SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 Februari 2012

BELA NASIB PEKERJA KONTRAK

Utusan Malaysia
Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 4 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan supaya menyerap kesemua pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan ke jawatan tetap selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS menerima banyak aduan daripada pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan memaklumkan kontrak mereka tidak disambung walaupun menunjukkan mutu kerja yang baik.

Sehubungan itu, katanya, CUEPACS merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kesemua pekerja kontrak terutamanya selepas pembekuan jawatan pada tahun lalu diserap ke jawatan tetap selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Pekerja kontrak juga adalah penjawat awam dan rata-rata telah berkhidmat lima hingga sepuluh tahun. Sepanjang perkhidmatan pelbagai peranan dan jasa telah dicurahkan untuk agensi tertentu, jadi tidak salah jika mereka diserap ke jawatan tetap.

"Kita janganlah menjadikan pekerja kontrak sebagai mangsa selepas pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Peruntukan yang banyak dalam skim tersebut bukan alasan untuk tidak menyerap pekerja kontrak ke jawatan tetap," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut Omar, kebanyakan pekerja kontrak kini berada dalam dilema dan sering membuat aduan kepada CUEPACS agar nasib mereka terbela.

"Oleh itu, saya memohon jasa baik Perdana Menteri untuk memandang serius isu ini kerana ia melibatkan keadilan untuk pekerja kontrak yang telah berkhidmat sekian lama dengan kerajaan," katanya.

Dalam pada itu katanya, CUEPACS akan membawa isu tersebut dalam mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang terdekat demi memastikan nasib pekerja kontrak terbela.

58 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berjuang cara Omar niih , aku dah agak dah ... banyak yang tak betul. Ngko Presden Cuepacs bukan Presiden yang bukan ahli Cuepacs.

Kalau dia org betul-betul mau jadik ahli cupeacs buat persatuan/kesatuan .. mintak gabung dgn Cuepacs.
kalau tak mau gabung, nyatakan sokoongan kpd perjuangan Cueopacs !!

Niih apa ke jadah. asyik bela PA yang tidak berkesatuan/persatuan.

Pejuang PA tetap berkata...

apa! ingat semua budak kontrak tu bagus sangat ke nak serap terus ke jawatan tetap. Bagaimana dengan PA yang mempunyai kelayakan yang lebih tinggi dari jawatan yang disandang sekarang? sampai bila mereka ni nak dapat kenaikan pangkat. JPA suruh belajar SPA tak berapa nak lantik, bila interview jer asyik ambil yang belum kerja... Berbalik kepada budak kontrak ni, banyak yang buat taik dari yang boleh buat kerja. Yang kena buat balik kerja dia orang orang tetap jugak. Kalau tengok mereka yang dilantik tu pun tak berkelayakan mengikut jawatan kontrak yang disandang. Jadi sebelum serapkan budak2 ni kena panggil interview dan tengok kelayakan mereka betul2. Baru adil.

Bekas Pekerja Kontrak berkata...

Apa ni dok kutuk2 org kerja kontrak.. masing-masing kerja cari makan..
Kalau org yg buat taik tu tak kisah kontrak atau tetap..tetap jadi taik jugak.. Kawan aku masa kontrak siap kerja lg bagus dr org tetap..siap bos bg APC lg.. yg tetap masuk keja lambat, balik nak awal, time rehat keluar awal, selalu hilang, byk masalah..

org menilai dari segi komitmen dan hasil kerja tak kira la tetap ka kontrak ka.. sekadar dok bangga jawatan tetap kerja haprak tak guna jugak.. pirrahh...

Tanpa Nama berkata...

Minta maaflah. Saya tidak menyokong usul CUEPECS untuk membela nasib pekerja kontrak. Pada saya, setiap orang yang memohon jawatan kontrak perlu sedar tentang status KONTRAK itu sendiri. PA berjawatan tetap sendiri mempunyai banyak isu penting yang perlu diperjuangkan oleh CUEPECS.

Satu syor saya, sekiranya organisasi memerlukan perjawatan dan jawatan itu amat perlu untuk kepentingan perkhidmatan, harap mohon vot jawatan tersebut supaya tiada kakitangan teraniaya.

Tanpa Nama berkata...

sy menyokong penuh usul cuepacs utk serapkan k/tgn kontrak ke jwtn tetap supaya tiada wujud pengangguran sana sini. sepatutnya PA tetap usah dengki kat k/tgn kontrak ni. kita sama2 cari mkn. jgn la dengki smpi cadangan cuepacs pn rasa x puas hati. sy mengesyorkan agar kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Najib agar mempertimbangkan nasib kami supaya dpt diserapkan tetap seperti yang diusulkan oleh cuepacs.

Tanpa Nama berkata...

ala...gaduh pun x guna..buang masa je...kontrak tetap kontrak...hadapilah realiti hidup...kerja bagus mana pun...kontrak gak...kena sedar diri jugak akhirnya...cuepac pun xleh nk wat ape...buang masa je...kontrak sambung pun 3 bulan je..x sampai pun hujung tahun ni...macam mana cuepac nak bela nasib???saya ni dari kontrak PRE, naik ke kontak bahagian, turun ke PSH...hidup ni macam roda...sekejap di atas, sekejap di bawah...kepada pekerja tetap tu...Tahniah kerana diserap tetap...mungkin rezeki masing-masing..Alhamdulillah...harap bole buat yang terbaik baik orang seagama anda...harap doakan yang terbaik bagi kami pekerja kontrak..Aminnnn...

Tanpa Nama berkata...

Tiada yg mustahil untuk semua k/tgn KONTRAK ke jwtn TETAP sekiranya Dato Seri Najib sendiri setuju dgn usul cuepacs utk semua PA Kontrak ke jwtn TETAP sebab beliau Perdana Menteri Malaysia.

Orang private berkata...

Bagus juga kalau staff kontrak diberi status staff tetap tetapi pastikan yang diserap adalah yang berkualiti dan mampu melakukan kerja mengikut skim. Apa cerita pulak staff tetap yang mmg tak layak duduk di jawatan tertentu kerana tidak mahir, kurang kualiti serta tidak mampu melakukan kerja mereka tak kira dari X1 hingga X54. Apa yang akan dilakukan kepada mereka ini.. baik buang yang ini dan serap pekerja kontak yang berkualiti supaya tiada lebihan staff serta kurangnya kekangan kewangan kepada kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

"BELA JANGAN TAK BELA"...Kepada yg dah kerja tetap pikul la amanah kerja yg diberi dgn penuh tanggungjawab,jgn ingat nak naik gaji,dpt bonus,kerja tak memuaskan..fikir la pendapatan yg anda dpt tiap2 bulan tu.nak bagi ank bini makan,kene la berkat.kalau gaji banyak pun tak guna.
CUEPACS.Perjuangkan la nasib pekerja kontrak,kebanyakannya semua yg mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam sektor awam,diantaranya golongan muda dan mempunyai komitmen yg amat tinggi dalam pekerjaan.Tiada gunanya SPA membuat pengambilan pekerja baru,sedangkan pekerja kontrak yang masih ramai mempunyai kelayakan dan prestasi kerja yang berkualiti perlu diserapkan kepada jawatan yg bersesuaian.
PEKERJA KONTRAK..Tak perlu selesa dengan tahap pekerjaan sekarang,tidak kira dr jawatan tinggi hingga ke pegawai pelaksana.teruskan fokus,rasa tanggungjawab,amanah dan intergriti dalam pekerjaan yang telah dipikul.semoga dapat merealisasikan harapan PEKERJA KONTRAK.

Tanpa Nama berkata...

ISU PEKERJA KONTRAK DATO OMAR SUKA LUPA,KAMI PENSYARAH INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KINI STATUS KONTRAK MASIH MENJADI TANDA TANYA,SAMPAI BILA JAWATAN KAMI DALAM KONTRAK,DULU MTSU DATANG KE ILP KEPALA BATAS KATA NAK TOLONG,BILA JAWAPAN BELUM ADA,DATO PRESIDEN PUN GITU,AKHIRNYA KAMI DIBUANG KERJA.TUNJUKLAH KEHEBATAN MTSU PUSAT(SAMUEL) DAN CUEPACS MALAYSIA(DATO OMAR)

Tanpa Nama berkata...

mtsu tolong apa kepada ahli-ahlinya,Cuepacs adakah tolong ahli-ahlinya,SBPA pun belum ada jawapan,SSM dan SSB skim tak tolong orang bawah,siapa untung puak jusa.
MBJ jabatan Penilaian Malaysia ,adakah pengurusan membantu penjawat awam penolong pegawai penilaian segala yang diminta dalam simposium dan lain-lain. penolong pegawai penilaian diberi tugas banyak,pembantu penilaian W22 dan W26 buat apa,bantu penolong pegawai penilaian ambil perbandingan dan sebagainya.kerja ringan.

Tanpa Nama berkata...

bantu la.. kalau sudah bjanji nak tolong.. tolong la sedaya upaya. yag dah berkerja tetap tu, janganla berlagak. belum tentu nasib korang masa akan datang. bagi peluan sama2 kita cari makan. jangan nak tutup je rezeki manusia di bumi Malaysia ni. x abis2 dengan hasad dengki.. kenapa? akut tergugat ke dengan pekerja kontrak? sebab kebanyakan pekerja tetap ni kadang2 malas buat kerja... budak2 kontrak lagi bagus mutu kerja. CEUPACS.. bantu la pekerja kontrak ni.

bukan pekerja kontrak berkata...

yang tetap tuh tak payah dengki dengan pekerja kontrak nak dapat tetap..walaupun sebenarnye cuepacs sepatutnya perjuangkan banyak lagi bende untuk pekerja tetap.memang pekerja kontrak ade SEBAHAGIAN yang buat kerja lebih bagus dari tetap.tapi tak perlu nak cakap pekerja tetap ni malas ,balik nak awal, time rehat keluar awal, selalu hilang, byk masalah.. kalau anda yang kontrak ni diserap ke tetap bukanke anda seperti yang anada cakap sendiri pekerja tetap ni malas ,balik nak awal, time rehat keluar awal, selalu hilang, byk masalah..kene batang hidung sendiri kan..?

Tanpa Nama berkata...

ckp je ni.... cos jpa byk dah tamat dah... kalo ada sedara sepapat diorg, baru diorg nak bsungguh2... yg cfs gud luck...

Tanpa Nama berkata...

buang je pekerja kontrak tu....sedar diri la...dlu knapa minta jawatan tu...blah la weiiiiiiiiiiiiiiiii..hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

mentang2 ko dh tetap. berlagak ye. tggu dh tgk jwpnnye. mudah2an jadi kenyataan. Amin.

Tanpa Nama berkata...

salam...

sbg pekerja kontrak yg dah msk 5 thn,sy agak rase terhina dgn komen2 org yg tak sokong utk serap tetap pekerja kontrak..

sesame manusia kita kene doakan yg terbaik antara satu sama lain..korang ckp cmtu sbb tak kene ke batang hidung sendiri.tak kene ke anak beranak sendiri.takde ape yg istimewa kami yg staff kontrak.

skarang ni Kerajaan kene prihatin dgn staf kontrak yg betol2 bleh bg komitmen.Yg suke buat taik takkan bos2 nak suggest..betol tak??hakikatnya yg kontrak lah byk bantu melicinkan kerja2 PA kat office.

Secara peribadi, saya selalu berfikiran positif.Peluang saya bekerja dalam Jabatan ni adalah platform utk sy melihat dgn mata kepala sendiri attitude PA yg tetap tp tak bersyukur dan selalu 'mencuri' time bertugas.Nauzubillah...Cuma harapan saya ade sinar yg menanti.Saya halalkan segala kudrat sy kpd Jabatan sekiranya sy diarahkan utk menamatkan perkhidmatan..Maaf jika terkasar bahasa..Sape bagus sape tak bagus hanya Dia yg mengetahui..ade otak fikir..ade hati jauhilah dpd hasad dengki..

Tanpa Nama berkata...

yang keje tetap jgn nk belagak ye...kalau korg keje kontrak pun msti korg akan sokong...sbb korg dh tetap,dh bangga la tu...kene kt sedara mara korang bru th...

Tanpa Nama berkata...

bagus juga kalau pekerja kontrak diserap kepada tetap supaya tiada pengangguran pada masa akan datang..

Tanpa Nama berkata...

sy sokong supaya semua staf kontrak diserapkn tetap.

Tanpa Nama berkata...

Kpd PA tetap tu,xpayah bangga sgt.ukur kualiti kerja anda dulu sblm nk menyibuk dgn periuk nasi org lain.jgn nk lepas kan periuk nasi korg,periuk nasi pekerja kontrak korg nk letak pasir.spnjg brape tahun aku keje ngan jaw kontrak ni,byk senario ponteng,curi tulang dikalangan PA tetap ni...bila bos xde,bley baca novel yg setebal tidak tu! Pi kuar minum berjam.yg ade kuasa sket,keje sume tabur kat staf kontrak.klu nk sebut mmg mcm2 ragam yg tetap ni.mentang2tetap,depa rasa confident sgt.xmalu gak nye mkn gaji buta.staff kontrak ade yg sgt berkualiti,tp kene dengki dgn staf tetap.tercabar sbb keje dia xkualiti.bila staf kontrak kene puji,sakit hati.kita ni keje bukan nk dpt nama.tp sbb kite mmg komited dgn keje.tp bila nasib kita xterbela..ni la jd nye..staf tetap yg tamak ni akan buat ape je..utk penuh kan periuk nasi dia!!

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong bela nasib staf kontrak!! Dr buat pengambilan baru,yg xde pengalaman,nape xserap je kita yg da bertahun keje ni.

Tanpa Nama berkata...

Daripada komen2 bodoh pekerja tetap yg ada kt sini, nampak sangat mentaliti mereka x brapa cerdik. Macamana PA di Malaysia kalau ada pekerja2 tetap sebegitu rupa.

Tanpa Nama berkata...

Daripada komen2 bodoh pekerja tetap yg ada kt sini, nampak sangat mentaliti mereka x brapa cerdik. Macamana PA di Malaysia nak maju dan berkualiti kalau ada pekerja2 tetap sebegitu rupa.

Tanpa Nama berkata...

kereknyer pekerja2 berjawatan tetap bila memberi komen kan...
ingat la wahai insan,langit tdak selalu cerah,hidup umpama roda,pelepah atas jatuh pelepah bawah jangan ketawa,kadangkala kita di atas dan kadangkala dibawah...
selamat beramal...

Tanpa Nama berkata...

20.2.2012(ISNIN) JAM 9 PAGI DATANG LAH KE USM DENGAR AMANAT PRESIDEN CUEPACS SEBELUM BELIAU TEMUI WARGA AHLI MESYUARAT SBPA,BAGI IDEA YANG BERNAS,BAWA KAWAN KAWAN DAN RAKAN RAKAN SEKERJA SERTA HEBAH HAL INI PENUHI DEWAN USM(TANYA GUARD DIMANA) TANDA SOKONGAN KEPADA PRESIDEN CUEPACS,BARULAH IKHLAS.

Tanpa Nama berkata...

kakitangan kemas kontrak menteri luar bandar kata nak masuk kan kami kedalam JAWATAN TETAP bila,bila kempen PRU 11,12 dan akan datang kami tulang belakang,mantan menteri sebelumnya spti Anuar musa,Aziz,Muhamad Taib dan lain lain menteri semuanya janji nak tolong tapi habuk pun tiada.

Tanpa Nama berkata...

pilu sa rasa kan sehingga kini sbb golongan penjawat awam bertaraf KONTRAK masih tidak terbela walaupun sistem pentadbiran kerajaan di bawah BN sudah lama bertapak dlm pemerintahan..lantikan kontrak ni sebenarnya mereka dlm pelbagai bidang serta kepakaran dan ada yg dah keje 5 until 15 years...secara logik mereka ini patut dihargai perkhidmatan baru lah dianggap RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...kami harap kerajaan boleh membantu kami...

Tanpa Nama berkata...

Ramai staff kontrak yang tak faham makna kontrak. Bila kontrak,apabila tidak diperlukan,memang diberhentikan. Penyambungan kontrak bukan HAK pekerja kontrak yang boleh dituntut. Ia ehsan majikan dan keperluan kerja. Serap pekerja kontrak merupakan langkah yang paling kerajaan elakkan buat masa skrg. Saiz pekerja awam sudah terlalu besar,melebihi negera lain dan ia merupakan keadaan yg tidak baik. Untuk makluman kebanyyakkan jabatan banyak menjumudkan jawatan, malahan yang telah pencen tidak brganti. Jika jabatan itu boleh berfungsi spt biasa tanpa pengganti, post itu akan dihapuskan. saya nasihatan cuba mencuba nasib dalam sektor swasta, tak perlu lah memilih kerja sangat, janji rezeki halal.

kontrak vs tetap berkata...

tapi kenapa guru kontrak senang je dapat serap?????kenapa jabatan lain susah benor.. xadil tul la!! lagi2 cikgu2 je dpt? pasal kontrak cikgu dpt..gaji pun dpt gak pbelaan!!!ini tidak adil!!!! cuepacs tolong kami!!!

Tanpa Nama berkata...

Bukan tidak adil tp atas dasar keperluan. Orang ramai lebih pentingkan jumlah guru yang mencukupi di sekolah berbanding jumlah kerani kat jpn atau ppd. secara peribadi masa depan pekerja kontrak adalah lebih kelam buat masa ini berbanding dahulu. pengurangan kakitgn awam makin menjadi sasaran kerajaan bagi mengurangkan beban kewangan. anda boleh lihat dalam sbpa, atr intipatinya ialah perkhidmatan awam yg kejat iaitu kemas. byk jawatan dihapuskan dan kakitgn menjadi lebih multirole, jwtn khas spt pemandu, penyambut tetamu dijumudkan dan jwtn baru yg lebih umum dibuat supaya seorg staff blh buat byk perkara. maka jumlah staff awam berjaya dikurangkan, scr tidak langsung staff awam diKECILkan dan beban mengurus negara lebih rendah. itu apa yg aku lihat dalam kebanyakkan jab kerajaan skrg. menteri,pm, tpm boleh ckp apa shj tp perlaksanaan belum tentu. aku dulu pun kontrak kemudian berhent

Tanpa Nama berkata...

Alahai..sedap mulut nak mengata pekerja kontrak x perform..sedar la diri tu sikit mcm la bgus sgt..aku malas nak caci maki dkat org pekerja tetap nie.blagak betul dia org nie..(x semua la..hehe..) X pasal2 Tuhan tarik balik rezeki aku nanti dok caci mereka.hehe. Aku nie pekerja kontrak n x lama lagi nak habis kontrak. keja kuat mane pn kontrak tetap akan tamat. sambung o x aku pun x tahu lg. Harap2 sambung balik la. Susah kan bg pekerja kontrak nei?? bila dah dkat tamat kontrak tu nyawa2 ikan kita rsa pastu mcm telur dihujung tanduk je. Hope CUEPACS n Dato Sri Mohd. Najib dapat kata sepakat utk menyerap pekerja kontrak seperti kami ke jawatan tetap. Amin.. Bg yg mengutuk pekerja kontrak tu byk2 la bertaubat ye. Kita sama2 cari rezeki yg halal. Tuhan tu Maha Adil n Maha Mengetahui yg terbaik setiap ciptaannya. Kalau berusaha lebih dpt la rezeki lebih. Pls. dok2 mengumpat mengutuk pekerja kontrak nie lebih baik jgn diamalkan. X pasal2 Tuhan tarik balik rezeki u all nanti. Wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

pekerja kontrak sambilan @ singkat macamana lak? dikategorikan jugak ke dalam topik ni...ada dikalangan pekerja singkat @ sambilan, contohnya PSH (Pekerja Singkat Harian) ataupun PKS (Pekerja Khidmat Singkat)yang telah berkhidmat lebih dari 3 Tahun biarpun tempoh kontrak kontrak tersebut selama 6 bulan @pun 3 bulan. diharap nasib pekerja kontrak sebegini turut diambil berat dan diberi perhatian sewajarnya...

Tanpa Nama berkata...

Semasa menerima surat tawaran SBPA yang telah di isi oleh pihak atasan, saya mendapati bahawa bulan pergerakan gaji saya telah diubah dari januari ke april, adakah ini memang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan kenapa?

Tanpa Nama berkata...

Harap cdgan yang d utarakan itu menjadi 1 realiti.smada pkerja tetap@kontrak kt msg2 memerlukan pnca pndptan utk trus hdp d muka bumi ini.letak kan diri anda d tpt pekerja kontrak..apa akan jadi pada kehidupan mereka sekiranya kontrak di tamatkan sdgkan itulah punca utama pendapatan mereka..terfikirkah akan kepayahan yg family mereka hadapi apabila hilang punca pendapatan?apa perasaan anda sekiranya ianya berlaku pada anda?skiranya tiada yg pduli nsb mrk pd siapa lg tpt mngadu?tidak kira sama ada kita bjwtan kontrak@tetap sekiranya tidak komited dgn pekerjaan yang dilakukan,tiada gunanya.pekerja kontrak x semestinya bgs dr pekerja tetap & begitu juga sbaliknya..renung2kan lah..jaga periuk nasi sendiri & jgn tabur pasir pada periuk nasii org lain..kena ingat tidak semua nasib kita bagus & lahir dr fmly yg berkemampuan..

Tanpa Nama berkata...

Kepada KESAUMAS dan pihak atasan UNIMAS...harap bela nasib pekerja pengawal keselamatan yang berjawatan kontrak di mana nasib mereka dan fmlynya bagaikan di hujung tanduk setiap kali tarikh tamat kontrak semakin hampir..

Tanpa Nama berkata...

kenapa Hina orang yang susah--mentang-mentang diorang takda kabel

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan untuk kemasukan pekerja tetap dibawah perkhidmatan awam perlu melalui secara pekerja kontrak dahulu, jika prestasi pekerja bagus dalam masa setahun pihak atasan boleh membuat pernilaian untuk kemasukan kerja secara tetap...

Tanpa Nama berkata...

MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

Tanpa Nama berkata...

cuba rakyat jelata kesan menaik had umur pekerja kakitangan kerajaan kpd 60 tahun....dan cuba kira jumlah penggangguran yg ada sekarang dan bilangan keluaran sekolah, maktab, universiti.......imbas kembali pertumbuhan ekonomi negara yg sedang membangun....

Tanpa Nama berkata...

Saya berharap agar Yg.Bhg.Dato' Presiden bersungguh-sugguh untuk memperjuangkan nasib kami2 yang berstatus kontrak nih.....

Buat kerja sama saja dengan kakitangan tetap yang lain... Malahan apa2 sahaja majlis samada waktu bekerja ataupun waktu cutiiii.. kakitangan kontrak ini terpaksa menurut arahan jabatan untuk menghadiri majlis2 tersebut.. hanya kerana risau apabila tidak patuh kepada arahan tersebut ,akan mengakibatkan prestasi khas kontrak terjejas.... inilah nasib pekerja kontrak berbanding pekerja tetap... Walaupun kami nih gred tinggi, namun kami dianggap rendah oleh kakitangan lain yg berjawatan tetap...

Yang tetap tuh, bersyukurlaaa anda telah dapat kerja tetap.. bukan kami xberusaha untuk dapatkan yang tetap... cuma rezeki xmenyebelahkan kami... cuma kekadang tuh membuatkan saya rasa pelik, apabila ada juga pekerja tetap yang dtg berjumpa kami bertanyakan bermacam2 soalan untuk menyelesaikan kerja mereka... ini menandakan bahwa bukan semua pekerja kontrak itu tidak berguna kepada jabatannya.... kami jugak dijadikan tempat rujukan untuk menyelesaikan isu2 jabatan !!!

Kontrak hanya disambung setiap 6 bulan, bayangkan sudah beberapa tahun kami tidak merasakan kenaikkan gaji seperti kakitangan lain, buat kerja tetap sama seperti yang lain. Bersyukurlah wahai rakan2ku yg berstatus tetap tuh... bayangkan jika anda semua di tempat kami.... Jangan la menghina kami sgt... Kita sama2 cari rezki...

Terima Kasih Y.Bhg Dato', harap apa yang diusulkan akan menjadi kenyataan..... Alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

saya juga pekerja kontrak. walaupun kami ni pekerja kontrak x bermakna kami ni wat kerja sambil lewa.kadang2 mereka yg pekerja tetap selalu keluar rehat awal, balik dari rehat pon lambat dan x krg juga kerja dorang ada yg kami kena settlekan..
so jgn la anggap kami ni x tau buat kerja dan buat kerja main2..moga2 PM dapat pertimbangkan perjuangan cuepacs untuk kami yg berstatus pekerja kontrak ni...
bagi yg berstatus tetap hargailah kerja anda...

Tanpa Nama berkata...

Kereknye pekerja tetap ni...nape la korang dengki sgt yer.rezeki org korg nk sekat buat ape. Korg yg PA ni pon bkn semua tau wat keje pon. Berdasarkn pengalaman la kn, yg kuat dengki ni yg gred bwh2 tu jer..sbb pekerja kontrak ni jwtn lg tinggi dari diaorg..mentaliti diirg ni berada ditahap paling bwh. Klu PA bagus sgt dh lame semua skim kontrak tu dihapuskn. Fikirlah sendiri sejauh mane PA berjasa kepada negara klu sentiasa "mencuri" kerja.

Tanpa Nama berkata...

setelah baca semua komen,sy terpanggil utk ulas gak..sy sokong usul cuepacs ni sbb cuba membantu dlm apa jua cara sekali pun..pada yg PA Tetap patutnya bersykr dgn pe yg Allah dh berikan dan cuba membantu mereka yg perlukan bantuan,bukannya dengan mengutuk atau pandang rendah pada pekerja kontrak tu..mereka pun manusia juga dan mencari rezeki yg halal mcm PA Tetap cuma beza dia nasib mereka tak terjamin mcm PA Tetap..septtnya PA Tetap ni cuba faham situasi pekerja kontrak ni..bukan mereka inginkan semua ni berlaku dan juga bukan kehendak mereka utk berkerja dlm status kontrak..semua nk jwtn tetap tp Rezekikan Allah yang tentukan..sp kita utk menidakkan semua itu?
bagi mereka yg tak berpuas hati tu baik buanglah jauh2..janganlah kita dengki dgn org lain..kita sama2 cari rezeki kat muka bumi Allah ni jd sepatutnya kita sama2 membantu bukannya berperasaan hasad dengki dengan apa yg kita kecapi pada hr ini..masing2 Allah dh bg bahagian masing jd jgn la disbbkan nk bantu perkara kecik mcm ni timbul isu tak puas hati dsbnya..

Tanpa Nama berkata...

Sama ja kontrak @ tetap.. x yah belagak la.. kerja bukan susah pun.. lembu pun boleh buat.. eleh kalau takat buat minit, follow up, buat budget, aset.. LO.. apa yang hebat sangat.. kerja senang ja.. saya yang menurut perintah.. macam ni la cuepacs..kerajaan bukak universiti banyak,, graduate semakin hari semakin bertambah.. apa kata kalau hang usulkan dekat PM upgrade kelayakan untuk penjawat awam.. i mean untuk jawatan pegawai sekurang-kurangnya mesti ada master.. penolong pegawai mesti ada degree..spm takat PAR sudah.. baru ada nilai tambah.. sebab apa la ni aku tengok yang duk dalam perkhidmatan awam kira geng kelas dua la sebab dulu masa depa ambik SPM cukup2 makan ja,,, pastu masyk kerja dulu dan sambung belajaq buat degree ambik pjj n leh apply untuk jadi pegawai.. Tapi budak yg spm cemerlang.. masuk U dulu pas2 keluaq x dak kerja @ berkhidmat dengan swasta.. yang duk buat kerja dalam kerajaan level ke dua.. camna malaysia nak maju.... tapi x semua la.. yang rasa diri dulu masa spm pandai jangan terasa plak,, hahahah

Tanpa Nama berkata...

Pe cter skrg tindakan CUEPACS utk bela nasib pekerja kontrak??? Ke ni hanya satu sandiwara je pejuangan CUEPACS bagi membantu nasib pekerja kontrak?? Xpayah nk tgu sampai hujung tahun..skrg pn dh Boleh..ramai sgt kt luar tu yg menganggur akibat dari pekerja sbg kontrak..SMPAI BLER NASIB KAMI TERBELA??

Tanpa Nama berkata...

pekerja kontrak yang belum disambung

bagaimana dengan yang belum disambung/diberhentikan dengan alasan bajet x cukup sedangkan pekeliling perbendeharaan sudah cakap semua dipertimbangkan untuk disambung. itu camne? harap pihak CEUPACS jangan la terus lupakan itu jugak. saya mewakili ratusan PRE yang belum disambung atas alasan bjaet x mencukupi. sedangkan surat pekliling sudah disertakan dan semua layak. Ke mana bajet tu? untuk pengetahuan, hanya sebilangan sahaja yang disambung bagi pekerja kontrak PRE 2 ni. Di bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing dan PPD seluruh negeri. Hanya sebilangan kecil sahaja. pergi mana bajet tu? kami pun banyak tanggungan jugak. kalau nak suruh cari kerja lain, bukan kami x nak.. kami nak sangat2.. cuma rezeki tu Allah yg atur.. so sekarang ni, apsal CEUPACS diam saja pasal pekerja kontrak yang layak disambung tapi diberhentikan begitu saja?? apa semua ni? tolong la kami Datuk Omar... kami juga mau hidup.

Tanpa Nama berkata...

Apa cita Dato ???? Org tetap dah sronok dgn pelarasan gaji depa.... kami nih jaaa tak berapa nak tenteram bekerja dengan status kontrak.....

Tolong la kami nih... keja lama dah... status kontrak tetap xberubah....

Tanpa Nama berkata...

Setuju, PM berkuasa penuh utk bg instruction.. Nak xnk jerr..klu betul PM tu ada hati perut, xslh TETAPkan pekerja2 kontrak nie.. Bkn main lg laung2kan RAKYAT DIDAHULUKAN..tp, nk bela nasib pekerja kontrak y beberape jemput je nie pun, payah sangat!!! HAMPEH

Tanpa Nama berkata...

semoga impian ini jd kenyataan..klu nk ckp buruk baik pekerja kontrak @ tetap mmg mudah...tp kita sebagai manusia..jgn la mudah nak berhasrat dengki..klu tujuan bela nsib bdk kontrak ni baik..apa salahnya..rezeki manusia ni allah taala bg xsama,jgn kerana mulut..bdn binasa..klu x di dunia,nnt d balas di akhirat.renung2kan lah.xda manusia nak kan kesusahan..ni melibatkan rezeki org.

Tanpa Nama berkata...

Wahai pekerja kontrak..sekiranya sebelum PRU-13, Kerajaan xperihatin tentang masa depan kte pekerja kontrak di sektor kerajaan..AYUH SAMA2 KTE PILIH KERAJAAN DAN PIMPIN YG BOLEH MENJAGA KEBAJIKAN KTE!!! XUSAH KTE BTUNGGU MCM ORG BODOH DAN DITINDAS DIBUMI SENDIRI!!!!!!!..

BLINDZERO berkata...

~BLINZERO~

SALAM KEPADA SEMUA.

Alhamdulillah, ada juga pihak yang sudi memperjuangkan hak² pekerja kontrak agar diberi wajaran yang sewajarnya. Ingin saya kongsi pandangan kepada PA tetap dan PERINGKAT PENGURUSAN ATASAN @ TERTINGGI. "Bijakkah Anda? Mengenai isu Kakitangan Kontrak ini" Staff kontrak yang menunjukkan kemajuan KURANG diberi peluang atas alasan VOTE tiada @ tidak cukup. Ataupun perlu beri keutamaan kepada kakitangan² senior. Ataupun sebab² lain yang difikirkan wajar. Wahai, Pihak yang berwajib FIKIRKANLAH! sekiranya tiada kakitangan kontrak ini.. adakah kerja mahupun projek dapat dilaksanakan dengan baik????
FIKIRKANLAH nasib mereka yang berhempas pulas memerah tenaga supaya dilihat mereka juga mampu berikan yang terbaik kpd ORGANISASI. NAMUN! apakah nasib mereka ini... DIEKSPLOITASI! MALAH ADA YANG DIJADIKAN BAHAN @ TOMAHAN POLITIK OFIS. Wahai, bangsaku... kita satu bangsa, satu warna darah, Sedarkah olehmu DOSA DALAM MENGANIAYA SESEORANG ITU ADALAH BESAR. BAIK SECARA SEDAR MAHUPUN TIDAK SEDAR...!
Namun, anda mungkin tidak marah kerana ianya tidak berlaku kepada anda. Tetapi sekiranya Tuhan itu mengizinkan kejadian ini berlaku kepada keluarga anda.. APAKAH REAKSI? yang akan anda BUAT???
Harap dapat dipanjangkan dan difikirkan bersama..
~ Salam ~

Tanpa Nama berkata...

kawan saya pernah cakap...kalau dia dapat serap tetap, dia akan sokong BN selagimana dia berkhidmat dengan kerajaan...tp la ni, dia telah diberhentikan sebab bajet xde (menurut pengurusan la!)... xtaula skang ni cmna...harap2 dia dapat keje la skang ni... almaklumla, orang baru bina keluarga n x lama lagi dapat baby....moga ade rezeki lain yang lebih baik...aminnnnn...

Nier berkata...

Sangat setuju pegawai dan kakitangan kontrak diserap ke jawatan tetap. Hal ini kerana mereka juga berjasa dan berbakti kepada negara. Ada satu persoalan, kenapa perlu adanya pegawai dan kakitangan kontrak dan tidak tetap? Kalau nak tetap, semua tetap. Kalau nak kontrak, semua kontrak. Tidak perlu ada double standard dalam perkhidmatan awam negara kita ni. Macamana negara nak maju kalau asyik fikirkan tentang pegawai dan kakitangan kontrak. Kalau semua tetap, kita boleh sama-sama dan bersatu supaya kita dapat fokus kepada agenda memajukan negara dan merealisasikan Wawasan 2020.

Tanpa Nama berkata...

moga-moga Allah membantu kita semua hilangkan rasa hasad dengki...rezeki Allah yg berikan dan kita hanya berusaha,

Tanpa Nama berkata...

salam, saya cuma berharap walaupun saya kerja kontrak dbkl,saya selama 7 tahun berkhidmat patuh kepada arahan dan kerja yang ditugaskan dgn ikhlas,saya terima segala tohmahan kalian pada sy kakitangan kontrak, untuk apply keje lain umur saya makin meningkat dan persaingan tinggi,anak semakin membesar dan kos hidup semakan sesak,bantulah saya setidaknya fikirlah nasib anak2 saya jika kontrak ditamatkan,sy juga mempunyai impian untuk kehidupan dan masa dpn kami dan anak beranak,ikhlas drpd pekerja kontrak yg telah berkhidmat mengikut arahan dan segala tanggung jawab dilaksanakan dgn sepenuh hati dgn harapan para pegawai atasan memberi belas kasihan kepada nasib kakitangan kontrak.

Tanpa Nama berkata...

salam...saya salah seorang pekerja psh yang telah ditamatkan kontrak gara-gara surat pekeliling yang menyatakan pekerja sambilan hanya boleh berkerja untuk tempoh 3-6 bln sahaja. masalahnyer saya telah bekerja selama 4 tahun dan tiba2 ditamatkan sambungan kontrak. ini amat merugikan saya, saya bknnya seorang yang bermasalah dan saya tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang kerja saya. malahan majikan saya menyukai dan memuji kecekapan saya bekerja tetapi disebabkan surat pekeliling tersebut saya terpaksa berhenti.

Unknown berkata...

Saya sangat menyokong dari PSH kepada tetap. Sangat mengharapkan Dato Sri Najib meluluskan permohonan ini.