SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Februari 2012

CUEPACS YAKIN MASALAH BERGUBUNG SBPA BOLEH SELESAI LEBIH AWAL

Bernama
15/2/2012


PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin segala masalah berbangkit berhubung Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dapat diselesaikan lebih awal iaitu sebelum tempoh ditetapkan untuk pasukan khas itu membuat semakan yang berakhir 16 April ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata selepas bermesyuarat sebanyak tiga kali, pihaknya mendapati anggota jawatankuasa pasukan khas itu juga semakin terbuka dalam mendengar pandangan dan maklum balas daripada CUEPACS.

"Dalam perbincangan hari ini, suasana tenang sedikit selepas dua mesyuarat petugas khas berjalan. Kita berbincang dengan baik dan dalam perbincangan, kita harap SBPA dapat diselesaikan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketiga pasukan petugas khas itu di sini.

Beliau berkata selain mengambil perhatian mengenai aduan-aduan individu berhubung SBPA, lima tuntutan utama CUEPACS sebelum ini masih dibincangkan pada mesyuarat kali ini.

Lima tuntutan itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar berkata mesyuarat pasukan petugas khas seterusnya dijangka diadakan pada 22 Feb.

Dalam pada itu, Omar berkata pertemuannya dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan baru-baru ini juga mendapat reaksi positif dan Mohd Sidek pada dasarnya bersetuju dengan perkara dibangkitkan CUEPACS untuk diberi pertimbangan khas.

-- BERNAMA

15 ulasan:

confident berkata...

First!!!

Tanpa Nama berkata...

yakin .. jangan kena kapor lagi !!

Tanpa Nama berkata...

Minta Datuk Farida beri laporan.
1. Sehingga tarikh tutup 15 Feb 2012, berapa bnyk cadangan telh diterima oleh pihak Jkuasa Kajian Smula SBPA?
2. Dpd jumlah cadangan yg ditrima, berapa jumlah dpd a). Kesatuan b). Perseorangan c). Organisasi Kerajaan.
tq.
- AMC

Tanpa Nama berkata...

jangan ngomong kosong dah laaa....PA asyik kena tipuuuuuuu jeeeeeeeeee

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BOLEH SELESAI AWAL JIKA SEMUA GRED 1-54 DAN JUSA MENERIMA KENAIKAN
7-13 PERATUS SEPERTI YG DIBENTANG OLEH PM DALAM BAJET YANG LALU

WANGRAKYAT

Tanpa Nama berkata...

SBPA MINTA SEGERA DISELESAIKAN,BUKAN TUNGGU,
TARIKH BELUM DIKENAL PASTI,
ZAMAN YBHG TAN SRI ISMAIL ADAM JADI KETUA PENGARAH PSD MASALAH GAJI TIADA MASALAH.GAJI PUN TERBALIK PERATUS GRED BAWAH NAIK BANYAK,GRED ATAS NAIK SIKIT.SO PROBLEM SELESAI.CUEPACS DIBAWAH DATO OMAR TIDUR LENA DAN LEGA.........

Jumaat, Februari 17, 2012 12:56:00 PM

Tanpa Nama berkata...
kami pembantu hal ehwal islam gred 17 memiliki sijil kelayakan dari kolej agama tetapi JPA terlupa gred kami untuk dinaik taraf,kami pun ada kemahiran untuk menyampai ilmu pengetahuan kepada makmum,tetapi tertinggal oleh JPA.

Jumaat, Februari 17, 2012 1:05:00 PM

Tanpa Nama berkata...
kami pembantu hal ehwal islam gred 17 memiliki sijil kelayakan dari kolej agama tetapi JPA terlupa gred kami untuk dinaik taraf,kami pun ada kemahiran untuk menyampai ilmu pengetahuan kepada makmum diAADK,tetapi tertinggal oleh JPA.

Tanpa Nama berkata...

Prinsip pemindahan gaji haruslah satu (1) kenaikkan gaji tahunan diberi dalam gaji SSM dan kemudianya 13% lagi sebelum pemindahan ke gaji SBPA.Sila minta juga maksimum pencen dikira hingga 33 tahun dari 30 tahun yang sedang ada.Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

PTK ?
Mansuh PTK jer ! tentang kelulusan ianya masih kekal tercatat dlm buku perkhdmtn.
Anjakan Gaji perlu diberi. Kasihan PA yg kompiten. Mereka inilah yg terbukti melepasi tahap piawaian yg telah ditetapkan oleh JPA!

Anugerah Anjakan Gaji adalah satu anugerah tinggi kpd PA. Hargailah penat lelah dan tumpuan mereka mentelaah modul PTK yg telah ditetapkan oleh JPA.

Mendapat kelulusan Aras IV adalah amat susah dan bukan semua PA mencapainya. Ramai yg kandas. Ramai juga yg berputus asa walau pun banyak kali mencuba dan ada PA yg enggan duduki PTK!

JPA hargailah PA yg lulus PTK Aras IV. Boleh bagi Anjakan Gaji.

manaf Jeli berkata...

syukur, nampaknya dah semakin hampir bagi semua PT N17 dinaikkan ke PT N41 dan diletakkan sebaris dengan lain2 pegawai demi memertabatkan mutu perkhidmatan awam malaysia.

Langkah ini dialu2kan oleh Persatuan Kerani Melayu Kelantan Semenanjung dan disambut baik oleh semua PA.

Harapan agar semua gred diselaras gaji permulaan tanpa mengikut kelulusan juga harap diambilkira. Beban tugas PT yg jauh lebih berat berbanding pegawai dan PTD perlu dibalas sewajarnya dengan elaun kritikal.

Tanpa Nama berkata...

Kerani Bersatu berkata...
Maaf bertanya...Persoalan saya, Gred cikgu ni ada bermacam-macam dari 29 hingga 54 di sekolah...kerja hakiki bagi gred-gred ini sama atau berlainan.

Apa beza Cikgu 29 hingga 41 disekolah...tanggungjawab sama atau tidak?

walaupun cikgu maktab, ipg, kpli dll, Kerja hakiki semua sama iaitu mengajar...

Jadi, apalah kiranya kerja kerani diwujudkan gred seperti cikgu. Dimana ada kerani spm, kerani berdiploma atau kerani berijazah.
Kerja hakiki semua gred kerani sama macam cikgu iaitu perkeranian.

Mana-mana kerani yang takde diploma atau ijazah boleh dibenar sambung belajar ke universiti (dengan kemasukkan khas) macam cikgu untuk naik pangkat ke gred lebih tinggi.

Perkara-perkara macam inilah yang Mr Presiden Cuepacs kena mohon kat PM...lagipun kerani merupakan PA paling ramai.

Selasa, Februari 14, 2012 12:08:00 AM
===================================
SOKONG PENDAPAT AWK...
JOM SUME PT, LIKE KOMEN NI....

Selasa, Februari 14, 2012 3:14:00 PM
-----------------------------------

Saya sokong...

Kenapa cikgu....jururawat...tukang masak...tukang beri ubat boleh,,,,,

Cuepacs...sila ambil perhatian!

Rabu, Februari 15, 2012 11:22:00 PM
-----------------------------------

Memang logik dan masuk akal....
Jom semua Pembantu Tadbir...kita sokong usul ini dan jadikan isu utama dalam persatuan masing-masing..

Tanpa Nama berkata...

Cepat la laksana kan SBPA nie.... dah nazak da kewangan aku nie... dulu bleh la cukup2 makan jer.... skang harga barang dah naik sejak september 2011.... gaji sampai Febuari 2012 tak naik naik lagi.....

Tanpa Nama berkata...

MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

Tanpa Nama berkata...

ssembang pung pang pung pang...teba bommmmmm..last last kena prittt pommmm

Tanpa Nama berkata...

soeWahai kawan2 seperjuanganku di dalam perkhidmatan awam sekeliannya. Mengapakah terus berpuak2 dan membuahkan hasad dengki hari demi hari sesama kamu. Sedangkan kamu semua ini rata-ratanya dari Gred 54 ke bawah (SSM) yang mendapat layanan paling buruk dari segi kenaikan gaji di SBPA. Sedangkan pokok utamanya mereka2 yang bakal terlantar kekenyangan di atas sana? Bacalah Utusan Malaysia hari ini Rabu, 22 Februari 2012, mukasurat 11 di rungan RENCANA, tulisan Zaini Hassan...Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Salam..siapa cakap Tentera goyang kaki..kalau begitu sarankan N 17 tukar peralihan masuk tentera ganti prebet dan prebet buat kerja N 17..begitu lah seturusnya mengikut pangkat..baru adil..he he he ..jng marah,gurau2 je..