SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

08 Februari 2012

MTUC KECEWA GAJI TERTANGGUH

Sinar Harian
Wartawan Sinar Harian

8 Februari 2012




SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kecewa apabila Ke­men­terian Sumber Manusia ma­sih bermain ‘tarik tali’ menge­nai perlaksanaan gaji minimum RM900 untuk pekerja swasta.

Presidennya, Mohd Khalid Atan berkata, sehingga kini isu masih tertangguh kerana be­lum ada kata putus daripada ke­ra­­ja­an me­ngenai pe­­­la­k­­­sanaannya.

“Isu ini telah lama dikemukakan pihaknya kepada kerajaan dan perhatian mula diberikan pada awal tahun lalu apabila pintu rundingan dibuka untuk MTUC, bersama dengan Per­sekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca).

“Desakan supaya gaji minimum dilaksanakan adalah kehendak rakyat dan sudah tiba masanya kerajaan membuat keputusan mana yang baik kepada pekerja swasta sebagaimana dilaungkan dalam slogan transformasi,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan yang dilaporkan dalam akhbar ini semalam bahawa pelaksanaan gaji minimum RM900 untuk pekerja swasta masih belum diputuskan,

Mohd Khalid berkata, isu itu perlu diselesaikan segera kerana seramai lima juta pekerja swasta di negara ini boleh men­­jadi penentu kepada pilihan raya umum akan datang yang bakal memberi tamparan he­­bat kepada kerajaan se­karang.

“Gaji minimum bukan per­kara pelik untuk diamalkan di negara ini kerana sudah diamalkan di banyak negara di selu­ruh dunia,” katanya.

Menurutnya, Majlis Perun­dingan Gaji Negara (MPGN) terlalu lambat memberi respons setelah menerima laporan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Katanya, MPGN tidak perlu berdolak-dalik dengan memberi pelbagai alasan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cadang gaji dan pencen minimum sebanyak RM900.00 bagi PA dan pesara.

Tanpa Nama berkata...

Selagi dalam PAYSLIP aku tak masuk gaji SBPA....selagi itu AKU TAKKAN UNDI BN...

AKU TAKKAN UNDI BN....

HARGA BARANG = SUDAH NAIK!!!!!!

GAJI = MASIH BELUM NAIK.... !!!

SBPA tangguh semua disebabkan JPA dan KPPA celaka tu... kalau korang buat kerja elok2 hari tu... takder jadi macam ni..

Tanpa Nama berkata...

saya berharap SBPA ne akan selesai secepat yg mungkin kerana selagi x selesai kami bekas pelatih jururawat masyarakat ne akan mengganggur xkeje disebbkn SBPA ne..seandainya lambat lg nk selesai SBPA ne berila tau awal2 bler nk selesainya boleh kami cai pekerjaan sementara yg lain..x larat da ne duduk umah da 7bln da xbekerja..sekian

Tanpa Nama berkata...

Cari jela keje dulu..jangan duk mengharap sangat..SBPA akan selesai 16 April seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini.....

Tanpa Nama berkata...

faktol SBPA TERTANGGUH lagi sbb kerajaan terburu-buru melaksana dgn cepat cepat cepat tanpa perbincangan dengan cuepacs....so i rasa PEGAWAI KERAJAAN BERPENGALAMAN & CUEPACS perlu lantik org berpengalaman dan duduk berbincang...i rasa bagus juga pihak kerajaan & cuepacs dengar keluhan pendapat semua golongan dlm penjawat awam malaysia...tolong lah kaji semua aspek pendapat RAKYAT sbb RAKYAT DIDAHULUKAN BARU LAH PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ..TQVM

Tanpa Nama berkata...

MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

Tanpa Nama berkata...

UNDI JGN X UNDI.....ADA DUIT BN SAYANG.....X DER DUIT BN MELAYANG...ADAT LER TU...MELAYU MUDAH LUPA DAN MELAYU MATA DUITAN....