SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Ogos 2014

BEKAS PRESIDEN CUEPACS MOHON CAMPUR TANGAN PM

Bernama
29/8/2014


KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bekas ikon kesatuan sekerja dan bekas presiden Cuepacs A. Ragunathan, 80, memohon campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan masalahnya.
Beliau mendakwa haknya sebagai pesara kerajaan telah diabaikan selama suku abad, mendakwa akibat kerenah pentadbiran.

"Saya bersara pada 1989 dan masih menunggu pencen yang saya berhak terima, disebalik hakikat bahawa saya telah mengemukakan semua dokumen perlu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyokong tuntutan saya.

"Saya juga telah kemukakan masalah saya kepada dua bekas perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Datuk Seri Najib, tetapi tiada tindakan," katanya.

Beliau bimbang perkara sama mungkin boleh berlaku kepada pesara kerajaan yang lain.

Ragunathan merupakan ikon kesatuan sekerja pada tahun 60-an hingga 80-an, yang Mahathir pernah sifatkan sebagai "a unionist par excellence".

Ironinya adalah sepanjang 30 tahun beliau sebagai ikon kesatuan sekerja dan pemimpin Cuepacs, beliau telah mewakili ratusan kakitangan awam untuk menyelesaikan masalah pencen mereka, namun beliau sendiri berdepan kesulitan untuk menyelesaikan masalahnya sendiri dalam soal itu.

Ragunathan telah menyebut satu persatu hujahan bagi semua alasan untuk mewajarkan tuntutannya itu dalam autobiografi beliau bertajuk, "My Way", yang akan dikeluarkan bulan depan.

"Lagipun saya tidak meminta lebih, semua yang saya mahukan apa yang berhak bagi saya. Ini membabitkan prinsip dan ia mencerobohi hak saya," katanya.

JPA tidak dapat dihubungi untuk mengulas.

--BERNAMA

CUEPACS MINTA KERAJAAN SELARAS ELAUN TETAP PERUMAHAN KUMPULAN PELAKSANA

Bernama
29/8/2014



MELAKA, 29 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan kumpulan pelaksana kakitangan awam melibatkan gred 40 dan ke bawah dalam Bajet 2015.

Presidennya Azih Muda berkata penyelarasan elaun dari RM180 ke RM450 itu perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan dengan segera kerana ia merupakan isu tertunggak yang memberi kesan langsung kepada kira-kira 700,000 kakitangan pelaksana di negara ini.

Beliau berkata kadar elaun tersebut tidak dikaji lebih 11 tahun dan sudah masanya ia dipertimbangkan dalam bajet akan datang selaras dengan taraf ekonomi yang kian menigkat.

"Kenaikan ini wajar dipertimbangkan kerana harga sewa rumah sama ada di kawasan bandar atau luar bandar tidak dapat lagi pada harga RM180.

"Justeru kumpulan pelaksana ini terpaksa memperuntukkan sejumlah besar gaji yang diperoleh bagi menampung sewa rumah," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali-26 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak berkuasa Tempatan di sini, Jumaat.

Azih berkata dianggarkan lebih 50 peratus daripada 1.5 juta penjawat awam di negara ini terutama kumpulan pelaksana terpaksa menyewa kerana tidak mampu membeli rumah disebabkan harga yang tinggi.

Beliau berkata isu tersebut jika tidak ditangani dengan baik mampu memberi kesan buruk bukan sahaja kepada golongan penjawat awam malah kepada negara.

"Kita bimbang golongan ini tidak mempu memiliki rumah sehingga mereka bersara dan akhirnya menjadi gelandangan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs juga meminta kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan elaun sara hidup (Cola) penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan bagi meringankan beban golongan tersebut.

"Pemotongan ini tidak wajar kerana kuarters merupakan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan awam dan elaun Cola itu tidak seharusnya dipotong dengan pemberian kelebihan itu," katanya.



-- BERNAMA

21 Ogos 2014

PENJAWAT AWAM PERLU TERJEMAH ERTI KEMERDEKAAN DENGAN MENINGKATKAN PRESTASI

Bernama
19/8/2014


PUTRAJAYA, 19 Ogos (Bernama) -- Penjawat awam perlu terjemahkan erti kemerdekaan dengan meningkatkan prestasi dan semangat patriotisme, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Beliau berkata sempena sambutan hari kemerdekaan negara, penjawat awam juga perlu menilai semula peranan dan tanggung jawab mereka bagi memastikan kejayaan negara.

"Kejayaan negara hari ini juga adalah usaha tanpa jerih perjuangan kita pada suatu ketika dahulu bagi melihat sebuah negara bangsa yang bebas, diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyatnya," katanya semasa melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2014 peringkat Kompleks C di sini Selasa.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tan Sri Mahmood Adam dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda.

Katanya penjawat awam akan tetap mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 meskipun diselubungi kesedihan ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan tragedi MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

"Jadi, walaupun nampak mudah iaitu hanya kibar bendera, tetapi di sini letaknya jiwa dan raga kita, meletakkan harapan bagi melihat negara kita jauh lebih maju, lebih hebat daripada apa yang ada sekarang.

"Seperti yang diucapkan Perdana Menteri semalam (pada sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang), Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain bercorak tetapi tersimpan sebuah pengertian dan seribu makna yang sangat mendalam," kata Mohamad Zabidi.

Menurutnya sebagai penjawat awam, sokongan dan semangat cintakan negara akan diteruskan walaupun negara dilanda pelbagai insiden dan dugaan akhir-akhir ini.

Katanya insiden kehilangan MH370 dan nahas MH17 turut menunjukkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman bukan sahaja dalam bentuk fizikal, tetapi juga ancaman terhadap ekonomi, penyebaran berita palsu, fitnah dan sebagainya terutamanya melalui media sosial.

"Di sinilah peranan kita sebagai penjawat awam dalam menyokong dasar-dasar negara dan kesetiaan kepada pemimpin walaupun dalam dilanda fitnah," katanya.



-- BERNAMA

20 Ogos 2014

SEJAK BILA ADA 'WAKTU MINUM'

Utusan Malaysia
20/8/2014


Baru-baru ini, saya berurusan dengan pejabat kerajaan. Namun urusan tidak dapat diselesaikan.Kerani di pejabat itu menyuruh saya datang semula pada pukul 10.30 pagi kerana orang yang dipertanggunjawabkan pergi minum dan akan balik sekitar waktu itu.Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.Inilah antara masalah yang telah menjadi wabak dalam pejabat kerajaan. 

Sejak bila ada tercatat di papan tanda pejabat pukul 10 adalah waktu minum? Ini waktu pejabat bukannya kursus anjuran agensi kerajaan yang memang mewah dengan jadual makan minum sebanyak enam kali sehari.Namun inilah yang berlaku. Jika ditinjau di kedai makan sekitar waktu ini, kita boleh lihat ramai yang berpakaian pejabat minum dan berbual di situ.
Tidak bolehkah bersarapan sebelum masuk waktu pejabat? Kami pelanggan yang memerlukan perkhidmatan anda mempunyai masa yang sangat berharga. Sedangkan anda sudah tentunya dapat gaji di hujung bulan. CUEPACS jangan asyik minta bonus. Cuba atasi masalah pekerja yang keluar minum sesuka hati di waktu kerja sedangkan waktu rehat hanya sejam di tengah hari.

Azrinaz
Petaling Jaya

PENJAWAT AWAM PERLU TERJEMAH ERTI KEMERDEKAAN DENGAN MENINGKATKAN PRESTASI

Bernama
19/8/2014




PUTRAJAYA, 19 Ogos (Bernama) -- Penjawat awam perlu terjemahkan erti kemerdekaan dengan meningkatkan prestasi dan semangat patriotisme, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Beliau berkata sempena sambutan hari kemerdekaan negara, penjawat awam juga perlu menilai semula peranan dan tanggung jawab mereka bagi memastikan kejayaan negara.

"Kejayaan negara hari ini juga adalah usaha tanpa jerih perjuangan kita pada suatu ketika dahulu bagi melihat sebuah negara bangsa yang bebas, diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyatnya," katanya semasa melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2014 peringkat Kompleks C di sini Selasa.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tan Sri Mahmood Adam dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda.

Katanya penjawat awam akan tetap mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 meskipun diselubungi kesedihan ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan tragedi MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

"Jadi, walaupun nampak mudah iaitu hanya kibar bendera, tetapi di sini letaknya jiwa dan raga kita, meletakkan harapan bagi melihat negara kita jauh lebih maju, lebih hebat daripada apa yang ada sekarang.

"Seperti yang diucapkan Perdana Menteri semalam (pada sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang), Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain bercorak tetapi tersimpan sebuah pengertian dan seribu makna yang sangat mendalam," kata Mohamad Zabidi.

Menurutnya sebagai penjawat awam, sokongan dan semangat cintakan negara akan diteruskan walaupun negara dilanda pelbagai insiden dan dugaan akhir-akhir ini.

Katanya insiden kehilangan MH370 dan nahas MH17 turut menunjukkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman bukan sahaja dalam bentuk fizikal, tetapi juga ancaman terhadap ekonomi, penyebaran berita palsu, fitnah dan sebagainya terutamanya melalui media sosial.

"Di sinilah peranan kita sebagai penjawat awam dalam menyokong dasar-dasar negara dan kesetiaan kepada pemimpin walaupun dalam dilanda fitnah," katanya.



-- BERNAMA

19 Ogos 2014

KERAJAAN SEMAK 171 SKIM PERKHIDMATAN AWAM

Utusan Malaysia
18/8/2014



IPOH 18 Ogos - Kerajaan sedang melakukan semakan penambahbaikan 171 skim perkhidmatan kakitangan awam dan keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2015, Oktober ini.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, ia melibatkan kelayakan masuk ke sektor awam bermula daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke peringkat ijazah.. Katanya, setakat ini, kerajaan selesai melakukan kajian semula terhadap 81 skim.
"Harapan kita agar skim ini bukan sahaja diumumkan pada pembentangan Bajet 2015, malah tidak akan berlaku seperti sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang lalu, walaupun diluluskan kerajaan namun dibatalkan selepas banyak pihak tidak setuju."Oleh itu, semakan semula kali ini diharap memberi kepuasan kepada semua pihak dan semakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang kini berada di peringkat akhir dilihat menunjukkan tanda positif," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Taklimat Isu Semasa Pembantu Tadbir Bersama Presiden CUEPACS di Auditorium Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini hari ini.Terdahulu, Azih mengadakan lawatan ke Wad 24, Klinik Methadon dan Klinik Pakar Psikiatri di Jabatan Psikiatri, HRPB serta Klinik Kesihatan Greentown dekat sini.

CUEPACS HARAP PENAMBAHBAIKAN 171 SKIM PERKHIDMATAN AWAM DIUMUM DALAM BAJET 2015

Bernama
18/9/2014


IPOH, 18 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap penambahbaikan 171 skim perkhidmatan awam yang sedang disemak kerajaan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2015.
Presidennya Azih Muda berkata Cuepacs kini dalam rundingan akhir dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung penambahbaikan skim perkhidmatan awam dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ijazah.

"Cuepacs berharap kerajaan dapat memberi penjelasan segera mengenai penambahbaikan skim itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu-isu semasa bersama Pembantu Tadbir di Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Beliau turut meminta kerajaan menyemak gaji minimum kakitangan awam RM800 supaya dinaikkan 30 peratus kerana kos sara hidup yang kini kian meningkat.

"Penjawat awam masih lagi ada yang gaji bawah RM800, mereka ini dikira golongan di bawah garis kemiskinan. Kita minta kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam minimum RM1,200 kerana generasi muda perlukan rumah untuk didiami, membesarkan anak-anak mereka dalam keadaan yang lebih kondusif," katanya.

Dalam Bajet 2015, Azih berkata Cuepacs juga berharap kerajaan memberi lebih peruntukan terhadap aspek kesihatan termasuk menambah mesin hemodialisis.

-- BERNAMA

18 Ogos 2014

KAKITANGAN MAS, UNTUNG RUGI DAN BONUS

Utusan Malaysia
17/8/2014

Hujung tahun ini banyak orang sudah berkira-kira berapa bulan bonus yang bakal mereka terima. Kakitangan Petronas mungkin antara yang sedang mencongaknya selepas konglomerat petroleum negara itu mengumumkan keuntungan sebelum cukai bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2014 ialah RM28.1 bilion.Kakitangan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pun sama apabila konglomerat perladangan negara ini mencatatkan keuntungan sebelum cukai bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2014 sebanyak RM267.29 juta.
Keghairahan pada bonus kini berjangkit kepada warga Felcra Berhad (Felcra) apabila dijanjikan bakal menerima bonus enam bulan sekiranya syarikat itu berjaya mengekalkan keuntungan sehingga RM100 juta pada tahun berakhir 2014 .Beruntung sungguh golongan pekerja yang bertugas dalam syarikat yang berniaga minyak sama ada petroleum atau minyak sawit.

Nasib sedemikian tidak ketara berlaku kepada pekerja dalam sektor lain. Semua bergantung pada prestasi syarikat. Bagi tahun 2014, sektor penerbangan dilihat tak menguntungkan kepada Malaysia Airlines System (MAS). Dalam sesetengah kes, selain situasi pasaran semasa, faktor pengurusan tertinggi juga main peranan. Kalau penerajunya tiada 'sentuhan Midas' yang boleh ubah semua benda menjadi emas, malanglah pekerjanya. Kalau dapat peneraju yang boleh mengubah kedudukan syarikat daripada tenat kepada pulih dan sihat, itu pun sudah bagus.

Nasib syarikat swasta tak macam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Kalau ia tenat, tidak siapa peduli, dan akhirnya bungkus. Tapi GLC yang tenat, sedaya mungkin akan dibiayai oleh kerajaan. Walaupun beberapa tahun rugi, GLC tetap dibantu dengan cara suntikan dana.Dalam kes MAS, berbelas ribu kakitangannya beruntung apabila masih bekerja, dibayar gaji bulanan dan tidak diberhentikan. 

Kalau MAS bukan syarikat penerbangan negara, mungkin sudah banyak kakitangannya diberhentikan. Mereka mungkin kena mengharungi langkah memeritkan dan mengikat perut.Pada 8 Ogos lalu, Khazanah Nasional Bhd. sanggup menanggung beban MAS apabila menawarkan 27 sen sesaham untuk mengambil alih saham berjumlah RM1.38 bilion, dan seterusnya menyahsenaraikan syarikat penerbangan nasional itu daripada Bursa Malaysia.Khazanah yang merupakan pemegang majoriti saham iaitu 69.37 peratus kepentingan dalam MAS, mengumumkan cadangan penyahsenaraian itu akan dilaksanakan apabila muktamadnya langkah pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilih (SCR).Banyak sungguh soalan daripada pelbagai pihak, adakah Khazanah pihak yang betul untuk mengambil langkah terbesar ini? Kalau bukan Khazanah, agaknya siapa lagi yang sepatutnya ambil alih saham MAS? Jika langkah berani ini tidak diambil, mungkin syarikat penerbangan negara ini tidak mampu untuk dipulihkan.
Jika Khazanah tiada kawalan sepenuhnya ke atas MAS, apa guna disuntik banyak dana lagi ke dalam MAS? Hakikatnya MAS tidak boleh lagi mengikut cara yang lama.Khazanah berusaha menyelamatkan nyawa MAS. Rawatan untuk memulihkan MAS bukan dengan cara tampal sana sini, tapi perlu dibaik pulih sepenuhnya.Dalam tempoh 10 tahun lalu, RM10 bilion lebur. Namun, jika Khazanah tidak mengambil langkah seperti sekarang, MAS mungkin terus muflis. Jadi, rancangan penyahsenaraian MAS yang diambil oleh Khazanah perlu mendapat sokongan.

MAS sudah memasuki situasi yang luar biasa ditambah dua peristiwa malang berlaku pada tahun ini, maka MAS juga perlukan jalan penyelesaian yang luar biasa sebelum ia mampu pulih semula.Sebenarnya kakitangan MAS sudah lama tidak menikmati bayaran bonus seperti mana dikecapi syarikat GLC lain yang untung besar. Bila mengenang bayaran bonus ini yang dinikmati oleh beberapa kakitangan GLC, maka permintaan CUEPACS supaya penjawat awam diberi dua bulan bonus, eloknya diberikan sahaja.Mereka juga ingin menikmati sedikit 'keghairahan' apabila mendapat bonus lebih daripada sebulan seperti rakan mereka dalam agensi kerajaan yang diperbadankan atau diswastakan. 

Fikirkan jasa dan bakti perajurit, anggota polis dan mereka yang berkhidmat di barisan hadapan yang cuma mendapat gaji bulanan sahaja. Mereka juga menyumbang secara tidak langsung kepada pembangunan negara dan keuntungan syarikat.Bagi kakitangan dan pekerja swasta, mereka pun mahu bonus. Beruntung kakitangan swasta jika peneraju syarikat mereka ada semangat untuk mencari keuntungan supaya habuannya turut diagihkan kepada orang bawahan.

16 Ogos 2014

SINDIKET JUAL SIJIL CUTI SAKIT PALSU TUMPAS

Bernama
15/8/2014



SHAH ALAM, 15 Ogos (Bernama) -- Polis Shah Alam mematahkan satu sindiket menjual sijil cuti sakit (MC) palsu berikutan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan di bandaraya ini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias berkata kedua-dua suspek berusia 22 dan 32 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan itu lebih setahun lalu.

Beliau berkata suspek pertama yang bekerja sebagai penghantar surat diberkas di sebuah stesen minyak di Seksyen 19 di sini pada pukul 11 malam, hasil penyamaran seorang anggota polis sebagai pelanggan.

"Penangkapan itu membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di Seksyen 18 di sini dan pihak kami berjaya menahan suspek kedua berumur 32 tahun serta merampas beberapa bahan bukti yang digunakan untuk mengeluarkan sijil cuti sakit palsu seperti stamp pad dan buku sijil cuti sakit," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, hari ini.

Azisman berkata siasatan awal mendapati sijil cuti sakit palsu ini dijual oleh sindiket dalam lingkungan harga antara RM15 hingga RM20 sekeping mengikut sektor pekerjaan.

Beliau berkata pelanggan dalam kalangan penjawat awam akan dikenakan harga lebih mahal berbanding pekerja swasta.

"Kedua-dua suspek yang ditahan tiada rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti suspek lain yang turut terlibat dalam sindiket ini, katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan tipu.

-- BERNAMA

15 Ogos 2014

CUEPACS SOKONG KENAIKAN ELAUN ANGGOTA PENGUATKUASA

Bernama
14/8/2014


PETALING JAYA, 14 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mempertimbangkan kenaikan elaun risiko bagi anggota penguatkuasa seperti dicadangkan sebelum ini.
Presiden kongres itu, Azih Muda berkata permintaan itu wajar kerana anggota badan penguatkuasa berisiko menghadapi ancaman termasuk mendapat ugutan bunuh ketika menjalankan tugas.

Katanya, Cuepacs mencadangkan pemberian elaun risiko minimum RM300 hingga RM800.

"Sekurang-kurangnya dapat mengubati mereka yang terpaksa bekerja dalam keadaan tertekan. Kerajaan kena melihat pengorbanan mereka yang terpaksa bekerja siang dan malam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor di sini hari ini.

Pada Isnin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata kementeriannya akan mengusulkan kepada Kabinet untuk menaikkan elaun penguatkuasa kementerian sebanyak RM200 sekarang.

Azih berkata cadangan penambahbaikan itu melibatkan tujuh badan penguatkuasaan undang-undang seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen dan Jabatan Penjara.

Selain itu, beliau berharap kerajaan mempercepat keputusan rundingan tuntutan badan penguatkuasaan termasuk penambahbaikan skim gred dan penggunaan pangkat untuk PBT seperti yang diguna pakai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

-- BERNAMA

CUEPACS, ANGKASA BANTAH CADANGAN SALUR DANA BPA KEPADA PIHAK KETIGA

Bernama
14/8/2014




PETALING JAYA, 14 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) pada Khamis membantah cadangan penyaluran RM60 juta dana Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) kepada pihak ketiga.

Berikutan itu, Cuepacs dan Angkasa akan menghantar satu memorandum bantahan mengenainya kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Presiden Cuepacs Azih Muda hari ini.

Cuepacs dan Angkasa juga akan meminta kementerian mengkaji semula cadangan itu, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dua hala bersama pimpinan Angkasa di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan untuk menyalurkan sebahagian dana BPA kepada satu lagi pihak yang turut menjalankan aktiviti sama seperti Angkasa.

"Kita menerima maklumat bahawa ada usaha pihak tertentu yang ingin mengambil alih fungsi Angkasa dalam mengurus potongan gaji anggota koperasi termasuk lebih 2.2 juta penjawat awam," katanya.

Sementara itu, Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata Angkasa, yang sudah 43 tahun beroperasi, mungkin kehilangan 40 peratus sumber pendapatan jika cadangan itu diteruskan dan ia boleh menjejaskan operasinya.

"Setakat ini, hanya Angkasa sahaja yang menguruskan BPA," katanya.

Mengenai pertemuan dengan Cuepacs, beliau berkata kedua-dua pihak turut membincangkan isu dasar dan survival Angkasa dari segi perniagaan selain usaha memperkemas kerjasama dua organisasi berkenaan.

Angkasa mempunyai 11,400 gerakan koperasi yang bernaung di bawahnya dengan keanggotaan lapan juta orang termasuk penjawat awam.

-- BERNAMA

12 Ogos 2014

CUEPACS MOHON BONUS 2 BULAN

Utusan Malaysia|
11/8/2014






Azih Muda (tengah) menyerahkan sumbangan kepada wakil Raudatul Ulum di Wisma CUEPACS di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Hafiz Shah

KUALA LUMPUR 11 0gos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2015, Oktober ini.Presidennya, Azih Muda berkata, pemberian bonus itu amat penting bagi mengurangkan beban tanggungan kakitangan awam terutamanya golongan berpendapatan rendah menangani kos sara hidup yang tinggi.
Katanya, ia juga selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin memberangsangkan selain bertujuan menghargai jasa penjawat awam dalam memacu perkembangan itu."Ekonomi negara ketika ini menunjukkan perkembangan positif dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat lebih lima peratus. Sekiranya ekonomi tidak menyusut dalam tempoh enam bulan, kami rasa momentumnya akan terus meningkat dan sudah tentu pemacu kepada keberkesanan ekonomi ini dimulai dengan penjawat awam.
"Malah CUEPACS berpendapat, dengan peruntukan bonus dua bulan itu juga ia mampu menyuntik semangat kira-kira 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara," katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan cek sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) bagi membantu pertubuhan kebajikan itu yang melaksanakan misi kemanusiaan di Gaza.Sumbangan tersebut sebagai tanda prihatin pihaknya meringankan bebanan penduduk Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis.Pada majlis itu juga, CUEPACS turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 masing-masing kepada Maahad Tahfiz Akademi Iqra al-Quran dan Pusat Jagaan Darul Atiq.
Azih berkata, pihaknya akan membuat permohonan rasmi berhubung pemberian bonus itu dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat."Malah CUEPACS juga berharap dapat menyertai kerajaan dalam perbincangan bajet akan datang," katanya.Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan untuk campur tangan dalam projek pembinaan rumah mampu milik supaya harga rumah tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu.Katanya, kerajaan juga perlu menambah unit kediaman mampu milik selaras dengan permintaan pada masa ini.
"Kelayakan penjawat awam untuk memiliki rumah adalah sangat rendah. Ini merupakan fenomena yang terpaksa dilalui mereka. Oleh itu, kami cadangkan kerajaan untuk meningkatkan pembinaan rumah untuk tempoh lima tahun serta mengekalkan instrumen subsidi antaranya untuk tapak rumah dalam pembinaan rumah."Selain itu, kami menggesa kerajaan memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman perumahan agar jumlah potongan menjadi kecil dan lebihan itu boleh dibelanjakan untuk keperluan lain," katanya.

UMEMPLOYED GRADUATE TEACHERS ON THE INCREASE

The Sundaily
11/8/2014


Azih Muda presents a cheque to Mercy Malaysia Executive Council Member Ar Mohamad Ayof Bajuri. SUNPIX by ADIB RAWI YAHYA

KUALA LUMPUR: Many certified graduated teachers are yet to get a permanent posting.
"There are more graduate teachers now," said Congress of Union of Employees in the Public and Civil Services Cuepacs President Azih bin Muda during a press conference after presenting a cheque to Mercy Malaysia for Gaza victims of Israeli attacks.He said the surplus in graduate teachers arose due to lack of vacancies.

To avoid this situation, he said, the Education Ministry need to employ teachers who have academic qualification, training and skills."We are aware that some graduates are still jobless. Nevertheless, graduated teachers should also know that there is no 100% guarantee of being employed as their applications have to go through several processes and it also depends on job availability," said Cuepacs secretary-general Lok Yim Pheng..She advised the unemployed graduates to be patient as they are confident that the Ministry will solve this issue soon. 

The cheques of RM20,000 and RM5,000 each were from Raudatul Ulum and Maahad Tahfiq Akademi Iqro Al-Quran orphanages.

11 Ogos 2014

CUEPACS MOHON BONUS DUA BULAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN

Utusan Malaysia
11/8/2014



KUALA LUMPUR 11 0gos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2015, Oktober ini.
Presidennya, Azih Muda berkata, pemberian bonus itu amat penting bagi mengurangkan beban tanggungan kakitangan awam terutamanya golongan berpendapatan rendah menangani kos sara hidup yang tinggi.Katanya, ia juga selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin memberangsangkan selain bertujuan menghargai jasa penjawat awam dalam memacu perkembangan itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan cek sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) bagi membantu meringankan beban pertubuhan kebajikan itu yang melaksanakan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza.Dalam majlis itu, CUEPACS turut menyumbang sebanyak RM5,000 masing-masing kepada Ma’ahad Tahfiz Akademi Iqro Alquran dan Pusat Jagaan Darul Atiq.-

CUEPACS MINTA KERAJAAN BERI DUA BULAN BONUS

Bernama
11/8/2014




KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Cuepacs hari ini meminta kerajaan mempertimbang pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2015.

Presidennya Azih Muda berkata ia selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara yang dilihat semakin memberangsangkan selain bertujuan menghargai jasa penjawat awam dalam memacu perkembangan itu.

"Ekonomi negara pada masa ini menunjukkan perkembangan yang positif dengan pertubuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara meningkat lebih lima peratus.

"Sekiranya ekonomi negara tidak menyusut dalam tempoh enam bulan, kita rasa momentumnya akan terus meningkat dan sudah tentu pemacu kepada keberkesanan ekonomi ini dimulai dengan penjawat awam", katanya pada majlis penyerahan sumbangan di Wisma Cuepacs di sini.

Pada majlis itu, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) menerima sumbangan sebanyak RM20,000 daripada Cuepacs untuk disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza, selain RM5,000 masing-masing diberikan kepada Ma'ahad Tahfiz Akademi Iqro Alquran dan Pusat Jagaan Darul Atiq.

Azih berkata Cuepacs akan membuat permohonan rasmi dengan menghantar surat pertimbangan kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengenai pemberian bonus itu.

Sementara itu, beliau turut menggesa kerajaan supaya terlibat secara langsung dalam pembinaan rumah mampu milik supaya harga rumah tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

Kerajaan juga katanya, perlu menambah unit kediaman selaras dengan permintaan masa kini selain mengekalkan instrumen subsidi termasuk untuk tapak rumah.

"Pada masa sama Cuepacs berpendapat kerajaan perlu mengkaji semula tempoh bayaran balik pinjaman kerana kalau dipanjangkan, maka jumlah potongan menjadi kecil dan lebihan daripada itu boleh dibelanja untuk keperluan lain", katanya.

Menyentuh kesediaan kerajaan untuk mengkaji kewajaran menutup laman sosial
Facebook
, Azih berkata penyekatan sebegini kurang efektif sebaliknya pendidikan di peringkat awal dapat membanteras penyalahgunaannya.
"Apa yang kita harapkan ialah kerajaan perlu menerapkan integriti kepada rakyat negara kita supaya lebih profesional dan memahami apa yang akan berlaku sekiranya maklumat-maklumat yang disalurkan berunsur fitnah atau perkara yang memudaratkan," katanya.

-- BERNAMA

PENJAWAT AWAM BOCOR RAHSIA ADALAH PENGKIANAT - MB PERLIS

Berita Harian
11/8/2014



KANGAR: Penjawat awam yang membocorkan maklumat atau rahsia kerajaan melalui apa sahaja saluran adalah pengkhianat negara, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Sambil memberi amaran supaya penjawat awam yang terbabit dengan perbuatan keji itu menghentikan segera perbuatan mereka, beliau berkata perbuatan itu hanya membuka ruang dan mendedahkan negara atau negeri untuk diserang musuh.

Katanya, sejarah membuktikan dalam peperangan atau realiti politik kekalahan sesuatu pihak adalah akibat pembocoran maklumat sama ada untuk kepentingan atau kepuasan diri dan perlu dihentikan segera agar tidak menjadi barah.

"Ingatan ini dibuat kerana saya masih menerima salinan surat-surat terperingkat didedahkan melalui WhatsApp,' katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan anggota-anggota perkhidmatan awam persekutuan dan negeri di Dewan 2020 di sini hari ini.

Kata Azlan, beliau lebih suka tindakan terhadap penjawat awam yang membocorkan maklumat atau rahsia kerajaan ditangani melalui saluran undang-undang setelah pendekatan diplomasi tidak berhasil.

Sementara itu, Azlan berkata kerajaan negeri sangat komited untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan visi negara maju menjelang tahun 2020 ke arah menjadikan Malaysia antara lima negara teratas dari segi daya saing.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri menetapkan untuk meluluskan sesuatu projek yang biasanya 80 hari kepada 60 hari sahaja.
"Jabatan atau agensi-agensi kerajaan pula digalakkan mengambil inisiatif untuk meningkatkan sistem penyampaian walaupun hanya idea kecil tetapi mampu memberi impak," kata Azlan.

Sebelum itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar Ahmad Hussin dalam ucapannya berkata MPK dijangka membelanjakan kira-kira RM1.3 juta untuk projek pencahayaan Kuala Perlis. - BERNAMA

'DAPUR JALANAN' BOLEH OPERASI SEPERTI BIASA - TENGKU ADNAN

Bernama
9/8/2014




Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Aktiviti 'Dapur Jalanan' dibenar beroperasi seperti biasa tanpa sebarang tempoh tertentu, namun aspek kebersihan akan dipantau ketat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebelum ini kementerian menetapkan 16 Ogos ini sebagai tarikh akhir untuk Dapur Jalanan itu beroperasi.

"(Sekarang) tiada masalah untuk mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) menjalankan aktiviti itu seperti biasa. Kita juga sudah berbincang dengan mereka dan kenal pasti tempat perlindungan sementara untuk aktiviti itu beroperasi.

"Ketua Setiausaha saya dan juga Datuk Bandar akan mengeluarkan kenyataan penuh pada Rabu mengenai perkara tersebut. Umum juga perlu tahu kita sentiasa berbincang dengan NGO dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia di sini Sabtu.

Sebelum ini dilapor, semua NGO yang menjalankan aktiviti Dapur Jalanan hanya dibenar meneruskan aktiviti memberi makanan kepada gelandangan sehingga 16 Ogos iaitu selepas sambutan Aidilfitri.

Tarikh itu dipersetujui sebagai tarikh baharu penguatkuasaan larangan memberi makanan kepada gelandangan selain makanan boleh diagihkan kepada golongan gelandangan cuma tidak dibenarkan berada dalam kawasan 2km radius dari ibu kota.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata kementerian juga dalam usaha memberi elaun bandar kepada kakitangan DBKL yang berpendapatan rendah bagi meringankan beban ekoran kos hidup semakin tinggi di pusat bandar raya ini.

"Ada lebih kurang 60 peratus kakitangan DBKL yang mempunyai pendapatan lebih kurang RM2,000 (sebulan), iaitu di bawah garis kemiskinan.

"Kita akan cuba selesaikan dan berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Negara untuk benarkan DBKL membayar elaun itu," katanya.

Mengulas mengenai majlis yang dihadirinya, Tengku Adnan berkata antara yang dibangkitkan adalah masalah perumahan dihadapi anggota tentera termasuk yang akan bersara memiliki kediaman sendiri.

"Program pembangunan semula kawasan setinggan tertentu untuk dimajukan kepada rumah murah mampu milik masih berterusan bagi membantu tentera, polis dan penjawat awam kategori rendah untuk memiliki hartanah di Wilayah Persekutuan.

"Kita akan bantu dan terus berbincang dengan mereka dari semasa ke semasa dan perkara ini juga telah saya panjangkan kepada pihak tertentu untuk dipertimbangkan," katanya.

-- BERNAMA

08 Ogos 2014

GOVT TO STUDY CEPAC'S SUGGESTION NOT TO REPEAL SEDITION ACT

My Schincew
 2014-08-08 11:18

KUALA LUMPUR, Aug 7 (Bernama) -- The government will study the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs)'s suggestion that the existing Sedition Act is maintained for the sake of peace in the country.
Minister in the Prime Minister's Department Nancy Shukri said if it was deemed the best suggestion for all quarters, the government could look at it from the perspective of merely improving on the current act.
"Insya Allah, we will study the suggestion," she said in an entry in her Facebook account today.
She said the government welcomed suggestions from all parties but all rights that were enshrined in the Federal Constitution would be retained.
At the same time, the government would also continue research to improve existing laws to address situations, where there were people insulting the royal institution and each other in terms of race and religion.

Last Saturday, Cuepacs president Azih Muda was reported to have said that the act should be repealed and the move could discourage any undesired matters from happening, thus ensuring the country's security and people's welfare.

CUEPACS WANTS MORE AFFORDABLE HOME FOR CIVIL SERVANTS

The Star
8/8/2014





Nice to meet you: Muhyiddin shaking hands with Cuepacs members during a Cuepacs Hari Raya gathering in Kuala Lumpur. Looking on is Azih (right). - Bernama
Nice to meet you: Muhyiddin shaking hands with Cuepacs members during a Cuepacs Hari Raya gathering in Kuala Lumpur. Looking on is Azih (right). - Bernama

KUALA LUMPUR: More affordable homes for middle-income civil servants should be built in the next five years, said the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services.Cuepacs president Azih Muda said the movement hoped that the request would be included in Budget 2015.The Budget is to be tabled in the next few months.
Azih said building such homes was one of the matters raised at a brief meeting with Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin who attended an Aidilfitri celebration organised by Cuepacs here yesterday.He said Cuepacs also hoped that the Government would hold more briefing sessions on the Goods and Services Tax at the grassroots level.
“Many are still unclear on the GST,” he said.
“People are generally worried about the rise in costs when it is implemented,” said Azih.
“So, the government needs to assure the people that the price of basic goods will not increase and will be exempted.”

CUEPACS MAHU KERAJAAN BINA LEBIH BANYAK RUMAH MAMPU MILIK

Bernama
7/8/2014


KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Cuepacs meminta kerajaan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk penjawat awam serta golongan berpendapatan sederhana bagi tempoh lima tahun akan datang.

Presidennya, Azih Muda berkata permintaan itu dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan dalam penyediaan Belanjawan 2015 yang dijangka dibentang di Parlimen beberapa bulan lagi.


Azih berkata ia merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan singkat beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengunjungi majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Cuepacs di sini Khamis.

Katanya, Cuepacs juga berharap kerajaan mengadakan lebih banyak sesi penerangan dan penjelasan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di peringkat akar umbi kerana ramai yang masih tidak jelas mengenainya.

"Umum bimbang kenaikan kos akan berlaku dengan pelaksanaan GST ini, jadi kerajaan perlu bagi jaminan bahawa barangan asas tidak naik harga kerana diberi pengecualian cukai," kata Azih kepada pemberita selepas majlis itu.

GST pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai April 2015 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 16 peratus.



Mengulas lanjut, Azih berkata Cuepacs turut meminta kerajaan mempertingkat kadar penembusan jalur lebar terutama di kawasan luar bandar yang kini menurutnya hanya pada kadar 60 peratus.

"Kita bimbang (jika masalah ini tidak ditangani) generasi muda di luar bandar susah nak dapat pekerjaan kerana banyak iklan jawatan kerja kini perlu diisi secara dalam talian," jelasnya.

Menurutnya, Cuepacs juga meminta kerajaan memberi perhatian kepada keperluan golongan pensyarah yang disifatkan sebagai bakat penting buat negara.

Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 45 minit di majlis Hari Raya itu yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.



-- BERNAMA

PENYIAR MAHU PENERBIT SEBAGAI KP PENYIARAN

Utusan Malaysia
7/8/2014


PERSATUAN Penyiar Kebangsaan Malaysia (Penyiar) ingin merujuk kepada tulisan pembaca yang menamakan diri PENYIAR TUA dalam ruangan forum Jumaat 25 Julai 2014.
Sebenarnya dalam soal perubahan siaran melibatkan radio dan TV pihak persatuan pernah menyuarakan melalui platform dalaman tetapi tiada sebarang respons positif diterima.
Ingin dinyatakan, kami tidak berdiam diri apabila jawatan Ketua Pengarah Penyiaran dan jawatan Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Rancangan) terbuka pada tahun 2009.Kami telah mengemukakan bantahan pada ketika itu bersama-sama Jawatankuasa Bertindak melalui CUEPACS dan ditujukan kepada Ketua Setiausaha Negara.
Namun, keputusan pihak pengurusan tertinggi tidak menyebelahi kami. Berhubung jawatan Ketua Pengarah Penyiaran sekarang yang dijangka kosong tidak lama lagi, kami sedang mengambil inisiatif wajar bersama beberapa pihak bagi mempertahankan hak Penerbit Rancangan sebagai calon mengisi jawatan tersebut.
Harapan kami juga agar hak Penerbit Rancangan dapat dikembalikan sejajar dengan skop penerbitan rancangan dan penjadualan siaran adalah 'core business' RTM. Lebih-lebih lagi Jabatan Penyiaran adalah jabatan tertutup.

MOHD AZIMI KASSIM
Setiausaha Agung Penyiar

03 Ogos 2014

CUEPACS GESA KERAJAAN KEKALKAN AKTA HASUTAN

Utusan Malaysia
2/8/2014

KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Akta Hasutan demi keamanan negara.Presidennya, Azih Muda berkata, akta tersebut tidak wajar dimansuhkan dan langkah itu mampu mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini sekali gus menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, saranan itu tidak bermakna pihaknya membantah hasrat kerajaan menghapuskan akta berkenaan, sebaliknya agak meragui daripada segi pelaksanaan akta baharu yang akan diwujudkan kelak."Kita cadangkan kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri supaya mengkaji semula cadangan memansuhkan Akta Hasutan."Ini kerana kita agak kurang yakin dengan saranan untuk mewujudkan akta bagi menggantikan Akta Hasutan yang mampu mencegah perkara sehingga boleh menyebabkan kerosakan kepada negara," katanya dalam majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Terengganu di Dataran Seberang Takir di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengucapkan salam Aidilfitri kepada seluruh penjawat awam di seluruh negara sambil menasihatkan mereka berhati-hati di jalan raya."Jumlah kemalangan menjelang perayaan meningkat setiap tahun dan ini menggambarkan kepekaan kita kepada keselamatan agak menurun," jelasnya.Beliau bimbang dengan kadar kemalangan jalan raya di seluruh negara kerana dalam tempoh seminggu ini lebih 10,000 kes dilaporkan berlaku dengan lebih 1,000 kes membabitkan kemalangan maut dan kecederaan."Jadi, saya mohon berilah perhatian utama terhadap keselamatan jalan raya demi keluarga tersayang, Ini satu angka (jumlah kemalangan) tinggi dan sangat membimbangkan," katanya.