SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

06 Oktober 2016

CUEPACS KEKAL TUNTUTAN BONUS 2 BULAN

Berita Harian
5/10/2016
Oleh Azman Mahmood
bhkb@bh.com.my




KOTA BHARU: CUEPACS mengekalkan tuntutan dua bulan bonus kepada 1.6 juta penjawat
awam akhir tahun ini. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata tuntutan itu adalah relevan dengan keadaan semasa yang menyaksikan kenaikan pelbagai harga barangan. Beliau berkata, tuntutan itu dianggap tidak keterlaluan kerana ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membayar bonus pekerja antara lima hingga tujuh bulan.

"Walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kerajaan perlu menimbang memberi bonus seperti diminta," katanya pada sidang media selepas majlis Penerangan isu semasa penjawat awam bersama kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini, hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi CUEPACS Kelantan Izuddin Ab Rasid; Presiden Kesatuan Kakitangan KADA, Mohd Rodi Nor; dan Timbalan Pengurus Besar KADA, Nik Roslan Idris. Azih berkata, angka dua bulan itu relevan pada masa ini dan CUEPACS tidak akan mengguna pendekatan ugutan atau tekanan terhadap kerajaan.

"Kerajaan memahami apa yang dialami penjawat awam terutama kakitangan kumpulan B40 dan M40 yang tertekan dengan kos sara hidup," katanya.


19 ulasan:

Made in Pahang berkata...

Emmm...ok

Khairul Haizal berkata...

Kerajaan kekal keputusan untuk mengkaji & mempertimbangkan tuntutan Ceupacs berkenaan pemberian bonus 2 bulan... Keadaan ekonomi tidak menentu disebabkan faktor harga minyak yang jatuh teruk.. Ceupacs ni la dah tentu-tentu itu la jawapan yg kerajaan akan bagi tahu... Ceupacs ni minta mcm2 semuanya tak pernah dapat... Tak percaya tengok la masa bajet 2017 nanti... Saya rasa semua PA di M'sia ni awal2 lagi dah tahu memang sah-sah yang kerajaan tak akan bagi bonus yang Ceupacs dok cakap tu... Sebabnya Ceupacs ni tak tegas didalam sesuatu tuntutan yang dimohon.. Jadi, kerajaan pun senang-senang la nak memperkotak katik kan Ceupacs ni mcm macai je... Wahai orang2 di Ceupacs ni fikir-fikirkanla... Angan-angan mat jenin Ceupacs... Wa ha ha ha ha... Key Pad Lock..

azmanmankaya berkata...

Dah berapa kali...dah berapa tahun...perkara yang sama kopek buat....jawapan yang sama daripada kerajaan.wahai kopek....fikirlah di luar kotak. jangan hanya statik dengan 1 idea sahaja. setiap kali nak raya, setiap kali nak budget, setiap kali awal tahun. perkara yang sama di minta dan jawapan yang sama juga diberikan. Entah bangang ke bengap kopek ni...fikir2 lah ye...nampak gah macam buat kerja tapi habuk pun taraaaaakkkk.....

naim berkata...

aku rasa najib akan bagi 500 satu bonus tetap dari najib..najib 500

ezam md berkata...

Sembang jer bole laa wahai kopekkk...

ezam md berkata...

Sembang jer bole laa wahai kopekkk...

annammalai berkata...

I love PM.... terlalu bijak PM mentadbir negara.... tiada tandingan lagi.... sampai kiamat amat releven utk agama, bangsa dan negara....

mohamad ali berkata...

Patut kerajaan beri kekuatan kepada ceupacs dengan memenuhi tuntutan 2 bulan bonus beserta tambahan elaun untuk kumpulan gred 40 dan kebawah. Jika ini berlaku sudah pasti 1.5 juta PA beserta dengan keluarga mereka (mungkin seramai lebih 7 juta orang) akan turut menikmati hasil dari pemberian kerajaan ini. Ini juga akan memberi kesan positif kepada pasaran domestic. Ia juga boleh menstabilkan sosio-politik di Malaysia. Kegagalan kerajaan memenuhi keperluan PA tersebut akan menyebabkan PA terpaksa bekerja lebih keras untuk menangani keadaan semasa.

Mohamad Ali bin Abdullah

mohamad ali berkata...

Patut kerajaan beri kekuatan kepada ceupacs dengan memenuhi tuntutan 2 bulan bonus beserta tambahan elaun untuk kumpulan gred 40 dan kebawah. Jika ini berlaku sudah pasti 1.5 juta PA beserta dengan keluarga mereka (mungkin seramai lebih 7 juta orang) akan turut menikmati hasil dari pemberian kerajaan ini. Ini juga akan memberi kesan positif kepada pasaran domestic. Ia juga boleh menstabilkan sosio-politik di Malaysia. Kegagalan kerajaan memenuhi keperluan PA tersebut akan menyebabkan PA terpaksa bekerja lebih keras untuk menangani keadaan semasa.

Mohamad Ali bin Abdullah

Mr_one87 Wan berkata...

betul3

Mr_one87 Wan berkata...

betul3

zul karnain berkata...

Rasanya sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan permintaan bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji bagi kakitangan awam gred 29 kebawah dan kakitangan awam gred 29 ke atas sebanyak setengah bulan gaji.Mgkin cadangan ini tidak terlalu berat bagi kerajaan dan ianya sudah beberapa tahun tidak diberikan bonus yang sempurna.Sekiranya ada pengumuman bonus oleh kerajaan nanti,kami golongan kakitangan awam peringkat bawahan amat menyanjung setinggi- tinggi tahniah atas keperihatian yang di berikan.Andai kata bonus yang diberikan tidak seperti yang kami fikirkan,kami juga berterima kasih dan berharap bajet pada tahun-tahun yang akan datang akan di pertimbangkan dengan bayaran yang sewajarnya.

zul karnain berkata...

Salam semua,untuk makluman bonus sebanyak rm 500 akan diberi pada awal bulan januari 2017.Semoga semua penjawat awam tabah dan menerima keputusan ini dgn penuh keinsafan.

Panda Michy berkata...

Wow!!!! banyak tu....boleh la bayar cukai pendapatan tahun ni...emmm dalam RM1500 je..

Awi berkata...

BKA1M rm500 (Bantuan Kakitangan Awam 1Malaysia) tiada bonus..

Awi berkata...

Macam biasa Leee.

kerapu stim berkata...

Yey ada bonus!! Bonus 1 bulan gaji.Gaji zaman 80an. Bravo.

syafiq roslan berkata...

Sebenarnya yg PA tuntut bukan BONUS tapi GAJI...sebab SETAHUN ada 52 Minggu...SETAHUN ada 12 Bulan...12 Bulan ada 48 MINGGU..jadi PA kerja satu bulan FREE...jadi Kerajaan zaman TUN bagi BONUS satu Bulan Gaji tu dah Betul...cuma setakat la ni yg jd tak betul...cuba Fikir...sebab tu di negara-negara maju gaji di BAYAR mengikut MINGGU bukannya bulan...

PAk JUSTAN DI BATANG berkata...

Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL