SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Februari 2012

100 PERATUS ANGGOTA ATM TERIMA TAWARAN OPSYEN SBPA- ABDUL LATIF

Bernama
11/2/2012



KOTA KINABALU, 10 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima tawaran opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi anggota tentera yang berkuatkuasa 16 Jan lepas.

Beliau berkata skim yang berlainan dengan SBPA bagi penjawat awam itu mendapat persetujuan 100 peratus anggota selepas mendapat penjelasan terperinci daripada lebih 20 sesi dialog yang diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak mulai Disember tahun lepas.

"Selepas sesi dialog yang dijalankan secara santai dalam nilai ATM yang jarang diadakan (selalunya formal) dan apabila santai, anggota-anggota lain pangkat dari peringkat bawahan tidak malu bertanya dan mereka mendapat kefahaman jelas.

"ATM mempunyai cara pendekatan yang amat komprehensif (memberi penjelasan mengenai SBPA) di bawah kelolaan Bahagian Perkhidmatan yang diketuai oleh Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog berhubung SBPA bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar di sini, Jumaat.

Semalam, Abdul Latiff selepas taklimat tertutup mengenai SBPA untuk pegawai dan anggota tentera di Kem Penrissen Kuching dilaporkan berkata gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melonjak daripada kira-kira RM800 kepada RM1,125 sebulan berikutan pelaksanaan skim gaji baru ATM berkuatkuasa 16 Jan lalu.

Skim dirancang lebih awal sebelum SBPA diperkenalkan itu juga menyaksikan kenaikan gaji kemasukan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada RM2,100 sebelum ini kepada RM2,400, sebulan.

Abdul Latiff bagaimanapun berkata tidak kesemua daripada anggota tentera menerima opsyen bagi umur persaraan 60 tahun dan mereka boleh memilih opsyen itu sehingga akhir bulan ini.

Pada sesi dialog itu, Menteri itu berkata pelaksanaan gaji baru itu dirancang secara tertib di peringkat dalaman ATM mengikut Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini.

"Skim SBPA-ATM itu dirancang lebih awal daripada SBPA selama 30 bulan untuk membuat 'menu' skim itu bagi mengambil kira ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM di negara ini," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata sebelum ini kebanyakan anggota tentera dari peringkat golongan muda yang berkhidmat selama 18 tahun dalam TLDM tidak bersetuju dengan opsyen persaraan 60 tahun.

"Mereka tidak mendapat penjelasan komprehensif tentang SBPA-ATM dengan tidak menerima umur persaraan (58 tahun ke 60 tahun), mereka membuat keputusan dalam keadaan tidak faham dan sekarang mereka diberi peluang tandatangan (pilih opsyen bersara 60 tahun) sehingga akhir bulan ini," katanya.



-- BERNAMA

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah. Diam-Diam UBI.
Cuepacs - riuh sekampung !

Tanpa Nama berkata...

Bla tengok draf gaji cadangan cuepac, nampaknya tak ada perbezaan mana hanya naik lebih kurng rm50 dari yang puak2 PTD buat..ternyata jika ini dikemukakan pada jpa,PTD.JUSA tersenyum riang..pa kena main lagi...Dimana gred senior yang war-warkan untuk diperjuangkan..Gred 12 yang lebih dari gred 11 dekat mana kau humban?.masih letak N5-1?......

Tanpa Nama berkata...

yes sir!!! tapi...:(
yes sir!!! ok lah...

Tanpa Nama berkata...

Memang la stuju tapi terpaksa sign walau pun hakikatnya senior yg dah lama mati gaji SAMA dengan junior yang baru mati gaji. Pendek kata, Gaji senior dan junior sama jer...

Tanpa Nama berkata...

Ntah lah, tentera ni susah cket sbb byk ikut arahan atasan. Stuju ke x yg penting kat UGAT dah jalan gaji baru. Atasan naik gila2, bawahan naik gula2. Ikut hang la, suka ati hang la, malas nak kecoh2...org bg kita amik jer...yg geramnyer bkan aper...penilaian tahun 2011 x diambil kira...tu yg rasa rugi besar (SBPA gaji TURUN RM19, SSM Gaji naik P2 satu step pas tu mati)...serah je pada Allah saw untuk menilai...

Tanpa Nama berkata...

kakitangan pangkat rendah naik hanya RM 325.00 tapi pegawai atasan naik RM 1300.00, itu baru pegawai biasa, pegawai tinggi pula entah berapa ribu kenaikan dia dapat gamaknya? Nampak sangat SBPA yang dicanangkan baik sangat ini hanya menguntungkan dan mengenyangkan pegawai atasan saja, kakitangan bawahan setakat jilat pinggang sisa pegawai atasan saja.

Itu dalam ATM, dalam jabatan awam lagi teruk, kerana jangan haraplah nak dapat kenaikan RM 325 untuk kakitangan pangkat rendah, ada yang hanya naik RM 5.00 saja, sedangkan pegawai atasan pelahap tidak ingat dunia sampai melahap RM 5000.00 kenaikan gaji mereka.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa SBPA dibuat untuk membalas dendam kononnya pada tahun 2007 kakitangan pangkat rendah naik 35% dan pegawa pangkat tinggi 15% saja, tapi apa yagn jelas pegawai atasan ini tak reti mengira, mereka berdengki tak tentu arah, walaupun kenaikan kakitangan pangkat rendah 35%, tapi kenaikan dari segi RM tak seberapa sedangkan walaupun pegawai atasan naik 15% tapi kenaikan dari segi RM lebih lumayan berbanding kenaikan kakitangan pangkat rendah.

Apa yang jelas pegawai atasan bukan saja pendengki, tamak haloba malahan mereka juga tak reti mengira, mentang-mentang buat dasar semuanya nak dibolot oleh mereka, dasar tamak haloba yang tak reti mengira.

Tanpa Nama berkata...

mana ada anggota tentera yg berani protes tak nak sign, nak kena guardroom, then kawan log !!!

Tanpa Nama berkata...

SEPATUTNYA GAJI TENTERA NAIK SAMA DENGAN POLIS, TETAPI KERAJAAN KATA XDER BUDJET, MENTERI PERTAHANAN JANJI , KALAU NAIK GAJI TENTERA , AKAN DAPAT TUNGGAKAN TARIKH GAJI POLIS NAIK 1/2010, BILA NAIK SIKIT , TUNGGAKAN DIAM SAJA, HARAP MENTERI BERKENAAN INGAT APA YG DIJANJIKAN. WALAUPUN NAIK XSEBERAPA TAPI BERSYUKUR, SEBAB YANG PENTING XDER MAKAN DUIT RASUAH. NAJK BAGI MAKAN ANAK BINI, KEKADANG ORG NI GAJI BANYAK TAPI X CUKUP SEBAB APER, FAHAM2 LER KAN.

Tanpa Nama berkata...

undi rahsia..!!

Tanpa Nama berkata...

Saya dah lihat sifir gaji SBPA ATM, pangkat bawah seperti sarjan dan koperal dpt kenaikan dalam rm300++ tapi pangkat yang atas bermula pegawai waran kenaikan gaji maksimum melonjak rm2000++, contoh pegawai waran yg sekarang dpt gaji rm3000++ pakai sbpa dpt rm5000++ sapa tak nak??

Tanpa Nama berkata...

MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

Tanpa Nama berkata...

tak takut makan duit HARAM ???????

Jawab ler dalam kubur nanti .. padang masyar ?? Masya Allah !

Duit haram .. sampai anak cucu (habis keturunan) makan duit haram.

Isshhh .. dunia adalah sementara. AQkhirat kekal abadi.

Tanpa Nama berkata...

Cuepac tolong tengok kami di sektor Awam ramai yg memiliki MA, PhD belajar dlm kerja, gaji byk itujuga pangkat tak naik. Sepatutnya krj menggalakkan belajar sambil berkerja wajar memberikan beberapa kenaikan Haji tahunan sebagai tanda pengiktirafan kepada yang sanggup berkorban menyahut seruankerajaan meningkatkan ilmu pengetahuan. Pekerja yang berilmu adalah aset kerajaan juga.

Tanpa Nama berkata...

Wahai kawan2 seperjuanganku di dalam perkhidmatan awam sekeliannya. Mengapakah terus berpuak2 dan membuahkan hasad dengki hari demi hari sesama kamu. Sedangkan kamu semua ini rata-ratanya dari Gred 54 ke bawah (SSM) yang mendapat layanan paling buruk dari segi kenaikan gaji di SBPA. Sedangkan pokok utamanya mereka2 yang bakal terlantar kekenyangan di atas sana? Bacalah Utusan Malaysia hari ini Rabu, 22 Februari 2012, mukasurat 11 di rungan RENCANA, tulisan Zaini Hassan...Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Sebenar banyak rungutan tentang gaji baru SPBA (ATM). Sama sepertimana awam. Saya rasa 100 peratus setuju kebanyak borangx SPBA ditandatangani oleh Pegawaix Tentera sendiri. Kalau dikaji sekiranya anggota terlibat tugas luar negara, operasi dan latihan bila masa dia orang nak sign borang SPBA.

Anggota yang baru dinaikan pangkat sama dengan annggota senior yang telah lama mati skim hampir 7 tahun. sedangkan kalau nak dikira sama aja kelulusan akademik.

Jadi jangan lah dok warx kan sangat yang mengatakan 100 peratus ATM terima tawaran Opsyen SPBA. Nak bodek PM biarlah kena pada tempatnya.

Memang la stuju tapi dipaksa bukannya terpaksa sign walau pun hakikatnya senior yg dah lama mati gaji SAMA dengan junior yang baru mati gaji. Pendek kata, Gaji senior dan junior sama jer...

Tanpa Nama berkata...

Hari ini , terdapat beberapa ATM ahli-ahli askar-askar yang mempunyai Diploma, Degree, Sarjana, atau PhD sama ada menggunakan wang atau wang kerajaan mereka sendiri. Bila kumpulan-kumpulan ini dikenal pasti oleh atas, maka pelbagai jenis beban kerja dan tugas ialah diberi berasaskan ilmu mereka. Sebahagiannya juga mempunyai gaji rendah dan pangkat rendah dari yang lain yang mempunyai SPM / PMR tetapi juga digunakan kecil. Kumpulan ini juga dipercayai dapat pindah organisasi mencapai wawasan. Contohnya: Ahli-ahli TLDM yang mempunyai SPM hanya membuat tugas menurut kebolehan mereka pengetahuan berbanding dengan mereka yang mempunyai tertinggi akademik. Ringkasnya, pengetahuan yang lebih tinggi seorang anggota boleh membuat lebih banyak berbeza cara ia bekerja dan prestasinya. Sama juga, atas hanya memberi perintah-perintah dan berharap satu kerja cemerlang buat daripada golongan ini walaupun ada juga sekelumit dari akademik yang mempunyai lebih rendah dari kumpulan ini. Untuk baik orang-orang ini, saya tertarik untuk mencadangkan yang CUEPACS, JPA, ATM , dan TLDM khususnya memberi ini kumpulan keistimewaan dan kelebihan dalam soal kenaikan gaji atau peluang-peluang naik pangkat mendorong orang-orang ini bahawa mereka akan kekal cekap dalam menyampaikan satu komitmen tinggi bagi ATM / TLDM dalam kecemerlangan supaya mencapai matlamat-matlamat organisasi dan wawasan menjadi 'peringkat dunia' dengan kejayaan besar.Plz kami pertimbangan wajar.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tentera semua setuju SBPA.. Memang askar kita bodoh. Diperbodohkan dengan saranan SBPA pun ikut telunjuk. Atau bukan mereka yang tandatangan,, tapi telah ditandatangani oleh orang lain. Awam lain,., pakat pangkah PAS.. BUANG UMGOK.. BN...

Tanpa Nama berkata...

xpyah lh ko org post bnyk2 kat sni, ade admin blog ni blas luahan dan keluhan hati ko org??ape lg nk smpai kat org2 kuat CUEPACS yg kat atas sna, smpai sudah mcm tu je lh.pikir2 kn lh...