SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

21 Ogos 2014

PENJAWAT AWAM PERLU TERJEMAH ERTI KEMERDEKAAN DENGAN MENINGKATKAN PRESTASI

Bernama
19/8/2014


PUTRAJAYA, 19 Ogos (Bernama) -- Penjawat awam perlu terjemahkan erti kemerdekaan dengan meningkatkan prestasi dan semangat patriotisme, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Beliau berkata sempena sambutan hari kemerdekaan negara, penjawat awam juga perlu menilai semula peranan dan tanggung jawab mereka bagi memastikan kejayaan negara.

"Kejayaan negara hari ini juga adalah usaha tanpa jerih perjuangan kita pada suatu ketika dahulu bagi melihat sebuah negara bangsa yang bebas, diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyatnya," katanya semasa melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2014 peringkat Kompleks C di sini Selasa.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tan Sri Mahmood Adam dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda.

Katanya penjawat awam akan tetap mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 meskipun diselubungi kesedihan ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan tragedi MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

"Jadi, walaupun nampak mudah iaitu hanya kibar bendera, tetapi di sini letaknya jiwa dan raga kita, meletakkan harapan bagi melihat negara kita jauh lebih maju, lebih hebat daripada apa yang ada sekarang.

"Seperti yang diucapkan Perdana Menteri semalam (pada sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang), Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain bercorak tetapi tersimpan sebuah pengertian dan seribu makna yang sangat mendalam," kata Mohamad Zabidi.

Menurutnya sebagai penjawat awam, sokongan dan semangat cintakan negara akan diteruskan walaupun negara dilanda pelbagai insiden dan dugaan akhir-akhir ini.

Katanya insiden kehilangan MH370 dan nahas MH17 turut menunjukkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman bukan sahaja dalam bentuk fizikal, tetapi juga ancaman terhadap ekonomi, penyebaran berita palsu, fitnah dan sebagainya terutamanya melalui media sosial.

"Di sinilah peranan kita sebagai penjawat awam dalam menyokong dasar-dasar negara dan kesetiaan kepada pemimpin walaupun dalam dilanda fitnah," katanya.



-- BERNAMA

6 ulasan:

sakura luncai berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sakura luncai berkata...

aku dah meluat tengok blog cuepacs nie , minta itu ini tapi takdak pendirian untuk membela nasib kakitangan bawahan ..
lagi meluat tengok muka president cuepacs ..........

gayong serantau berkata...

Kalau dah meluat tu buat apa ikut berforum dalam blog ni..apa kata si sakura luncai jadi Presiden tentu lagi ramai yang berkata "aku meluat tengok muka sakura luncai ni."

sakura luncai berkata...

aku lagi meluat kalau gayong serantau tak sokong aku jadi presiden cuepacs ..

zulkarnai is an Army Personel.( Aree Bihunsup Ex Service ) berkata...

Aku peratikan masih ada penjawat awam menggunakan akaun palsu dan tak berani mendedahkan diri bila komen....

Berani buat tpi x berani tanggung ..adussss,,,cam ni pun ada ka huhuhu

Made in Pahang berkata...

Bonus 2 bln yg cupek minta tu..leh fpt ke...senyap je x de follow up pun...mintak la bersungguh sket