SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Oktober 2016

JANGAN ANGGAP SEMUA PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH HANYA KERANA SEGELINTIR INDIVIDU - KSN


Tan Sri Dr Ali Hamsa (Gambar fail Bernama)

Bernama
9/10/2016



PUTRAJAYA, 9 Okt (Bernama) -- Masyarakat tidak sepatutnya menganggap semua 1.16 juta penjawat awam terlibat dengan kegiatan rasuah hanya kerana tindakan segelintir individu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Merujuk kepada penahanan seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, beliau berkata ia adalah kes terpencil dan hampir semua penjawat yang lain mempunyai integriti.

Katanya kerajaan sentiasa mengadakan program untuk meningkatkan integriti pegawai sejak mereka dilantik dalam perkhidmatan dan sentiasa diberikan peringatan sama ada di peringkat atasan mahupun gred yang paling rendah.

"Kita ada 1.16 juta penjawat awam yang hampir semuanya adalah pegawai berintegriti, janganlah kita samakan tangkapan ini sebagai implikasi keseluruhan kepada penjawat awam," katanya kepada pemberita pada Seminar Pendidikan Generasi Muda: Teknik-teknik Menjawab Soalan Peperiksaan, di sini hari ini.

Pada Rabu lepas, SPRM merampas RM114.5 juta daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, yang merupakan kes terbesar dalam sejarah SPRM.

Mengulas mengenai seminar anjuran Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (Puspanita) itu, Ali berkata seminar itu melibatkan 350 pelajar dari sekitar Putrajaya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada majlis itu, Puspanita turut menyampaikan sumbangan RM2,000 setiap sebuah sekolah kepada 25 sekolah di sini untuk membeli peralatan sukan, sempena Hari Sukan Negara 2016 yang disambut semalam.

-- BERNAMA

1 ulasan:

annammalai berkata...

Kalau setakat gaji tahunan naik RM 80 saje bg gred rendah... mmg jln belakang le yg dicari... yg pengarah kenaikan tahunan ribu ribuan dan ratus ratusan pun main jln belakang.... inikan yg rendah2 kn... dpt ikan sekilo n beras sekampit pn jd la dari x leh pe2... gaji gred rendah nk simpan 1 sen pn x leh... tp nk ajar rakyat berjimat cermat... kalau harga barang padan ngan gaji x pa la... ni harga barang lbh pada gaji... x masuk cukai jalan lagi... bayar sekali habis gaji sebulan... mmg eat rasuah le jwbnye.. x kira lg ngan puak2 pengarah yg dh berada tp nk lbh berada ada... apa nk jd... knyataannya di malaysia... org kaya bertambh kaya kerana kuasa dunia, org miskin bertambah miskin kerana penindasan org yg berkuasa... fikir2kn lah.... cuba bayangkan seorang pekerja gred rendah hanya dpt rm 1500 Sebulan... sampai tengah bulan habis semua gaji nya dengan memikirkn makan minum anak isteri, pendidikan anak2, keperluan sampingan lain... pe yg harus dia lakukan... makan rasuah la jawapan dia... kaya n terus kaya... gaji rm 5000 pn x cukup... tmbh la gaji rm 1500... !sy berharap TAN SERI KSN dapat membacanya... mmg rezeki manusia tak sama... tp ditambah dgn dasar gaji yg tidak memadai dgn keadaan akan bertambah azab utk golongan rendah... cakap nk jd negara maju tp rakyat makin susah.... x guna maju hanya dgn bangunan yg tinggi2 n pujian... tp majulah dgn rakyatnya yg berintegriti n tidak merasa susah d negara sendiri...