SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Oktober 2016

SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN MENCETAK BUKU LAPURAN KONVENSYEN TRI-TAHUNAN CUEPACS BIL-27 SESI 2013-2016 BAGI KEGUNAAN CUEPACS NO SEBUTHARGA : BIL 4/201 ( DILANJUTKAN SEBUTHARGA)



KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]
(Pendaftaran No 195)
SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN
KERJA-KERJA BEKALAN MENCETAK BUKU LAPURAN KONVENSYEN TRI-TAHUNAN CUEPACS BIL-27  SESI 2013-2016  BAGI KEGUNAAN CUEPACS

NO SEBUTHARGA : BIL 4/2016                                                      Tarikh : 21 Oktober 2016


KEPADA :­­­
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………

Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew, Pudu
55100 Kuala Lumpur.
1.    Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

2.    Tarikh tutup sebutharga hendaklah diserahkan pada : 4 November  2016 sebelum jam 12.00 tengahari di Peti Sebutharga yang diletakkan Ibu Pejabat, Tingkat 1 Wisma CUEPACS Kuala Lumpur.

3.    Semua penender hendaklah hadir dengan sendiri bersama contoh barangan yang hendak di bekalkan, membentangkan dan seterusnya meletakkan harga tawaran dalam borang tender. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No.4/2016.

4.    Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Wisma CUEPACS Jalan Gajah, Off Jalan Yew Pudu atau suatu alamat yang akan ditentukan kelak oleh CUEPACS (Kuala Lumpur/Selangor).

5.    Penender yang Berjaya hendaklah menghantar barangan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak oleh CUEPACS sebelum konvensyen.

6.    Jawatankuasa setuju terima sebutharga tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga tertinggi, terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

7.    Sebutharga hendaklah sah selama  90 HARI selepas itu.

8.    Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.



BIL
PERKARA
KUANTITI
HARGA PUKAL (RM)
1.
BUKU LAPURAN
Specification
Cover
- 260 glossy  art paper
- full color printing front & back
- with perfect binding
- with UV lamination
Inside
- 128 glossy art paper
- Full Color
1550 unit
2.
BUKU MINIT
Spesification
Cover
- 260 glossy  art paper
- full color printing front & back
- with perfect binding
- with UV lamination
Inside
- 80 gram simili paper
- with design
1550 unit

3.
BUKU USUL-USUL
Spesification
Cover
- 260 glossy  art paper
- full color printing front & back
- with perfect binding
- with UV lamination
Inside
- 80 gram simili paper
- with design
1550 unit
4
PENYATA AKAUN
Spesification
Cover
- 260 glossy  art paper
- full color printing front & back
- with perfect binding
- with UV lamination
Inside
- 80 gram simili paper
- with design
1550 unit

JUMLAH SEBUTHARGA

 Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia ….………….....................................……………………………………………………………………………………………………………...........................................................................
Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..
 [Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].
Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 
Nama penuh pengurus                  : ……………………..........................………………….
Tandatangan dan cop pembekal  : ………………………………………...........................
Alamat                                                : ……………………………………………………….….
  .………………………………………………….………
No. Telefon                                       : …………………………………………………….…….

Tarikh                                                 : ………………………..……………………….………..

26 Oktober 2016

BAJET 2017 BERI LEBIH BANYAK PELUANG KEPADA PENJAWAT AWAM

Bernama
21/10/2016


KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini disifatkan sebagai bajet yang menyejahterakan rakyat dan memberi lebih banyak peluang kepada penjawat awam.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berkata penjawat awam terutamanya kumpulan pelaksana menerima manfaat yang besar daripada bajet kali ini.

"Keputusan kerajaan untuk memanjangkan kemudahan cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa kepada kumpulan pelaksana adalah manfaat yang besar kepada mereka kerana sebelum ini kumpulan pelaksana berhadapan dengan kekangan kewangan untuk melanjutkan pengajian mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada pembentangan Bajet 2017 itu, perdana menteri mengumumkan kemudahan cuti belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada kumpulan pelaksana.

Kemudahan tersebut sebelum ini hanya diberikan kepada penjawat awam di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional iaitu dari Gred 41 dan ke atas.

Mengenai harga Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia yang dijual pada kadar 20 peratus di bawah harga pasaran, beliau berkata langkah tersebut menjadikan harga rumah lebih terkawal.

"Melalui langkah itu, penjawat awam akan mendapat pinjaman perumahan dengan lebih mudah. Walaupun kerajaan menaikkan had kelayakan pinjaman, ia tidak membawa sebarang perubahan sekiranya harga rumah turut sama meningkat".

Kamarozaman turut menyambut baik langkah kerajaan melanjutkan perkhidmatan pegawai 'Contract of Service' dan 'Contract for Service' selama setahun yang menurutnya meredakan keresahan pegawai-pegawai kontrak yang masih belum mendapat pekerjaan lain.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata kerajaan buat pertama kalinya telah menunaikan tuntutan Cuepacs untuk memberi lebih peluang kepada kumpulan pelaksana.

"Cuepacs telah lama mencadangkan kepada kerajaan untuk memberikan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan biasiswa kepada kumpulan pelaksana dan cadangan itu telah diterima dalam bajet kali ini," katanya.

Beliau turut mengalu-alukan langkah kerajaan menaikkan had pinjaman perumahan penjawat awam dari RM120,00 kepada RM200,000 dan dari RM600,000 kepada RM750,00 yang disifatkan langkah sangat bagus kerana melaluinya para penjawat awam kini berpeluang untuk mendapatkan semula kelayakan pinjaman perumahan mereka.

Dalam pada itu, Azih turut berharap agar ketua-ketua jabatan dalam sektor perkhidmatan awam tidak membuat keputusan di luar pengumuman perdana menteri mengenai pelanjutan perkhidmatan pegawai kontrak selama setahun.

-- BERNAMA

24 Oktober 2016

BAJET 2017 SOKONG PERTUMBUHAN DALAM SUASANA SERBA MENCABAR

Bernama
23/10/2016



 Oleh Siti Hawa Othman
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Walaupun berdepan sumber yang terhad, pasti ada cara kreatif untuk mencari jalan bagi meneruskan kehidupan dan berbelanja dengan berhemat.

Begitu juga, Bajet 2017, yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, dirangka dengan memasukkan pelbagai langkah yang akan terus menyokong pertumbuhan domestik dalam suasana persekitaran global serba mencabar, bagi memastikan ekonomi terus mencatatkan pertumbuhan.

Apa yang paling penting, ia menyentuh setiap aspek kehidupan rakyat terutamanya dalam menangani keperluan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus sederhana (M40) menerusi pelbagai bantuan dan insentif.

Tidak ada kumpulan yang terlepas pandang, daripada peruntukan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada bantuan khas bagi penjawat awam, hinggalah kepada penduduk di kawasan luar bandar dengan kemudahan dinaik taraf manakala penduduk di bandar mendapat kelebihan jalur lebar "kelajuan berganda pada harga separuh".

Bajet 2017 yang bertemakan "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahterakan Kehidupan Rakyat Seluruh," menyediakan perumahan mampu milik, menambah bayaran BR1M selain memperkenalkan pelepasan cukai gaya hidup, meningkatkan saling hubungan digital dan memberi rangsangan kepada syarikat permulaan dan PKS.

Bagi pakar ekonomi United Overseas Bank (M) Bhd (UOB), Julia Goh, beliau menyifatkan bajet kali ini sebagai langkah pengimbangan sukar antara menyokong pertumbuhan, menangani jurang dasar dan menyelesaikan isu-isu struktur di samping mengekalkan fiskal berhemat.

Bagi AllianceDBS Research, peruntukan fiskal terhad dalam Bajet 2017 tidak menyediakan banyak ruang bagi dasar baharu meningkatkan pertumbuhan.

Seperti yang diumumkan, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion dalam Bajet 2017, yang mana daripada jumlah itu RM214.8 bilion akan diperuntukkan bagi perbelanjaan operasi dan RM46.0 bilion perbelanjaan pembangunan.

Hasil fiskal dijangka meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada RM219.7 bilion pada 2017 berbanding RM212.6 bilion yang dijangkakan pada 2016, disumbang terutamanya daripada kutipan cukai langsung pada 45.1 peratus.

Sumbangan berkaitan minyak dijangka berkurangan kepada 13.8 peratus daripada 14.6 peratus pada 2016 manakala sumbangan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diunjur sebanyak RM40 bilion berbanding RM38.5 bilion yang diunjurkan tahun ini, akan membentuk 18.2 peratus daripada jumlah hasil.

Seterusnya, defisit fiskal kerajaan yang dijangka lebih tinggi pada RM40.3 bilion tahun depan akan menyumbang bagi 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding unjuran RM38.7 bilion pada 2016 (3.1 peratus).

Bagi AllianceDBS Research, pertumbuhan KDNK sebenar pada 2017 perlu sekurang-kurangnya 4.6 peratus bagi memastikan sasaran defisit dapat dicapai.

Bagaimanapun, bagi Hanifah Hashim, Pengarah Eksekutif di Franklin Templeton Investments, beliau berkata Malaysia terus menunjukkan disiplin fiskal.

Ia dilakukan dengan mengurangkan secara beransur-ansur defisit fiskalnya sejak krisis kewangan global hingga sekarang, melaksanakan pelbagai langkah memeritkan seperti memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan, mengurangkan subsidi bahan api serta mempelbagaikan ekonomi, katanya.

Sementara itu, dilaporkan bahawa perbelanjaan subsidi akan turun kepada sekitar 1.7 peratus daripada KDNK pada 2017 daripada paras 4.5 peratus pada 2012.

Keseluruhannya, ini merupakan Bajet berhati-hati dan walaupun sesetengah langkah mungkin tidak popular, namun orang yang memerlukannya mungkin bersyukur menerimanya.

Apa juga yang dikatakan dan dilakukan, rakyat terus menjadi fokus utama dan semua usaha ditumpukan ke arah kesejahteraan mereka.

-- BERNAMA

22 Oktober 2016

PENJAWAT AWAM PERLU BERTERIMA KASIH

Berita Harian 
21/10/2016
Oleh Nazura Ngah;
Mohd Anwar Patho Rohman dan
Luqman Arif Abdul Karim




KUALA LUMPUR: Walaupun berada dalam keadaan sukar, kerajaan masih mampu memenuhi sebahagian permintaan dikemukakan CUEPACS termasuk memberi sagu hati RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam kata Presidennya, Datuk Azih Muda. Justeru, beliau berharap penjawat awam berterima kasih dengan insentif dan peruntukan disediakan kepada mereka seperti yang terkandung dalam Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, petang tadi. "Secara keseluruhan, CUEPACS berterima kasih kepada kerajaan dengan Bajet 2017. Maka, kita berharap seluruh penjawat awam juga begitu kerana dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan sukar, kerajaan tetap tidak lupa kepada penjawat awam yang sentiasa memberikan perkhidmatan kepada kerajaan serta rakyat. "Penjawat awam perlu sedar jika kerajaan berkemampuan, kerajaan akan sumbang lebih kepada kita, maka kita perlu terima hakikat ini dan berterima kasih," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Azih berkata, CUEPACS mengalu-alukan langkah kerajaan mewujudkan gred baharu khusus untuk doktor pakar dan pakar pergigian iaitu Gred 56 dan kemudahan cuti bergaji penuh ketika menyambung pengajian peringkat tinggi.

BAJET 2017 BERI LEBIH BANYAK PELUANG KEPADA PENJAWAT AWAM


Bernama
21/10/2016



KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini disifatkan sebagai bajet yang menyejahterakan rakyat dan memberi lebih banyak peluang kepada penjawat awam.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berkata penjawat awam terutamanya kumpulan pelaksana menerima manfaat yang besar daripada bajet kali ini.

"Keputusan kerajaan untuk memanjangkan kemudahan cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa kepada kumpulan pelaksana adalah manfaat yang besar kepada mereka kerana sebelum ini kumpulan pelaksana berhadapan dengan kekangan kewangan untuk melanjutkan pengajian mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada pembentangan Bajet 2017 itu, perdana menteri mengumumkan kemudahan cuti belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada kumpulan pelaksana.

Kemudahan tersebut sebelum ini hanya diberikan kepada penjawat awam di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional iaitu dari Gred 41 dan ke atas.

Mengenai harga Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia yang dijual pada kadar 20 peratus di bawah harga pasaran, beliau berkata langkah tersebut menjadikan harga rumah lebih terkawal.

"Melalui langkah itu, penjawat awam akan mendapat pinjaman perumahan dengan lebih mudah. Walaupun kerajaan menaikkan had kelayakan pinjaman, ia tidak membawa sebarang perubahan sekiranya harga rumah turut sama meningkat".

Kamarozaman turut menyambut baik langkah kerajaan melanjutkan perkhidmatan pegawai 'Contract of Service' dan 'Contract for Service' selama setahun yang menurutnya meredakan keresahan pegawai-pegawai kontrak yang masih belum mendapat pekerjaan lain.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata kerajaan buat pertama kalinya telah menunaikan tuntutan Cuepacs untuk memberi lebih peluang kepada kumpulan pelaksana.

"Cuepacs telah lama mencadangkan kepada kerajaan untuk memberikan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan biasiswa kepada kumpulan pelaksana dan cadangan itu telah diterima dalam bajet kali ini," katanya.

Beliau turut mengalu-alukan langkah kerajaan menaikkan had pinjaman perumahan penjawat awam dari RM120,00 kepada RM200,000 dan dari RM600,000 kepada RM750,00 yang disifatkan langkah sangat bagus kerana melaluinya para penjawat awam kini berpeluang untuk mendapatkan semula kelayakan pinjaman perumahan mereka.

Dalam pada itu, Azih turut berharap agar ketua-ketua jabatan dalam sektor perkhidmatan awam tidak membuat keputusan di luar pengumuman perdana menteri mengenai pelanjutan perkhidmatan pegawai kontrak selama setahun.

-- BERNAMA

15 Oktober 2016

KUASA ANGGOTA AGENSI PENGUAT KUASA PERLU DIPERLUAS - CUEPACS

Bernama
14/10/2016


KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan memperluaskan kuasa agensi penguat kuasa bagi membolehkan anggotanya menjalankan tugas dengan lebih berkesan selain membela nasib mereka.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata Jabatan Peguam Negara perlu menyemak semula undang-undang sedia ada bagi meningkatkan lagi kuasa anggota penguat kuasa.

Azih berkata pihaknya mendapati undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk mempertahankan keselamatan anggota ketika mereka menjalankan tugas yang boleh mendatangkan risiko kepada nyawa mereka.....

14 Oktober 2016

UMUR PERSARAAN 60 TAHUN KEKAL -KSN

Bernama
13/10/2016


SERDANG, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun ketika ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau menegaskan bahawa umur persaraan semasa yang diperkenalkan pada tahun 2012 sudah memadai di Malaysia dan akan kekal untuk tempoh yang lama.

"Bagi penjawat awam, 60 tahun sudah cukup lama," katanya pada sesi soal jawab pada CEO@Faculty Programme di Universiti Putra Malaysia di sini Khamis, mengenai sama ada kerajaan bercadang melanjutkan umur persaraan penjawat awam.....

13 Oktober 2016

WAKTU KERJA PENJAWAT AWAM KEKAL SEPERTI SEKARANG

Bernama
11/10/2016



Ali Hamsa bersama Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Puan Sri Rohani Abdullah melihat poster 'Hentikan Keganasan Terhadap Wanita' selepas majlis Persidangan Tahunan 'Agama: Menyemai kasih di dunia, menuai cinta di Syurga' di Dewan Seri Endon Puspanita Puri
PUTRAJAYA, 11 Okt (Bernama) -- Waktu kerja bagi penjawat awam kekal seperti sekarang, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berhubung cadangan waktu bekerja selama enam jam sehari bagi perkhidmatan awam.
Beliau berkata cadangan bekerja enam jam sehari yang dikemukakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu sudah dikaji dan didapati mungkin mempunyai risiko 'menjejaskan' perkhidmatan awam.

Katanya penekanan dalam perkhidmatan awam sekarang ialah untuk peningkatan produktiviti.

"Selepas kajian itu (dibuat), waktu kerja kekal seperti sekarang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Tahunan Agama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di sini hari ini.

Waktu bekerja bagi perkhidmatan awam sekarang adalah sembilan jam sehari.

Ali dalam pada itu mengumumkan gred bagi Allahyarham Anisah Ali, pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang terkorban ketika bertugas setelah kenderaan dinaikinya dirempuh kenderaan 'tonto', dinaikkan dari gred 22 ke gred 26.

"Kerajaan telah uruskan kenaikan gred Allahyarham secara posthumous. Oleh itu waris Allahyarham akan dapat ganjaran mengikut gred yang baharu," katanya berhubung saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kerajaan mempertimbangkan gred lebih tinggi untuk Anisah.

Mangsa meninggal dunia pada Ahad akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus selepas dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam pada itu, Ali turut memaklumkan bahawa syarat supaya projek kerajaan yang bernilai RM500 juta ke atas di peringkat pusat sehingga pihak berkuasa tempatan perlu melibatkan penyertaan Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudahpun berkuat kuasa.

Beliau berkata cadangan tersebut sudah mendapat persetujuan perdana menteri, ketua audit negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Cadangan tersebut memang telah dipersetujui semua pihak. Dan sekarang ia akan terus dilaksanakan," katanya.

Ali pada minggu lepas mencadangkan supaya projek kerajaan bernilai RM500 juta dan ke atas perlu melibatkan penyertaan ketua audit negara dan SPRM bagi membanteras penyelewengan dan rasuah.

Mekanisme sama iaitu penglibatan ketua audit negara dan SPRM pernah dilaksanakan dalam projek mega seperti Projek Aliran Transit Massa (MRT) sebelum ini untuk mengelakkan ketirisan dan penyelewengan dan terbukti berkesan.

Pada majlis hari ini, Ali yang merupakan penasihat Puspanita menyampaikan sumbangan Puspanita berjumlah RM130,000 kepada 41 buah pusat aktiviti warga emas di seluruh negara, lima buah sekolah menengah, empat buah sekolah rendah yang mempunyai kelas pendidikan khas di Putrajaya serta pelajar-pelajar Kelas Mengaji Al-Quran Kanak-Kanak Istimewa Puspanita.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah isteri Ali, Puan Sri Rohani Abdullah yang merupakan Yang Dipertua Puspanita.

-- BERNAMA

10 Oktober 2016

CUEPACS SARAN NAIK GRED PEGAWAI KASTAM MAUT DILANGGAR TONTO

Bernama
10/10/2016


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan pertimbang mengurniakan gred yang lebih tinggi kepada pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang meninggal dunia semalam.
Presiden Cuepacs Azih Muda berkata Allahyarhamah Anisah Ali, 54, semasa bertugas adalah anggota perkhidmatan awam yang bergred 22.

"Atas khidmat bakti dan dedikasi Allahyarhamah semasa menjalankan tugas, sewajarnya gred Allahyarhamah dinaikkan daripada gred 22 kepada gred 26.....

CUEPACS HARAP JABATAN DIETETIK TIDAK DISWASTAKAN

Bernama
10/10/2016


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap sebarang cadangan untuk menswastakan jabatan dietetik dan sajian di hospital kerajaan tidak akan dilaksanakan.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata terdapat desas-desus cadangan itu, dan jika ia dilaksanakan, ia akan memberi kesan kepada kebajikan lebih 2,000 pembantu penyediaan makanan dan pegawai dietetik di hospital kerajaan seluruh negara.

"Cuepacs bimbang suatu hari nanti sekiranya dasar penswastaan itu dilakukan, dapur-dapur di hospital kerajaan yang menyediakan makanan untuk pesakit akan diuruskan oleh pekerja asing.....

09 Oktober 2016

CUEPACS GESA PERCEPATKAN SEMAKAN DASAR PERUMAHAN NEGARA

Berita Harian
9/10/2016
Oleh Nor Amalina Alias
bhkb@bh.com.my




KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan mempercepatkan semakan terhadap dasar perumahan negara bagi memudahkan penjawat awam memiliki kediaman.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata kerajaan perlu melihat semula kaedah pembelian rumah kediaman yang diguna pakai ketika ini, terutamanya penjawat awam gred B40 dan M40. Beliau berkata, pihaknya juga memberi cadangan supaya kerajaan menubuhkan satu tabung khas bagi membiayai pembeli rumah yang berpendapatan rendah.

"Difahamkan di Kelantan saja, rumah teres sudah mencecah harga RM400,000, kita harap kerajaan percepatkan masa untuk semak dasar perumahan negara kerana kita bimbang penjawat awam tidak mempunyai rumah," katanya ketika ditemui dalam sidang media di Program Sesi Dialog di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi CUEPACS Kelantan, Izuddin Ab Rashid dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Wan Muhamad Sabri Wan Harun. Azih berkata, pihaknya terus komited membawa kebajikan penjawat awam melalui cadangan pembiayaan insurans penjawat awam kepada kerajaan dari masa ke semasa sehingga diluluskan. Pada masa sama, Azih meminta penjawat awam khususnya yang bekerja dalam bidang penguatkuasaan dilindungi insurans sebagai jaminan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini terutamanya ketika menjalankan tugas.

Katanya, ketika ini penjawat awam berjawatan tetap tidak dilindungi sebarang skim perlindungan kecuali insurans peribadi yang diambil sendiri. "Sekarang ini mereka hanya ada pencen, kita minta fikirkan inisiatif untuk diperkenalkan kerajaan kepada semua anggota yang jalankan tugas tapi berdepan risiko musibah dan malapetaka," katanya.


JANGAN ANGGAP SEMUA PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH HANYA KERANA SEGELINTIR INDIVIDU - KSN


Tan Sri Dr Ali Hamsa (Gambar fail Bernama)

Bernama
9/10/2016



PUTRAJAYA, 9 Okt (Bernama) -- Masyarakat tidak sepatutnya menganggap semua 1.16 juta penjawat awam terlibat dengan kegiatan rasuah hanya kerana tindakan segelintir individu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Merujuk kepada penahanan seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, beliau berkata ia adalah kes terpencil dan hampir semua penjawat yang lain mempunyai integriti.

Katanya kerajaan sentiasa mengadakan program untuk meningkatkan integriti pegawai sejak mereka dilantik dalam perkhidmatan dan sentiasa diberikan peringatan sama ada di peringkat atasan mahupun gred yang paling rendah.

"Kita ada 1.16 juta penjawat awam yang hampir semuanya adalah pegawai berintegriti, janganlah kita samakan tangkapan ini sebagai implikasi keseluruhan kepada penjawat awam," katanya kepada pemberita pada Seminar Pendidikan Generasi Muda: Teknik-teknik Menjawab Soalan Peperiksaan, di sini hari ini.

Pada Rabu lepas, SPRM merampas RM114.5 juta daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, yang merupakan kes terbesar dalam sejarah SPRM.

Mengulas mengenai seminar anjuran Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (Puspanita) itu, Ali berkata seminar itu melibatkan 350 pelajar dari sekitar Putrajaya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada majlis itu, Puspanita turut menyampaikan sumbangan RM2,000 setiap sebuah sekolah kepada 25 sekolah di sini untuk membeli peralatan sukan, sempena Hari Sukan Negara 2016 yang disambut semalam.

-- BERNAMA

CUEPACS MINTA KERAJAAN SEMAK SEMULA DASAR PERUMAHAN NEGARA

Bernama
9/10/2016


KOTA BHARU, 9 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Pekhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menyemak semula Dasar Perumahan Negara (DPN) bagi membolehkan penjawat awam kumpulan 40 peratus terendah (B40) dan 40 peratus sederhana (M40) memiliki rumah sendiri.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata golongan tersebut perlu dibantu berikutan taraf hidup yang makin meningkat dan harga rumah yang mahal sehingga mencecah RM400,000 bagi sebuah rumah teres di Kelantan.

"Kami harap kepayahan dialami penjawat awam ini mendapat perhatian kerajaan dan semakan semula dasar dapat disegerakan.....

07 Oktober 2016

PENGGODAM LETAK GAMBAR BONUS PALSU- CUEPACS

Berta Harian
6/10/2016
oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bh.com.my


KUALA LUMPUR: CUEPACS mengesahkan laman web rasmi kesatuan itu diceroboh pihak tidak bertanggungjawab petang semalam sehingga menyebabkan tersebar gambar menyatakan kononnya penjawat awam akan menerima bonus pada November ini. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata pihaknya kesal dengan pencerobohan laman web itu dan menganggap ia sebagai satu tindakan untuk melaga-lagakan CUEPACS dan kerajaan.
"Kami menyedari perkara itu petang semalam dan sudah meminta pengendali laman web membuang gambar berkenaan dengan segera tetapi ia begitu cepat tersebar. Ia adalah gambar palsu. "Saya menganggap perbuatan ini sebagai satu usaha pihak tertentu yang mahu sabotaj kami untuk menggagalkan tuntutan bonus pada kerajaan. Ia juga bertujuan mencetus kemarahan kerajaan terhadap CUEPACS.

Kami kesal dengan apa yang berlaku," katanya kepada BH, sebentar tadi. Azih berkata, pihaknya tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana tidak mahu ia menjadi kes berpanjangan. Katanya, CUEPACS hanya berharap tuntutan mereka agar diberikan bonus dua bulan gaji dipertimbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kami meminta penjawat awam bersabar. Beri peluang kepada Perdana Menteri membentangkan keputusannya pada Bajet 2017 pada 21 September ini. "Kita yakin Perdana Menteri memahami masalah dihadapi penjawat awam dan permintaan kami itu tidak begitu keterlaluan. Kami fikir kerajaan berkemampuan memenuhi tuntutan CUEPACS," katanya.


06 Oktober 2016

CUEPACS KEKAL TUNTUTAN BONUS 2 BULAN

Berita Harian
5/10/2016
Oleh Azman Mahmood
bhkb@bh.com.my




KOTA BHARU: CUEPACS mengekalkan tuntutan dua bulan bonus kepada 1.6 juta penjawat
awam akhir tahun ini. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata tuntutan itu adalah relevan dengan keadaan semasa yang menyaksikan kenaikan pelbagai harga barangan. Beliau berkata, tuntutan itu dianggap tidak keterlaluan kerana ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membayar bonus pekerja antara lima hingga tujuh bulan.

"Walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kerajaan perlu menimbang memberi bonus seperti diminta," katanya pada sidang media selepas majlis Penerangan isu semasa penjawat awam bersama kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini, hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi CUEPACS Kelantan Izuddin Ab Rasid; Presiden Kesatuan Kakitangan KADA, Mohd Rodi Nor; dan Timbalan Pengurus Besar KADA, Nik Roslan Idris. Azih berkata, angka dua bulan itu relevan pada masa ini dan CUEPACS tidak akan mengguna pendekatan ugutan atau tekanan terhadap kerajaan.

"Kerajaan memahami apa yang dialami penjawat awam terutama kakitangan kumpulan B40 dan M40 yang tertekan dengan kos sara hidup," katanya.


BAJET 2017 : CUEPACS GESA INISIATIF LEBIH BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM

Bernama
5/10/2016

KOTA BHARU, 5 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menyediakan beberapa inisiatif dan peruntukan dalam Bajet 2017 yang dapat menjaga kebajikan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah.
"Bagi Bajet 2017, kami berharap kerajaan memastikan penjawat awam berpendapatan rendah diberi bantuan...selain itu, tiada subsidi ditarik balik dan memberi bonus dua bulan kepada penjawat awam," kata presidennya, Datuk Azih Muda.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Penerangan Isu-Isu Semasa Penjawat Awam di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini, hari ini.....