SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Mei 2017

CUEPACS MOHON KERAJAAN PERTIMBANG BANTUAN KHAS RAYA RM 1,000

Bernama
23/5/2017

KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata beliau berharap jumlah imbuhan itu pada tahun ini lebih tinggi berbanding RM500 yang diberikan tahun lepas bagi menghadapi kos sara hidup yang meningkat dan harga barang yang tidak menentu.

"Kita tahu kalau penjawat awam tiada insentif berkenaan belum tentu pada malam raya pun boleh beli baju raya lagi. Ini satu perkara penting buat penjawat awam menjelang ketibaan Aidilfitri nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam Peringkat Terengganu di sini hari ini.....

CUEPACS GESA AGENSI KERAJAAN TUBUH JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Bernama
23/5/2017


KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Ceupacs) menggesa agensi-agensi kerajaan menubuhkan jawatankuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) agar nasib penjawat awam yang berhadapan risiko keselamatan dan kesihatan ketika dalam perkhidmatan, terbela.

Presiden Ceupacs Datuk Azih Muda berkata setiap tahun, jumlah penjawat awam yang berhadapan risiko isu keselamatan dan kesihatan meningkat dengan ketara disebabkan kurangnya langkah mencegah dalam menangani isu ini di agensi masing-masing.

Katanya sebagai contoh, Kementerian Pendidikan yang mempunyai kira-kira setengah juta kakitangan dilihat tidak mempunyai pasukan petugas sendiri bagi menangani isu itu sedangkan ia amat penting khususnya kepada guru-guru dan para pelajar yang terdedah kepada risiko itu setiap mas

01 Mei 2017

LEBIH 49 RIBU PENJAWAT AWAM BERDEPAN RISIKO MUFLIS - CUEPACS

Bernama
30/4/2017





Datuk Azih Muda
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Lebih 49,000 penjawat awam berdepan risiko menjadi muflis berikutan kegagalan mereka menguruskan hutang pinjaman, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.

Azih berkata penjawat awam terbabit didapati melakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang melebihi kemampuan gaji mereka.

"Hal ini saya lihat semakin serius dania terjadi kerana ada penjawat awam yang bertindak memalsukan slip gaji ketika membuat pinjaman," katanya kepada pemberita pada Seminar Hari Pekerja di sini Ahad.....