SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 September 2022

Cuepacs cadang kemasukan ke perkhidmatan awam bermula Gred 19

 Utusan Malaysia
27/10/2022


SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya gred minimum kemasukan perkhidmatan awam hendaklah bermula dengan Gred 19 berbanding Gred 11 ketika ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, langkah itu selari dengan keputusan Kementerian Pendidikan yang telah memansuhkan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) sebelum ini.


“Selepas ini syarat kemasukan ke dalam perkhidmatan awam perlulah bermula dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan gred paling rendah hendaklah ditingkatkan kepada Gred 19.

“Langkah ini tentu dapat memberikan kelegaan dalam bentuk bayaran gaji kepada anggota perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Cuepacs Negeri Sembilan Sesi 2022-2025, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau meminta kerajaan memberikan perhatian tentang tuntutan Cuepacs berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,800 kepada penjawat awam menjelang Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan nanti.

Adnan berkata, walaupun sebelum ini banyak perkara telah diumumkan kerajaan namun penjawat awam masih dalam keadaan gusar ekoran kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Jelas beliau, bagi lantikan paling rendah iaitu dengan gaji minimum RM1,200 ditambah dengan elaun, ia masih belum mencapai jumlah RM2,000

“Ini bermakna kami amat jauh untuk menyediakan kehidupan yang selesa apatah lagu untuk membeli rumah dengan harga rumah yang semakin meningkat.

“Kami memohon kepada kerajaan supaya memperkenalkan gaji minimum yang baharu kepada perkhidmatan awam, walaupun kerajaan telah umum untuk laksanakan di sektor GLC dan swasta iaitu sebanyak RM1,500.

“Bagi kami, kami mahu RM1,800, walaupun kerajaan berasakan sedikit gusar dengan tuntutan ini tetapi sekurang-kurangnya hendaklah bersamaan dengan pengumuman yang telah pun Perdana Menteri umumkan kepada GLC dan swasta,” katanya. – UTUSAN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cadangan yg bagus tp tu hnya sekadar cadangan sahaja sedangkan yg diluluskan pn spt gcr x terdaya nak ditunaikan.semua kelaut.

Garry yee berkata...

Ini hanya cadangan saya, kalau boleh serapkan org lama yg gred 11 ke gred 19.. saya yakin boleh menyelesaikan masalah gaji dan mutu kerja dalam perkhidmatan awam.. untuk kemasukan seperti yg dicadangkan bermula dari gred 19 pun saya setuju.. xperlulah kita menggunakan PMR/SRP untuk mohon dalam perkhidmatan awam.. saya berharap CUEPACS perjuangkan ni semua sebab keadaan gaji basic rm1200 buat sekarang amat x relevan lagi.. sangat kecil..