan pangkat kepada 323 pegawai, dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.4 juta mulai 1 Jan 2019," katanya.

Najib berkata kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak warganegara, yang memberi faedah kepada ibu bapa 42,867 pegawai berkuat kuasa 1 Julai tahun ini (2018).

Najib berkata pada hematnya, penjawat awam bukan sekadar kakitangan kerajaan semata-mata, malah mereka boleh diumpamakan sebagai sahabat dan kawan setia lagi utama kepada pihak kerajaan.

"Apa yang penting, kerajaan akan terus membela nasib kawan setianya iaitu para penjawat awam sekalian," katanya.

Sebagai sebuah kerajaan yang menghormati kepelbagaian kaum dan agama di negara ini, Najib berkata kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti tanpa rekod selama maksimum tujuh hari sepanjang tempoh perkhidmatan kepada penjawat awam bukan Islam bagi menunaikan aktiviti keagamaan masing-masing berkuat kuasa Januari tahun ini.

Menurutnya, pada pengumuman Bajet 2018, kerajaan telah meluluskan kemudahan cuti tanpa rekod selama tujuh hari bagi tujuan umrah kepada penjawat awam beragama Islam.

Perdana menteri dalam pada itu berkata kerajaan juga bersetuju menyediakan sumbangan tahunan kepada Cuepacs sekurang-kurangnya RM3 juta setahun.

Bagi mewujudkan kebajikan yang berimbang antara penjawat awam dan pesara kerajaan, Najib pada majlis itu turut mengumumkan tiga insentif untuk kumpulan pesara yang mencecah kira-kira 800,000 orang.

Beliau berkata kerajaan bersetuju untuk memberikan sebanyak satu peratus kenaikan kadar pencen secara sekali bayar mulai 1 Julai sehingga 31 Dis 2018 sebagai tambahan kepada dua peratus yang diterima oleh pesara pada 1 Jan tahun ini.

Untuk makluman, manfaat ini bakal diterima oleh semua pesara di seluruh Malaysia malahan pesara yang umurnya 93 tahun itu pun dapat juga'," katanya disambut dengan ketawa hadirin terhadap usikan itu.

Setakat ini, katanya, faedah persaraan seperti pencen, ganjaran dan Gantian Cuti Rehat diperuntukkan kepada pesara kerajaan pada tahun 2018 sahaja adalah sebanyak RM24 bilion.

Najib dalam pada itu berkata kerajaan mengambil maklum akan keupayaan persatuan-persatuan pesara kerajaan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengaktifkan peranan pesara.

Bagi melancarkan perancangan aktiviti tersebut, beliau berkata kerajaan bersetuju untuk memberikan geran khas sebanyak RM1 juta ringgit kepada setiap persatuan pesara iaitu Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS).

Najib berkata kerajaan akan memperuntukkan kuota untuk persatuan pesara kerajaan menunaikan haji bermula tahun 2018.

"Bagi memastikan pesara kerajaan berpeluang untuk menunaikan fardu haji bermula tahun ini, maka saya bersetuju untuk menetapkan satu kuota yang akan diumumkan selepas kerajaan mendapat jumlah kuota yang diperuntukkan kepada Malaysia oleh kerajaan Arab Saudi," katanya.

-- BERNAMA

KGT hargai produktiviti penjawat awam - CUEPACS

Bernama
Tarikh kemaskini: 04/04/2018
 


Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan replika cek bernilai RM1,000,000 kepada Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda pada MAPPA XVI.
PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) -- Satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan penghargaan bagi pencapaian produktiviti penjawat awam terhadap sektor perkhidmatan awam, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

"Pengiktirafan ini penting dan tidak semua orang beri pengiktirafan sebegini," kata Presidennya Datuk Azih Muda.

Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini, Najib mengumumkan satu KGT untuk 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Ia merupakan KGT di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi 2018.

Pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan beberapa insentif untuk penjawat awam dan golongan pesara.

Azih berkata insentif berkenaan adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada sumbangan penjawat awam terhadap kemajuan negara.

"Ia secara langsung menunjukkan kerajaan menghargai sumbangan penjawat awam yang telah meletakkan negara pada landasan yang betul," katanya selepas menghadiri majlis itu.

Azih berkata seluruh kepimpinan CUEPACS menghargai dan berterima dengan semua insentif yang diumumkan perdana menteri.

"Semua budi dan jasa yang diberi kepada kami ini tentu kami tidak lupakan.

"Insya-Allah, kami berjanji akan terus menampilkan produktiviti dengan lebih kukuh dan baik bagi mengangkat negara kita seperti disebut perdana menteri iaitu 'Par Excellence Duniawi' dan 'Par Excellence Ukhrawi'," katanya.

-- BERNAMA

Cuepacs: Announcement of pay rise, goodies exceeds expectations

Malaymail Online
4/4/2018


KUALA LUMPUR, April 4 — The Congress of Union of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) today expressed its delight over Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s goodies announcement, adding that it has surpassed the body’s expectations.
Its president Datuk Azih Muda said that Najib had kept his word, by fulfilling his promises to help upgrade the living standards of the civil servants.
“For Cuepacs, I must say this has exceeded our expectations.
“It was not an announcement to fire civil servants, but to improve the civil service,” he told Malay Mail.
“Someone said he was going to cut down the civil service, but he made it better by giving incentives such as a pay raise, and he also approved the Haj quota for retirees and also increased their pension rate by 1 per cent,” he added, not revealing who he was referring to, as the person wanting to trim down the civil service.
Earlier today, Najib announced that civil servants will get higher salaries effective from July 1.
The finance minister also told government servants in an address here that non-Muslim staff would be allowed to take seven days of unrecorded leave for religious events yearly while there would be a special Haj quota for retired Muslim staff.
He said the salary increment would be equivalent to one annual salary raise (1KGT), adding that the government is still waiting for the allocated quota for Malaysian Haj pilgrims, before deciding on its own quota for retired Muslim civil servants.
Speaking at the 16th Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MPPA), Najib also announced another new pay grade for school teachers — DG56 grade — for academic officers who have been in the DG54 grade for more than five years.
The move will cost the government RM7.4 million to implement, Najib added.
Najib also announced the extension of healthcare services to the parents of contractual government workers, which will benefit 42,867 staff beginning July 1.
He also revealed a special RM1 million infusion to Cuepacs.
Retired civil servants will also get a 1 per cent increment to their pension rate from July 1 until December 31.
The event today was held ahead of the impending 14th general election, which must be held by August.