SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Januari 2018

PENJAWAT AWAM MUDA PERLU FAHAMI ASPIRASI KERAJAAN -AZIH

Bernama

Tarikh kemaskini: 22/01/2018



KUCHING, 22 Jan (Bernama) -- Penjawat awam muda khususnya yang berumur 40 tahun ke bawah perlu mengambil peluang daripada siri Wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk menyatakan idea-idea baru sebagai wadah dalam mencorak masa depan negara pasca 2020.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata aspirasi kerajaan yang ingin direalisasikan menerusi wacana TN50 ini juga perlu difahami, dikongsi dan dihayati bersama oleh penjawat awam muda yang mewarisi pentadbiran negara.

Beliau berkata pemahaman mendalam mengenai aspirasi kerajaan adalah penting agar hala tuju negara dapat direncanakan sebaiknya, kerana "kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada institusi awam pada masa akan datang jika penjawat awam sendiri tidak boleh memahami kehendak kerajaan serta rakyat."

"Produktiviti negara bergantung kepada penjawat awam, justeru kerajaan perlu mengambil kira keperluan orang muda zaman ini kerana keperluan orang muda zaman dulu dan pada masa akan datang adalah berbeza," katanya dalam satu sidang media di penghujung Majlis Wacana Jelajah TN50 anjuran Cuepacs di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama Petra Jaya, di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis hari ini ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

-- BERNAMA.....


22 Januari 2018

GURU BOLEH BERPOLITUIK TAPI BERSYARAT - KPPA

Bernama
Tarikh kemaskini: 22/01/2018


KUCHING, 22 Jan (Bernama) -- Guru-guru daripada Gred 41 hingga Gred 48 dibenarkan berkecimpung dalam bidang politik berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam pekeliling bilangan 2010, namun mereka terlebih dahulu perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Beliau berkata kebenaran yang diberikan itu juga disertai dengan syarat-syarat tertentu kerana pihak kementerian tidak mahu mana-mana pegawai pendidikan yang memegang jawatan pentadbiran terlibat memegang jawatan politik, kerana ada perbezaan ketara antara dua tugas itu.

"Kita tidak mahu apa-apa kaedah di pentadbiran itu dijadikan bahan-bahan politik yang boleh mewujudkan ?contradiction? ataupun pencanggahan dari segi kepentingan antara tugas-tugas dalam hal politik," katanya dalam satu persidangan media di penghujung Majlis Wacana Jelajah Transformasi Nasional 50 (TN50) Anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama Petra Jaya, di sini hari ini.

Zainal berkata dalam apa-apa kaedah dan panduan yang telah ditetapkan, adalah menjadi satu kelaziman ia dilengkapi dengan peraturan, yang mana sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan ini boleh dikenakan tindakan sebagai langkah kawalan.

Sementara itu, Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda yang turut serta dalam persidangan media itu berkata berdasarkan liberalisasi kerajaan sebelum ini, penjawat awam memang dibenarkan berpolitik, asalkan tidak melanggar tatatertib dan etika...


19 Januari 2018

CUEPACS MAHU KERAJAAN KEKALKAN SKIM PENCEN, NAIKKAN GAJI

Bernama
Tarikh kemaskini: 18/01/2018


KOTA BHARU, 18 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan tidak memansuhkan Skim Pencen kerana beranggapan gaji yang dibayar sekarang tidak mencukupi untuk menjadi tabungan masa hadapan mereka.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata Cuepacs amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menambah pelbagai insentif kepada pesara polis, baru-baru ini.

"Pada masa sama kerajaan juga diharap memberi pertimbangan yang sama kepada pesara kerajaan yang lain kerana mereka juga perlu dibantu," katanya kepada pemberita selepas Taklimat Transformasi Perkhidmatan Awam: Isu dan Cabaran Penjawat Awam di Kompleks Kota Darul Naim di sinihari ini.

Azih berkata buat masa sekarang terdapat kira-kira 750,000 pesara kerajaan di negara ini dan masih menerima pencen.

Pada masa yang sama, berdasarkan hasil kajian yang dilakukan Cuepacs mendapati gaji penjawat awam tidak mampu menangani kos sara hidup yang kini semakin meningkat.....


11 Januari 2018

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2018

Media CUEPACS
11/1/2018


KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM

PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]

(Pendaftaran No 195)



SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN             



KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2018



NO SEBUTHARGA : BIL 1/2018                                     Tarikh : 11 JANUARI 2018




KEPADA :

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………


Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu
55100 Kuala Lumpur.



1.       Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA / TENDER DIKIRI HADAPAN SAMPUL.



2.       Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 25 JANUARI 2018, tidak lewat dari jam 12.45 tengahari. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No 1/2018



3.       Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Ibu Pejabat CUEPACS Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu Kuala Lumpur.



4.       Jawatankuasa setuju terima sebutharga/tender tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.



5.       Sebutharga  hendaklah sah selama  30 HARI selepas itu.



6.       Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.









BIL
PERKARA
HARGA SEUNIT
KUANTITI
JUMLAH HARGA

01





Membekal Baju Korporat dan mencetak logo CUEPACS di baju. Jenis kain Comb Cottons  warna merah, biru dan putih (Pelbagai Saiz) :
Lelaki  : Wanita
7XL :   1                               6XL :   2 
5XL :   8             3
4XL :   10           4
3XL :   90           42
2XL :   240         80
XL   :   515        138
L     :   440        150
M    :   130        125
S     :   6           15
XS   :                1
Catitan: Semua penender adalah dikehendaki untuk memberi contoh corak reka bentuk  Baju Korporat Comb Cottons warna merah,biru dan putih dan warna tambahan bagi membentuk corak menarik dibenarkan (tidak di kembalikan)
  

2,000





Jumlah



Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia….…………...............



……………………………………………………………………………………………………………...



Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..



[ Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].



Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 



Nama penuh pengurus                 :……………………………………….



Tandatangan dan cop penender             :……………………………………….



Alamat                   :………………………………………..



Tarikh :………………………………..                                        ……………………………………….