SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Februari 2012

CIVIL SERVANTS' GATHERING ON MARCH 19

The Star
Tuesday February 28, 2012



PETALING JAYA: The gathering of civil servants where the Prime Minister is expected to announce the Government’s decision on the Public Service New Remuneration Scheme (SBPA) has been postponed to March 19.

Cuepacs president Datuk Omar Osman said the gathering, organised by the congress, has been pushed back to a later date as Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak could not make it on March 12, the initial date.

He added that Cuepacs would discuss with officers from Najib’s office today about the programme for the gathering.

Omar said yesterday that the Prime Minister might announce the Government’s response to their proposed review of SBPA, including reviewing the maximum salary scale and the grade structures as well as the salary increase of between 7% and 13% at the gathering.

“About 15,000 civil servants are expected to turn up for the event at Stadium Putra, Bukit Jalil,” he said.

On Feb 23, it was reported in a Malay daily that nine senior officers from Cuepacs met the Prime Minister to convey the feedback they received after travelling around the country.

Cuepacs had voiced its disapproval pertaining to the implementation of SPBA, originally due on Jan 1, leading to the setting up of a special task force to recommend changes to the scheme.

26 Februari 2012

GURU SKIM SSM DIMINTA TUNGGU PENGUMUMAN

Berita harian
26/2/2012




2012/02/25 BATU PAHAT: Keputusan kenaikan pangkat guru yang dinilai mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) bergantung kepada pengumuman penting yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam tempoh terdekat.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, golongan guru yang menantikan keputusan kenaikan pangkat diminta bersabar sehingga pengumuman itu dibuat. “Lebih baik kita tunggu hasil perbincangan antara CUEPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)... seperti kita maklum satu pengumuman penting akan dilakukan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat ini. “Jika merujuk kenyataan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman semalam (kelmarin), sesuatu yang menggembirakan akan diumum Perdana Menteri tidak lama lagi.

“Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng juga salah seorang pimpinan CUEPACS dan saya yakin perkara ini ada dibangkitkan dalam perbincangan bersama JPA... jadi kita tunggu hasilnya,” katanya selepas merasmikan Karnival TM Gegar, di Dataran Penggaram, di sini, semalam.

Kelmarin, Berita Harian melaporkan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pelajaran mengesah terlebih dulu kenaikan pangkat yang sudah dinilai mengikut SSM sebelum menguatkuasakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

KGMMB mendakwa sejumlah jawatan kanan masih belum mendapat pengesahan kementerian walaupun penilaian, temu duga dan pembentangan sudah dilaksanakan pada Jun dan Julai tahun lalu.

24 Februari 2012

NAJIB BAKAL BUAT PENGUMUMAN YANG ADIL DAN SAKSAMA BAGI PENJAWAT AWAM

Bernama
24/2/2012



PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan 45 minit dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.

Omar berkata Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.

Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan.

-- BERNAMA

PM BUAT KEPUTUSAN ADIL DALAM MASA TERDEKAT

Utusan Malaysia
24/2/2012




PUTRAJAYA 23 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan satu keputusan yang adil dan saksama untuk semua penjawat awam dalam tempoh terdekat.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, keputusan tersebut melibatkan keseluruhan penjawat awam serta soal soal pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

''Kita tunggu (sama ada ia menggembirakan atau tidak). Kita belum tahu keputusan itu tetapi telah diberi gambaran dan kita rasa ia merupakan gambaran yang jelas dan baik.

''Tidak kira apa jua pengumuman itu, kita menghormati keputusan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan selama 45 minit dengan Najib di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Selain Perdana Menteri, pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan sembilan pemimpin tertinggi CUEPACS.

Semalam, Omar dilaporkan berkata, CUEPACS menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji 1.3 juta penjawat awam dari gred 1 hingga gred 54 antara RM700 hingga RM2,500.

Menggambarkan pertemuan hari ini sebagai harmoni dan ceria, Omar berkata, perbincangan dengan Najib itu bagaimanapun tidak menyentuh beberapa tuntutan CUEPACS termasuk berkaitan kenaikan gaji.

''Pertemuan ini dijalankan bagi menyampaikan maklum balas penjawat awam mengenai SBPA. Kita tidak membentangkan hasil bengkel termasuk mengenai tuntutan kenaikan gaji.

''Kerja-kerja petugas khas bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai SBPA juga belum selesai," katanya.

Dalam pada itu, Omar memberitahu, satu perhimpunan penjawat awam besar-besaran melibatkan 15,000 orang termasuk dari Sabah dan Sarawak akan diadakan di Stadium Bukit Jalil di ibu negara.

''Perhimpunan ini akan turut dihadiri Perdana Menteri dan pihak CUEPACS mencadangkan ia diadakan pada 12 Mac, perkara ini akan ditujukan kepada pihak KSN untuk pengesahan tarikh," katanya.

Sementara itu, Omar berkata, Najib pada pertemuan hari ini telah melahirkan sokongan terhadap penubuhan Kelab Pesara Kumpulan Pelaksana yang baru ditubuhkan.

''Satu perhimpunan oleh ahli kelab akan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana, tarikhnya belum ditentukan," katanya.

SBPA: PENGUMUMAN PENTING NAJIB 12 MAC?

Sinar Harian
23 Februari 2012



PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan

Najib Tun Razak

itu.

Omar berkata, Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi
kebaikan penjawat awam.

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.

Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan. - Bernama

23 Februari 2012

CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700 - RM2,500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54

Berita Harian
23/2/2012


PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54
(RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap
maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan
selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan
gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun
lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar
tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap
Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah
lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa
berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji,
sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang
di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam
SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai
rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs
lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan
jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan
gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan
disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu
ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-- BERNAMA

PPKM TERSINGGUNG KENYATAAN KUPEKMAS

Berita Harian
23/2/2012



KUALA LUMPUR: Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) semalam menyuarakan rasa tersinggung terhadap kenyataan Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) berhubung tiada badan khas yang menjaga kebajikan kira-kira 500,000 pesara.
2012/02/23Kerajaan Malaysia (PPKM) semalam menyuarakan rasa tersinggung terhadap kenyataan Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) berhubung tiada badan khas yang menjaga kebajikan kira-kira 500,000 pesara.

Presidennya, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh, berkata PPKM sebenarnya sudah lebih 40 tahun membela nasib kira-kira 600,000 pesara sejak 1972 dan sudah banyak membantu memperjuangkan hak mereka seperti pengiraan pencen mengikut formula berasaskan kepada tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun bagi semua pesara berkuat kuasa 1 Januari 2009. “Antara lain termasuklah pencen terbitan dibayar 100 peratus kepada ahli keluarga, pemberian pencen terbitan kepada balu pesara yang dikahwini selepas persaraan selama 20 tahun daripada tarikh persaraan dan pemberian pencen minimum RM720 sebulan bagi pesara sudah berkhidmat tidak kurang 25 tahun mulai tempoh sama. “Kemudahan lain yang diperoleh ialah wad percuma di hospital bagi pesara dan pemberian wang ihsan dua kali sebanyak RM500 setiap pemberian tahun lalu.

“Selain itu, ia juga membabitkan penyelarasan pencen sebanyak 7 hingga 13 peratus kepada pesara apabila kerajaan melaksanakan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu dan kenaikan pencen pada kadar dua peratus setahun mulai tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Semalam akhbar melaporkan sekumpulan bekas pemimpin CUEPACS dan kesatuan gabungannya menubuhkan KUPEKMAS untuk menyatukan orang Melayu dan menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaksanakan dasar transformasi.

CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700-RM2,500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54

Bernama
23/2/2012



PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini Rabu.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.



-- BERNAMA

22 Februari 2012

JIKA ISU INI TAK SELESAI, JANGAN HARAP PRU-13 BOLEH DIADAKAN...

Utusan Malaysia

ISU ini amat sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu ladang lembu dan lain-lain. Jika isu ini tidak selesai, jangan diharap pilihan raya boleh diadakan.

Ia membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, yang kesemuanya, termasuk keluarga mereka layak mengundi. Ingat lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat peon, begitu marah kerana dihina.

Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya.

Dalam hal ini Perdana Menteri sememangnya cukup sedar. Satu tindakan cepat sedang diambilnya. Memang PM sendiri tahu jika isu ini tidak selesai maka Pilihan Raya Umum Ke-13 ini tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, YAB PM telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji duduk berbincang dengan Cuepacs mengenai hal ini, setelah Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sendiri mengamuk.

Setakat ini sudah tiga kali task force ini berbincang. Hari ini sekali lagi rundingan akan dilangsungkan. Kali ini ia akan membabitkan cadangan lima perkara daripada Cuepacs sendiri. Omar akan mengetuai perbincangan itu bagi pihak kesatuan tersebut dengan wakil-wakil dari JPA, Pejabat Peguam Negara, Perbendaharaan dan agensi-agensi lain.

‘‘Kita mahu rundingan ini diselesaikan sebelum 30 Mac ini,” kata Omar kepada saya semalam.

Omar seperti biasa cukup bertenaga. Cakapnya juga cukup tegas. Dalam rundingan itu, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh kumpulan 54 (pengurusan dan profesional) ke bawah untuk membawa suara dan nasib mereka ke atas.

Kumpulan-kumpulan itu termasuklah: Jawatankuasa khas Gred 54 ke bawah PTD dan Pegawai Tadbir; Persatuan Pensyarah Universiti Profesor Madya Ke Bawah; Persatuan Jurutera Kebangsaan; Kumpulan Doktor-doktor Pakar Gred 54; Kumpulan Anggota Keselamatan Polis; Kumpulan Gred 54 Teknikal selain gabungan Cuepacs sendiri terdiri daripada Kumpulan Pelaksana 1 dan 2.

Hari ini saya mahu menyiarkan sepucuk surat yang dihantar kepada saya oleh seorang penjawat awam. Bunyinya agak keras. Tapi ditulis secara profesional, bernas, ada logik mengenai gaji baru mereka di bawah skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam).

Begini bunyi surat itu. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.

Struktur perkhidmatan di bawah SBPA terbahagi kepada empat:

* Kumpulan Premier (Strategic and key positions (Turus): KSN, KSU)

* Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama dan Gred Khas: JUSA C, B dan A)

* Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Gred 41 hingga Gred 54)

* Kumpulan Pelaksana (Pegawai dengan kelayakan masuk PMR hingga Diploma)

Kumpulan pegawai yang mendapat kenaikan gaji paling banyak ialah kumpulan Premier dan JUSA. Difahamkan semua KSU diberikan opsyen bersara dan seterusnya berkhidmat secara kontrak. Persaraan pula dikira sehingga umur 60 tahun. Ini bermakna semua KSU akan mendapat pencen dan gaji selain daripada faedah persaraan lain seperti gratuiti. Pencen sahaja, mengikut jadual gaji SBPA untuk kumpulan ini akan menjangkau puluhan ribu ringgit. Apakah rasionalnya keputusan ini memandangkan kebanyakan KSU telah pun berada di akhir tempoh perkhidmatan? Gaji kumpulan Premier ini difahamkan sama besar atau lebih besar daripada CEO di GLC atau di perbadanan-perbadanan swasta.

Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja.

Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta.

Secara logiknya peratus kenaikan di antara kumpulan tidak boleh terlalu berbeza kerana ia akan meningkatkan jurang perbezaan pendapatan serta mengundang rasa tidak puas hati penjawat awam yang 80 peratus terdiri daripada kumpulan pelaksana.

Ketidakpuasan hati kumpulan pelaksana ini, ditambah dengan keluarga masing-masing, mampu menumbangkan kerajaan.

Sebagai rumusan SBPA telah menidakkan semua usaha kerajaan untuk menonjolkan kerajaan sedia ada sebagai a caring government. SBPA dibuat secara tergesa-gesa, tidak telus dan merupakan the biggest blunder Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam sejarah Malaysia.

Pihak JPA tidak perlu lagi memberi taklimat di sana sini mengenai SBPA tetapi mengakui bahawa SBPA sebenarnya tidak adil, tidak telus dan JPA perlu mengambil langkah positif untuk memperbaikinya.

Adalah menjadi satu tindakan yang bodoh, sia-sia dan akan menjadi bahan ketawa umum dan dunia untuk masih lagi mempertahankan bahawa SBPA merupakan satu sistem saraan yang baik dan mampu membawa negara kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab (merangka dan meluluskan tangga gaji itu) bagi menunjukkan kerajaan bertegas serta prihatin kepada kesejahteraan semua kumpulan penjawat awam dan rakyat.

Dengan kepincangan SBPA yang tidak masuk akal dan tidak terfikir oleh kebanyakan penjawat awam ini patutkah Kumpulan Premier, di antaranya terlibat secara langsung dalam penggubalan SBPA, dibayar pencen beserta gaji yang sebegitu tinggi?

Sekiranya dikatakan bahawa SBPA disediakan oleh pihak konsultan, maka apakah peranan kumpulan JUSA dan Premier yang merupakan pemegang strategic dan key positions dalam perkhidmatan awam?

Begitu bunyi surat itu. Benar juga apa yang dijelaskan itu. Ia umpama langit dengan bumi atau antara atap rumbia dan atap genting. Ia juga umpama strata rakyat di India, yang terlalu daif dan yang terlalu kaya.

Yang mendapat imbuhan maha-besar itu hanyalah kira-kira 4,000 kakitangan berbanding 1.3 juta lain yang sedang marah. Dan difahamkan peruntukan untuk membayar kos kepada 4,000 itu merupakan 2/3 daripada keseluruhan peruntukan untuk kesemua kakitangan kerajaan.

Kita berharap rundingan itu akan mencapai satu kata-putus yang menang-menang. Jika tidak, menurut Omar: ‘‘Ia akan menjadi satu isu yang amat kritikal. Dalam road show kami, kakitangan telah memberi kata dua…''

Kita berharap kata dua itu tidak seperti kata-kata Dr. David Banner sebelum dia bertukar warna menjadi Incredible Hulk: ‘‘...don‘t make me angry. You wouldn‘t like me when I’m angry. (Jangan buat saya marah. Saya tidak akan sukakan saya jika saya marah.)

Saya berharap satu formula yang lebih bertamadun dapat dirangka demi kesejahteraan semua pihak, terutamanya kepada kerajaan semasa.

Ingatlah YAB PM telah bekerja amat keras, janganlah kerana skim yang tidak masuk akal ini akan menyebabkan apa yang beliau usahakan rosak sebelanga.

21 Februari 2012

PESARA SOKONG NAJIB

Berita Harian
Oleh Fakhrurrazi Usuldin
bhnews@bharian.com.my
2012/02/21


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertukar dokumen perjanjian dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Yingluck Shinawatra selepas mesyuarat tertutup ketika lawatan rasmi di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, semalam.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertukar dokumen perjanjian dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Yingluck Shinawatra selepas mesyuarat tertutup ketika lawatan rasmi di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, semalam.
Kelab bekas pemimpin CUEPACS, veteran UMNO tarik 500,000 ahli

PUTRAJAYA: Sekumpulan bekas pemimpin CUEPACS dan kesatuan gabungannya menubuhkan Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) untuk menyatukan orang Melayu dan menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaksanakan dasar transformasinya.
Kelab itu yang bertindak sebagai badan bukan kerajaan (NGO) akan dilancarkan Perdana Menteri bulan depan, juga bertujuan menyatupadukan bekas kakitangan awam yang semakin berpecah akibat perbezaan politik.
Setiausaha Kehormat KUPEKMAS, Datuk Abdul Rahman Manan, berkata kelab itu menyasarkan untuk mengumpul sekitar 500,000 pesara kerajaan di seluruh negara, sekali gus menggembleng tenaga mereka membantu UMNO dan Najib.

“Jumlah pesara kerajaan kini mencecah 500,000 dan setakat ini tiada badan khusus yang menjaga kebajikan mereka,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam.

Kelab itu dinaungi Dr Mahathir, akan bergerak seiring dengan kerajaan selaras gagasan ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’ Turut hadir, Presiden CUEPACS yang juga Presiden KUPEKMAS, Datuk Omar Osman.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, Dr Mahathir menyatakan kebimbangannya terhadap perpecahan politik dalam masyarakat Melayu dan berpesan supaya KUPEKMAS bekerjasama memberi sokongan kepada UMNO.
Abdul Rahman yang juga bekas Setiausaha Agung CUEPACS berkata, KUPEKMAS akan memberi suntikan semangat baru kepada Perdana Menteri untuk terus menerajui negara dan melakukan transformasi demi kesejahteraan rakyat.

Mesyuarat jawatankuasa penaja KUPEKMAS pada 25 Ogos tahun lalu melantik Omar sebagai Presiden; Timbalan Presiden, Md Akhir Manshoor; Naib Presiden I, Nordin Pilus; Naib Presiden II, Abdul Rawop Sulaiman; Naib Presiden III, Norlia Mohd Yusof; Penolong Setiausaha, Kamaruddin Harun dan Bendahari, Nasaruddin Othman.

Kelab itu juga mempunyai seorang ahli jawatankuasa bagi setiap negeri dan menerima bekas pesara awam bukan Melayu sebagai ahli bersekutunya.

KUPEKMAS yang diluluskan pendaftarannya pada 28 Oktober tahun lalu, ditubuhkan susulan perbincangan Omar dan Abdul Rahman bersama Perdana Menteri pada satu majlis berbuka puasa di sini pada 15 Ogos tahun lalu.

Kelab itu yang berpejabat di JKR Nombor 3148, Jalan Persekutuan Kuala Lumpur, membuka keahlian kepada bekas pegawai dan kakitangan awam kumpulan pelaksana, manakala ahli bersekutu, termasuk suami atau isteri ahli biasa serta pesara sektor swasta dan keluarga masing-masing.

Selain bergerak seiring dengan kerajaan, KUPEKMAS juga akan menumpukan kepada soal kebajikan pesara kumpulan pelaksana seperti bantuan bagi penyakit kritikal, bencana alam, kemalangan, selain menyediakan khidmat nasihat dan perundingan kepada ahli yang menghadapi masalah dengan agensi kerajaan atau pihak berkuasa lain berhubung soal persaraan, kebajikan dan kemudahan lain

CUEPACS MAHU TARIKH KUAT KUASA SBPA DIKEKALKAN 1 JAN DAN DIBAYAR TUNGGAKAN

Bernama
21/2/2012




PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Jan tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.

"Jadi permintaan Cuepacs ialah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.

"Ia juga adalah satu perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yakin lima tuntutan Cuepacs dapat diterima selepas pembentangan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula SBPA pada mesyuarat ketiganya yang dijadualkan Rabu ini.

Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar berkata satu perhimpunan besar membabitkan penjawat awam dari semua gred akan diadakan pada akhir bulan depan bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai intipati SBPA.

Terdahulu beliau bersama anggota Kelab Umno Pesara (Kumpulan Pelaksana) kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) mengunjungi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

--BERNAMA

20 Februari 2012

CUEPACS MINTA BERI PERHATIAN KEPADA PETUGAS LAMA PELAKSANA GRED 17 SBPA

Bernama
20/1/2012



KUALA TERENGGANU, 19 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat memberi perhatian kepada kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Timbalan Presiden CUEPACS Azih Muda berkata pihaknya menyarankan kumpulan itu dinaikkan ke satu gred yang lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada petugas-petugas berkenaan.

"Sekarang ini kalau kita lihat, kerajaan hanya beri satu kenaikan saja kepada mereka yang berkhidmat (dengan kerajaan) hingga 30 tahun atau 35 tahun, iaitu sama dengan orang baru yang dinaikkan pangkat ataupun baru saja berkhidmat empat atau lima tahun.

"Dalam SPBA sekarang, mereka yang ada sijil diberi kenaikan kepada Gred T8. Tetapi yang sudah lama berkhidmat pula tidak berpeluang kerana mereka tidak dapat pengiktirafan...sedangkan mereka juga mempunyai sijil yang sama," katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu Azih berkata CUEPACS juga mahu lapisan gred kumpulan pelaksana untuk kenaikan pangkat ditambah kerana ketika ini jumlahnya adalah terlalu sedikit dan berharap perkara ini dikaji semula sewajarnya.

-- BERNAMA

16 Februari 2012

ISU SBPA: CUEPACS LEGA

Berita Harian
Oleh Sazarina Shahrim

sazarina@bharian.com.my
2012/02/15



PRESIDEN CEUPACS, Datuk Omar Osman bersama timbalannya Azih Muda (dua dari kanan) dan Setiausaha Agung Lok Yim Pheng (kiri), pada sidang media di International Hotel, Kuala Lumpur, bulan lalu. - Foto Rosdan Wahid
PRESIDEN CEUPACS, Datuk Omar Osman bersama timbalannya Azih Muda (dua dari kanan) dan Setiausaha Agung Lok Yim Pheng (kiri), pada sidang media di International Hotel, Kuala Lumpur, bulan lalu. - Foto Rosdan Wahid

  • Kerajaan pada dasar setuju dengan 5 tuntutan kesatuan
  • Isu skim saraan baru dijangka dapat selesai lebih awal

    PUTRAJAYA: Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.

    Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.

    Selain itu, Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas semakan semula SBPA kali ketiga semalam menunjukkan maklum balas positif secara terbuka untuk menilai lima tuntutan berkenaan serta beberapa cadangan CUEPACS.

    "Selepas tiga kali bermesyuarat dan dengan kemasukan tiga lagi anggota CUEPACS dalam pasukan itu, ada perkembangan positif ditunjukkan. Ada keterbukaan dalam mendengar maklum balas daripada kita.
    "Berikutan itu, kita yakin perkara ini boleh diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang diberikan. Lima tuntutan CUEPACS bukan satu perkara yang menyulitkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, di sini semalam.

    Sebelum ini, CUEPACS mengumumkan lima tuntutan, iaitu mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan penjawat awam dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan penjawat awam yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

    Omar juga berkata, persetujuan kerajaan terhadap lima tuntutan CUEPACS itu akan memberikan keceriaan kepada kakitangan awam yang sebelum ini kurang puas hati dengan pelaksanaannya.

    "Isu SBPA ini dapat diselesaikan secara perbincangan seperti yang diadakan hari ini kerana jika CUEPACS tidak dibawa dalam rundingan, ia akan terus menjadi isu di kalangan kakitangan awam," katanya.

    Beliau juga memaklumkan satu bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS berhubung isu SBPA akan diadakan di ibu negara pada 17 dan 18 Februari ini bagi menyediakan kertas kerja komprehensif mengenai masalah skim baru itu.

    "Bengkel ini akan dihadiri pelbagai pihak berkaitan, termasuk ahli akademik bagi membincangkan isu itu dan menyediakan satu kertas kerja komprehensif untuk penyelesaiannya," katanya.

    Sementara itu, Ismail berkata, pasukan petugas khas masih meneruskan perbincangan dan semua maklum balas serta cadangan yang diterima akan diteliti.

    Kerajaan sebelum ini memberikan tempoh tiga bulan yang berakhir 16 April ini kepada pasukan berkenaan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan SBPA selepas menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kedua-dua pihak berbincang bagi menyelesaikannya.
  • 15 Februari 2012

    CUEPACS YAKIN ISU SBPA DAPAT SELESAI SEBELUM 3 BULAN

    Utusan Malaysia
    14/02/2012 8:42pm




    PUTRAJAYA 14 Feb. - Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) optimis hasil kajian penambahbaikan bagi Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dapat diselesaikan lebih awal berbanding tempoh perbincangan ditetapkan iaitu tiga bulan.

    Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, keputusan berkenaan bakal memberi kelegaan kepada 1.3 juta penjawat awam kerana perbincangan kali ketiga bersama Pengerusi pasukan petugas semakan semula SBPA, Tan Sri Ismail Adam dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini berjalan dalam suasana tenang.

    ”Kita akan mengadakan satu lagi mesyuarat pada 22 Februari nanti dan berdasarkan perbincangan hari ini saya nampak ada jalan penyelesaian sebelum 15 April,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

    Omar berkata, pihak kesatuan berasa lega apabila Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan memberi jaminan untuk memberi pertimbangan khas terhadap lima tuntutan utama yang dikemukakan sebelum ini dalam pertemuan mereka, baru-baru ini.

    Lima tuntutan tersebut adalah mengkaji semula pindaan gaji gred 54 ke bawah; mengkaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum; mengkaji kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak penstrukturan semula semua gred penjawat awam.

    Omar berkata, perbincangan yang berlangsung tidak terlalu menyulitkan dan pihaknya mendapati ia boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu bertegang urat.

    "Pada 17 dan 18 Februari ini kami akan menganjurkan bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS di Hotel Putra, Kuala Lumpur yang akan turut disertai pegawai gred 54, Persatuan Akademik dan Persatuan Jurutera, kertas kerja yang akan dibentangkan akan menentukan segala-galanya dalam SBPA.

    "Kami akan bentangkan kertas kerja yang komprehensif dan ini akan menjadi satu penyelesaian peringkat permulaan selain daripada lima tuntutan itu,'' katanya. - UTUSAN

    CUEPACS YAKIN MASALAH BERGUBUNG SBPA BOLEH SELESAI LEBIH AWAL

    Bernama
    15/2/2012


    PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin segala masalah berbangkit berhubung Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dapat diselesaikan lebih awal iaitu sebelum tempoh ditetapkan untuk pasukan khas itu membuat semakan yang berakhir 16 April ini.

    Presidennya Datuk Omar Osman berkata selepas bermesyuarat sebanyak tiga kali, pihaknya mendapati anggota jawatankuasa pasukan khas itu juga semakin terbuka dalam mendengar pandangan dan maklum balas daripada CUEPACS.

    "Dalam perbincangan hari ini, suasana tenang sedikit selepas dua mesyuarat petugas khas berjalan. Kita berbincang dengan baik dan dalam perbincangan, kita harap SBPA dapat diselesaikan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketiga pasukan petugas khas itu di sini.

    Beliau berkata selain mengambil perhatian mengenai aduan-aduan individu berhubung SBPA, lima tuntutan utama CUEPACS sebelum ini masih dibincangkan pada mesyuarat kali ini.

    Lima tuntutan itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

    Omar berkata mesyuarat pasukan petugas khas seterusnya dijangka diadakan pada 22 Feb.

    Dalam pada itu, Omar berkata pertemuannya dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan baru-baru ini juga mendapat reaksi positif dan Mohd Sidek pada dasarnya bersetuju dengan perkara dibangkitkan CUEPACS untuk diberi pertimbangan khas.

    -- BERNAMA

    11 Februari 2012

    MINDA PENGARANG: KADAR BARU PENCEN BUKTI JASA PESARA TENTERA DIKENANG

    Berita Harian
    2012/02/08



    KETIKA usaha mengemaskini skim baru gaji kakitangan awam dilakukan, kerajaan tidak melupakan kebajikan pesara tentera yang pernah menabur bakti ketika berkhidmat dalam mempertahankan keamanan negara. Menerusi pelarasan itu, kira-kira 103,000 pesara tentera akan menikmati kadar baru pencen dengan kenaikan antara 2.5 hingga lapan peratus yang dibayar secara berperingkat mulai akhir bulan ini. Skim saraan baru itu sejajar dengan pelarasan pencen lebih 600,000 pesara kerajaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012.

    Langkah itu membuktikan kerajaan mampu menunaikan janjinya kepada setiap lapisan rakyat dan bukan sekadar janji kosong seperti dilakukan pembangkang. Apa yang menarik dalam pelarasan ini ialah ia turut membabitkan waris pesara tentera yang layak, termasuk isteri dan anak yang akan ditentukan berdasarkan gaji akhir penjawat awam ketika bersara atau tamat perkhidmatan. Seramai 20,000 pesara yang menamatkan perkhidmatan selepas 1 Oktober 2004 menerima bayaran pencen dengan kadar baru itu, manakala baki 80,300 pesara yang pencen sebelum tarikh berkenaan diselaraskan selepas kelulusan jadual gaji baru di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kenaikan dinikmati anggota yang berkhidmat selama lebih 21 tahun itu membolehkan pesara tentera menerima pencen bulanan minimum RM777.60 berbanding RM720 sebelum ini. Sementara itu seramai 175,000 anggota yang menamatkan perkhidmatan kurang daripada 21 tahun yang menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan akan dibantu menerusi program latihan khusus bagi membolehkan mereka mencebur perniagaan dan mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. Kita percaya kadar pencen bulanan pesara tentera itu tidak akan ‘mati’ di situ saja. Sebagai kerajaan prihatin dan mengutamakan kebajikan rakyat khususnya mereka yang pernah berbakti kepada negara, apatah lagi dalam menjaga keamanan, tentunya kadar itu dikaji mengikut keadaan semasa. Selain pelarasan pencen, kerajaan juga sebelum ini mengumumkan sumbangan sekali bayar RM3,000 kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang berjumlah hampir 62,000 orang.

    Kita yakin pelarasan pencen itu, yang menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan semua golongan rakyat di negara ini, disambut baik dan dihargai bekas tentera dan waris mereka dengan hati terbuka. Langkah itu sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak, khususnya pembangkang yang asyik memperlekeh slogan kerajaan iaitu ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Ia juga satu manifestasi bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan anggota keselamatan yang sudah bersara tanpa diberi pembelaan sewajarnya

    BOMBA TIDAK PERLU BAYAR TOL

    Berita Harian
    Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
    2012/02/11




    IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta pihak pengurusan Lebuhraya Utara Selatan, Plus Expressways Berhad (PLUS) tidak mengenakan sebarang bayaran tol ke atas semua kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menggunakan lebuh raya itu.

    Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenderaan rasmi jabatan berkenaan digunakan bagi tujuan rasmi perkhidmatan dan permintaan itu disuarakan selepas permohonan jabatan berkenaan kepada PLUS tidak mendapat sebarang jawapan. “Kita sudah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Shaziman Abu Mansor). Kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepatutnya tidak dikenakan bayaran tol kerana sudah tentu ia digunakan bagi tujuan rasmi,” katanya selepas menghadiri majlis taklimat skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) semalam. Katanya, perkara itu dibincangkan ketika mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS yang turut disertai Kesatuan Pekerja Bomba Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) dan mereka menetapkan dua perkara jika PLUS tidak mengecualikan bayaran tol ke atas kenderaan rasmi jabatan itu.

    Omar berkata, pertama, jika PLUS masih mengenakan bayaran tol kepada kenderaan rasmi jabatan itu, KPBPSM menetapkan mereka akan menggunakan laluan biasa walaupun jika diperlukan ketika kecemasan.

    Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, yang dihubungi pula berkata, jabatan itu belum membuat apa-apa keputusan mengenai isu itu kerana menunggu hasil rayuan dikemukakan pihaknya melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Kementerian Kerja Raya.

    “Ketika ini hanya jentera bomba (membawa air) dikecualikan daripada membayar tol manakala kenderaan lain JBPM dikenakan tol,” katanya.

    100 PERATUS ANGGOTA ATM TERIMA TAWARAN OPSYEN SBPA- ABDUL LATIF

    Bernama
    11/2/2012



    KOTA KINABALU, 10 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima tawaran opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi anggota tentera yang berkuatkuasa 16 Jan lepas.

    Beliau berkata skim yang berlainan dengan SBPA bagi penjawat awam itu mendapat persetujuan 100 peratus anggota selepas mendapat penjelasan terperinci daripada lebih 20 sesi dialog yang diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak mulai Disember tahun lepas.

    "Selepas sesi dialog yang dijalankan secara santai dalam nilai ATM yang jarang diadakan (selalunya formal) dan apabila santai, anggota-anggota lain pangkat dari peringkat bawahan tidak malu bertanya dan mereka mendapat kefahaman jelas.

    "ATM mempunyai cara pendekatan yang amat komprehensif (memberi penjelasan mengenai SBPA) di bawah kelolaan Bahagian Perkhidmatan yang diketuai oleh Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog berhubung SBPA bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar di sini, Jumaat.

    Semalam, Abdul Latiff selepas taklimat tertutup mengenai SBPA untuk pegawai dan anggota tentera di Kem Penrissen Kuching dilaporkan berkata gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melonjak daripada kira-kira RM800 kepada RM1,125 sebulan berikutan pelaksanaan skim gaji baru ATM berkuatkuasa 16 Jan lalu.

    Skim dirancang lebih awal sebelum SBPA diperkenalkan itu juga menyaksikan kenaikan gaji kemasukan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada RM2,100 sebelum ini kepada RM2,400, sebulan.

    Abdul Latiff bagaimanapun berkata tidak kesemua daripada anggota tentera menerima opsyen bagi umur persaraan 60 tahun dan mereka boleh memilih opsyen itu sehingga akhir bulan ini.

    Pada sesi dialog itu, Menteri itu berkata pelaksanaan gaji baru itu dirancang secara tertib di peringkat dalaman ATM mengikut Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini.

    "Skim SBPA-ATM itu dirancang lebih awal daripada SBPA selama 30 bulan untuk membuat 'menu' skim itu bagi mengambil kira ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM di negara ini," katanya.

    Sementara itu, Abdul Aziz berkata sebelum ini kebanyakan anggota tentera dari peringkat golongan muda yang berkhidmat selama 18 tahun dalam TLDM tidak bersetuju dengan opsyen persaraan 60 tahun.

    "Mereka tidak mendapat penjelasan komprehensif tentang SBPA-ATM dengan tidak menerima umur persaraan (58 tahun ke 60 tahun), mereka membuat keputusan dalam keadaan tidak faham dan sekarang mereka diberi peluang tandatangan (pilih opsyen bersara 60 tahun) sehingga akhir bulan ini," katanya.



    -- BERNAMA

    10 Februari 2012

    SKIM GAJI ASKAR SPM, IJAZAH NAIK

    Berita Harian
    Oleh M Hifzuddin Ikhsan
    2012/02/10




    KUCHING: Gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melonjak daripada kira-kira RM800 kepada RM1,125 sebulan berikutan pelaksanaan skim gaji baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 16 Januari lalu.

    Skim dirancang lebih awal sebelum Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan itu juga menyaksikan kenaikan gaji kemasukan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada RM2,100 sebelum ini kepada RM2,400, sebulan. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata imbuhan itu sejajar dengan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini. Bagaimanapun katanya, akibat kelewatan semakan gaji ATM sebelum ini, gaji anggota tentera menjadi agak ketinggalan berbanding perkhidmatan awam lain dengan semakan semula ke atasnya hanya dapat diselesaikan baru-baru ini.

    “Secara kebetulan pelaksanaan skim gaji baru ATM ini diluluskan hampir sama dengan SBPA sedangkan semakan yang dilakukan pihak kita sudah lama dilakukan.

    “Melalui skim baru ini juga, anggota prebet muda yang menyertai ATM ketika berusia 18 tahun boleh berkhidmat sehingga usia 45 tahun iaitu perkhidmatan maksimum selama 27 tahun,” katanya selepas memberi taklimat SBPA-ATM kepada anggota ATM di Kem Penrissen di sini, semalam.

    Majlis turut dihadiri Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar bersama lebih 500 anggota dan pegawai yang turut diberi peluang berdialong dalam sesi berkenaan.
    Difahamkan, melalui skim baru ini juga hanya dua kemasukan ke dalam perkhidmatan ATM akan dibuat iaitu melalui SPM dan Ijazah Sarjana Muda dengan semakan ke atas kemasukan kelayakan diploma sedang dilakukan.

    Sementara itu, mengulas mengenai aduan kira-kira 20 bekas tentera di negeri ini yang lewat menerima bayaran pencen, beliau berkata, ia mungkin berpunca daripada masalah dokumentasi di peringkat Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di Kuala Lumpur.

    CUEPACS MINTA PLUS KECUALIKAN TOL KE ATAS KENDERAAN RASMI BOMBA

    Berita Harian
    2012/02/10




    IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta pihak pengurusan Lebuhraya Utara Selatan, Plus Expressways Berhad (PLUS) tidak mengenakan sebarang bayaran tol ke atas semua kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menggunakan lebuh raya itu.

    Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ini kerana kenderaan rasmi jabatan itu adalah digunakan bagi tujuan rasmi perkhidmatan dan permintaan itu disuarakan selepas permohonan jabatan berkenaan kepada PLUS tidak mendapat sebarang reaksi. "Kita juga telah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Shaziman Abu Mansor). Kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat sepatutnya tidak dikenakan bayaran tol kerana sudah tentu ia digunakan bagi tujuan rasmi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam di sini hari ini. (CUEPACS) yang turut disertai oleh Kesatuan Pekerja Bomba Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) dan mereka menetapkan dua perkara sekiranya PLUS tidak mengecualikan bayaran tol ke atas kenderaan rasmi jabatan itu.

    "Pertama, sekiranya Plus masih mengenakan bayaran tol kepada kenderaan rasmi jabatan itu, KPBPSM menetapkan mereka akan menggunakan laluan biasa walaupun jika diperlukan semasa kecemasan.

    "Kedua, kita akan mengenakan pakej berbayar sekiranya mereka (PLUS) mahu menggunakan perkhidmatan kita termasuk pada musim-musim perayaan," katanya.

    Sementara itu, Setiausaha Agung KPBPSM Mohd Sayuthi Harun berkata mereka meminta supaya Shaziman mengambil perhatian perkara itu dan pihaknya memberi tempoh sehingga 25 Februari ini untuk PLUS membuat keputusan berhubung permintaan mereka.
    "Jarak lebuh raya utara selatan ini sangat panjang, bayangkan jika kenderaan rasmi jabatan ini bergerak untuk memberi perkhidmatan terbaik kita dengan menggunakan laluan lebuh raya itu," katanya.

    Beliau berkata pihaknya menerima rungutan daripada anggota bawahan yang seringkali menggunakan wang sendiri untuk membayar tol bagi tujuan rasmi.

    Oleh itu, kesatuan itu meminta PLUS mengecualikan bayaran tol bagi kenderaan rasmi jabatan berkenaan yang menggunakan lebuh raya itu seperti lebuh raya lain yang memberikan kemudahan itu. - BERNAMA

    OPSYEN JPP: CUEPACS MAHU KERAJAAN CAMPUR TANGAN

    Utusan Malaysia
    10/02/2012 3:12am



    KUALA LUMPUR 10 Feb — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan campur tangan dalam tawaran opsyen yang lebih fleksibel kepada 139 penjawat awam Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) jika cadangan penswastaan jabatan itu dilaksanakan.

    Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan sesi taklimat untuk mereka kira-kira tiga bulan lepas mengenai cadangan penswastaan jabatan itu.

    JPP ialah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

    "CUEPACS tidak membantah cadangan penswastaan JPP tetapi kerajaan perlu campur tangan dalam isu ini dan mengembalikan opsyen kepada penjawat awam yang telah digugurkan sejak 2002, iaitu kakitangan diberi opsyen untuk kekal dengan jawatan dan gaji sedia ada selepas berlakunya penswastaan.

    "Apa yang berlaku sekarang ialah JPA hanya menawarkan dua opsyen kepada penjawat awam berkenaan iaitu bersetuju untuk terus berkerja selepas penswastaan dan opsyen kedua ialah memilih untuk bersara awal,” katanya.

    Omar berkata, demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pekerja terbabit untuk membincangkan isu cadangan penamatan perkhidmatan dan penswastaan JPP di pejabat JPP di Seri Kembangan di sini, semalam.

    Beliau berkata, jika tidak dilaksanakan, seramai 139 penjawat awam yang terdiri daripada jurutera dan juruteknik itu akan kehilangan faedah skim kesihatan dan skim pencen selepas memilih bersara awal.

    Selain itu, katanya JPA juga boleh menyerap mereka di kementerian lain seperti KeTHHA dan Kementerian Kerja Raya.

    Beliau berpendapat opsyen yang diberi pada sesi taklimat JPA kepada JPP itu seumpama mengugut penjawat awam berkenaan untuk membuat pilihan yang sudah pasti tidak memberi faedah kepada kakitangan JPP dari sudut kewangan kelak.

    Juesteru itu, Omar berkata beliau akan berjumpa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada masa yang terdekat ini untuk menyelesaikan isu itu. — BERNAMA

    KEMBALIKAN OPSYEN KETIGA- CUEPACS

    Utusan Malaysia
    10/2/2012



    KUALA LUMPUR 9 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mengembalikan opsyen ketiga iaitu pilihan bagi penjawat awam memasuki mana-mana jabatan lain yang berkaitan sekiranya jabatan mereka diswastakan.

    Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana dua opsyen yang kini ditawarkan kepada penjawat awam terlibat iaitu memasuki jabatan yang telah diswastakan itu ataupun bersara awal mengikut Akta Pencen 1980 (Akta 227) dilihat tidak adil kepada golongan tersebut.

    "Opsyen ketiga yang tidak digunakan lagi sejak 2002 sebenarnya penting kerana sejak kebelakangan ini apabila berlakunya penswastaan, banyak rintihan yang kami dengar daripada penjawat awam yang berasakan diri mereka diugut untuk memasuki syarikat swasta tersebut.

    "Sekiranya berlaku penswastaan, mereka juga akan terputus hubungan dengan hal ehwal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan tiada tempat mengadu. Kita tidak akan tahu nasib mereka di bawah penswastaan.

    "Bagaimanapun, CUEPACS tidak menentang dasar penswastaan atau pengkorporatan jika ia memberi manfaat kepada semua pihak. Namun, sekiranya penjawat awam tiada opsyen tambahan dalam memilih laluan karier mereka, ia dapat menyebabkan pelbagai masalah terutama apabila mereka sakit atau kos sara hidup yang tinggi," katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama 139 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang akan mengalami penswastaan dalam masa yang terdekat.

    Sehubungan itu, jelas Omar, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan supaya dipertimbangkan opsyen ketiga itu bagi digunakan semula.

    Berhubung penswastaan JPP, pihaknya mencadangkan kerajaan tidak menswastakan jabatan itu sebaliknya mengkorporatkannya serta memberi mereka pilihan opsyen ketiga.

    Beliau berkata, bantahan oleh 139 kakitangan JPP yang terdiri daripada kelompok teknikal termasuk jurutera dan juruteknik perlu didengari kerajaan dengan tidak meneruskan langkah penswastaan itu.

    "Sekiranya JPP mahu diswastakan juga, ambil sahaja pekerja dalam kalangan 35,000 pekerja berstatus kontrak untuk ditawarkan ke swasta. Jangan sakitkan mereka yang telah lama berkhidmat," ujarnya.

    CUEPACS MAHU KERAJAAN CAMPUR TANGAN ISU TAWARAN OPSYEN UNTUK JPP

    Bernama
    10/2/2012



    KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan campur tangan dalam tawaran opsyen yang lebih fleksibel kepada 139 penjawat awam Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) jika cadangan penswastaan jabatan itu dilaksanakan.

    Presidennya Datuk Omar Osman berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan sesi taklimat untuk mereka kira-kira tiga bulan lepas mengenai cadangan penswastaan jabatan itu.

    JPP ialah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

    "CUEPACS tidak membantah cadangan penswastaan JPP tetapi kerajaan perlu campur tangan dalam isu ini dan mengembalikan opsyen kepada penjawat awam yang telah digugurkan sejak 2002, iaitu kakitangan diberi opsyen untuk kekal dengan jawatan dan gaji sedia ada selepas berlakunya penswastaan.

    "Apa yang berlaku sekarang ialah JPA hanya menawarkan dua opsyen kepada penjawat awam berkenaan iaitu bersetuju untuk terus berkerja selepas penswastaan dan opsyen kedua ialah memilih untuk bersara awal," katanya.

    Omar berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pekerja terbabit untuk membincangkan isu cadangan penamatan perkhidmatan dan penswastaan JPP di pejabat JPP di Seri Kembangan di sini, hari Khamis.

    Beliau berkata jika tidak dilaksanakan, seramai 139 penjawat awam yang terdiri daripada jurutera dan juruteknik itu akan kehilangan faedah skim kesihatan dan skim pencen selepas memilih bersara awal.

    Selain itu, katanya JPA juga boleh menyerap mereka di kementerian lain seperti KeTHHA dan Kementerian Kerja Raya.

    Beliau berpendapat opsyen yang diberi pada sesi taklimat JPA kepada JPP itu seumpama mengugut penjawat awam berkenaan untuk membuat pilihan yang sudah pasti tidak memberi faedah kepada kakitangan JPP dari sudut kewangan kelak.

    Justeru itu, Omar berkata beliau akan berjumpa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada masa yang terdekat ini untuk menyelesaikan isu itu.

    "CUEPACS harap kerajaan akan mempertimbangkan JPP dikorporatkan daripada diswastakan kerana gaji, faedah pekerja dan kebajikan akan lebih terjamin," katanya.

    Sementara itu, Omar berkata CUEPACS tidak dijemput untuk memberi pandangan mengenai rancangan berkaitan Skim Khas pembelian rumah Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL).

    "Setakat ini, CUEPACS tidak diberi sebarang maklumat mengenai skim berkenaan. Jangan bila ada masalah timbul kelak, barulah nak jumpa CUEPACS untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

    "Walaupun CUEPACS mempunyai wakil di lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun tiada siapa yang merujuk kepada CUEPACS untuk memberi pendapat mengenai skim itu," katanya.

    Skim khas pembelian rumah PPR-MTEN dan PA DBKL, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Dis lepas, bertujuan membantu penyewa sedia ada mendapatkan sumber kewangan bagi membeli rumah-rumah yang ditawarkan.

    Skim itu akan bermula Mac ini dan pembeli dijangka menandatangani surat perjanjian jual beli mulai Mei depan.

    -- BERNAMA

    09 Februari 2012

    CUEPACS BENTANG HASIL KAJIAN 22 FEBRUARI

    Utusan Malaysia
    9/2/2012


    - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membentangkan hasil kajian penambahbaikan bagi Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada mesyuarat kali ketiga bersama pasukan khas semakan semula skim tersebut 22 Februari ini.

    Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, bagi memastikan tiada masalah berbangkit, Jawatankuasa Bertindak CUEPACS akan bermesyuarat selewat-lewatnya 15 Februari ini supaya hasil kajian yang dibentangkan kelak menepati tuntutan yang dibuat.

    Katanya, kertas kerja tersebut dibuat berdasarkan laporan yang diterima hasil jelajah CUEPACS untuk mendengar setiap permasalahan berkaitan SBPA di seluruh negara dan lima perkara yang dituntut sebelum ini.

    “Bagaimanapun kita masih membuka ruang untuk mana-mana agensi yang mahu menyatakan pandangan dan pendapat memandangkan tarikh akhir untuk membuat aduan adalah 15 Februari.

    “CUEPACS yakin mampu menyediakan kertas kerja yang komprehensif ke arah penambahbaikan skim SBPA demi memastikan setiap nasib penjawat awam di negara ini terus terbela,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri menyuarat kedua pasukan khas semakan skim SBPA di sini, hari ini.

    Mengulas mesyuarat kedua hari ini, Omar berkata, perbincangan berkisar kepada lima perkara yang dituntut CUEPACS sebelum ini.

    Lima perkara itu adalah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji kakitangan Gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan kakitangan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan kakitangan yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

    08 Februari 2012

    MTUC KECEWA GAJI TERTANGGUH

    Sinar Harian
    Wartawan Sinar Harian

    8 Februari 2012




    SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kecewa apabila Ke­men­terian Sumber Manusia ma­sih bermain ‘tarik tali’ menge­nai perlaksanaan gaji minimum RM900 untuk pekerja swasta.

    Presidennya, Mohd Khalid Atan berkata, sehingga kini isu masih tertangguh kerana be­lum ada kata putus daripada ke­ra­­ja­an me­ngenai pe­­­la­k­­­sanaannya.

    “Isu ini telah lama dikemukakan pihaknya kepada kerajaan dan perhatian mula diberikan pada awal tahun lalu apabila pintu rundingan dibuka untuk MTUC, bersama dengan Per­sekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca).

    “Desakan supaya gaji minimum dilaksanakan adalah kehendak rakyat dan sudah tiba masanya kerajaan membuat keputusan mana yang baik kepada pekerja swasta sebagaimana dilaungkan dalam slogan transformasi,” katanya.

    Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan yang dilaporkan dalam akhbar ini semalam bahawa pelaksanaan gaji minimum RM900 untuk pekerja swasta masih belum diputuskan,

    Mohd Khalid berkata, isu itu perlu diselesaikan segera kerana seramai lima juta pekerja swasta di negara ini boleh men­­jadi penentu kepada pilihan raya umum akan datang yang bakal memberi tamparan he­­bat kepada kerajaan se­karang.

    “Gaji minimum bukan per­kara pelik untuk diamalkan di negara ini kerana sudah diamalkan di banyak negara di selu­ruh dunia,” katanya.

    Menurutnya, Majlis Perun­dingan Gaji Negara (MPGN) terlalu lambat memberi respons setelah menerima laporan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

    Katanya, MPGN tidak perlu berdolak-dalik dengan memberi pelbagai alasan.

    05 Februari 2012

    PINDAH GAJI SSM KEPADA SBPA

    Berita Harian
    2012/02/05


    CUEPACS kemuka formula perpindahan gaji untuk semakan semula skim baru

    SIBU: CUEPACS akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu. Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Aziz Muda, berkata perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan supaya ia diterima baik oleh semua penjawat awam. “Setakat ini, kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU), di sini, malam kelmarin.

    Beliau berkata, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar RM45,000 setahun menjelang 2020 tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini.

    Sementara itu, CUEPACS mengemukakan lima tuntutan utama yang akan menjadi petunjuk tuntutannya kepada kerajaan bagi memastikan penambahbaikan berlaku secara menyeluruh pada pelaksanaan SBPA.

    Beliau berkata berdasarkan perkembangan semasa, CUEPACS yakin lima asas utama itu akan dipertimbangkan pasukan petugas khas SBPA.
    “Sekiranya lima asas utama tuntutan ini masih tidak diterima oleh jawatankuasa, CUEPACS juga tidak akan menerima pandangan mereka. Ini kerana penambahbaikan tidak berlaku.

    “Kalau ini (penambahbaikan) tidak berlaku, ia akan menyebabkan rasa tidak puas hati (di kalangan penjawat awam) berterusan,” katanya. – BERNAMA

    CUEPACS WANTS REVIEW OF REGIONAL INCENTIVE PAYMENT

    Borneo Post
    Posted on February 5, 2012, Sunday


    THANK YOU: SWBEU president Mohd Zainorin Arsad (right) presents a token of appreciation to Azih.

    SIBU: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) is calling for a review of the Regional Incentive Payment and rate increase to commensurate with the rising cost of living.

    Its deputy president Azih Muda said they would bring the matter to the Action Committee meeting for Public Service New Remuneration Scheme (SBPA) if the government did not undertake the study.

    He said the matter was long outstanding and it was high time that the fixed payment be un-pegged to benefit civil servants in Sarawak’s federal agencies and departments.

    Azih also warned that motivation of civil servants nationwide was now at its lowest caused by the ambiguity in salary increment and perks under SBPA.

    “Regional Incentive Payment (Bayaran Insentif Wilayah) is pegged based on the last drawn salary as at Dec 31 last year whereby if one’s salary is RM5,000 then one will be getting 10 per cent of the amount.

    “However, even though there is an increase in salary this year, the incentive payment will remain the same since it is pegged to last year’s drawing salary,” he told a press conference after the Sibu Water Board Employees’ Union dinner here on Friday.

    “Hence, we urge the government to review the payment and have it increased it has been outstanding for some time. Should the government not carry out the review, we will bring the matter to the Action Committee for SBPA,” he said.

    Azih also said the Action Committee on SBPA would prepare a comprehensive working paper based on five key demands made by Cuepacs.

    This he added, included review of salary adjustment of officers in Grade 54 and below, preserving officers’ seniority in the Malaysian Remuneration Scheme (SSM), review salary scheme for civil servants, who have reached the ceiling scale, review of the salary of between seven and 13 per cent and review the restructuring exercise at all grade levels.

    In general, Cuepacs wanted all grades in SSM from the 1,300 schemes be reviewed thoroughly.

    He said when all the matters had been compiled they would bring it to the Action Committee meeting in Putrajaya.

    “The committee, besides looking into the dissatisfaction caused by the implementation of SBPA, would study the minimum and maximum salaries for civil servants,” he said.

    He lamented the ambiguity in salary increment and perks under SBPA had caused dissatisfaction among civil servants.

    “The review of salary of between seven and 13 per cent is not visible. Due to the conversion of SBPA, it is not clear who is getting seven or 13 per cent.

    “On the contrary, those in the top posts are getting between 46 and 89 per cent increase in salary which is a huge gap. Unless there is a big leap in the salary, it is difficult to achieve the per capita income of US$15,000 come 2020,” Azih said.

    Asked on request from civil servants working in the rural areas for higher allowance, he said Cuepacs was focusing on salary review for now.

    “After this, we shall study all allowances such as housing, accommodation, and so on. There are more than 180 types of allowances and we hope to complete the study by June this year and submit to the government for tabling in the coming budget, and hopefully for implementation next year,” he said.

    Meanwhile, SWBEU forwarded 17 requests through Cuepacs one of which was calling for the revision of incentive.

    Earlier in his speech, Azih called on members to be united in struggle to fight for their rights, adding that they had 1.7 million members nationwide.

    PASUKAN KHAS SBPA: KERAJAAN SETUJU BERI LEBIH BANYAK TEMPAT KEPADA CUEPACS

    Bernama
    5/2/2012



    KUANTAN, 5 Feb (Bernama) -- Kerajaan bersetuju untuk memberikan lebih banyak tempat kepada pemimpin tertinggi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi menganggotai pasukan khas semakan semula Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

    Justeru itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata CUEPACS perlu manfaatkan sepenuhnya peluang berkenaan bagi merealisasikan hasrat lebih 1.3 juta ahli mereka di seluruh negara.

    "Saya harap dan percaya mereka akan terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat akan datang dan beri pandangan yang membina untuk penambahbaikan SBPA," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pahang, di sini.

    CUEPACS sebelum ini meminta supaya tiga lagi pemimpin kanan mereka menganggotai pasukan petugas khas semakan semula SBPA yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam.

    Sementara itu, Mohd Sidek meminta Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) memperhebatkan promosi urusan dalam talian di kalangan rakyat.

    Katanya kerajaan masih tidak berpuas hati dengan sambutan orang ramai terhadap kempen urusan dalam talian meskipun prasarana telah disediakan membabitkan semua agensi kerajaan.

    "Kemudahan-kemudahan ini telah diberikan oleh banyak jabatan tapi mungkin tak mahu menggunakannya atau tak tahu untuk menggunakannya.

    "Langkah ini kita kena war-warkan umpamanya memperbaharui lesen memandu secara online kerana ramai yang tak tahu," katanya.

    Kerajaan sebelum ini melancarkan PSTM 2011-2015 PBT di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi bagi menjimatkan kos dan menjadikan platform baru pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

    -- BERNAMA

    04 Februari 2012

    BELA NASIB PEKERJA KONTRAK

    Utusan Malaysia
    Oleh HAKIMI ISMAIL
    pengarang@utusan.com.my


    PUTRAJAYA 4 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan supaya menyerap kesemua pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan ke jawatan tetap selewat-lewatnya hujung tahun ini.

    Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS menerima banyak aduan daripada pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan memaklumkan kontrak mereka tidak disambung walaupun menunjukkan mutu kerja yang baik.

    Sehubungan itu, katanya, CUEPACS merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kesemua pekerja kontrak terutamanya selepas pembekuan jawatan pada tahun lalu diserap ke jawatan tetap selewat-lewatnya hujung tahun ini.

    "Pekerja kontrak juga adalah penjawat awam dan rata-rata telah berkhidmat lima hingga sepuluh tahun. Sepanjang perkhidmatan pelbagai peranan dan jasa telah dicurahkan untuk agensi tertentu, jadi tidak salah jika mereka diserap ke jawatan tetap.

    "Kita janganlah menjadikan pekerja kontrak sebagai mangsa selepas pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Peruntukan yang banyak dalam skim tersebut bukan alasan untuk tidak menyerap pekerja kontrak ke jawatan tetap," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

    Menurut Omar, kebanyakan pekerja kontrak kini berada dalam dilema dan sering membuat aduan kepada CUEPACS agar nasib mereka terbela.

    "Oleh itu, saya memohon jasa baik Perdana Menteri untuk memandang serius isu ini kerana ia melibatkan keadilan untuk pekerja kontrak yang telah berkhidmat sekian lama dengan kerajaan," katanya.

    Dalam pada itu katanya, CUEPACS akan membawa isu tersebut dalam mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang terdekat demi memastikan nasib pekerja kontrak terbela.

    CUEPACS AKAN KEMUKA FORMULA PERPINDAHAN GAJI DARI SSM KEPADA SBPA

    Berita Harian
    2012/02/04


    SIBU: Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu.

    Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Aziz Muda, berkata perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan supaya ia diterima baik oleh semua penjawat awam. "Setakat ini kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU) di sini malam tadi. - BERNAMA

    CUEPACS TO PROPOSE SSM-SBPA SALARY TRANSITION FORMULA *UPDATES!

    Borneo Post
    February 4, 2012, Saturday


    SIBU: Cuepacs will propose a formula to the special committee tasked with reviewing the New Public Service Remuneration Scheme (SBPA) on how the salary transition between the Malaysian Remuneration Scheme (SSM) and the SBPA should be carried out, its deputy president Aziz Muda said.

    As it is, he said, the salary scheme proposed under the SBPA would not be sufficient to realise the country’s vision to make Malaysia a high-income nation by 2020, with a per capita income of at least US$15,000 a year.

    Speaking when met after attending the Sibu Water Board Employees Union dinner here last night, he said, the salary transition would take into consideration the issue of maximum salary and seniority so that the new scheme would be accepted by all.

    He added that the salary increment, proposed under the SBPA, was not clear and confusing.

    In the meantime, he said, Cuepacs had submitted five demands to improve the SBPA including seeking a review of the salary adjustment for those in Grade 54 and below, a review of the salary for those in the maximum scale and a review of the seniority prior to opting to SBPA.

    Cuepacs also wants a review of all the 1,300 service schemes under the SSM and other grades which are not covered under the SBPA, and for civil servants to be given increment prior being given a salary adjustment under the SBPA.

    He added that based on the current development, Cuepacs is confident that the special committee would give the five demands due consideration.

    “Should the five demands are rejected, then Cuepacs will not accept their proposal because this means that there will be no improvement and dissatisfactions among civil servants will continue,” he said.–Bernama

    03 Februari 2012

    CUEPACS SARAN PEREKA DAN JURUFOTO KERAJAAN TUBUH KESATUAN

    Bernama
    3/2/3012




    PUTRAJAYA, 3 Feb (Bernama) -- Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Jumaat menyaran agar pereka dan jurufoto yang berkhidmat dalam kerajaan dan agensi di bawahnya supaya menubuhkan kesatuan agar nasib mereka lebih terbela di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

    Saranan itu dibuat oleh Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman yang berkata beliau mahu nasib pekerja bagi kedua-dua jawatan itu diperjuangkan memandangkan bidang pekerjaan dalam skim bakat dan seni seolah-olah dipinggirkan berbanding dengan jawatan lain.

    "Hari ini kita lihat risiko kedua-dua jawatan ini sudah berbeza dan skim mereka perlu disemak semula. Gred mereka perlu dikaji semula supaya setanding dengan gred lain kerana ramai yang menyambung pengajian di peringkat ijazah dan diploma tetapi gred mereka tidak sesuai dengan kelayakan merela," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 500 pereka dan jurufoto yang berkhidmat dengan kerajaan. di sini hari ini.

    Sehubungan itu Omar meminta satu kertas kerja disediakan secepat mungkin bagi cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan tersebut supaya Cuepacs seterusnya dapat membawa perkara itu dalam mesyuarat kedua pasukan petugas khas semakan semula SBPA Rabu ini.

    Dalam pada itu, beliau mahu tiga lagi pemimpin kanan Cuepacs yang telah mendapat persetujuan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menganggotai pasukan petugas khas supaya dijemput secara rasmi dalam mesyuarat akan datang.

    Katanya Timbalan Presiden 1 Cuepacs, Azih Muda, Setiausaha Agung Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan, Jaafar Mansor masih belum menerima surat pelantikan.

    "Jika tiada surat pelantikan ini, saya akan pergi mesyuarat dan melapor diri kemudian saya akan tarik diri daripada jawatankuasa pasukan petugas khas berkenaan," katanya.

    Sementara itu Omar berkata keputusan Cuepacs menubuhkan Jawatankuasa Bertindak SBPA untuk menyediakan kertas kerja yang komprehensif ke arah penambahbaikan skim itu, bukan bermaksud pihaknya tidak yakin dengan pasukan petugas khas semakan semula SBPA yang ditubuhkan kerajaan.

    "Cuepacs bukan tidak percaya dengan jawatankuasa petugas khas ini. Cuma kita mahu lebih cepat bertindak dengan membuat kertas kerja dan menghantar kepada Perdana Menteri terlebih dahulu untuk menyelesaikan lima perkara asas yang dituntut Cuepacs dalam SBPA sebelum ini," katanya.

    Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

    Dalam perkembangan lain, Cuepacs meminta campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pekerja kontrak dalam kerajaan dapat diserapkan ke jawatan tetap secepat mungkin atau dalam tahun ini selaras dengan SBPA.

    Omar berkata beliau menerima banyak aduan daripada penjawat awam termasuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang merayu supaya masalah yang membelenggu mereka sejak sekian lama dapat diselesaikan.

    "Mereka sekarang dalam keadaan dilema dan sering menelefon saya. Kita harap perkara ini mendapat perhatian Datuk Seri Najib kerana hanya beliau yang boleh membantu," katanya.



    -- BERNAMA

    02 Februari 2012

    CUEPACS GESA MESYUARAT SEMAKAN SBPA LEBIH KERAP

    Berita harian
    2012/02/02




    KUALA LUMPUR: CUEPACS menggesa pasukan petugas khas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang ditubuhkan bulan lalu supaya mengadakan mesyuaratnya lebih kerap bagi mempercepatkan proses penambahbaikan skim itu.

    Presidennya, Datuk Omar Osman mencadangkan pasukan petugas itu bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali sebulan dan bukannya sebulan sekali seperti sekarang, supaya keseluruhan semakan dapat dilakukan dalam tempoh kurang dua bulan, walaupun kerajaan menetapkan tiga bulan. Omar berkata, beliau akan membawa cadangan itu pada mesyuarat pasukan petugas dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, yang dijadualkan 8 Februari ini di Putrajaya. “Saya yakin jika pasukan itu dapat berjumpa dan bermesyuarat lebih kerap, kebuntuan berhubung isu SBPA yang membabitkan lebih 1.2 juta kakitangan awam dapat diselesaikan segera,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan penubuhan pasukan khas semakan semula SBPA turut menetapkan tempoh tiga bulan sehingga 16 April depan untuk menyiapkan semakan mereka.

    Dalam pada itu, Omar mengucapkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan kerana menerima tiga lagi pemimpin kanan kesatuan berkenaan bagi menganggotai pasukan petugas khas SBPA.

    Kelmarin, Mohd Sidek berkata, pertambahan pemimpin kanan CUEPACS dalam pasukan petugas khas itu adalah lebih bagus kerana membolehkan kerajaan mendapat lebih maklum balas dan pandangan untuk penambahbaikan SBPA.
    Tiga pemimpin kanan CUEPACS yang dimaksudkan Omar ialah, Timbalan Presiden I, Aziz Muda; Setiausaha Agung, Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangannya, Jaafar Mansor.

    Sementara itu, Omar berkata, Jawatankuasa Bertindak SBPA yang ditubuhkan CUEPACS, termasuk untuk menerima maklum balas daripada kakitangan awam mengenai skim itu akan tetap meneruskan tugasnya sebelum menyediakan kertas kerja komprehensif untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

    01 Februari 2012

    CUEPACS ANCAM BUAT SENDIRI

    Utusan Malaysia
    Oleh S Anand Kumar
    2012/02/01



    KUALA LUMPUR: CUEPACS yang mengancam menarik diri daripada pasukan petugas khas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) jika tiga lagi wakilnya tidak dilantik, menubuhkan Jawatankuasa Bertindaknya sendiri bagi menyediakan kertas kerja komprehensif berhubung penambahbaikan skim berkenaan.

    Jawatankuasa yang diketuai Timbalan Presiden CUEPACS I, Azih Muda itu diberi tanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja berkenaan dalam tempoh tiga minggu sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penubuhan jawatankuasa itu mendapat sokongan penuh kepimpinan tertinggi kesatuan berkenaan pada bengkel khas SBPA anjuran CUEPACS yang diadakan semalam. “Kertas kerja itu amat penting kerana ia adalah berdasarkan lima tuntutan utama yang dibangkitkan CUEPACS minggu lalu untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim SBPA.

    “Jawatankuasa itu turut dianggotai sembilan pegawai CUEPACS dan 13 wakil kesatuan gabungan termasuk kumpulan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), persatuan akademik dan profesional.

    “Jika pasukan petugas khas semakan semula SBPA diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian..., CUEPACS pula akan menyediakan kertas kerja dalam tempoh tiga minggu dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri selewat-lewatnya pada Mac ini,” katanya di sini, semalam.

    Lima tuntutan CUEPACS adalah mengkaji semula pindaan gaji kakitangan Gred 54 dan ke bawah, kedudukan kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA, kedudukan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum, kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus serta menyemak kembali penstrukturan semula di semua gred.
    Omar berkata, CUEPACS juga akan menghantar surat rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini berhubung penyertaan tiga lagi pemimpin kanan kesatuan sekerja dalam pasukan petugas khas semakan semula SBPA.

    Sementara itu, Pengerusi pasukan petugas khas semakan semula SBPA, Tan Sri Ismail Adam berkata, pihaknya akan menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkan kerajaan dalam menyempurnakan penambahbaikan mengenai skim berkenaan.

    “Kita mengalu-alukan sebarang idea untuk penambahbaikan SBPA, jika CUEPACS menubuhkan jawatankuasa bertindak tidak menjadi sebarang masalah kerana mereka juga kemungkinan mempunyai pandangan atau idea tersendiri,” katanya.