SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 September 2022

Cuepacs cadang kemasukan ke perkhidmatan awam bermula Gred 19

 Utusan Malaysia
27/10/2022


SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya gred minimum kemasukan perkhidmatan awam hendaklah bermula dengan Gred 19 berbanding Gred 11 ketika ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, langkah itu selari dengan keputusan Kementerian Pendidikan yang telah memansuhkan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) sebelum ini.


“Selepas ini syarat kemasukan ke dalam perkhidmatan awam perlulah bermula dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan gred paling rendah hendaklah ditingkatkan kepada Gred 19.

“Langkah ini tentu dapat memberikan kelegaan dalam bentuk bayaran gaji kepada anggota perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Cuepacs Negeri Sembilan Sesi 2022-2025, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau meminta kerajaan memberikan perhatian tentang tuntutan Cuepacs berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,800 kepada penjawat awam menjelang Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan nanti.

Adnan berkata, walaupun sebelum ini banyak perkara telah diumumkan kerajaan namun penjawat awam masih dalam keadaan gusar ekoran kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Jelas beliau, bagi lantikan paling rendah iaitu dengan gaji minimum RM1,200 ditambah dengan elaun, ia masih belum mencapai jumlah RM2,000

“Ini bermakna kami amat jauh untuk menyediakan kehidupan yang selesa apatah lagu untuk membeli rumah dengan harga rumah yang semakin meningkat.

“Kami memohon kepada kerajaan supaya memperkenalkan gaji minimum yang baharu kepada perkhidmatan awam, walaupun kerajaan telah umum untuk laksanakan di sektor GLC dan swasta iaitu sebanyak RM1,500.

“Bagi kami, kami mahu RM1,800, walaupun kerajaan berasakan sedikit gusar dengan tuntutan ini tetapi sekurang-kurangnya hendaklah bersamaan dengan pengumuman yang telah pun Perdana Menteri umumkan kepada GLC dan swasta,” katanya. – UTUSAN

25 September 2022

Gaji rendah, penjawat awam gagal miliki kediaman sendiri - Cuepacs

 Astrowani
25/9/2022


MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan agar menyeragam dan meningkatkan gaji minimum penjawat awam di negara ini.
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata ini kerana gaji minimum RM1,208 ketika ini disifatkan sebagai tidak lagi relevan dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.
Bukan sahaja itu, malahan faktor unjuran gaji yang terlalu rendah juga menyebabkan kira-kira separuh atau 800,000 daripada 1.62 juta penjawat awam di negara ini masih belum mempunyai kediaman sendiri.
Beliau berkata, in terutamanya penjawat awam yang tinggal di bandar-bandar besar yang terpaksa menyewa bilik susulan harga rumah yang terlalu mahal di sesetengah kawasan.
Katanya, sebelum ini kerajaan menetapkan gaji minimum swasta sebanyak RM1,500 dan sepatutnya pelaksanaan sama dilakukan di dalam sektor awam.
"Sebagai majikan terbesar dalam negara ini (kerajaan) perlu mengorak langkah terkehadapan dengan mempenalkan gaji minimum lebih tinggi seperti RM1,800 supaya swasta boleh turut menyamai gaji itu.
"Kalau kerajaan sendiri gaji minimum RM1,200, bagaimana pihak swasta di luar sana nak ikut saranan kerajaan. Gaji minimum RM1,500? Sebab dalam kerajaan sendiri selaku majikan pun tidak laksana gaji minimum, sebagaimana disaran di sektor swasta, jadi sudah sampai masanya supaya kerajaan selaku majikan, letak gaji minimum baharu dalam bajet akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Tritahunan Cuepacs Negeri Melaka Sesi 2022-2025 yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Zaidi Johari di Dewan Hang Tuah pada Ahad.
Mengulas lanjut ujarnya, berdasarkan semakan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) ketika ini katanya, terdapat lebih 800,000 peminjam telah pun membuat pinjaman dengan lembaga itu, selain sebahagian lagi telah dapat pinjaman dalam sektor konvensional.
Dalam pada itu katanya, Cuepacs turut memohon Bajet 2023 membenarkan moratorium selama dua tahun kepada peminjam sekiranya berdepan isu projek perumahan terbengkalai.
Ini kerana ujarnya, isu berkenaan membebankan peminjam yang terpaksa menanggung hutang meskipun belum berjaya mendapat kunci rumah.

50% penjawat awam belum miliki rumah sendiri, kata Cuepacs

 FMT
25/9/2022


PETALING JAYA: Kira-kira 50% daripada 1.62 juta penjawat awam masih belum mampu memiliki rumah sendiri susulan gaji minimum sektor itu tidak relevan ketika ini, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat.

Beliau berkata, gaji minimum sedia ada menyukarkan kerajaan untuk mencapai sasaran pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan dan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2025 dalam Rancangan Malaysia Ke-12.


Katanya, justeru penetapan gaji minimum baharu iaitu RM1,800 penting bagi memastikan penjawat awam bukan sahaja dapat memiliki rumah sendiri, malah mampu menyediakan perbelanjaan pengangkutan, pendidikan, kesihatan serta makan dan minum untuk keluarga.

“Unjuran gaji kita menyebabkan penjawat awam tidak layak untuk membeli rumah terutamanya di bandar-bandar besar, manakala bagi mereka yang layak pula, rumah yang mereka beli ada yang terbengkalai lebih berpuluh-puluh tahun dan ada yang tinggal di bandar besar hanya mampu menyewa bilik.

“Gaji minimum kami ketika ini bagi lantikan pertama dicampur dengan imbuhan tetap, khidmat awam, imbuhan tetap perumahan dan elaun cola (sara hidup), maknanya baharu menghampiri RM1,900… jauh di bawah pendapatan garis kemiskinan,” katanya menurut Bernama ketika menghadiri Majlis Persidangan Perwakilan Tritahunan Cuepacs Melaka Sesi 2022-2025.

Adnan juga berkata, walaupun terdapat Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), namun jumlah unit yang layak dibeli berdasarkan gaji minimum sedia ada masih tidak mencukupi kerana kebanyakan harga rumah itu adalah di luar kemampuan penjawat awam.

Beliau berkata, selain itu, isu rumah terbengkalai dalam tempoh yang lama khususnya di Kelantan dan Sarawak menyebabkan penjawat awam terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bulanan bagi membiayai pinjaman perumahan serta sewa rumah.

“Ketika ini Cuepacs mendapat banyak aduan pinjaman telah diluluskan dan dibayar sepenuhnya oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada pemaju tetapi rumah tidak siap rumah dan tidak boleh diduduki… lebih teruk daripada itu, rumah berkenaan hanya ada tiang sahaja tetapi gaji penjawat awam dipotong setiap bulan.

“Justeru, kita memohon moratorium daripada LPPSA agar penjawat awam tidak dibebani dengan pembiayaan pinjaman perumahan dan sewa rumah,” katanya.

50 peratus penjawat awam belum mampu miliki rumah

 |Berita |Harian
25/9/2


MELAKA: Kira-kira 50 peratus daripada 1.62 juta penjawat awam di Malaysia masih belum mampu memiliki rumah sendiri berikutan gaji minimum sektor itu disifatkan sebagai tidak lagi relevan kini, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat.


Katanya, gaji minimum sedia ada menyukarkan kerajaan untuk mencapai sasaran pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan dan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2025 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Justeru, beliau berkata, penetapan gaji minimum baharu RM1,800 penting bagi memastikan penjawat awam bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, malah mampu menyediakan perbelanjaan pengangkutan, pendidikan, kesihatan serta makan dan minum untuk keluarga.

"Unjuran gaji kita menyebabkan penjawat awam tidak layak untuk membeli rumah, terutama di bandar besar. Bagi mereka yang layak pula, rumah dibeli ada yang terbengkalai berpuluh-puluh tahun, manakala ada yang tinggal di bandar besar hanya mampu menyewa bilik.

"Gaji minimum kami ketika ini bagi lantikan pertama dicampur dengan imbuhan tetap khidmat awam, imbuhan tetap perumahan dan elaun COLA (sara hidup), maknanya baru menghampiri RM1,900... jauh di bawah pendapatan garis kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Persidangan Perwakilan Tritahunan CUEPACS Melaka Sesi 2022-2025, di sini, hari ini.

Persidangan itu dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari, dan turut dihadiri Pengerusi CUEPACS Melaka, Norman Taib.

Mengulas lanjut, Adnan menjelaskan walaupun terdapat projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), jumlah unit yang layak dibeli berdasarkan gaji minimum sedia ada masih tidak mencukupi kerana kebanyakan harga rumah terbabit di luar kemampuan penjawat awam.

Selain itu, beliau berkata, isu rumah terbengkalai dalam tempoh yang lama, khususnya di Kelantan dan Sarawak, menyebabkan penjawat awam terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bulanan bagi membiayai pinjaman perumahan serta sewa rumah.

"Ketika ini, CUEPACS menerima banyak aduan bahawa pinjaman telah diluluskan dan dibayar sepenuhnya oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada pemaju, namun rumah tidak siap dan tidak boleh diduduki. Lebih teruk lagi, terdapat rumah berkenaan yang hanya ada tiang tetapi gaji penjawat awam dipotong setiap bulan.

"Justeru, kita memohon moratorium daripada LPPSA agar penjawat awam tidak dibebani dengan pembiayaan pinjaman perumahan dan sewa rumah," katanya. – BERNAMA

22 September 2022

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK PERWAKILAN KONVENSYEN KONGRES TRITAHUNAN CUEPACS KE-29 SESI 2019-2025

 Ccuepacs medis
21/9/2022

KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM

PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]

(Pendaftaran No 195)

 

 

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN             

KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK PERWAKILAN KONVENSYEN KONGRES TRITAHUNAN CUEPACS KE-29 SESI 2019-2025

  NO SEBUTHARGA : BIL. 7/2022                            Tarikh :  21 September 2022

 

 

KEPADA :

 

…………………………………………………………

 

…………………………………………………………

 

…………………………………………………………

 

 

 

Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:

CUEPACS

Tingkat 1, Wisma CUEPACS

Jalan Gajah Off Jalan Yew

Pudu

55100 Kuala Lumpur

 

 

1.       Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA / TENDER DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

 

2.       Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 29  SEPTEMBER 2022, tidak lewat dari jam 12.45 tengahari. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga Bil. 7/2022

 

3.       Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Ibu Pejabat CUEPACS Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu Kuala Lumpur.

 

4.       Jawatankuasa setuju terima sebutharga/tender tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

 

5.       Sebutharga hendaklah sah selama 60 HARI selepas itu.

 

6.       Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 

 

 

 

 

 

BIL

PERKARA

HARGA SEUNIT (RM)

KUANTITI

JUMLAH HARGA (RM)

 

01

 

 

 

 

 

 

Membekal Baju Korporat lengan pendek (lelaki) lengan panjang (Wanita) dan mencetak logo CUEPACS di baju. Jenis kain Comb Cottons warna Putih/ Maroon (Pelbagai Saiz) :

 

SAIZ

LELAKI

WANITA

10XL

1

1

8XL

-

1

7XL

6

4

6XL

3

4

5XL

14

10

4XL

32

23

3XL

88

68

2XL

179

99

XL

318

116

L

355

153

M

221

116

S

47

36

XS

1

7

 

Catitan : Semua penender adalah dikehendaki untuk memberi contoh corak reka bentuk  Baju Korporat Comb Cottons warna PUTIH dan warna tambahan bagi membentuk corak yang menarik dan dibenarkan (tidak di kembalikan)

 

 

  

 

1900

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jumlah

 

 

Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia

 

……………………………………………………………………………………………………………………….

 

Tempoh bekalan boleh dihantar : ………………………………………………………………………

 

 

 

 

 

 

 

[Diskaun-diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan (misalnya cukai belanja membungkus) hendaklah ditunjukkan]

 

Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 

 

 

 

Nama penuh pengurus : ……………………………………………….

 

 

Tandatangan dan cop penender : ……..……………………………

 

Alamat : ……………………………………………………………………….

 

…………………………………………………………………………………….

 

No. Telefon : ………………………………………………………………..

 

 

 

Tarikh :