SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2018 : MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN MENGUNGGULI KEPAKARAN

21 Jun 2018

IKLAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O)



 

KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457




IKLAN JAWATAN KOSONG



Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini



A. PERIHAL JAWATAN :



Bil
Jawatan
Gred
Klasifikasi Perkhidmatan
Kumpulan Perkhidmatan
Taraf Jawatan
Jadual Gaji
1
PEMBANTU OPERASI
N11
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Sokongan
Tetap
GAJI PERMULAAN
RM1,216.00 – GAJI MAKSIMUM RM2,983.00



B. SYARAT LANTIKAN

 1. PEMBANTU OPERASI GRED N11

i.         warganegara Malaysia;
ii.         berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
a.     Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
b.     Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
iii.         Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:
Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat cuepacs.

C : UMUR

1. Calon bagi lantikan hendaklah berumur
                        a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
                        b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D : PERMOHONAN

Resume yangg telah lengkap i hendaklah dihantar  kepada :-



Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.



F : TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Resume yang lengkap hendakl dihantar ke alamat di atas sebelum atau pada 10 Julai 2018. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.


G : DOKUMEN SOKONGAN

Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.