SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Ogos 2014

CUEPACS HARAP PENAMBAHBAIKAN 171 SKIM PERKHIDMATAN AWAM DIUMUM DALAM BAJET 2015

Bernama
18/9/2014


IPOH, 18 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap penambahbaikan 171 skim perkhidmatan awam yang sedang disemak kerajaan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2015.
Presidennya Azih Muda berkata Cuepacs kini dalam rundingan akhir dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung penambahbaikan skim perkhidmatan awam dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ijazah.

"Cuepacs berharap kerajaan dapat memberi penjelasan segera mengenai penambahbaikan skim itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu-isu semasa bersama Pembantu Tadbir di Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Beliau turut meminta kerajaan menyemak gaji minimum kakitangan awam RM800 supaya dinaikkan 30 peratus kerana kos sara hidup yang kini kian meningkat.

"Penjawat awam masih lagi ada yang gaji bawah RM800, mereka ini dikira golongan di bawah garis kemiskinan. Kita minta kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam minimum RM1,200 kerana generasi muda perlukan rumah untuk didiami, membesarkan anak-anak mereka dalam keadaan yang lebih kondusif," katanya.

Dalam Bajet 2015, Azih berkata Cuepacs juga berharap kerajaan memberi lebih peruntukan terhadap aspek kesihatan termasuk menambah mesin hemodialisis.

-- BERNAMA

16 ulasan:

Unknown berkata...

Yang penting elaun perumahan mesti naik..begitu juga dengan elaun wilayah bagi sabah dan sarawak barulah ADIL!

Unknown berkata...

Yang Menurut Perintah

Unknown berkata...

ya ....elaun perumahan mesti ditambah...cuepacs jangan berharap je..perjuangkanlah...

Tanpa Nama berkata...

81 skim pun masih belum dapat

Unknown berkata...

Minta cuepacs semak semula elaun cola Dan elaun wilayah......mengapa kakitangan awam berasal Dari Sabah serawak tidak mendapat elaun cola ........sedangkan elaun wilayah kerajaan Negri yg berikan......

kaw berkata...

Gred N12 yang diberi gred lantikan N11 apa cerita,dah la diturun pangkat,tapi belum pasti bila nak beri ke N14.

Unknown berkata...

SEMUA INI PENIPUAN YANG TIADA AHKIRAN.. BERKENAAN SEMAKAN 171 SKIM INI JANJI PERTENGAHAN 2014 TAPI SEKARANG DA HUJUNG TAHUN DA.. DASAR MUNAFIK .. BUHUH ITU ULAR DULU DARI ?????????

Unknown berkata...

Statement by stament dikeluarkn JPA tp akhirnya benefit bnyk diberikan pada PTD.. JPA gagal untuk meningkatkan mutu dan motivasi pegawai awam sebab terlalu bias yg hanya menjaga PTD walaupun PTD tidak efisyen, akauntabiliti... Kalo nk maju rombak JPA dan struktur penjawat awam... Transformasi impact tidak akan berjaya sekiranya perkara ini tidak diubah... Tak usah la bagi statement yg mengayakan kualiti awam ni bagus kerana realitinya amat berbeza... JPA hanya bg kenyataan yg syok sendiri, kalo x percaya cubala buat survey tp jgn melibatkan JPA...

penjawat awam berkata...

harap dapat memberikan kepuasan kepada semua penjawat awam la ye. jgn naikkan 1 atau 2 jawatan je. mcmm sebelum ini J17 la yg untung. so now tolong la adil. kalau nak naikkan gred. naikkan semua skim. sbb semua ada kepentingan dan peranan masing2 yang saling berkait dalam berkhidmat untuk kerajaan malaysia. mekasih.

no name berkata...

Bro.. Bukan J17 saja yg naik...G17 pembantu pertanian, G17 Renjer Hutan naik ke G27 dan G11 Pengawas Hutan ke Gred 17.......ko tahu ker....pekeliling baru keluar ....

Fairuz berkata...

Kalau gred 17 da naik 27/29 apa kelebihan bg gred 27/29 sediada...lepas nie staff kerani da boleh lepak jer tak payah fikir nk samb belajar pun jpa boleh bg gred 27/29...inikah keadilan yg dicari cuepacs dan JPA...contoh juruteknik jwtn sebelum INI j17 da naik ja17 yg mana sebelum nie di bawah pen.jurutera skrg sudah sama taraf sudah tentu sukar utk j29memberi arahan dan ja29 patuh kpd arahan mereka merasakan dirinya sudah sama taraf

Fairuz berkata...

Ralat : J17 kpd JA29

Unknown berkata...

Bila la nk rasa Q17 kpd Q27..kawan2 satu institut pertanian dibawah jabatan pertanian telah di naikkan ke gred G27..inikah keadilan??sedangkan kami belajar di institusi sama dan dibiayai oleh kerajaan..tp bila dah kerja lain pulak jd..klu x boleh naikkan gred Q17 kpd Q27 minta quepac supaya cadangkan sesiapa yg ada sijil pertanian boleh tukar kepada jabatan pertanian..kan senang..klu x nak tukar kami x nak kpd gred tu tp kami mahu kenaikan gaji tahunan145 sama seperti rakan2 di jabatan prtanian..tp biar duk q 17 pun x pe asal kenaikan tahunan sama..ini x adil bg semua pemegag sijil pertanian..sedangkan klau nk mintak dari jabatan lain ditukarkan kepada jabatan pertanian buleh pula pakai skim gaji lama..ini semua tipudaya nk suruh rakyat sembah kaki..adililah kami jangan sebelah pihak je..klau x betol sila terang dimana silap..tq.

Unknown berkata...

Masalhnyer bila duk dibawah jbatan mana2 yg federal sebenarnya lg betul cara kerja..contoh la..federal buat keluar inovation tetapi yg dapat nama??jabatan la..bukan perkara biasa dah lumrah..bila nak keluar dari jabatan dan ingin wujudkan satu jabatan sendiri jebatan tersebut bantah..kenapa inilah lumrah..bg yg kerja keras dipandang..kesian..namun alhamdulillah itulah rezeki halal..buat kerja kena ingat semua tu duit rakyat bila wujud perasaan amanah x kan jd muasibah..so biarla

dir40 berkata...

akan sampai jua masanya.

dir40 berkata...

sabar sahabat.kita tunggu he la.