SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Oktober 2017

REAKSI BAJET 2018: PERMULAAN BAIK BAGI PENJAWAT AWAM BERKELUARGA

Bernama
Tarikh kemaskini: 28/10/2017

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpuas hati insentif yang diberi kepada penjawat awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 di parlimen hari ini.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata keseluruhan insentif itu adalah permulaan yang baik bagi penjawat awam yang berkeluarga dan mempunyai kesan jangka panjang bagi pembangunan sesebuah keluarga.

"Walaupun kami meminta lebih daripada itu, namun ini sudah cukup memadai buat masa ini," katanya kepada Bernama.

Azih juga memuji kesediaan kerajaan untuk melanjutkan faedah persaraan bagi mereka yang bersara kerana masalah kesihatan dan pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan.

Dalam ucapan bajet itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam, bayaran akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Najib turut mengumumkan kelayakan cuti bersalin ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

Beliau turut mengumumkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari akan dibenar digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dinaikkan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah dan pakar perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya empat tahun serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.

-- BERNAMA

24 Oktober 2017

CUEPACS BENTANG SYOR KEPTAN




Sinar Harian
24/10/2017



Cuepacs bentang syor Keptan KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan membentangkan cadangan dan keluhan Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada bulan depan.


“Kita mohon supaya kerajaan kaji semula penstrukturan dan menaik taraf jawatan pembantu tadbir bagi kedua-dua penjawatan berkenaan bersesuaian dengan beban tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

“Penstrukturan semula Kementerian pendidikan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula tahun ini melalui pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,” katanya sempena majlis perasmian Persidangan Keptan Semenanjung Malaysia dan MoU Keptan bersama Takaful Ikhlas Berhad.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Qalam Zainuddin Sani; Naib Presiden Takaful Ikhlas Berhad, Sheikh Abdul Rahman Sheikh Abdullah dan Presiden Keptan Semenanjung Malaysia, Adnan Ahmad.

Keptan merupakan Kesatuan Pembantu Tadbir (pendidikan) Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1995.

Keptan kini mempunyai jumlah keahlian seramai lebih 12,000 dan 79 cawangan di seluruh semenanjung Malaysia (mengikut pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan bahagian KPM).

21 Oktober 2017

PENJAWAT AWAM HARAP BAGET 2018 BERI SINAR

Sinar Harian
20/10/2017



SHAH ALAM - Pembentangan Bajet 2018 kali ini bakal menjadi sandaran buat rakyat khususnya penjawat awam.Bajet 2018 Seperti tahun-tahun lalu, ramai yang mengharapkan sinar dalam ucapan Bajet 2018 yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen, 27 Oktober akan datang.

Tinjauan Sinar Online dapat melihat keluhan golongan penjawat awam menerusi laman sesawang Bajet 2018 yang nyata tersepit dengan masalah kewangan yang membelenggu kehidupan mereka.
Rata-ratanya mengharapkan kerajaan meningkatkan elaun, selain memberikan bonus lebih tinggi kepada penjawat awam berbanding bajet yang dibentangkan pada tahun-tahun lepas. Seorang pengunjung laman sesawang Bajet 2018, Richard Samie mencadangkan kerajaan mengumumkan peningkatan sebanyak empat peratus daripada kadar pendapatan penjawat awam.

Menurutnya, permintaan tersebut adalah wajar memandangkan nilai kadar inflasi semasa dan kos sara hidup yang agak tinggi. "Elaun perumahan juga perlu ditambah sebanyak RM100. Ini kerana sewa rumah dan harga rumah mahal. "Peningkatan elaun perumahan dapat meringankan beban penjawat awam bila pendapatan meningkat,secara tidak langsung kuasa beli pengguna akan turut meningkat. Rakyat tetap akan berbelanja. Ini akan merancakkan ekonomi negara. Bila perbelanjaan meningkat,pendapatan negara turut meningkat," jelasnya. Cadangannya itu disokong oleh 2,565 pengunjung yang lain.

Pengunjung di laman sama, Amir Ibrahim pula mencadangkan kerajaan memberikan bonus lebih tinggi berbanding sebelumnya kepada penjawat awam. "Diharapkan belanjawan kali ini dapat diberikan bonus penjawat awam sekurang-kurangnya sebulan gaji atau maksimum dua bulan gaji berbanding RM500 yang diberikan sebelum ini.

"Kaedah pembayaran bonus boleh dilakukan secara bulanan berbanding dibayar secara terus atau dua Kali setahun. Sebagai contoh bonus yang dibayar adalah RM6,000, maka pembayaran boleh dibuat RM500 untuk setiap bulan selama 12 bulan. Kaedah ini dapat mengurangkan beban kerajaan," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Mohd Muzaimi Abd Rahman pula mencadangkan kerajaan meneliti  pemberian Elaun Sara Hidup (Cola) kepada penjawat awam. Mohd Muzaimi berkata, kerajaan perlu meningkatkan kadar elaun sehingga 50 peratus bagi membantu penjawat awam mendepani cabaran kos sara hidup.

"Saya mencadangkan agar kenaikan elaun sara hidup penjawat awam dinaikkan 50 peratus kerana golongan pelaksana seperti saya sangat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi di bandar.

"Sara hidup juga meningkat kerana bilangan keluarga yang semakin bertambah. Mohon kajian dan penelitian Najib tentang masalah ini. Terima kasih," ujarnya. Sementara itu, bercakap kepada Sinar Online, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, kerajaan perlu mencari jalan untuk mengeluarkan penjawat awam daripada kepompong kesusahan.

Menurutnya, Najib perlu mengambil langkah menaikkan kadar elaun dan bonus kepada penjawat awam yang selama ini berkerja keras menaikkan imej beliau dan kerajaan di mata rakyat serta dunia.
"Penjawat awam sekali lagi akan meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan, sepertimana bajet yang diumumkan oleh tahun sebelumnya.

"Kerajaan perlu mengambil kira kehidupan golongan penjawat awam yang sangat tertekan pada masa kini. Penjawat awam berdepan kesukaran untuk memiliki rumah, membiayai pendidikan anak-anak, membeli insurans dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Sinar Online. Menurutnya, angka RM500 sebagai bonus tidak lagi boleh dianggap relevan memandangkan rakyat kini berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang meningkat secara mendadak.

"Kerajaan perlu pertimbangkan angka dan nilai yang sesuai untuk menghargai usaha penjawat awam.
"Oleh itu, kita mahu minta bonus sebanyak sebulan setengah kepada kerajaan, bukan lagi RM500 seperti yang diberikan pada tahun ini," katanya lagi.Cuepacs sebelum ini mengharapkan berita baik untuk penjawat awam dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangkan kelak.

Timbalan Presiden II Cuepacs, Zainal Ismail berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula semakan gaji, elaun, bonus dan kenaikan gred untuk beberapa jawatan dalam agensi kerajaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Cuepacs tunggu berita baik]

Tahun lepas, Najib pada pembentangan Bajet 2017 mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam. "Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik.

"Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan," katanya.

17 Oktober 2017

BAJET 2018 : DUA INSENTIF BAHARU ANTARA TUNTUTAN CUEPACS


Berita Harian

KUALA LUMPUR: Dua insentif baharu antara 11 tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk dipertimbangkan kerajaan dalam pengumuman Bajet 2018, hujung bulan ini.v Tuntutan itu adalah memperkenalkan elaun bandar raya dan rebat kepada pengguna pengangkutan awam, selain pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam.
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata pihaknya mencadangkan kerajaan memperkenalkan elaun bandar raya sebanyak RM300 sebulan kepada setiap penjawat awam berstatus miskin bandar yang tinggal di kawasan berstatus bandar raya.

Katanya, tuntutan itu adalah relevan susulan keperitan hidup dialami penjawat awam di bandar berikutan kenaikan kos sara hidup.
Selain itu, katanya, CUEPACS mencadangkan pemberian rebat kepada penjawat awam yang menggunakan pengangkutan awam menerusi kad diskaun, berkuatkuasa Januari tahun depan."Pemberian rebat ini perlu diberikan kepada semua jenis pengangkutan awam bagi menggalakkan penggunaannya untuk pergi bekerja dan sebagainya, selain membantu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya, mengurangkan perbelanjaan harian serta masa pergi dan balik dari tempat kerja.

"CUEPACS juga berharap pemberian bonus sebulan setengah sebagai pengiktirafan kepada perkhidmatan penjawat awam, memandangkan sudah tujuh tahun kami hanya diberikan bantuan khas kewangan RM500," katanya pada sidang media khas di Wisma CUEPACS di sini, hari ini.Azih berkata, semua tuntutan itu sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak awal Ogos lalu dan difahamkan, memorandum CUEPACS itu sedang diberikan pertimbangan serius oleh Pejabat Perdana Menteri.Katanya, permintaan lain termasuklah memberikan dua kenaikan gaji tahunan, memperbanyakkan pembinaan rumah pada harga RM90,000 hingga RM150,000 khusus bagi penjawat awam serta mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan daripada Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) daripada empat peratus kepada satu peratus.

"Ramai penjawat awam tak mampu miliki rumah sendiri. 100 peratus daripada 30,000 penjawat awam baharu setiap tahun tiada rumah dan selepas lima tahun, mereka masih belum miliki rumah.Selain itu, 70 peratus penjawat awam sedia ada berusia 50 tahun ke bawah tiada rumah sendiri," katanya.

Selain itu, cadangan lain adalah kenaikan pelepasan cukai bagi beberapa kategori, antaranya individu (RM9,000 kepada RM18,000), isteri/suami (RM4,000 kepada RM9,000), anak (18 tahun kepada 21 tahun, RM2,000 kepada RM4,000), anak belum berkahwin dan masih belajar (RM8,000 kepada RM12,000) dan perubatan ibu bapa (RM5,000 kepada RM9,000).

CUEPACS turut memohon kerajaan menyemak semula elaun wilayah dan elaun perumahan wilayah bagi penjawat awam di Sabah dan Sarawak berikutan mereka terpaksa menempuhi pelbagai kesukaran berkhidmat di kawasan pedalaman.

"CUEPACS juga memohon imbuhan tetap khidmat awam bagi gred terendah dinaikkan daripada RM95 kepada RM180 memandangkan kali terakhir ia disemak adalah 15 tahun lalu."Cadangan lain adalah semua penjawat awam diberi perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial.

BAJET 2018 : CUEPACS TUNTUT BONUS, KAD DISKAUN PENGANGKUTAN, ELAUN BANDARA RAYA

Bernama
Tarikh kemaskini: 16/10/2017


KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bonus satu setengah bulan gaji, elaun bandar raya dan kad diskaun pengangkutan awam merupakan antara tuntutan Cuepacs untuk Bajet 2018 yang bakal dibentangkan 27 Okt ini.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata selain bonus, cadangan dua inisiatif baharu itu penting untuk dipertimbangkan selaras dengan kenaikan pelbagai kos yang dihadapi penjawat awam yang tinggal di bandar raya.

"Tentang bonus, kami tidak mahu lagi bantuan kewangan RM500, telah sampai masanya kerajaan bayar bonus satu setengah bulan gaji kepada penjawat awam.

"Bagi pemberian rebat penggunaan pengangkutan awam, Cuepacs mencadangkan kad diskaun kepada penjawat awam dan pesara kerajaan apabila menggunakan pengangkutan awam mulai Januari 2018," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di sini hari ini.

Azih berkata bagi pengenalan elaun bandar raya terutama kepada penjawat awam yang tinggal di kawasan berstatus bandar raya, Cuepacs mencadangkan bayaran RM300 sebulan bagi golongan ini menghadapi kos hidup di bandar raya.

Selain itu Cuepacs juga meminta kerajaan mengkaji semula Elaun Tetap Khidmat Awam untuk gred terendah sebanyak RM95 sekarang kepada kadar minimum RM180 sebulan.

"Untuk gred lebih tinggi pula boleh diselaraskan mengikut kelayakan. Sejak diperkenalkan 15 tahun lalu elaun ini tidak pernah disemak walaupun penjawat awam terpaksa berhadapan dengan beban sara hidup yang semakin meningkat," katanya.

Cuepacs turut meminta pertimbangan kerajaan menganugerahkan dua kenaikan gaji tahunan kepada semua penjawat awam.

Azih berkata ini bagi menghargai sumbangan yang diberikan anggota perkhidmatan awam dan mengambil kira kerugian yang dialami mereka semasa pelaksanaan Sistem Saraan Baharu (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) serta menampung kenaikan kos sara hidup.

Selain itu Cuepacs turut mencadangkan kenaikan pangkat secara time based (berdasarkan tempoh berkhidmat) kali kedua untuk penjawat awam gred kanan.

Azih berkata kenaikan time based kali pertama juga perlu dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun manakala kenaikan time based kali dua selepas lapan tahun.

Bagi memastikan penjawat awam menikmati kemudahan daripada pelbagai jenis cukai yang dibayar, Cuepacs mencadangkan kadar pelepasan cukai pendapatan lebih tinggi kepada golongan ini.

Antara cadangan berkenaan ialah kenaikan kadar pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM18,000, isteri dan anak daripada RM4,000 kepada RM9,000, kadar pelepasan cukai untuk anak bawah 18 tahun dinaikkan kepada 21 tahun dengan kadar pelepasan RM2,000 dinaikkan kepada RM4,000.

Selain itu, bagi tanggungan ibu bapa, diberi pelepasan sehingga RM5,000 dan untuk pelepasan kos perubatan ibu bapa diberi kenaikan daripada RM5,000 kepada RM9,000 selain cadangan pembelian insurans nyawa diberi kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.

Sementara itu, Azih berkata perumahan tetap menjadi isu utama apabila masih ramai penjawat awam belum mampu memiliki rumah sendiri walaupun kerajaan memperkenalkan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

"Oleh itu Cuepacs mencadangkan agar kadar faedah pinjaman daripada Lembaga Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dikurangkan daripada empat peratus kepada hanya satu peratus.

"Cuepacs juga memohon pertimbangan kerajaan supaya memperuntukkan pembinaan rumah kepada penjawat awam yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan membina rumah pada harga RM90,000 hingga RM150,000," katanya.

Azih berkata Cuepacs turut mencadangkan semua penjawat awam diberi perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menggantikan skim ex-gratia di bawah Kementerian Kewangan.

Beliau berkata memorandum tuntutan kali ini telah dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal Ogos lalu.

"Kami difahamkan ia sedang dipertimbangkan dan amat berharap semua tuntutan ini dapat dipenuhi dalam Bajet kali ini demi kesejahteraan penjawat awam negara ini.

"Cuepacs percaya kerajaan tidak akan sekali-kali melupakan golongan penjawat awam dan sentiasa memastikan keperluan golongan ini dipenuhi," katanya.

-- BERNAMA

05 Oktober 2017

CUEPACS HOPEFUL OF GOODIES FROM BUDGET 2018

NST
KUALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) is grateful that the government has indicated some “good news” for the civil servants in the 2018 Budget.
Cuepacs president Datuk Azih Muda said the possibility of “good news” as hinted by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in the next national budget had brought more optimism for the government
servants about their future.
“Our wishlist for 2018 Budget includes a proposal to increase the service allowances (for employees in the low-pay brackets).
“The last review on this was in 2002. The amount does not match with the needs of current economic situation.
“We ask the government to consider increasing the allowance from a minimum of RM95 to RM180,” he told the New Straits Times today.
Azih said an improvement in the quantum of allowance in the upcoming Budget would augur well for the civil servants as living cost was high now.
He also said Cuepacs was hopeful that the government would introduce two salary increments annually regardless of the positions of the employees.
“While bonuses and increments are helpful, what benefits us more is a lower cost of living.
“We are sure that the government understands the people’s needs. We also ask the government to develop better public transport system such as providing rebates on the fare structure.
“I only ask this because typically when civil servants get any pay rise, the extra money is spent on toll fees and fuel among many other daily needs.”
Azih lauded the efforts by the government to continue giving certain incentives to the civil servants.

CIVIL SERVANTS URGED TO MAINTAIN HIGH INTERGRITY

Borneo
5/10/2017

SIBU: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Service (Cuepacs) expects civil servants to always maintain the high level of integrity.Its national president Datuk Azih Muda said they should always do what’s right even when no one was watching.
He said only with integrity could civil servants bring their respective departments and agencies to greater heights.

Azih said this at a talk on ‘Civil Service Integrity and Innovative National Transformation Mover 2050’ at the premises of Sibu Water Board here yesterday.The talk was held in conjunction with ‘Sibu Water Board Integrity and Innovation Month 2017’, which was attended by about 60 officers and other personnel. President of Sibu Water Board Employees Union Mohd Zainoren Arshad was also present.

Azih said: “If we all serve with integrity in our mind and heart, we will be guided by a set of core principles that empowers us to behave consistently to high standards. “The core principles of integrity are virtues such as respect, dependability, trust, honesty, wisdom, compassion, kindness, loyalty, objectivity and maturity.”

Azih added that the virtues were valuable personal and professional assets that employees develop and bring to work every day.While assuring civil servants of Cuepacs’ efforts to fight for their rights and welfare, Azih urged the government to give civil servants a good salary increment in view of the ever rising cost of living.

 

CUEPACS URGES MALAYSIA GOVERNMENT TO DOUBLE CIVIL SERVANTS' SALARY INCREMNET

Bernama
5/10/2017

Bernama has reported that the Congress of Union of Employees in the Public And Civil Services (CUEPACS) wants the Malaysian government to consider giving double salary increment to all civil servants.
According to the report, CUEPACS president Datuk Azih Muda said that the incentive would definitely help to alleviate the financial burden of the civil servants facing the rising cost of living. He commented: “Cuepacs also called on the government to carry out a review on the public service allowance rate (for the lowest group) which is only RM95 now. The last time the rate was reviewed was in 2002.”
“It is high time for the government to set the minimum rate for the allowance at RM180. This is among our suggestions,” he added, speaking at a press conference on Friday.
He hoped that the suggestions would be given specific consideration in view of the 15th Public Service Perdana Assembly (MAPPA) scheduled for 3 October.
He continued with saying that CUEPACS had also asked the government to consider expanding the time-based promotion to other groups in the civil service.
“The first time the time-based promotion was given was to the implementer group officers and then to teachers. Now we are asking for the time-based promotion to be given to other groups soon, hopefully by 1 January next year,” he said.

 

BAGET 2018 UNTUK SEMUA RAKYAT - KSN

Bernama
Tarikh kemaskini: 04/10/2017

PUTRAJAYA, 4 Okt (Bernama) -- Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Okt ini bukan sahaja akan memberi harapan kepada penjawat awam tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata Bajet 2018, yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan prestasi ekonomi dan kecemerlangan negara secara keseluruhannya.

"Sekarang (Bajet 2018) dalam proses, kita perlu lihat hasil dan peruntukan untuk pembangunan dan operasi," katanya diminta mengulas ucapan Najib pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 semalam bahawa beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018.

Mengenai amanat perdana menteri mengenai enam falsafah perhidmatan awam ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang antara lain menyentuh prinsip 'Wala' atau kesetiaan, Ali berkata perkhidmatan awam sentiasa menyokong padu dan melaksanakan segala dasar yang diluluskan kerajaan.

"Perdana Menteri telah memberi ucapan cukup padat khususnya dari segi perkembangan yang dilalui negara terutamanya pentadbiran perkhidmatan awam yang membawa negara ke tahap membanggakan," katanya ketika ditemui pemberita pada Seminar Tahunan Kesihatan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di sini hari ini.....

04 Oktober 2017

TIDAK ADIL BANDINGKAN JUMLAH PENJAWAT AWAM MALAYSIA DENGAN NEGARA LAIN- NAJIB


Bernama
Tarikh kemaskini: 03/10/2017 



PUTRAJAYA, 3 Okt ( Bernama) -- Adalah tidak adil untuk membandingkan jumlah penjawat awam di negara ini dengan negara-negara lain kerana takrifan penjawat awam di negara ini adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata takrifan tersebut meliputi sektor perkhidmatan kesihatan seperti doktor dan jururawat, anggota keselamatan termasuk tentera serta polis dan warga pendidikan yang merangkumi para guru.

"Di sebahagian negara-negara lain, mereka tidak menghitung pekerja dalam sektor kesihatan, keselamatan dan pendidikan sebagai penjawat awam,"katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 (MAPPA XV) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

MAPPA merupakan acara tahunan di mana Perdana Menteri menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Najib berkata kerajaan tersinggung dan marah kerana ada sesetengah pihak khususnya pembangkang menuduh kononnya perkhidmatan awam negara ini sudah terlebih bilangannya, berbanding negara-negara lain di dunia.

"Jika mereka (pembangkang) berkuasa, dengan angkuhnya, mereka mahu mengurangkan separuh daripada jumlah penjawat awam," kata Najib.

"Pihak pembangkang juga tergamak melabelkan penjawat awam dan memberi tanggapan negatif selain menyelar secara semberono bahawa perkhidmatan awam sebagai 'tidak cekap', 'makan gaji buta' dan sungguh keterlaluan, apabila ada pemimpin pembangkang sanggup menghina penjawat awam sebagai 'kucing kurap', katanya.

Menurut Najib, dalam institusi kerajaan, perkhidmatan awam menjadi jentera perkhidmatan awam utama untuk penyampaian dan pelaksanaan segala dasar serta inisiatif kuasa politik yang memerintah secara sah.

Menurutnya, terdapat persepi atau kefahaman bahawa ada pemisahan, yakni kuasa politik yang memerintah secara sah tidak ada kena mengena dengan perkhidmatan awam, seperti sesetengah orang akan berkata, kuasa politik yang memerintah secara sahboleh datang dan pergi, namun perkhidmatan awam tetap sama.

"Sebaliknya, kerajaan yang terbentuk daripada Jemaah Anggota Pentadbiran, sebenarnya satu hubungan hierarki dengan perkhidmatan awam, di mana, kerajaan adalah penentu dasar pentadbiran negara dan dasar tersebut hendaklah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam dengan berkesan untuk kebaikan negara seperti yang diperintahkan," katanya.

"Perkhidmatan awam negara ini sudah cukup matang dan berhemah untuk menghadami dan mena'akul ehwal hubung kait yang diutarakan ini, dengan mendalam, kerana antara keduanya tidak boleh terpisahkan. Antara pihak anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam adalah ibarat 'aur dengan tebing'," katanya.

Justeru, Najib berkata apabila terdapat pihak atau pembangkang memperlekeh, mentohmah atau menfitnah penjawat awam, maka cacian atau kata-kata nista itu seumpama menghina secara langsung pihak kerajaan secara keseluruhannya dan begitu juga sebaliknya.

"Jadinya, kita mesti bersyukur dengan nikmat yang sedang dikecapi dan tidak membiarkan tanah air ini jatuh ke tangan mereka (pembangkang) tidak menghargai sumbangan dan susah payah para penjawat awam," katanya.

Menurut Najib, jika benar tohmahan penjawat awam di negara ini tidak cekap, mana mungkin mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang merupakan pencetus perubahan dalam perkhidmatan awam yang diakui Bank Dunia sebagai model terbaik perkhidmatan kerajaan di dunia sehingga mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan sehingga RM2 bilion.

"Jika dahulu, perkhidmatan memperbaharui pasport mengambil masa sehingga 10 hari bekerja, kini cuma memerlukan satu jam sahaja, berbanding di United Kingdom dan Australia yang mengambil masa selama tiga minggu. Malah, sistem pembaharuan pasport dalam talian sedang melalui tempoh ujian. Inilah yang dinamakan inovasi dalam mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menggariskan tiga cabaran utama yang bakal ditempuhi oleh perkhidmatan awam iaitu pertamanya, mendepani era, geopolitik dan keamanan sejagat yang membabitkan krisis di antara negara-negara Islam di Teluk, program nuklear Korea Utara dan implikasi fenomena Brexit atau Britain Exit (Britain keluar daripada Kesatuan Eropah), serta kes-kes keganasan, letupan, pengeboman di tempat-tempat awam oleh kumpulan pengganas dan ekstremisme di dunia.

"Oleh itu, kerajaan sentiasa memantau situasi keamanan dan keselamatan negara, sekali gus berusaha memastikan agar para penjawat awam tidak terpengaruh apatah lagi terlibat dengan kegiatan puak pelampau ini seperti Daesh dan IS, yang telah menyalahtafsirkan konsep jihad sebenar," kata Najib.

Najib berkata kerajaan telah melaksanakan inisiatif-inisiatif strategik di bawah Dasar Transformasi Nasional demi memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dalam memelihara kepentingan dan memenuhi kehendak serta kebajikan rakyat.

Katanya kerajaan berusaha gigih menyalurkan pelbagai bantuan dan inisiatif untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya dalam kalangan di bawah kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus sederhana) di bawah jenama 1Malaysia seperti PPA1M, Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kad Diskaun Siswa 1Malaysia serta bantuan kepada para petani, pekebun kecil, nelayan serta peneroka Felda.

Najib berkata kerajaan akan terus memfokus kepada projek-projek infra-rakyat seperti Transit Aliran Massa (MRT) yang bertaraf dunia dan begitu juga dengan projek-projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang sedang rancak dan bakal dibina.

"Di Sabah dan Sarawak pula, kerajaan mengotakan janji melalui pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo dan berharap kawasan-kawasan terpencil seperti Kapit dan Ulu Song yang sebelum ini terputus hubungan, dapat bersama merasa nikmat kemajuan," katanya.

Perdana Menteri berkata cabaran ketiga yang akan dilalui oleh barisan penjawat awam ialah kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) dan Ekonomi Digital yang menyebabkan kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia.

Menurutnya, IR 4.0 berlaku melalui tiga ciri utama iaitu kelajuan, keluasan dan kedalaman serta impak menyeluruh yang akan menyebabkan dunia pada masa hadapan dipenuhi dengan fenomena-fenomena yang tidak pernah tergambar dalam fikiran seperti kereta autonomi, pengkomputeran kuantum dan kecerdasan buatan.

"Kesemuanya ini menuntut keupayaan perkhidmatan awam dalam memberi respons segera kepada pelbagai teknologi yang kacau-ganggu, atau bersifat disruptif ini dan bersedia dengan pendekatan yang lebih segar lagi pelbagai dimensi serta kombinasi top-down (atas ke bawah) dan bottom-up (dari bawah ke atas), inside-out (luar dan dalam) serta outside-in (dalam dan luar), khususnya dalam penggubalan dasar regulasi baharu yang merangkumi hak dan privasi pelanggan, keselamatan, pendidikan, ekonomi serta teknologi pintar," katanya.

Najib pada majlis itu juga memaklumkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji pendirian Malaysia yang anti-keganasan dan mengiktiraf Malaysia sebagai negara pelaku global antara yang penting di rantau Asia Tenggara dan dunia.

Katanya sewaktu pertemuannya bersama Trump dalam lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat atas jemputan presiden itu, kerajaan Amerika Syarikat dalam kenyataan rasmi bersama, telah bersetuju untuk pihak Myanmar menghentikan penindasan dan operasi ketenteraan terhadap etnik Rohingya.

-- BERNAMA

BERITA GEMBEIRA UNTUK PENJAWAT AWAM DALAM BAJET 2016

Bernama
Tarikh kemaskini: 03/10/2017


PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Okt ini.
"Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman-pengumuman tertentu," kata Najib yang juga Menteri Kewangan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 di sini hari ini.

Kenyataan Najib itu disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penjawat awam yang menghadiri acara tahunan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada acara itu, perdana menteri menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Najib pada majlis itu berkata kerajaan sejak puluhan tahun, amat menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada para penjawat awam yang sekian lama bersama pentadbiran kerajaan, saling ganding-berganding, lengkap-melengkapi dan dukung-mendukungi.

Katanya, kerajaan terutamanya sejak lapan tahun kebelakangan ini, melaksanakan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan demi membela kepentingan dan menjaga kebajikan penjawat awam.

Antaranya ialah dengan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak tujuh peratus hingga 13 peratus pada 2012, menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 bagi mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 2012, penetapan gaji terendah daripada RM832 kepada RM1,200 sebulan mulai Julai 2016 dan pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak tiga peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum, katanya.

Selain penambahbaikan dari segi struktur gaji dan perkhidmatan, kerajaan turut melaksanakan penambahbaikan dari sudut kebajikan penjawat awam.

Antaranya menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup atau COLA sebanyak RM50 sebulan pada tahun 2012 bagi penjawat awam yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan atau ITP minimumkepada RM300 sebulan pada 2015, katanya.

"Kesemua kemudahan dan imbuhan yang dinikmati oleh penjawat awam adalah kerana hubungan kerjasama yang kukuh antara kerajaan yang baik dan perkhidmatan awam yang cekap lagi efisien," katanya.

"Barulah wujudnya satu simbiosis yang mantap dalam memecut dan 'to leapfrog' atau melonjakkan Malaysia supaya tersenarai dalam kelompok 20 negara termaju dana terbaik di dunia menjelang tahun 2050," kata perdana menteri.

-- BERNAMA