SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Februari 2012

PPKM TERSINGGUNG KENYATAAN KUPEKMAS

Berita Harian
23/2/2012



KUALA LUMPUR: Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) semalam menyuarakan rasa tersinggung terhadap kenyataan Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) berhubung tiada badan khas yang menjaga kebajikan kira-kira 500,000 pesara.
2012/02/23Kerajaan Malaysia (PPKM) semalam menyuarakan rasa tersinggung terhadap kenyataan Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) berhubung tiada badan khas yang menjaga kebajikan kira-kira 500,000 pesara.

Presidennya, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh, berkata PPKM sebenarnya sudah lebih 40 tahun membela nasib kira-kira 600,000 pesara sejak 1972 dan sudah banyak membantu memperjuangkan hak mereka seperti pengiraan pencen mengikut formula berasaskan kepada tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun bagi semua pesara berkuat kuasa 1 Januari 2009. “Antara lain termasuklah pencen terbitan dibayar 100 peratus kepada ahli keluarga, pemberian pencen terbitan kepada balu pesara yang dikahwini selepas persaraan selama 20 tahun daripada tarikh persaraan dan pemberian pencen minimum RM720 sebulan bagi pesara sudah berkhidmat tidak kurang 25 tahun mulai tempoh sama. “Kemudahan lain yang diperoleh ialah wad percuma di hospital bagi pesara dan pemberian wang ihsan dua kali sebanyak RM500 setiap pemberian tahun lalu.

“Selain itu, ia juga membabitkan penyelarasan pencen sebanyak 7 hingga 13 peratus kepada pesara apabila kerajaan melaksanakan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu dan kenaikan pencen pada kadar dua peratus setahun mulai tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Semalam akhbar melaporkan sekumpulan bekas pemimpin CUEPACS dan kesatuan gabungannya menubuhkan KUPEKMAS untuk menyatukan orang Melayu dan menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaksanakan dasar transformasi.

11 ulasan:

Han Yon Wei berkata...

menyokong penuh agar semua pesara diwajibkan sertai Kelab UMNO Pusara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS).

Semua PA selaku hamba abdi UMNO dan BN jika x sokong UMNO, jgn bayar pencen mereka. Sebaliknya, elok diwakafkan pencen itu ke akaun para pimpinan kita agar lebih bermanfaat.

Tanpa Nama berkata...

PPKM .. aku tak pernah dengar dan lihat ngko orang buat road show di mana2 tempat?
Tak pernah lihat banner dpd PPKM terpampang .. ditepi jalan mempromosi aktiviti mereka !

Tak pernah lihat sbrg statement ngko orang jika ada sblm ini di media cetak!! (betulkan aku .. jika aku silap).

Perjuangan ngko orang pun aku tak tahu ... agaknya aktiviti ngko orang tertumpu di masjid jer !

Tanpa Nama berkata...

contohi persatuan pesara kastam, banyak aktiviti dia orang. 3 tahun lalu dia orang ke BTN Kundasang, Sabah.
Kembalikan seri wajah pesara yg telah sekian lama berkhidmat dgn dapat berjumpa rakan sahabat yg masih ada.
Tanya Dato Abdul Manan.

Tanpa Nama berkata...

bagi borang cepat, kita isi ramai2.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana dengn pesara GLC yang mendapat pencen sekitar RM100+ ke RM500 tak pernah dengar apa2 pejuangan untuk kami

Tanpa Nama berkata...

Han Yon Wei berkata...

menyokong penuh agar semua pesara diwajibkan sertai Kelab UMNO Pusara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS).

Semua PA selaku hamba abdi UMNO dan BN jika x sokong UMNO, jgn bayar pencen mereka. Sebaliknya, elok diwakafkan pencen itu ke akaun para pimpinan kita agar lebih bermanfaat.

----------------------------------

Anjing DAP menyalak nak mengapikan sentimen perkauman dan memburukkan kerajaan. Han Yon Wei, lu pergi tengok itu DAP macam celaka punya perangai perintah Pulau Pinang, pergi jahanamlah dasar haram jadah. Lu jangan nak main-main dengan isu sensitif, jangan ingat semua benda boleh buat lawak, sudahlah itu Namewee babi haram jadah buat hal, lu jangan buat hal hingga cetuskan pertelingkahan kaum pula.

Tanpa Nama berkata...

Han Yon Wei babi suruhan DAPig haram jadah.

Tanpa Nama berkata...

Han Yon Wei, berpada-pada dalam tindakan, jangan keceluparan lu sorang, jadi bertelingkah antara kaum pula, sekadar mengingat saja, sebab manusia ini ada tiga perkara yang dia tak boleh sabar, pertama hina keluarga, kedua hina kaum, ketiga hina agama, ketiga-tiga ini kalau salah satunya dipermainkan akan cetus masalah besar, aku nak ingatkan pada kau, jangan main-main sangatlah, nanti sebab kau sorang ramai orang lain jadi mangsa.

Tanpa Nama berkata...

Han Tu Wei, jangan ingat semua orang Melayu lupa akan asal usulnya. Kami ingat akan agama kami, bangsa kami, negara kami. Kami juga ingat akan nasib anak cucu kami. Kami tak pernah lupa akan Si Kitol dan Raja Mendeliar yang menjadi pengkhianat bangsa. UMNO tu cuma parti politik tapi orang Melayu Islam semua saudara kami.

Tanpa Nama berkata...

bagi pesara tak sesuai la nama kupekmes kerana ahli2nya dah bersara lebih sesuai bagi nama kopek kecut atau kopek lanjut lagipun kalau dah pencen nie baik duduk kat misjid lagi baik.

Tanpa Nama berkata...

MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.