SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Februari 2012

SBPA: PENGUMUMAN PENTING NAJIB 12 MAC?

Sinar Harian
23 Februari 2012



PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan

Najib Tun Razak

itu.

Omar berkata, Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi
kebaikan penjawat awam.

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.

Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan. - Bernama

45 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

< - ! - > apa nama yg d tulis sebelah tu najib ke najis tahap ap menaip nie mcm nie ke nk gaji bnyk taip pn x betul.

Tanpa Nama berkata...

sape yang taip nama tu? Astargfirullahaladzim...

Tanpa Nama berkata...

mohon admin blog keluarkan berita ini. memalukan diri kita jer...

Tanpa Nama berkata...

hai penulis...agak-agak la menulis tu..

Tanpa Nama berkata...

Mohon diperbetulkan perkataan 'Najis' boleh mengundang padah...malah mencerminkan imej PA yang tidak bermoral.

Tanpa Nama berkata...

headline dalam komen ni betul plak? dah ngantuk tu janganlah taip..tidur dulu..

Tanpa Nama berkata...

TLG BETULKAN EJAAN INI SECEPAT YANG MUNGKIN!!!!

Unknown berkata...

Betulkan sebelum ianya tersebar meluas....

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat admin blog ni kaki komen kutuk DS Najib...bias kepada pembangkang..

sampai nak tulis Najib pun jadi Najis.. hina sangat nama PM

dah ada member yang PRINTSCREEN..siap sedia la kena tembak lepasni..

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Cadangan dah baguih dah..Boleh diperkatakan hampir 95-99% bersetuju dengan kenaikan kadar tersebut.Tapi yang heranya apesal bila ruang dan peluang dah ada bendani tidak disampaikan direct kpd DS Najib??

Bab ni yang kadangkala aku berangapan ade kemungkinan BENAR komen dr beberapa org sahabat yang mana mengatakan ini semuanya adalah POLIMIK semata2..aku makin hilang sabar..

Saban tahun diperKUDA-BODOHkan..Inilah kerja korang saban tahun!!!!

Tanpa Nama berkata...

12 Mac .. aku akan berada di sana !!! Insya Allah.
Perjumpaan PM bersama PA tidak diadakan pada thn 2011 ( hari pekerja).

Tanpa Nama berkata...

taun lepas tak buat tak pe, tapi taun ni tak buat habis aku.......

Tanpa Nama berkata...

SBPA ..sistem siapa skrg? dibuat oleh JPA atau siapa?

Pengumuman yg adil dan saksama ???

cakap sodap bro ., pengisiannya perlu mantap !

aku ingat peg di JPA perlu dijumudkan jwtn slepas ini.

Jawatan baru .. individu baru. Ramai Pensyarah berkaliber ..

Jawatan PTD patut mula dpd gred 48. Cream of the cream dpd PA lain yg brkhdmat di skim bukan PTD spt Pensyarah, Jurutera, Doktor, Peg Penerangan, Belia, Peguam, etc yg berada di gred 44 boleh apply masuk PTD. (kertas kerja ini dah hantar ke Datuk Farida).

Tanpa Nama berkata...

"Jawatan PTD patut mula dpd gred 48. Cream of the cream dpd PA lain yg brkhdmat di skim bukan PTD spt Pensyarah, Jurutera, Doktor, Peg Penerangan, Belia, Peguam, etc yg berada di gred 44 boleh apply masuk PTD. (kertas kerja ini dah hantar ke Datuk Farida).

Jumaat, Februari 24, 2012 8:54:00 AM"

CADANGAN YANG BERNAS TUAN!!
YA, PTD pembuat keputusan..tapi kadang-kadang bukan pada bidang mereka..
Jika PTD dilantik macam tuan cadang, Gred 48 keatas dimana mereka dah masuk peringkat pengurusan, mereka memang selayaknya dan memang buat tugas PTD pun...

Tanpa Nama berkata...

APA PUN KEPUTUSAN BIARLAH ADIL , YANG ATAS PATUT JENGUK YANGBAWAH BAWAH NI..KAMI JUGA MAKAN NASI BUKANNYA RUMPUT.... BUKAN KAMI NAK GAJI JUSA KE YANG ATAS ATAS TAPI LEBIH KURANG LAH ...JANGAN SAMPAI JURANG NAMPAK KETARA ..LEBAR SELEBAR LEBARNYA ...AGAK AGAK LAH...KAMI JUGA MENYUMBANG IDEA IDEA DAN PENAT LELAH BAGI MEMASTIKAN YANG ATASMENDAPAT DAN MENCAPAI SASARAN KERJA... APA APA KAMI JUGA YANG BUAT KERJA TU , YANG ATAS HANYA DAPAT RESULT KERJA YANG KAMI BUAT.....SO INGATLAH KAMI NI... BARANG LAMA DAH NAIK..BELANJA SEKOLAH ANAK...KERTA INSURAN ROAD TAX DAN HAL HAL RUMAH LAGI.... KAMI JUGA MAKAN NASI BUKAN RUMPUT FREE TEPI JALAN ...KASIHANKANLAH KAMI ... KAMI PENYUMBANG JUGA , JANGAN AMBIL KIRA YANG MALAS KERJA TU , TAPI YANG RAMAI KERJA SEIKHLAS HATI ... AMBIL KIRA.

JANGAN BUAT BUAT TAK NAMPAK KAMI...KAMI PELAKSANA JUGA MENYUMBANG IDEA DAN TENAGA TANPA MENGIRA KERAJAAN DI WAKTU JATUH BANGUN...KAMI JUGA BELAJAR DAN KERJA DI JABATAN KERAJAAN , JANGAN KAMI DI PINGGIRKAN.

KAMI HANYA DUDUK RUMAH BIASA BIASA AJE , BUKAN RUMAH BANGLO YANG HARGANYA JUTAAN RINGGIT MACAM YANG ATAS ATAS... FIKIRKANLAH ....

KAMI RAMAI ... KERANA RAMAILAH MASING MASING BERSUARA.... SUPAYA KERAJAAN FAHAM KAMI.....JIKA KERAJAAN TUMBANG DI SEBABKAN OLEH TINDAKAN KETIDAK ADILAN BAGAIMANA?..SIAPA YANG RUGI..???

JASA BAIK TUAN TUAN DAN PUAN PUAN YANG MEME PERJUANGKAN HAK KAMI , KAMI BERTERIMA KASIH KERANA BERSUARA BAGI PIHAK KAMI....

PM DENGARKAN LAH SUARA SUARA KAMI.....

Tanpa Nama berkata...

memang perdana menteri berjiwa
rakyat dan faham masalah rakyat
dan kakitangan awam begitulah
perdana menteri yang kita hormat
dan kasihi dan cepat mengambil
tindakan , kalau masalah hari ini
diselesaikan nya hari ini. terima
kasih kepada perdana menteri semoga
sihat -sihat selalu.

Tanpa Nama berkata...

PADA SAYA
ADIL mesti untuk penjawat awam dan rakyat malaysia kerana wang kerajaan adalah wang rakyat Malaysia, bukannya hak total penjawat awam sahaja.
BUKANKAH Sudah diluluska maka laksanakan lah kenaikan 7-13 peratus dari gred 1-54, Jusa dan Premier.
Jika 7-13 peratus kenaikan baharulah adil kepada seluruh rakyat malaysia kerana itu yang diluluskan di Parlimen Malaysia.

Jangan rompak wang rakyat kerana PA dan bukan PA turut membayar cukai. Bahkan ramai PA tak layak bayar cukai dan ada yg bayar ciput kerana elaun tidak dicukai.

Pa PA

Tanpa Nama berkata...

SBPA - wang peruntukan rm 3 billion.
Ngko orang kira ...
1.4 juta dgn 3 billion !!!

dapet rm2,000. jadi ler !

Tanpa Nama berkata...

HARAPAN SEMOGA KAKITANGAN AWAM DAPAT BERITA YANG BAIK DARIPADA PM,MARI KITA SEMBAHYANG HAJAT,BACA YASIN SEMOGA PM MEMBERI BERITA YANG MENGEMBIRAKAN BUKAN SEBALIKNYA.

Tanpa Nama berkata...

sebagai manusia kita perlu hormat orang lain,sebelum orang lain menghormati kita,jadi mulai saat ini berazam,tidak akan tulis yang bukan bukan dalam blog ini yang memalukan sebagai manusia.

Adam berkata...

Kenaikan Gaji kakitangan Awam zaman Tun Abdullah adalah yang tertinggi sejak sekian lama dan kenangan manis semua penjawat Awam negara ini.Apakah Dato' Sri Najib sanggup memberi kejutan...? Kakitangan Awam kena SABAR, tunggu WAKTU MAINNYA...!!!

Tanpa Nama berkata...

Ramalanku...
Selepas ini,

SBPA Dimansuhkan.
Semua PA terpaksa menggunakan skim gaji SSM termasuk golongan Primier dan Turus yang telah mendatangkan kemarahan PA-PA golongan sederhana dan bawahan,
Kenaikan 7-13% diberi sebagai mengambil hati PA .
Apa kesudahan JPA ?

Tanpa Nama berkata...

MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.

sampai bila ni ....pengumuman,pengumuamn,pengumuman itu saja yang ceupacs tahu.barang naik ,semua naik.pergilah pantau dan turun padang juga. ini gimik politik saja .kita tunggu pakatan rakyat lah yang buat gaji baru lagi bagus. wassalam.

Tanpa Nama berkata...

JPA pun kakitangan awam juga. Yang tak bersetuju sangat dengan cadangan ceupacs tu kenapa? Bukannya duit hangpa.... tapi duit cukai kita dan mak bapa kita juga..... Malaysia bukan warisan pemimpin yang ada sekarang. tetapi amanah dari tuhan untuk kita menjaganya.. Baca Quran banyak2, hadis banyak2. AMbil ikhtibar dari kisah kisah dulu. Duit dan pangkat tidak blh bawa ke kubur apa yang ditanya apa yang kamu buat . Takkan nak minta maaf pada 1.3 juta kakitangan awam yang kamu aniayai. malam ni solat hajat minta petunjuk dari tuhan agar ditunjuk jln yang benar.

Tanpa Nama berkata...

KERANA MULUT BADAN BINASA,
HUJAH AYAT YANG BAIK,BUKAN HENTAM AJE,PUAK ATAS KENA HORMAT ORANG BAWAH,ORANG BAWAH KENA HORMAT ORANG ATAS,BARU ADA PERSEFAHAMAN DALAM SEMUA BIDANG DAN KERJAYA.

Tanpa Nama berkata...

Tak kira kerja apa, Yg unifom ke tidak ke
10 KENAPA TERLIBAT RASUAH
1.tidak takut hari pembalasan
2.tidak takut karma di dunia lagi
3.seronok bagi anak mkn duit haram
4.gaji kecik nak hidup macam jusa
5.patut pakai saga tapi Camry
6.mak-bapa dia dulu pun mkn rasuah
7.patut rmh setingkat tapi bunglo
8.ingat rasuah tu duit kopi
9.tak takut seksaan kubur
10. Didikan agama mak-bapak bagi ciput ,

Tanpa Nama berkata...

hidup omar osman , wacaya samalu lah , hidup omar osman , wacaya samalu lah , hidup omar osman , wacaya samalu lah , hidup omar osman , wacaya samalu lah , hidup omar osman , wacaya samalu lah , hidup omar osman , wacaya samalu lah , hidup omar osman , wacaya samalu lah , hidup omar osman , wacaya samalu lah , hidup omar osman , wacaya samalu lah , hidup omar osman , wacaya samalu lah , hidup omar osman , wacaya samalu lah , hidup omar osman , wacaya samalu lah , hidup omar osman , wacaya samalu lah , hidup omar osman , wacaya samalu lah ,

Tanpa Nama berkata...

cercita ..

Tanpa Nama berkata...

wayang tamat. sad ending.
semua bungkus.
PA bungkus.
PRU bungkus.

Unknown berkata...

Jangan nanti buat pengumuman penting PRU13 pulak...Penjawat Awam tengah tunggu Gaji naik je..

Tanpa Nama berkata...

jgn main wayang sangat la...kami rasa2 nak tukar la pru13 nanti. Sapa nak tgk wayang sebulan punya berita kuar tak habis2 tgu pas pru13 ni. Dia main2 kita...kita main dia plak

Tanpa Nama berkata...

Cadangan saya kenaikan sperti berikut:

gred 1-16- RM1,000.00
gred 17-26-RM1,500.00
gred 27-36-RM2,000.00

Kalau PM lulus, insyaallah sokongan kepada PM meningkat.Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.
sebelum PM umum,kita kakitangan awam perlu sembahyang hajat dan baca yasin sepanjang hari memohon PM lulus permintaan ini.

Ahad, Februari 26, 2012 12:07:00 AM

Tanpa Nama berkata...
Industri kereta tergugat,jadi kerajaan naikkan gaji seperti berikut:
Gred 1-16 layak pakai kereta waja
gred 17-26-layak inspira
gred 27-36- layak pakai Camry

Ahad, Februari 26, 2012 12:10:00 AM

Tanpa Nama berkata...

PM kita berjiwa rakyat jadi beliau perlu keperihatinan kepada rakyat khasnya kakitangan awam,jangan kata aje,buat tiada.Macam Dato omar berjuang utk rakyat,habis habisan,w/pun umurnya 60 lebih,tetapi tenaga masih membela rakyat,kita rakyat jangan penting sendiri,jangan jadi batu api,untuk dapat sesuatu.

Tanpa Nama berkata...

ada pemimpin union yg syok sendiri .... boleh makan angin, boleh claim elaun, sentiasa dirai, ........

pencacai berkata...

Sudah terlalu lama JPA melakukan kerja kerja penindasan,Bila Allah benci pada golongan yg berlaku zalim sesama manusia maka Allah akan dedahkan segala kerja jahat JPA selama ini.Selama ini JPA anggap kakitangan gred 1-54 hanya pencacai yg boleh diperbodoh bodohkan.Moga Allah membuka hati PM agar menerima apa yg cuepacs tuntut.Amin..amin...ya Allah.

Tanpa Nama berkata...

Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

Tanpa Nama berkata...

kita tengok dan lihat apa yang beliau nak umumkan,masih tak memuaskan paham-paham je lah pru nanti..rakyat pun ada hak dan kuasa nak tentukan apa yg mereka mahu.

Tanpa Nama berkata...

PA SABAH/PERSEKUTUAN

SBPA dah byk trkh dcdng utk dumumkn tapi masih miss.. tggu apa lagi, PRU13 dah hmpr, jngn slhkn PA klu sokong PR, ok...he..he

Tanpa Nama berkata...

HDN kutip RM109 bilion
Oleh Johari Ibrahim

2012/03/02

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kejayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip hasil berjumlah RM109.7 bilion tahun lalu dengan peningkatan 27 peratus berbanding 2010 adalah satu pencapaian luar biasa.

Perdana Menteri berkata peningkatan kutipan juga membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak program dan kemudahan untuk rakyat, selain merangsang ekonomi negara.
Justeru, Najib berkata bagi memastikan kerajaan berupaya terus menyediakan perkhidmatan kepada rakyat, tanggungjawab dan kesedaran membayar cukai bagi golongan yang layak perlu dipertingkatkan.
Katanya, beberapa negara di Eropah menghadapi kemelut ekonomi berpunca daripada kegagalan mengutip cukai sehingga menyebabkan ekonomi hitam meningkat, sekali gus menyebabkan kebangkrapan.

Beliau berkata ia juga mengukuhkan asas pendapatan negara sehingga kerajaan berkemampuan menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Sara 1Malaysia dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Katanya, selain asas pendapatan yang kukuh, keupayaan kerajaan menyediakan kemudahan untuk rakyat juga disebabkan keupayaan mengurus tadbir negara, mengendalikan pengurusan ekonomi, terutama pada peringkat makro dan pengurusan kewangan dengan baik.

Kadang-kadang perkhidmatan ini dianggap sebagai seolah-olah satu hak, tetapi sebenarnya ia menjadi kenyataan disebabkan oleh kebolehan kita.
Jika kita membina sekolah, klinik dan jalan raya serta pelbagai lagi perkhidmatan kepada rakyat, asasnya ialah (kerana) kita berkemampuan berbuat demikian, katanya ketika merasmikan Menara Hasil, bangunan ibu pejabat baru LHDN, di sini semalam.

Beliau berkata, di Malaysia, dalam bidang kesihatan misalnya, dengan bayaran RM1, rakyat berpeluang mendapatkan rawatan doktor, manakala dengan caj RM5 boleh mendapat rawatan pakar serta perkhidmatan lain seperti x-ray.

Bayangkan kos sebenarnya, kita hanya kutip (caj) dua peratus daripada perbelanjaan sebenar, 98 peratus lagi ditanggung oleh kerajaan kerana (ditampung) kutipan cukai, katanya.

Berikutan itu, beliau mahu LHDN menggiatkan usaha mendidik rakyat supaya membayar cukai pendapatan menerusi kempen dan penguatkuasaan undang-undang berhemah, sekali gus berupaya menutup ketirisan.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan BR1M kepada 50 penerima serta melancarkan perkhidmatan mengemukakan borang penyata cukai pendapatan bagi pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan (BE) menerusi telefon mudah alih atau m-Filing.

Perkhidmatan disokong oleh peranti yang memiliki sistem operasi iOS versi 4 ke atas seperti iPhone dan iPad, Android versi 2.2 ke atas, BlackBerry versi 6 ke atas dan Windows Phone versi 7 ke atas. Perkhidmatan tambahan itu memudahkan orang ramai mengemukakan borang BE kepada LHDN menerusi telefon mudah alih pintar.

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN MALAYSIA DUIT BANYAK SEKARANG,LIHAT KUTIPAN LHDN RM10.9 BILLION.HARAP-HARAP PERMINTAAN CUEPACS BERJAYA.

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN MALAYSIA DUIT BANYAK SEKARANG,LIHAT KUTIPAN LHDN RM109 BILLION.HARAP-HARAP PERMINTAAN CUEPACS BERJAYA.

Tanpa Nama berkata...

8 Mac 2012 .... PM akan buat Pengumuman Penting!!!!

1. Kenaikan 7%-13% untuk semua PA Gred 1-54 dengan perubahan perubahan drastik..... bersyukur

2. Semua PA akan naik gaji dan akan dilaksana bayaran pada April 2012 ... lagi bersyukur lah...

3. JUSA ke atas akan diturunkan kenaikan gaji SBPA hanya 5% sahaja .... ini yang aku nak dengar...sedap sikit dengar. Tambah yg ni kena bercukur lah

4. YG TERAKHIR PM AKAN UMUMKAN TARIKH PILIHAN RAYA UMUM PRU13.... heheheheh tak percaya kita tunggu sama-sama.

5. ATAU PM AKAN UMUM HARI RAYA PUASA AKAN JATUH PADA 19 DAN 20 OGOS 2012.,,, YANG INI SEMUA DAH TAHU.

Tanpa Nama berkata...

kami tinggal di kampung bagan serai,Seberang jaya,ADUN Seberang jaya tak tolong kami bagi pampasan rumah kami kena projek awam perda,dah lama dah,tak dibayar pampasan,silap kami pangkah BN,janji bertahun-tahun entah belum dibayar.sekali ni kami nak pangkah PR pula.JKKP pun tak tolong.siapa nak bantu kami dapat duit pampasan rumah.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa pening sangat nk kira tentang kenaikan gaji cari je lah % yg mampu kerajaan bagi kalo 10% , maka 10% kenaikan gaji dari golongan terendah hingga teratas sekali, yang duduk di ATAS TU tetap lebih jumlah RM kenaikannya, ape yang nk tamak sangt nk beza2 kn % kenaikan antara gologan rendah dah atas, tu pn susah nk kira ke? bru adil kan x ujud lah lagi % kenaikan tinggi dan yang rendah.

Sama-sama kita dapat mengecapi hasil dari negara kita sendiri, bru lah "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. 1 MALAYSIA SATU KENAIKAN" Baru boleh jadi "1 MALAYSIA"

SYABAS PM KITA semoga dapt mengumankan "KENAIKAN YANG 1 Tanpa berpersen-persen"