Berita Harian
11/8/2014
11/8/2014
KANGAR: Penjawat awam yang membocorkan maklumat atau rahsia kerajaan
melalui apa sahaja saluran adalah pengkhianat negara, kata Menteri Besar
Perlis, Datuk Seri Azlan Man.
Sambil memberi amaran supaya penjawat awam yang terbabit dengan perbuatan keji itu menghentikan segera perbuatan mereka, beliau berkata perbuatan itu hanya membuka ruang dan mendedahkan negara atau negeri untuk diserang musuh.
Katanya, sejarah membuktikan dalam peperangan atau realiti politik kekalahan sesuatu pihak adalah akibat pembocoran maklumat sama ada untuk kepentingan atau kepuasan diri dan perlu dihentikan segera agar tidak menjadi barah.
"Ingatan ini dibuat kerana saya masih menerima salinan surat-surat terperingkat didedahkan melalui WhatsApp,' katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan anggota-anggota perkhidmatan awam persekutuan dan negeri di Dewan 2020 di sini hari ini.
Kata Azlan, beliau lebih suka tindakan terhadap penjawat awam yang membocorkan maklumat atau rahsia kerajaan ditangani melalui saluran undang-undang setelah pendekatan diplomasi tidak berhasil.
Sementara itu, Azlan berkata kerajaan negeri sangat komited untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan visi negara maju menjelang tahun 2020 ke arah menjadikan Malaysia antara lima negara teratas dari segi daya saing.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri menetapkan untuk meluluskan sesuatu projek yang biasanya 80 hari kepada 60 hari sahaja.
"Jabatan atau agensi-agensi kerajaan pula digalakkan mengambil inisiatif untuk meningkatkan sistem penyampaian walaupun hanya idea kecil tetapi mampu memberi impak," kata Azlan.
Sebelum itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar Ahmad Hussin dalam ucapannya berkata MPK dijangka membelanjakan kira-kira RM1.3 juta untuk projek pencahayaan Kuala Perlis. - BERNAMA

1 ulasan:
orang atasan yang menzalimi hak orang bawah juga adalah pengkhianat, malah mereka yang zalim ini bukan saja akan mendapat balasan di dunia, malah di akhirat kelak.
Catat Ulasan