SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 Ogos 2014

KAKITANGAN MAS, UNTUNG RUGI DAN BONUS

Utusan Malaysia
17/8/2014

Hujung tahun ini banyak orang sudah berkira-kira berapa bulan bonus yang bakal mereka terima. Kakitangan Petronas mungkin antara yang sedang mencongaknya selepas konglomerat petroleum negara itu mengumumkan keuntungan sebelum cukai bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2014 ialah RM28.1 bilion.Kakitangan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pun sama apabila konglomerat perladangan negara ini mencatatkan keuntungan sebelum cukai bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2014 sebanyak RM267.29 juta.
Keghairahan pada bonus kini berjangkit kepada warga Felcra Berhad (Felcra) apabila dijanjikan bakal menerima bonus enam bulan sekiranya syarikat itu berjaya mengekalkan keuntungan sehingga RM100 juta pada tahun berakhir 2014 .Beruntung sungguh golongan pekerja yang bertugas dalam syarikat yang berniaga minyak sama ada petroleum atau minyak sawit.

Nasib sedemikian tidak ketara berlaku kepada pekerja dalam sektor lain. Semua bergantung pada prestasi syarikat. Bagi tahun 2014, sektor penerbangan dilihat tak menguntungkan kepada Malaysia Airlines System (MAS). Dalam sesetengah kes, selain situasi pasaran semasa, faktor pengurusan tertinggi juga main peranan. Kalau penerajunya tiada 'sentuhan Midas' yang boleh ubah semua benda menjadi emas, malanglah pekerjanya. Kalau dapat peneraju yang boleh mengubah kedudukan syarikat daripada tenat kepada pulih dan sihat, itu pun sudah bagus.

Nasib syarikat swasta tak macam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Kalau ia tenat, tidak siapa peduli, dan akhirnya bungkus. Tapi GLC yang tenat, sedaya mungkin akan dibiayai oleh kerajaan. Walaupun beberapa tahun rugi, GLC tetap dibantu dengan cara suntikan dana.Dalam kes MAS, berbelas ribu kakitangannya beruntung apabila masih bekerja, dibayar gaji bulanan dan tidak diberhentikan. 

Kalau MAS bukan syarikat penerbangan negara, mungkin sudah banyak kakitangannya diberhentikan. Mereka mungkin kena mengharungi langkah memeritkan dan mengikat perut.Pada 8 Ogos lalu, Khazanah Nasional Bhd. sanggup menanggung beban MAS apabila menawarkan 27 sen sesaham untuk mengambil alih saham berjumlah RM1.38 bilion, dan seterusnya menyahsenaraikan syarikat penerbangan nasional itu daripada Bursa Malaysia.Khazanah yang merupakan pemegang majoriti saham iaitu 69.37 peratus kepentingan dalam MAS, mengumumkan cadangan penyahsenaraian itu akan dilaksanakan apabila muktamadnya langkah pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilih (SCR).Banyak sungguh soalan daripada pelbagai pihak, adakah Khazanah pihak yang betul untuk mengambil langkah terbesar ini? Kalau bukan Khazanah, agaknya siapa lagi yang sepatutnya ambil alih saham MAS? Jika langkah berani ini tidak diambil, mungkin syarikat penerbangan negara ini tidak mampu untuk dipulihkan.
Jika Khazanah tiada kawalan sepenuhnya ke atas MAS, apa guna disuntik banyak dana lagi ke dalam MAS? Hakikatnya MAS tidak boleh lagi mengikut cara yang lama.Khazanah berusaha menyelamatkan nyawa MAS. Rawatan untuk memulihkan MAS bukan dengan cara tampal sana sini, tapi perlu dibaik pulih sepenuhnya.Dalam tempoh 10 tahun lalu, RM10 bilion lebur. Namun, jika Khazanah tidak mengambil langkah seperti sekarang, MAS mungkin terus muflis. Jadi, rancangan penyahsenaraian MAS yang diambil oleh Khazanah perlu mendapat sokongan.

MAS sudah memasuki situasi yang luar biasa ditambah dua peristiwa malang berlaku pada tahun ini, maka MAS juga perlukan jalan penyelesaian yang luar biasa sebelum ia mampu pulih semula.Sebenarnya kakitangan MAS sudah lama tidak menikmati bayaran bonus seperti mana dikecapi syarikat GLC lain yang untung besar. Bila mengenang bayaran bonus ini yang dinikmati oleh beberapa kakitangan GLC, maka permintaan CUEPACS supaya penjawat awam diberi dua bulan bonus, eloknya diberikan sahaja.Mereka juga ingin menikmati sedikit 'keghairahan' apabila mendapat bonus lebih daripada sebulan seperti rakan mereka dalam agensi kerajaan yang diperbadankan atau diswastakan. 

Fikirkan jasa dan bakti perajurit, anggota polis dan mereka yang berkhidmat di barisan hadapan yang cuma mendapat gaji bulanan sahaja. Mereka juga menyumbang secara tidak langsung kepada pembangunan negara dan keuntungan syarikat.Bagi kakitangan dan pekerja swasta, mereka pun mahu bonus. Beruntung kakitangan swasta jika peneraju syarikat mereka ada semangat untuk mencari keuntungan supaya habuannya turut diagihkan kepada orang bawahan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Menswastakan MAS adalah langkah salah dan tidak tepat. Begitu juga menswastakan PROTON.

Tujuan kita ada MAS dan PROTON kerana kita orang Malaysia mahu berniaga sepertimana orang Cina berniaga.

Nampaknya orang Cina lebih pandai menguruskan perniagaan berbanding kerajaan.

Siapa failed (gagal) dan siapa gulung tikar? Pada saya orang pengurusan perlu ditukar. Bukannya mengatasi masalah dengan melingkupkan perniagaan diri sendiri.

Her (Malaysia) can't stay in rich if she do the same thing every year. See the picture?