SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Februari 2012

CUEPACS YAKIN ISU SBPA DAPAT SELESAI SEBELUM 3 BULAN

Utusan Malaysia
14/02/2012 8:42pm

PUTRAJAYA 14 Feb. - Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) optimis hasil kajian penambahbaikan bagi Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dapat diselesaikan lebih awal berbanding tempoh perbincangan ditetapkan iaitu tiga bulan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, keputusan berkenaan bakal memberi kelegaan kepada 1.3 juta penjawat awam kerana perbincangan kali ketiga bersama Pengerusi pasukan petugas semakan semula SBPA, Tan Sri Ismail Adam dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini berjalan dalam suasana tenang.

”Kita akan mengadakan satu lagi mesyuarat pada 22 Februari nanti dan berdasarkan perbincangan hari ini saya nampak ada jalan penyelesaian sebelum 15 April,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Omar berkata, pihak kesatuan berasa lega apabila Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan memberi jaminan untuk memberi pertimbangan khas terhadap lima tuntutan utama yang dikemukakan sebelum ini dalam pertemuan mereka, baru-baru ini.

Lima tuntutan tersebut adalah mengkaji semula pindaan gaji gred 54 ke bawah; mengkaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum; mengkaji kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak penstrukturan semula semua gred penjawat awam.

Omar berkata, perbincangan yang berlangsung tidak terlalu menyulitkan dan pihaknya mendapati ia boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu bertegang urat.

"Pada 17 dan 18 Februari ini kami akan menganjurkan bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS di Hotel Putra, Kuala Lumpur yang akan turut disertai pegawai gred 54, Persatuan Akademik dan Persatuan Jurutera, kertas kerja yang akan dibentangkan akan menentukan segala-galanya dalam SBPA.

"Kami akan bentangkan kertas kerja yang komprehensif dan ini akan menjadi satu penyelesaian peringkat permulaan selain daripada lima tuntutan itu,'' katanya. - UTUSAN

38 ulasan:

heousu twopence berkata...

First!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau boleh bagi jaminan slesai sblm 3 bulan. Alhamdulillah.
Ingat : Kes SBPA tertangguh arahan PM mulai 1 Januari 2012.
Ingat : hari ni dah 17/2/2012.

Sblum 31 Mac 2012 ... isu SBPA settle !!
Alhamdulillah. Gaji brtambah ..

Tanpa Nama berkata...

Minta Datuk Farida beri laporan.
1. Sehingga tarikh tutup 15 Feb 2012, berapa bnyk cadangan telh diterima oleh pihak Jkuasa Kajian Smula SBPA?
2. Dpd jumlah cadangan yg ditrima, berapa jumlah dpd a). Kesatuan b). Perseorangan c). Organisasi Kerajaan.
tq.
- AMC

Tanpa Nama berkata...

SBPA MINTA SEGERA DISELESAIKAN,BUKAN TUNGGU,
TARIKH BELUM DIKENAL PASTI,
ZAMAN YBHG TAN SRI ISMAIL ADAM JADI KETUA PENGARAH PSD MASALAH GAJI TIADA MASALAH.GAJI PUN TERBALIK PERATUS GRED BAWAH NAIK BANYAK,GRED ATAS NAIK SIKIT.SO PROBLEM SELESAI.CUEPACS DIBAWAH DATO OMAR TIDUR LENA DAN LEGA.........

Tanpa Nama berkata...

kami pembantu hal ehwal islam gred 17 memiliki sijil kelayakan dari kolej agama tetapi JPA terlupa gred kami untuk dinaik taraf,kami pun ada kemahiran untuk menyampai ilmu pengetahuan kepada makmum,tetapi tertinggal oleh JPA.

Tanpa Nama berkata...

kami pembantu hal ehwal islam gred 17 memiliki sijil kelayakan dari kolej agama tetapi JPA terlupa gred kami untuk dinaik taraf,kami pun ada kemahiran untuk menyampai ilmu pengetahuan kepada makmum diAADK,tetapi tertinggal oleh JPA.

Tanpa Nama berkata...

Eloklah kalau dapat selesai awal dan pa pun dapat gaji sbpa yg telah dikemaskini dgn awal. Bukan apa, kesan kenaikan harga barang terutama barang makanan begitu membebankan. Impak kenaikan harga barang sangat terasa. Harap pihak kerajaan prihatin tentang masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

KESATUAN KASTAM JANGAN ASYIK KACAU JAWATAN KETUA PENGARAH KASTAM,JAGA JAWATAN PEGAWAI BAWAHAN SEPERTI PEMBANTU KASTAM DAN PENOLONG PEGAWAI KASTAM,BUKAN ASYIK MAIN WAYANG,
JAWATAN LAIN DAH NAIK GRED SEPERTI SEPERTI DI JPJ PEMERIKSA KERETA MOTOR NAIK KE GRED 3-1,PELUKIS PELAN 3-1,TAPI PEMBANTU KASTAM KEKAL GRED. 4-1(LAMA W17),APA NAK JADI,MACAM PENOLONG PENGUASA KASTAM KEKAL BIASA TAKKAN KAMI LULUSAN DIPLOMA SAMA DENGAN SIJIL SEPERTI GRED 3-1.

pemuDA UMNO berkata...

PM perlu mengambil tindakan kepada pelaksana sistem SBPA yang telah menimbulkan kekecohan dan menyebabkan PM TERPAKSA menubuhkan JK Kajian Semula SBPA yang diKetuai oleh BEKAS KPPA...SPRM sila siasat....

Pemuda UMNO..

Tanpa Nama berkata...

Prinsip pemindahan gaji haruslah satu (1) kenaikkan gaji tahunan dalam gaji SSM dan kemudiannya 13% lagi sebelum pemindahan ke gaji SBPA dan juga maksimum pencen dikira hinggalah 33 tahun dari 30 tahun yang ada pada kini.Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Bunyi bising lagi .. maknanya PA tak puashati ... apasal Cuepac lega ...??

Kakitangan Kontrak berkata...

Minta supaya kakitangan kerajaan yg berstatus kontrak sama ada peringkat persekutuan atau negeri diberikan perhatian.

Nak merasa jugak SBPA...

Tanpa Nama berkata...

SELESAI HANYA DIKIRA APABILA
KENAIKAN 7-13 PERATUS UNTUK GRED 1-54 DAN JUSA. Tak ada gred yang terlebih dan terkurang dari angka 7-13 peratus. Tiada lagi yg sulit berkaitan lampiran C. Sekali lagi ingat 7-13 peratus untuk Premier, Jusa dan gred 1-54. Titik.........

7-13wangRakyat

Tanpa Nama berkata...

PTK ?
Mansuh PTK jer ! tentang kelulusan ianya masih kekal tercatat dlm buku perkhdmtn.
Anjakan Gaji perlu diberi. Kasihan PA yg kompiten. Mereka inilah yg terbukti melepasi tahap piawaian yg telah ditetapkan oleh JPA!

Anugerah Anjakan Gaji adalah satu anugerah tinggi kpd PA. Hargailah penat lelah dan tumpuan mereka mentelaah modul PTK yg telah ditetapkan oleh JPA.

Mendapat kelulusan Aras IV adalah amat susah dan bukan semua PA mencapainya. Ramai yg kandas. Ramai juga yg berputus asa walau pun banyak kali mencuba dan ada PA yg enggan duduki PTK!

JPA hargailah PA yg lulus PTK Aras IV. Boleh bagi Anjakan Gaji.

Tanpa Nama berkata...

PA YG MASUK KERJA DGN DIPLOMA BERGRED 27 (SSM) MERUPAKAN KUMPULAN TERKEPIT..GAJI JADI CAM SBPA3-1
????????????????????????
HARAP JKUASA AMBIK TINDAKAN BAIKI..

Tanpa Nama berkata...

Setelah melihat tangga gaji yang telah ditawarkan dan telah tandatangani tempuhari.Gred G 22 ada kenaikan.Tapi apabila melihat kepada draff( tidak rasmi ) dari Cuepacs dan dibuat perbandingan didapati draff dari Cuepacs gaji turun banyak.Contohnya mudah bagi Gred G22 gaji maksima yg.telah ditandatangani tempuhari RM4185.00 sedangkan draff Cuepacs RM3850.00.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
salam, kat mana encik dapat lihat draf tu....boleh kongsi bersama?

Tanpa Nama berkata...

Harap cuepacs ambil perhatian pada PA yg belum sempat anjak gaji. jgn JPA nafikan rezeki mereka untuk anjak gaji terlebih dahulu. PTK dulupun adalah cadangan JPA.

macam kes aku. lulus PTK aras 4. sebaik saja lulus rasa gembira dan hanya menunggu cukup tempoh 3 tahun perkhidmatan untuk apply anjak gaji. tahun 2012 baru boleh apply anjak gaji. tak sabar2 untuk naik ke P2. tapi malangnya. harapan hancur & tinggal kenangan bila sbpa dikuatkuasakan pd tahun 2012. bila Sbpa dilaksanakan secara automatik perkara anjakan gaji pun tidak diapply kerana di bawah SSM. bukan menentang sbpa.
harap beri peluang kepada PA yg dah lulus utk anjak gaji terlebih dahulu dan barulah diberi gaji SBPA. PTK dahulupun adalah cadangan JPA. Bukan saja2 nak ambil. tiba2 bila dah lulus tak dapat apa2 gara2 SBPA yg betul2 menyusahkan.
yang paling sakit hati pihak KPM cakap masa penerangan SBPA, dah bukan rezeki. senang2 cakap lagu tu. kenapa nafikan hak kami yang dah lulus PTK.

Tanpa Nama berkata...

DALAM usaha menuju keredaan Allah SWT, kita perlukan resipi takwa yang sempurna bagi memastikan kejayaan di dunia dan akhirat. Inilah satu-satunya jalan yang ditelusuri para auliya’ dan salafus salih yang sentiasa mendapat petunjuk dari Allah SWT. Firman Allah SWt bermaksud: “Dan mereka yang sentiasa mencari petunjuk akan bertambah hidayah mereka dan mendapat kurniaan takwa yang sebenar.” – (Surah Muhammad ayat 17)

Mereka sampai di kemuncak keimanan kepada Allah SWT selepas menunaikan hak Allah SWT dan Rasulnya dengan menunaikan perintah dan larangan Allah SWT. Mereka sentiasa beristiqamah dengan amalan kebajikan dan teguh memelihara prinsip keimanan yang sebenar. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan mereka yang berpegang teguh dengan al-Kitab, menunaikan solat. Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali akan mensia-siakan mereka yang melakukan kebaikan.” – (Surah al-A’raf ayat 170)
Kesan petunjuk ini juga akan dapat dilihat melalui sifat kasihan belas sesama makhluk tanpa batasan. Mereka meluangkan masa, tenaga dan rela mengorbankan harta pada jalan kebajikan sepanjang perjalanan hidup mereka.
Mereka konsisten dalam amalan ini dalam apa juga keadaan kerana menyedari bahawa semuanya yang dinafkahkan sama ada masa atau tenaga akan diganti oleh Allah SWT dengan pelbagai cara kerana janji Allah itu adalah satu kepastian yang mutlak.

Penulis berasa terpanggil untuk merakamkan sesuatu apabila melihat doktor di kawasan pedalaman tanah air tidak pernah jemu menghulurkan bantuan dengan meredah hutan dan paya bagi menawarkan perkhidmatan kepada golongan yang daif.

Prinsip dalam kerjaya mereka sebagai pembantu kepada golongan lemah sentiasa dijaga tanpa mengutamakan soal pembayaran dan ganjaran duniawi. Sabda Baginda SAW kepada salah seorang isterinya Asma’: “Wahai Asma’ bantulah mereka yang memerlukan dan jangan berkira-kira, kelak nanti Allah juga akan berkira-kira denganmu.” (Muttafaqun A’laih)

bila agaknya gred pengawal kp 11 nak dijumudkan ke 17 dah sama taraf pembaNTU OPERASI

Tanpa Nama berkata...

Kerani Bersatu berkata...
Maaf bertanya...Persoalan saya, Gred cikgu ni ada bermacam-macam dari 29 hingga 54 di sekolah...kerja hakiki bagi gred-gred ini sama atau berlainan.

Apa beza Cikgu 29 hingga 41 disekolah...tanggungjawab sama atau tidak?

walaupun cikgu maktab, ipg, kpli dll, Kerja hakiki semua sama iaitu mengajar...

Jadi, apalah kiranya kerja kerani diwujudkan gred seperti cikgu. Dimana ada kerani spm, kerani berdiploma atau kerani berijazah.
Kerja hakiki semua gred kerani sama macam cikgu iaitu perkeranian.

Mana-mana kerani yang takde diploma atau ijazah boleh dibenar sambung belajar ke universiti (dengan kemasukkan khas) macam cikgu untuk naik pangkat ke gred lebih tinggi.

Perkara-perkara macam inilah yang Mr Presiden Cuepacs kena mohon kat PM...lagipun kerani merupakan PA paling ramai.

Selasa, Februari 14, 2012 12:08:00 AM
===================================
SOKONG PENDAPAT AWK...
JOM SUME PT, LIKE KOMEN NI....

Selasa, Februari 14, 2012 3:14:00 PM
-----------------------------------

Saya sokong...

Kenapa cikgu....jururawat...tukang masak...tukang beri ubat boleh,,,,,

Cuepacs...sila ambil perhatian!

Rabu, Februari 15, 2012 11:22:00 PM
-----------------------------------

Memang logik dan masuk akal....
Jom semua Pembantu Tadbir...kita sokong usul ini dan jadikan isu utama dalam persatuan masing-masing..

Tanpa Nama berkata...

KESATUAN KASTAM JANGAN ASYIK KACAU JAWATAN KETUA PENGARAH KASTAM,JAGA JAWATAN PEGAWAI BAWAHAN SEPERTI PEMBANTU KASTAM DAN PENOLONG PEGAWAI KASTAM,BUKAN ASYIK MAIN WAYANG,
JAWATAN LAIN DAH NAIK GRED SEPERTI SEPERTI DI JPJ PEMERIKSA KERETA MOTOR NAIK KE GRED 3-1,PELUKIS PELAN 3-1,TAPI PEMBANTU KASTAM KEKAL GRED. 4-1(LAMA W17),APA NAK JADI,MACAM PENOLONG PENGUASA KASTAM KEKAL BIASA TAKKAN KAMI LULUSAN DIPLOMA SAMA DENGAN SIJIL SEPERTI GRED 3-1.
...................................
Peringkat atasan tak penah bantu pun..,sound kat JPA psl gred gaji pegawai kastam yng rendah ni kalau dibandingkan dengan agensi lain.Ada ker Ketua Pengarah Kastam,Ketua Pengarah Sumber Manusia mau ambik kisah.Masing-masing nk jaga tembolok sendiri jer.

Gaji pegawai kastam gred rendah mmg dah lama terpinggir.Kalau gred tinggi pegawai kanan ok ler jugak.Skrg ni kalau psl naik pagkat dari W22 ke W26 dah ok sikit.12-15 tahun servis boleh merasa KUP atau HAKIKI.Tapi mau naik lagi cukup susah.Misyalnya mau naik ke W26(pegawai kastam tua),banyak sekatan daa..wpun dah lama 7-8 tahun W22.Umur dah dekat pencen,Nasib do re mi ler plak.

Kesatuan Kastam dilihat gagal membantu.Ramai yang dah semput daa.Lagi plak gang tertinggi kesatuan ramai yang dah berpangkat.Buat par nk kisah sangat-sangat..

paktam JKR berkata...

SYUKUR AKHIRNYA tpm KELUARKAN KENYATAAN AKAN SEKAT KENAIKAN TIME BASED GURU-GURU SECARA AUTOMATIK, DAN AKAN MEMPERCEPATKAN URUSAN KENAIKAN GRED SEMUA PEMEGANG SIJIL POLI KE TARAF DIPLOMA DAN IJAZAH, TERUTAMA J17 KE J41, FT17 KE FT41 DAN SETERUSNYA..

INILAH KEADILAN YANG DIMAHUKAN KITA SEMUA. ADIL DAN SAKSAMA.

PAP Kulim berkata...

PAP layakkah mendpat elaun kritikal? mengapa kami PAP di MOHE dan MOF tidak menikmati elaun kritikal dan keraian? ini akan menjejaskan perangcangan kerajaan kearah pendapatan tinggi menjelang 2020.

jgn hanya sebab pegawai ada ijazah, kami dipinggirkan elaun.

Tanpa Nama berkata...

SYUKUR AKHIRNYA tpm KELUARKAN KENYATAAN AKAN SEKAT KENAIKAN TIME BASED GURU-GURU SECARA AUTOMATIK, DAN AKAN MEMPERCEPATKAN URUSAN KENAIKAN GRED SEMUA PEMEGANG SIJIL POLI KE TARAF DIPLOMA DAN IJAZAH, TERUTAMA J17 KE J41, FT17 KE FT41 DAN SETERUSNYA..

INILAH KEADILAN YANG DIMAHUKAN KITA SEMUA. ADIL DAN SAKSAMA.
....................

POLITEKNIK TEMPAT SISA-SISA SPM YG TAK LAYAK KE OVER-SEA & IPTA.
spm tak seberapa-gred nak naik cepat

Tanpa Nama berkata...

SYUKUR AKHIRNYA tpm KELUARKAN KENYATAAN AKAN SEKAT KENAIKAN TIME BASED GURU-GURU SECARA AUTOMATIK, DAN AKAN MEMPERCEPATKAN URUSAN KENAIKAN GRED SEMUA PEMEGANG SIJIL POLI KE TARAF DIPLOMA DAN IJAZAH, TERUTAMA J17 KE J41, FT17 KE FT41 DAN SETERUSNYA..

INILAH KEADILAN YANG DIMAHUKAN KITA SEMUA. ADIL DAN SAKSAMA.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

JGN SALAH FAHAM,BUKAN SEKAT TIME BASE... TAPI SEKAT UNTUK 29 KE 41.. TIME BASE TU MCM 29 KE 32 KE 38..

Tanpa Nama berkata...

Cepat la laksana kan SBPA nie.... dah nazak da kewangan aku nie... dulu bleh la cukup2 makan jer.... skang harga barang dah naik sejak september 2011.... gaji sampai Febuari 2012 tak naik naik lagi..... cepat laaa!!

Tanpa Nama berkata...

pem hal ehwal islam gred 17......
msuk keje dlu guna sijil spm kn...
tangga gaji P1T1 kn....
knape ngada2 nk gji staraf sijil teknikal pulakkkkk....

Tanpa Nama berkata...

pem hal ehwal islam gred 17......
msuk keje dlu guna sijil spm kn...
tangga gaji P1T1 kn....
knape ngada2 nk gji staraf sijil teknikal pulakkkkk....

Tanpa Nama berkata...

Kepada Tanpa Nama Isnin, Februari 20, 2012 11:58:00 AM

Menjadi satu kewajpan Pemb Ehwal Islam 17 menyuarakan permasalahan mereka. Apakah mereka ini amat dihina sedekian rupa. Tidak salah mereka meyuarakan hasrat dan pendapat jika kita berpandukan fakta dimana dalam bajet 2012 PM umumkan kenaikan gaji PA dalam kadar 17%- 13%.

Mengapakah anak emas JUSA boleh mencapai kenaikan hampir 85 % sedangkan kemudahan dan elaun2 yang mereka dapati kini melebihi kadar gaji permulaan PA bawahan?

Kita lihat sepohon pokok itu semua berperanan besar. Pokok akan tumbang jika akar tunjang tidak kukuh dan akar serabut PA pelaksana mencari makanan dan air dan daun dahan-dahan yang rendang adalah kalangan JUSA.

Kejayaan sebuah organisasi itu bergantung kepada peranan semuanya baik bawah atau atasan. Justeru itu, dimana letaknya keadilan dan situasi menang-menang jika JUSA saja menerima habuan yang amat lumayan sedangkan bahawahan sebagai kaldai tunggangan.

Fikir-fikirlah dan renung-renunglah. Sedangkan slogan PM1 Malaysia. Rakyat didahulukan Pencaaian diutamakan.Sepatutnya bahawan didahulukan dan atasan juga terima nikmatnya.

Ilmu Kalam

Tanpa Nama berkata...

kepada pem hal ehwal islam s 17
gaji awak dalam sbpa xnaik ke????
duk gred 4-1 ok la tu
gred 3-1 tu utk mereka yg ada sijil teknikal dan diploma bkn teknikal je la...
tu pn xfhm ke?????
syukurlah dgn apa yg ada...
sy duk gred 5-1 tau...
tp sy sedar dri...
ada org bgi ada la...
wasalam...

Tanpa Nama berkata...

MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

Tanpa Nama berkata...

10 KENAPA TERLIBAT RASUAH
1.tidak takut hari pembalasan
2.tidak takut karma di dunia lagi
3.seronok bagi anak mkn duit haram
4.gaji kecik nak hidup macam jusa
5.patut pakai saga tapi Camry
6.mak-bapa dia dulu pun mkn rasuah
7.patut rmh setingkat tapi bunglo
8.ingat rasuah tu duit kopi
9.tak takut seksaan kubur
10. Didikan agama mak-bapak bagi ciput ,
Jumaat, Februari 17, 2012 7:00:00 PM

Tanpa Nama berkata...

Kepada Tanpa Nama 20 Feb 2012 12:41 PM, 2:08 PM dan 5:46 PM.

Mereka ini hanyalah lakonan belaka. Lakonan demi lakonan mereka resapi sedangkan mereka kalangan pihak atasan yang seringkali memantau laman ini.

Alangkah indahnya Tanpa Nama 12:41 pm sanggup turunkan ke Gred 5.1 seperti apa yang dikata. Baru tahu langit itu dan dan rendahnya. Bagi 2:08 PM dan 5:46PM ada kewajaran ungkapannya tetapi persoalanya kenapa Pegawai Kalangan Kastam Malaysia sanggup aibkan maruahdiri dan negara?. Nak katakan tidak berilmu nescaya mereka tidak akan diterima dalam bidang berkenaan.

Kenapa penguatkuasa Negara Jiran Singapura tidak lakukan sedemikian rupa?. Jawapannya mudah kerana wang imbuhanyang tinggi telah merantai dan memberi talbiahkan kepada mereka balasanburukjika tertangkap nanti.

Masalahnya bukan saja kalangan bawahan malahan atasan turut terlibat. Siapa salah dandimana silapnya? Tepuk dada tanya iman?

Nak kata tak berilmu agama seperti tanpa nama 5:46PM ada kalangan mereka cerdik pandai ilmu agama malah sembahyang xdilupakan.

Fikir-Fikirlah dan renung2kanlah dimana silapnya dan hanya Jauhari yang kenal manikam.

Maznah bt Abdullah Sani berkata...

masalah rasuah akan berleluasa krana masih ada segelintir PA yg enggan menyertai UMNO dan bersatu dibawah panji2 BN. PA yg sokong pembangkang biasanya terdorong mahu kaya cepat, dan sepatutnya mereka ditarbiyah oleh pucuk pimpinan parti supaya setia dalam berjuang, utamakan keihlasan dan jgn harapkan kekayaan.

Contohi ketua bahagian dan pemimpin utama UMNO yg jujur, ikhlas dan bersederhana. Ini akan mengelakkan rasuah berlaku. Kenaikan gaji JUSA ialah utk elakkan rasuah. Kami bersyukur pada BN kerana memajukan negera, mmbina kedai2 dan pusat2 beli belah

Tanpa Nama berkata...

Wahai kawan2 seperjuanganku di dalam perkhidmatan awam sekeliannya. Mengapakah terus berpuak2 dan membuahkan hasad dengki hari demi hari sesama kamu. Sedangkan kamu semua ini rata-ratanya dari Gred 54 ke bawah (SSM) yang mendapat layanan paling buruk dari segi kenaikan gaji di SBPA. Sedangkan pokok utamanya mereka2 yang bakal terlantar kekenyangan di atas sana? Bacalah Utusan Malaysia hari ini Rabu, 22 Februari 2012, mukasurat 11 di rungan RENCANA, tulisan Zaini Hassan...Sekian.