SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 November 2017

PINJAMAN PERUMAHAN: GAJI BERSIH KURANG 40 PERATUS BUKAN MASALAH - CUEPACS

Astrowani
16/11/2017


KUALA LUMPUR: Tidak menjadi masalah kepada penjawat awam untuk menerima gaji bersih (take-home pay) kurang daripada 40 peratus lantaran menanggung pinjaman perumahan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berpandangan pemilikan aset seperti rumah yang harganya semakin melambung tinggi menjadi keperluan terdesak kepada penjawat awam kini.

Tegasnya, mana-mana pihak tidak perlu mengkritik mahupun bimbang terhadap tindakan penjawat awam yang memilih untuk menambah hutang mereka semata-mata bagi pemilikan aset pertama, rumah idaman.

"Mereka yang bimbang itu tidak ada kena mengena (dengan penjawat awam yang berhutang). Diakah yang akan beri bantuan atau membiayai makan minum penjawat awam? Kita tidak menerima pakai (pandangan itu). Pada Cuepacs, tindakan ini tidak betul.

"Mereka (pihak ketiga) tidak jaga pun kebajikan dan tidak ambil tahu apa yang berlaku kepada orang berpendapatan rendah. Jika disekat (beli rumah) sekarang, pada masa akan datang, adakah penjawat awam mampu membeli rumah? Harga rumah setahun meningkat berapa peratus? Gaji penjawat awam meningkat berapa peratus?

"Sebab itu kita (Cuepacs) mahu peluang yang ada harus digunakan sebaik mungkin dan dengan cara ini, pandailah dia (penjawat awam) nak hidup. Ulat dalam batu pun pandai hidup.

"Kalau hari ini tidak ada rumah, orang yang mengadu ini nak bagi rumah? Tak ada, tak nampak pun. Pandai mengadu sahaja tetapi tidak tahu cara untuk bantu orang susah ni," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan untuk mengecualikan pengiraan pinjaman perumahan dalam pendapatan bersih penjawat awam bagi menggalakkan pemilikan rumah.


Mengakui kadar keberhutangan penjawat awam akan meningkat lantaran pinjaman perumahan, Azih menegaskan ia bukan berpunca akibat pembelian aset seperti rumah.
"Untuk belian runcit, pinjaman bank, koperasi, dan kad kredit, ini masih lagi terikat dengan pengiraan 60 peratus gaji.

"Banyak kebankrapan ini berlaku di mana dia (penjawat awam) menjamin orang, membeli kenderaan, pinjaman (pembelian ansuran mudah) selain menggunakan kad kredit di luar kemampuan," ujarnya.


usteru, beliau menasihati penjawat awam supaya tidak sewenang-wenangnya membuat pinjaman sekali gus meningkatkan kadar keberhutangan yang akhirnya akan menjerut diri sendiri.

Malah, beliau mahu penjawat awam bijak dalam membuat perancangan kewangan termasuk memilih jenis-jenis pinjaman, pembelian dan pelaburan yang dasarnya akan memberi keuntungan semula kepada mereka.

Berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), kes kebankrapan dalam kalangan penjawat awam meningkat daripada 606 orang pada 2013 kepada 1,093 orang pada 2016.

Malah, statistik itu seiring dengan laporan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang menunjukkan 61,726 penjawat awam menerima pendapatan bersih kurang 40 peratus daripada emolumen bulanan.

Mengikut laporan tersebut, pinjaman peribadi dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menjadi penyumbang terbesar kepada hutang penjawat awam.



08 November 2017

CUEPACS MINTA KERAJAAN SEMAK SEMULA IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM

Bernama
Tarikh kemaskini: 08/11/2017




Datuk Azih Muda
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan semakan semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi meringankan beban penjawat awam yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata Ceupacs turut meminta kerajaan mengkaji semula Elaun Perumahan Wilayah untuk penjawat awam di Sabah dan Sarawak yang tidak disemak sejak lebih 10 tahun lepas.

"Dalam pada itu, kerajaan juga perlu menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah dibatalkan kerana sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai SST (Sistem Saraan Transformatif) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013 tidak merangkumi

semua skim perkhidmatan awam,?" katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Azih berkata cadangan Cuepacs itu adalah berdasarkan kepada situasi ekonomi sekarang yang memberi kesan kepada penjawat awam akibat kenaikan harga barang justeru kerajaan wajar melakukan semakan gaji dan imbuhan penjawat awam bagi mengurangkan tekanan hidup yang mereka hadapi.

Untuk rekod, Imbuhan Tetap Khidmat Awam tidak disemak semula oleh kerajaan sejak sedekad yang lepas, dan Ceupacs berpendapat kerajaan perlu memberi perhatian terhadap kebajikan penjawat awam terutama mereka yang berkeluarga, katanya.....

07 November 2017

CUEPACS MAHU KERAJAAN KEKAL SKIM PENCEN PERKHIDMATAN AWAM

Bernama

Tarikh kemaskini: 06/11/2017


SEREMBAN, 6 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengekalkan Skim Pencen Perkhidmatan Awam, tidak kira bagi kakitangan awam sedia ada atau baharu pada masa akan datang.
Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata antara sebab utama skim pencen dilihat masih relevan adalah kerana gaji penjawat awam agak rendah berbanding pekerja swasta, sehingga menyukarkan kakitangan awam mempunyai simpanan mencukupi apabila bersara kelak.

"Forum Pencen Sedunia pun ada menyatakan bukan sahaja pencen perlu dikekalkan tetapi nilainya perlu ditambah supaya ia mencukupi dan mampu menampung peningkatan kos sara hidup," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Taklimat Isu-isu Semasa dan Bual Bicara bersama kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Sembilan dan Melaka, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Fama Negeri Sembilan, Muslim Manja.....