SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Februari 2012

CUEPACS MAHU KERAJAAN CAMPUR TANGAN ISU TAWARAN OPSYEN UNTUK JPP

Bernama
10/2/2012



KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan campur tangan dalam tawaran opsyen yang lebih fleksibel kepada 139 penjawat awam Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) jika cadangan penswastaan jabatan itu dilaksanakan.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan sesi taklimat untuk mereka kira-kira tiga bulan lepas mengenai cadangan penswastaan jabatan itu.

JPP ialah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

"CUEPACS tidak membantah cadangan penswastaan JPP tetapi kerajaan perlu campur tangan dalam isu ini dan mengembalikan opsyen kepada penjawat awam yang telah digugurkan sejak 2002, iaitu kakitangan diberi opsyen untuk kekal dengan jawatan dan gaji sedia ada selepas berlakunya penswastaan.

"Apa yang berlaku sekarang ialah JPA hanya menawarkan dua opsyen kepada penjawat awam berkenaan iaitu bersetuju untuk terus berkerja selepas penswastaan dan opsyen kedua ialah memilih untuk bersara awal," katanya.

Omar berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pekerja terbabit untuk membincangkan isu cadangan penamatan perkhidmatan dan penswastaan JPP di pejabat JPP di Seri Kembangan di sini, hari Khamis.

Beliau berkata jika tidak dilaksanakan, seramai 139 penjawat awam yang terdiri daripada jurutera dan juruteknik itu akan kehilangan faedah skim kesihatan dan skim pencen selepas memilih bersara awal.

Selain itu, katanya JPA juga boleh menyerap mereka di kementerian lain seperti KeTHHA dan Kementerian Kerja Raya.

Beliau berpendapat opsyen yang diberi pada sesi taklimat JPA kepada JPP itu seumpama mengugut penjawat awam berkenaan untuk membuat pilihan yang sudah pasti tidak memberi faedah kepada kakitangan JPP dari sudut kewangan kelak.

Justeru itu, Omar berkata beliau akan berjumpa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada masa yang terdekat ini untuk menyelesaikan isu itu.

"CUEPACS harap kerajaan akan mempertimbangkan JPP dikorporatkan daripada diswastakan kerana gaji, faedah pekerja dan kebajikan akan lebih terjamin," katanya.

Sementara itu, Omar berkata CUEPACS tidak dijemput untuk memberi pandangan mengenai rancangan berkaitan Skim Khas pembelian rumah Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL).

"Setakat ini, CUEPACS tidak diberi sebarang maklumat mengenai skim berkenaan. Jangan bila ada masalah timbul kelak, barulah nak jumpa CUEPACS untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

"Walaupun CUEPACS mempunyai wakil di lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun tiada siapa yang merujuk kepada CUEPACS untuk memberi pendapat mengenai skim itu," katanya.

Skim khas pembelian rumah PPR-MTEN dan PA DBKL, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Dis lepas, bertujuan membantu penyewa sedia ada mendapatkan sumber kewangan bagi membeli rumah-rumah yang ditawarkan.

Skim itu akan bermula Mac ini dan pembeli dijangka menandatangani surat perjanjian jual beli mulai Mei depan.

-- BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

WAU GAJI TENTERA NAIK BYK,BAIK PUN GENG NI SETUJU SEMUA...
Skim gaji askar SPM, ijazah naik
Oleh M Hifzuddin Ikhsan

2012/02/10
KUCHING: Gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melonjak daripada kira-kira RM800 kepada RM1,125 sebulan berikutan pelaksanaan skim gaji baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 16 Januari lalu.

Skim dirancang lebih awal sebelum Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan itu juga menyaksikan kenaikan gaji kemasukan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada RM2,100 sebelum ini kepada RM2,400, sebulan.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata imbuhan itu sejajar dengan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini.
Bagaimanapun katanya, akibat kelewatan semakan gaji ATM sebelum ini, gaji anggota tentera menjadi agak ketinggalan berbanding perkhidmatan awam lain dengan semakan semula ke atasnya hanya dapat diselesaikan baru-baru ini.

“Secara kebetulan pelaksanaan skim gaji baru ATM ini diluluskan hampir sama dengan SBPA sedangkan semakan yang dilakukan pihak kita sudah lama dilakukan.

“Melalui skim baru ini juga, anggota prebet muda yang menyertai ATM ketika berusia 18 tahun boleh berkhidmat sehingga usia 45 tahun iaitu perkhidmatan maksimum selama 27 tahun,” katanya selepas memberi taklimat SBPA-ATM kepada anggota ATM di Kem Penrissen di sini, semalam.

Majlis turut dihadiri Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar bersama lebih 500 anggota dan pegawai yang turut diberi peluang berdialong dalam sesi berkenaan.
Difahamkan, melalui skim baru ini juga hanya dua kemasukan ke dalam perkhidmatan ATM akan dibuat iaitu melalui SPM dan Ijazah Sarjana Muda dengan semakan ke atas kemasukan kelayakan diploma sedang dilakukan.

Sementara itu, mengulas mengenai aduan kira-kira 20 bekas tentera di negeri ini yang lewat menerima bayaran pencen, beliau berkata, ia mungkin berpunca daripada masalah dokumentasi di peringkat Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di Kuala Lumpur.

Tanpa Nama berkata...

Pendedahan gaji baru Cuepacs di Berita Semasa. com :
Aku kumpulan pelaksana :

AKU TAK STUJU. AKU BANTAH.

1. Mengapa SBPA JPA aku dapat lebih tetapi dalam SBPA CUPEC aku dapat kureng !!!!
2. Mengapa masih ada Kumpulan 2 & Kumpulan 3 .. sedangkan masa SSM kami HANYALAH satu. Banyak IMPLIKASInya.
3. Cuepacs seharusnya bina kaedah sendiri dan TIDAK TERIKUT dgn sbpa JPA.
4. Omar, Kamu baiki LABU ape !!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Pendedahan gaji baru Cuepacs di Berita Semasa. com :
Aku kumpulan pelaksana :

AKU TAK STUJU. AKU BANTAH.

1. Mengapa SBPA JPA aku dapat lebih tetapi dalam SBPA CUPEC aku dapat kureng !!!!
2. Mengapa masih ada Kumpulan 2 & Kumpulan 3 .. sedangkan masa SSM kami HANYALAH satu. Banyak IMPLIKASInya.
3. Cuepacs seharusnya bina kaedah sendiri dan TIDAK TERIKUT dgn sbpa JPA.
4. Omar, Kamu baiki LABU ape !!!!!!

Tanpa Nama berkata...

20.2.2012(ISNIN) JAM 9 PAGI DATANG LAH KE USM DENGAR AMANAT PRESIDEN CUEPACS SEBELUM BELIAU TEMUI WARGA AHLI MESYUARAT SBPA,BAGI IDEA YANG BERNAS,BAWA KAWAN KAWAN DAN RAKAN RAKAN SEKERJA SERTA HEBAH HAL INI PENUHI DEWAN USM(TANYA GUARD DIMANA) TANDA SOKONGAN KEPADA PRESIDEN CUEPACS,BARULAH IKHLAS.

Tanpa Nama berkata...

WARGA TENTERA DIBATU UBAN WAJAR KELUAR BERAMAI-RAMAI HADIR DENGAR AMANAT PRESIDEN CUEPACS PADA 20.2.2012,JAM 9.30 PAGI,DIDEWAN USM INDUK ,TANYA GUARD PASTI TAHU DIMANA.KELAYAKAN MASUK TENTERA SYARAT SPM,SOALAN BOLEH DITANYA KEPADA DATO PRESIDEN CUEPACS,DATANG DAN TANYA BUKAN CAKAP DIBELAKANG.

Tanpa Nama berkata...

MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.