Bernama
14/8/2014
PETALING JAYA, 14 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mempertimbangkan
kenaikan elaun risiko bagi anggota penguatkuasa seperti dicadangkan
sebelum ini.
Presiden kongres itu, Azih Muda berkata permintaan itu wajar kerana anggota badan penguatkuasa berisiko menghadapi ancaman termasuk mendapat ugutan bunuh ketika menjalankan tugas.
Katanya, Cuepacs mencadangkan pemberian elaun risiko minimum RM300 hingga RM800.
"Sekurang-kurangnya dapat mengubati mereka yang terpaksa bekerja dalam keadaan tertekan. Kerajaan kena melihat pengorbanan mereka yang terpaksa bekerja siang dan malam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor di sini hari ini.
Pada Isnin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata kementeriannya akan mengusulkan kepada Kabinet untuk menaikkan elaun penguatkuasa kementerian sebanyak RM200 sekarang.
Azih berkata cadangan penambahbaikan itu melibatkan tujuh badan penguatkuasaan undang-undang seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen dan Jabatan Penjara.
Selain itu, beliau berharap kerajaan mempercepat keputusan rundingan tuntutan badan penguatkuasaan termasuk penambahbaikan skim gred dan penggunaan pangkat untuk PBT seperti yang diguna pakai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
-- BERNAMA

10 ulasan:
minta juga supaya anggota penguatkuasa diberi laluan kerjaya yang lebih baik, malah sehingga menjawat jawatan ke peringkat tertinggi iaitu ketua pengarah mahupun ketua setiausaha. ni balik-balik PTD yang membolot kedudukan tersebut, walhal jabatan tersebut dikuasai oleh skim tertentu seperti penguatkuasa dan sebagainya.
jangan asyik tengok pada gaji, elaun, bonus yang memang tipikal setiap tahun, tetapi lihat juga kebajikan dan laluan kerjaya mereka!
untuk Agensi - Agensi kerajaan x diperjuangkan ker? sedangkan terdapat juga Agensi kerajaan yang menjalankan tugas penguatkuasaan seperti APMM dan AADK?
Harap janganlah lupa kepada agensi kerajaan yang melaksanakan tugas2 penguatkuasaan. kerana kami juga melaksanakan tugas penguatkuasaan seperti jabatan kerajaan.
satu perkara yg patut dipertimbangkan,,,,tetapi. ...
ambo sokong
bila indek IPU menunjukkan kualiti udara tdk sihat.
semua sekolah dikawasan berisiko ditutup, bbrp kwsn diistiharkan darurat,ttp anggota bomba masih mneruskan khidmat shingga trpksa berkampung dlm hutan utk memadam kbakaran.pelbagai kmungkinan menanti,apkh mereka pulang sbagaimana mreka pergi,menyedut asap beracun,asap yg trcemar.tiada jaminan knaikan gaji,apth lg knaikab pangkat.elaun kritikal pun lansung tdk ada.ttp mereka sedia berkhdmat utk masyarakat,sememangnya mreka tdk brtempur mlawan musuh,ttp mreka bertempur dgn bhaya ksihatan diri mereka sndiri.jd wajarkah setiap kali belanjawan dibentang,mngapa polis dan tntera diutamakan sdgkan bomba juga brkhdmat utk msyarakat.. apkh wajar elaun scuba,hazmat skdr rm100.. sdgkan kerja mreka lbh brbahaya brbanding dgb elaun2 jbtan lain .
Sokong 100%. Yg berUnit kira lepas lelah sikit sebb ada RM 100.yg bhgian Operasi biasa di KB17 ni pergi padam api,musnah sarang tebuan/lebah,dan lain2 kecemasan tidak dipandng pun.sudah la duduk kuarters secara paksa rela,dipotong penuh elaun perumahan RM275+elaun COLA separuh RM125=RM400. RM400 untuk rumah tahun 80'an yg kerap bocor sana sini dan tersumbat sana sini.. bukan nk burukkan jabatan,kita senang kerja dalam bidang membantu dan menyelamat tp diri sendiri pula yg kurang selamat malah rasa sedikit bebanan.belum pula anggota yg bertugas di Langkawi tiada elaun menyeberangi laut.nk keluar ke darat modalnya tggi.belum yg ada anak isteri.kebanyakan anggota seperti ini akan membuat pekerjaan secara part time untuk menambah pendapatan.akan tetapi jika mau buat part time pun perlu kebenaran majikan.sy bg contoh,feri untuk dewasa saja RM23 untuk sehala.jika sudah beristeri?anak2?. Saya yg bujang ni pun sesak nafas xsampai tgh bulan.itupun dah habis berjimat xbermewah2..dah ramai contoh sy tgk anggota dilangkawi ni kehidupan yg kurang memuaskan .ape2 pun kite kerja krna Allah saja.
bajet tahun ni minta kerajaan tolonglah naikan gaji@elaun penjawat awam tolong lah dah teruk sgt dah ni. gaji dah tak cukup makan dah ni.
elaun bomba dah 7 tahun tak pernah naik jadi tahun ni memang patut kena naik lah
elaun bomba dah 7 tahun tak pernah naik jadi tahun ni memang patut kena naik lah
Saya harap polis diberikan keutamaan sbb bnyk risiko dlm kerja mereka. Selain, mereka bnyk berkorban dari segi masa yg begitu padat dlm kerja. Oleh demikian, yg patut dikurangkn ialah emolumen PTD sebab kerja diorg mudah dan mereka bukannya profesional...
Catat Ulasan