SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Julai 2017

NEGOTIATION BETTER THAN PRESSURE TACTICS, SAID CUEPACS PRESIDENT

NST
20/7/2017


UALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) today urged the government to speed up the process of establishing a conciliation council for the public sector to facilitate discussions between Cuepacs and the government.
Its president Datuk Azih Muda said it is important for the government to establish a mechanism to allow for discussions between Cuepacs and the government on the many issues faced by civil servants today.
"Cuepacs still believes that a negotiation process is more important, successful and convincing.
"We should not use pressure tactics as we know that such an action will not benefit anyone," he said at the Cuepacs Hari Raya Open House at the CIDB Convention Centre here today.
He added that Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has expressed his support for establishment of a conciliation council during the 27th Cuepacs Convention in December last year.
-NST

KPWKM SEDIA BERKERJASAMA KAJI ISU PERCERAIAN

Bernama
Tarikh kemaskini: 20/07/2017 




KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi untuk membuat kajian bagi mengenal pasti masalah perceraian yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata adalah tidak wajar bagi menyalahkan sesuatu pihak atau golongan tertentu yang menyebabkan berlakunya perceraian tanpa mengetahui punca sebenar.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini mengenai dakwaan kadar perceraian tertinggi bagi golongan kerja syif dalam sektor kesihatan awam berbanding sektor pekerjaan awam lain.

"Saya tidak boleh mengiakan atau menidakkan perkara ini sebab ia adalah kenyataan umum...kita perlu kaji dahulu, betul atau tidak dakwaan itu? Kalau betul ia di bawah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), mungkin kita boleh bekerjasama dengan Cuepacs untuk buat kajian," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian anugerah kepada beberapa syarikat, sempena Anugerah CSR Malaysia 2017 di sini, hari ini.

Sehubungan itu, tambah beliau, LPPKN iaitu agensi di bawah kementeriannya turut menganjurkan banyak program berunsurkan kekeluargaan dan rumahtangga seperti 2nd Honeymoon, Smart Start dan Therapy, yang mana ia antara satu penyelesaian yang boleh menyelamatkan sesuatu institusi rumahtangga sebelum berlaku perceraian.

Terdahulu, Rohani menyampaikan anugerah kepada 24 syarikat korporat di negara ini yang banyak membantu menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

"Saya mengalu-alukan usaha yang dibuat CSR Malaysia yang mana mereka mengumpulkan segala senarai syarikat-syarikat korporat bagi membantu mereka yang memerlukan. Pengiktirafan ini diberikan kepada beberapa syarikat mengikut kategori tertentu," katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media Sdn Bhd Datuk R. Rajendran dan Editor Pengurusan CSR Malaysia Lee Seng Chee.

Antara penerima anugerah tahun ini ialah Exim Bank, Axiata, Bank Islam, 7-Eleven, AirAsia Berhad, Star Media dan Ivory Properties Bhd.

Anugerah CSR Malaysia dianjurkan oleh majalah CSR Malaysia, sebuah penerbitan bebas yang berkongsi komitmen syarikat korporat di Malaysia dengan visi dan misi untuk mewujudkan kesedaran mengenai keperluan bagi membantu golongan memerlukan.



Sementara itu, Pengerusi Exim Bank Datuk Mat Noor Nawi berkata pihaknya berterima kasih dengan pengiktirafan diberikan oleh CSR Malaysia kepada bank berkenaan.

Mat Noor berkata setiap tahun Exim Bank memperuntukkan hampir RM1 juta bagi golongan yang kurang bernasib baik seperti di beberapa pusat jagaan orang-orang tua dan anak yatim, membayar zakat bagi golongan asnaf serta membantu etnik Rohingya di seluruh negara.

"Secara purata, dua atau tiga aktiviti CSR akan dijalankan. Kami menerima terlalu banyak permohonan namun diberikan mengikut peruntukan yang disediakan," katanya.

CIVIL SERVICE VOTE FOR BARISAN NOT GUARANTEED, UNION LEADERS SAY

The Malaysian Insight
20/2017


THERE is no guarantee that civil servants will still vote for the government in the coming polls despite the assurance given by Umno president Najib Razak to his division chiefs that civil servants are returning to Barisan Nasional, trade union leaders have said.

The rising cost of living has apparently outstripped much of the goodwill brought on by previous policies, even last July’s minimum wage increase.

“We don’t want a wealthy life. We want our welfare taken seriously by the government,” said Zainal Ismail, deputy president of the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Service (Cuepacs).

“In 10 years, the price of fish and vegetables, and other costs have gone up almost 80%. Although we received RM2,000, we cannot afford a house due to this higher cost of living.”

Najib told Umno division chiefs last night that a majority of the 1.6 million civil servants were returning to support the BN government in a hastily called meeting of his Umno warloads in Putrajaya last night.

Najib also said he had received a briefing on the civil servants’ growing support at a meeting at a retreat centre in Janda Baik, Pahang, two weekends ago, The Malaysian Insight reported.

“We cannot deny we have received a lot of benefits – especially the minimum wage, additional housing allowance and annual increments – but they’re not enough. We don’t want a wealthy life, but the living and housing allowances, as well as the wage levels have to match the living costs.

Effective July 1 last year, civil servants earned a minimum monthly wage of RM1,200, compared to RM837 previously. Combined with existing allowances, employees in this grade can see a take-home pay of about RM1,500 or more.

“We now give more than 100% in work performance. We have proven ourselves to the government. We want them to look after the civil service. We will always be supportive of the government if they can do this,” Zainal said.

Andrew Lo, Sarawak secretary of Malaysian Trades Union Congress (MTUC) said civil servants were not as comfortably well off as people might think.

“Nobody is able to cope. In fact, while you normally hear people talk about low-income earners suffering, but the economic situation is such that the middle-income group is struggling the most. And the middle-class includes civil servants,” he said.

Lo said the middle-class was the most affected by rising costs: “From the top, they have to pay more taxes, which now includes the goods and services tax (GST). And from the bottom, they do not get any of the government assistance.

“The cost of living in this group has increased more than for those at the top. They have car loans, housing loans etc, but the cost of employment, going to and from work. It’s all gone up substantially,” he said, adding that these costs id not include tuition fees for children, college and so on.

“If you are animals in a zoo, you have to vote for the zookeeper. There is an alternative, but the reality of the situation is, many of them do not know that daily problems stem from the leadership,” Lo said about whether civil servants should feel indebted to the government.

“Najib is the main problem. His guilt is not the issue, but because of the 1MDB scandal, the ringgit has dropped, and a weak ringgit has directly caused costs to increase,” Lo said.

Meanwhile, BowerGroupAsia analyst Asrul Hadi Abdullah Sani said many civil servants are “heavily in debt” and are struggling with the increasing cost of living.

Asrul Hadi added that although civil servants may be aware of the scale of the 1MDB scandal, that might not translate into votes for the opposition.

“You also to have to remember, why should a civil servant vote for the opposition when they have been harping for years on wanting to cut what they call a bloated civil service.”

Asrul Hadi does not believe Bersatu chairman and former prime minister Dr Mahathir Mohamad would be a factor in attracting voters among the civil servants.

“Perhaps only among the retired ones, as there is still a sense of loyalty to the former prime minister,” he said. – July 20, 2017

20 Julai 2017

CUEPACS BELUM MENERIMA MAKLUM BALAS TUNTUTAN PENUBUHAN MPGK

Bernama
Tarikh kemaskini: 20/07/2017

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) belum menerima maklum balas daripada kerajaan mengenai tuntutannya agar menubuhkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan (MPGK) sejak Disember tahun lalu.
Presidennya Datuk Azih Muda mahu penubuhan MPGK dipercepatkan bagi memudahkan perbincangan di antara Cuepacs dan kerajaan mengenai isu-isu berbangkit berkaitan penjawat awam di seluruh negara.

"Cuepacs tidak menggunakan pendekatan dengan memberi tekanan kepada kerajaan kerana kami (Cuepacs) percaya proses perundingan lebih penting agar ia lebih berjaya dan meyakinkan. Ini kerana dengan menggunakan tekanan, ia tidak akan menguntungkan sesiapa," katanya kepada pemberita pada majlis Jalinan Kasih Silaturahim Aidilfitri Cuepacs di Pusat Konvensyen CIDB, dekat sini hari ini.....

17 Julai 2017

CUEPACS JUMPA KEMENTERIAN KEWANGAN BINCANG BAJET 2018 JUMAAT INI


Bernana
Tarikh kemaskini: 17/07/2017


KUCHING, 17 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Kewangan pada Jumaat ini untuk berbincang mengenai Bajet 2018.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata ia adalah atas permintaan Cuepacs sendiri yang ingin tahu sedikit sebanyak mengenai apa yang sedang disemak dan dirancang kerajaan buat para anggota perkhidmatan awam dalam pelbagai aspek, khusus bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata di samping itu, Cuepacs juga berhasrat untuk memberi cadangan serta buah fikiran mengenai apa-apa kemudahan yang dapat diberi atau kembalikan kepada penjawat awam, dan kepada rakyat secara umumnya.....

13 Julai 2017

CUEPACS MAHU BAJET TUMPU PENJAWAT AWAM MILIKI RUMAH

Bernama
Tarikh kemaskini: 12/07/2017 

KUCHING, 12 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon supaya kerajaan memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha bagi membolehkan setiap penjawat awam memilik keupayaan untuk membeli rumah pada pembentangan Bajet 2018.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata pihak kesatuan menyambut baik dan amat menghargai komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan setiap penjawat awam memiliki rumah sendiri, namun beberapa isu perlu diberi perhatian bagi menjayakannya.

Beliau berkata beberapa kesukaran penjawat awam dalam isu ini memerlukan pertimbangan kerajaan dalam pelbagai aspek, misalnya dari segi harga rumah, keterdapatan, isu syarat-syarat pinjaman, dan juga dari segi kemampuan penjawat awam sendiri.....

12 Julai 2017

ANGKASA SARAN GUNA SISTEM SPEKAR URUS PINJAMAN PENJAWAT AWAM

Bernama

Tarikh kemaskini: 11/07/2017

SHAH ALAM, 11 Julai (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mencadangkan supaya kerajaan mengguna pakai Sistem Pelaporan Kredit (Spekar) yang melibatkan kerjasama Angkasa bersama dua agensi lain dalam menguruskan hutang pinjaman penjawat awam.
Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata sistem itu mampu mengelakkan penjawat awam meminjam melebihi kemampuan sekali gus dapat memastikan koperasi mendapat semula pulangan wang mereka.

"Baru-baru ini kita telah bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa) dan berbincang untuk mengguna pakai sistem ini yang mana akan melibatkan tiga agensi iaitu Angkasa, Jabatan Akauntan Negara dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).....

11 Julai 2017

RANCANG PERBELANJAAN PADA MUSIM PERAYAAN

KOSMO
10/7/2017


MASYARAKAT perlu berbelanja secara berhemah dengan bijak membezakan antara keperluan dan kehendak. – Gambar hiasan


Perancangan kewangan sememangnya penting untuk menyambut Aidilfitri. Segalanya perlu diambil kira. Daripada pakaian baharu, pemberian duit raya, kos perjalanan untuk melakukan ziarah hinggalah juadah untuk menjamu tetamu yang datang ke rumah.
Perkara-perkara ini sebenarnya satu kelaziman pada lebaran dan tidak akan menimbulkan masalah kewangan yang berat sekiranya seseorang itu berbelanja dengan berhemah berdasarkan kemampuan.
Sepanjang musim perayaan ini, orang ramai terutama mereka yang berpendapatan rendah perlu beringat semasa berbelanja agar tidak tertekan atau dibebani hutang selepas perayaan berakhir.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, fenomena berhutang setiap kali perayaan menjadi trend kalangan penjawat awam dan ia sekali gus membebankan mereka terutama mereka yang berpendapatan rendah.
“CUEPACS merayu kepada orang ramai khususnya penjawat awam supaya merancang perbelanjaan dan berbelanja secara berhemah. Kami tidak mahu ada yang sehingga terpaksa menanggung hutang selepas musim perayaan. Masalah ini sentiasa berulang setiap tahun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Tambah beliau, seorang penjawat awam akan terus dibelenggu dengan masalah hutang jika sikap meminjam sama ada dengan individu atau syarikat setiap kali musim perayaan, tidak diubah.
“Paling membimbangkan, apabila terdapatnya trend untuk berhutang dengan ah long disebabkan kad kredit habis digunakan untuk berbelanja. Perkembangan ini adalah satu senario tidak sihat dan harus dielakkan oleh penjawat awam.
“Selain itu, kewangan yang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian keluarga juga antara punca mereka terpaksa meminjam dan akhirnya berdepan masalah hutang yang serius selepas hari raya,” ujarnya.
Bajet
Justeru, CUEPACS berharap trend berhutang setiap kali musim perayaan akan dapat diubah dengan perancangan perbelanjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Azlan Shah Zaidi berkata, tabiat berbelanja masyarakat juga perlu diubah mengikut situasi ekonomi semasa dan peningkatan kos sara hidup.
Katanya, membuat persiapan dan perbelanjaan untuk musim perayaan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, namun yang menimbulkan masalah jika gagal membuat perancangan kewangan walaupun sedia maklum ia adalah sesuatu langkah yang baik.
Selain itu, Mohd. Azlan berkata, ramai orang mempunyai pengetahuan tentang kepentingan menyediakan bajet namun amalannya masih lagi rendah berikutan tanggapan masyarakat bahawa raya hanya setahun sekali.
“Saya berpendapat, aktiviti menyediakan bajet ini patut menjadi amalan dan tabiat semua orang tidak kira latar belakang dan sosioekonomi serta bukan hanya tertumpu pada musim perayaan.
“Sebagai pengguna, kuasa beli dan pilihan adalah di tangan kita sendiri maka hanya kita yang perlu merencanakan persiapan dan perbelanjaan untuk menyambut Syawal,” katanya.
Jelasnya lagi, masyarakat perlu menyediakan bajet raya yang realistik dan mengikut kemampuan kewangan masing-masing dan sebaiknya mengutamakan kesederhanaan.
Sebagai panduan untuk Aidilfitri tahun-tahun mendatang, Mohd. Azlan menyarankan supaya individu dan keluarga mula membuat persiapan Aidilfitri lebih awal iaitu beberapa bulan sebelum Ramadan.
“Orang ramai mungkin boleh memperuntukkan antara satu hingga tiga bulan sebelum Ramadan untuk melakukan pembelian yang kecil manakala tempoh yang lebih lama, kira-kira enam bulan sebelum Ramadan untuk pembelian jumlah yang besar.
“Ini bertujuan memberikan masa yang cukup kepada pengguna membuat simpanan dan melakukan perbandingan dari segi kualiti, kuantiti dan harga,” ujarnya.


06 Julai 2017

TARIKH SEMULA KELONGGARAN SYARAT BAHASA MELAYU KEPUTUSAN TEPAT

Bernama
Tarikh kemaskini: 05/07/2017


KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Keputusan penarikan semula kelonggaran syarat berkaitan Bahasa Melayu untuk sebarang jawatan dalam perkhidmatan awam dilihat sebagai satu keputusan yang tepat dan berani.

Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim) Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata beliau menyokong penuh keputusan itu dan menegaskan tidak sepatutnya ada kompromi dalam syarat berkaitan Bahasa Melayu.

"Saya menyokong penuh keputusan tersebut dan berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Kabinet atas keprihatinan dan ketegasan mereka.....

PEGAWAI PERUBATAN LANTIKAN KONTRAK BAHARU WAJIB LULUS BM

Bernama
Tarikh kemaskini: 05/07/2017



Datuk Seri Dr S.Subramaniam
PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) -- Kabinet hari ini memutuskan Pegawai Perubatan Gred UD41 lantikan kontrak baharu wajib lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata perkara itu diputuskan bagi mewujudkan keseragaman dalam lantikan dan Kementerian Pendidikan akan membantu dalam mewujudkan peperiksaan BM peringkat SPM yang boleh diambil secara tunggal tanpa membabitkan subjek lain.

Dr Subramaniam menjelaskan sejak 2003, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kelonggaran dan tidak mewajibkan syarat lulus BM bagi pelantikan pegawai perubatan latihan siswazah dengan kementerian kerana wujud keperluan kementerian untuk mengambil pegawai perubatan secara kontrak.

Katanya, dalam tempoh dua tahun mereka menjadi pegawai latihan, mereka perlu lulus mata pelajaran tersebut sebelum dilantik sebagai pegawai perubatan.

"Sejak beberapa hari, isu kelonggaran syarat lulus BM menimbulkan pelbagai kekeliruan. Saya ingin memperbetulkan dan menjelaskan isu itu. Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Saya ingin menjelaskan pada 2015, Kementerian Kesihatan secara sendiri telah memutuskan bahawa lulus BM perlu menjadi syarat untuk pelantikan pegawai perubatan.

"Jadi, kami membuat permohonan itu pada Nov 2015, dan JPA balas pada awal 2016 serta meluluskan permohonan Kementerian Kesihatan bahawa semua pegawai perubatan yang akan dilantik perlu lulus Bahasa Melayu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bahawa JPA telah memberi persetujuan untuk melonggarkan syarat pelantikan secara kontrak bagi jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan pada 23 Feb lepas.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun dan Dr Subramaniam untuk memberi penjelasan berhubung kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata lantikan kontrak untuk Pegawai Perubatan diperkenalkan sejak Disember 2016 berikutan kebanjiran graduan perubatan.

Beliau berkata sejak Dis 2016 sehingga sekarang, seramai 4,500 pegawai perubatan telah dilantik dan daripada jumlah itu, hanya 23 pegawai perubatan latihan siswazah bersama kementerian tidak mempunyai kelulusan dalam Bahasa Melayu atas pelbagai faktor.

"Semasa lantikan ini, kita menghadapi situasi di mana sekumpulan kecil yang tidak dapat mengikuti sistem pendidikan seperti di negara ini kerana mengikut ibu bapa bekerja di luar negara. Sistem pendidikan mereka berbeza dengan negara ini dan tidak mengambil subjek BM.

"Hari ini, Kabinet memutuskan bahawa 23 individu ini diberi peluang untuk lulus BM semasa mengikuti latihan siswazah mereka selama dua tahun," katanya.

-- BERNAMA

05 Julai 2017

SYARAT LULUS BM SECARA KONTRAK, TETAP BERBEZA - KSN

Bernama
Tarikh kemaskini: 04/07/2017


KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Keperluan syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan adalah berbeza dengan jawatan tetap.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata syarat yang ditetapkan adalah berbeza kerana lantikan secara kontrak dalam bidang perubatan adalah unik dan terdapat pelbagai kategori termasuk doktor perubatan yang dilantik dari luar negara.

"Bidang perubatan ini unik sedikit...bila lulus sebagai graduan perubatan, mereka perlu berkhidmat sebagai doktor pelatih selama dua tahun dan itu bukan dianggap sebagai jawatan tetap.....

04 Julai 2017

LULUSAN BM DILONGGAR,ELAK RATUSAN GRADUAN PERUBATAN DISIA-SIAKAN -MMA

Bernama
Tarikh kemaskini: 03/07/2017


KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melonggarkan syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred 1 mampu mengelak negara hilang kepakaran ratusan graduan perubatan setiap tahun.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Ravindran R. Naidu berkata melalui langkah itu, kira-kira 300 hingga 400 graduan perubatan termasuk yang menjalani persekolahan di luar negara dan menduduki peperiksaan O-level di sekolah antarabangsa dapat menjalani latihan siswazah selama dua tahun dan khidmat wajib dua tahun di Kementerian Kesihatan.

Katanya, ini membolehkan mereka layak mendapatkan sijil pengamal perubatan dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), sekaligus mengekalkan modal insan dalam bidang perubatan di negara ini.

"Jika mereka tidak dapat menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib berkenaan, mereka tidak dapat menjadi seorang doktor dan ini akan merugikan negara.

"Mereka (graduan perubatan) tidak boleh bekerja di klinik swasta dan farmasi sekalipun, jika tidak mempunyai sijil pengamal perubatan, jadi adakah mereka perlu menjadi pemandu teksi atau konduktor bas?" katanya kepada Bernama hari ini.

Pada ketika ini nisbah doktor di Malaysia ialah 1:600 pesakit, berbanding sasaran 1:400 menjelang 2020.

Dr Ravindran mengulas keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melonggarkan syarat kelayakan lulus BM bagi graduan perubatan itu pada 23 Feb lalu bagi pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan bagi graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan BM di peringkat SPM atas pelbagai sebab.

Bagaimanapun, langkah memberikan kelonggaran syarat lulus BM itu mendapat reaksi pelbagai pihak yang khuatir bahawa bahasa kebangsaan dipandang remeh selain akan timbul masalah komunikasi antara pegawai perubatan dan pesakit kelak.

Mengenai kebimbangan bahawa kelonggaran akan membelakangkan kepentingan BM sebagai bahasa kebangsaan, Dr Ravindran berpendapat itu bukan isu besar kerana graduan berkenaan tetap perlu memenuhi syarat lulus BM di peringkat SPM bagi tujuan pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan.

"Jadi isu tidak memartabatkan BM itu tidak timbul," katanya.

Mengenai anggapan masalah komunikasi antara pegawai perubatan dan pesakit, beliau berkata masalah itu tidak timbul kerana graduan perubatan berkenaan merupakan warga Malaysia dan diyakini mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan.

-- BERNAMA

LONGGAR SYARAT LULUS BM BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN - ABIM

Bernama
Tarikh kemaskini: 03/07/2017


KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyifatkan kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41, bercanggah dengan semangat dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi persekutuan.
Setiausaha Agungnya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata Perkara 152 (6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa maksud 'rasmi' adalah apa-apa maksud kerajaan, sama ada Persekutuan atau Negeri, dan termasuklah sesuatu pihak berkuasa.

"Justeru, menjadi tanggungjawab kerajaan menerusi kementerian-kementerian untuk sentiasa mengangkat, memartabat serta memelihara Bahasa Melayu termasuklah melaksanakan syarat-syarat tertentu seperti syarat lulus BM mengikut standard tertentu untuk penyerapan sebagai kakitangan di mana-mana jabatan kerajaan sama ada secara tetap mahupun kontrak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.....

CADANGAN CUEPACS NAIK GAJI, PENCEN TIGA PERATUS MUNASABAH - MAAC

Bernama
Tarikh kemaskini: 03/07/2017


SEREMBAN, 3 Julai (Bernama) -- Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menyifatkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar gaji penjawat awam serta pencen pesara dinaikkan dua hingga tiga peratus dalam Bajet 2018 adalah munasabah.
Presidennya Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin berkata cadangan itu baik untuk membantu penjawat awam khususnya dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

"Kos kehidupan yang semakin meningkat pada ketika ini memberikan tekanan kepada penjawat awam. Ada dalam kalangan masyarakat melihat penjawat awam sebagai kumpulan yang bernasib baik kerana bekerja dengan kerajaan.....

03 Julai 2017

PEGAWAI PERUBUTAN KONTRA DIBERI KELONGGARAN SYARAT LULUS BMK

Bernama
Tarikh kemaskini: 02/07/2017



KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Graduan perubatan yang berkelayakan diberi kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata mereka yang layak akan menjalani latihan siswazah selama dua tahun dan khidmat wajib dua tahun.

Katanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat itu pada 23 Feb lalu untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata calon yang memohon lantikan secara tetap sebagai pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan juga perlu lulus BM di peringkat SPM.

"Terdapat beberapa skim perkhidmatan lain yang meletakkan syarat lebih tinggi iaitu kredit BM sebagai syarat lantikan.

"Justeru, semua calon Pegawai Perubatan UD41 yang dilantik dengan kelonggaran syarat lulus BM semasa lantikan kontrak perlulah memenuhi syarat lulus BM di peringkat SPM bagi tujuan pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata pihaknya turut mengambil maklum calon persendirian yang mendaftar peperiksaan SPM kali pertama boleh memohon kelulusan daripada Pengarah Lembaga Peperiksaan untuk mengambil BM sebagai mata pelajaran tunggal bagi memenuhi syarat perkhidmatan untuk lantikan ke perkhidmatan awam tanpa perlu menduduki subjek SPM lain.

"Kementerian Kesihatan akan berbincang selanjutnya dengan Kementerian Pendidikan dan Lembaga Pendidikan untuk melicinkan proses calon persendirian yang terlibat," katanya.

-- BERNAMA