SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

30 Ogos 2014

BEKAS PRESIDEN CUEPACS MOHON CAMPUR TANGAN PM

Bernama
29/8/2014


KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bekas ikon kesatuan sekerja dan bekas presiden Cuepacs A. Ragunathan, 80, memohon campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan masalahnya.
Beliau mendakwa haknya sebagai pesara kerajaan telah diabaikan selama suku abad, mendakwa akibat kerenah pentadbiran.

"Saya bersara pada 1989 dan masih menunggu pencen yang saya berhak terima, disebalik hakikat bahawa saya telah mengemukakan semua dokumen perlu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyokong tuntutan saya.

"Saya juga telah kemukakan masalah saya kepada dua bekas perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Datuk Seri Najib, tetapi tiada tindakan," katanya.

Beliau bimbang perkara sama mungkin boleh berlaku kepada pesara kerajaan yang lain.

Ragunathan merupakan ikon kesatuan sekerja pada tahun 60-an hingga 80-an, yang Mahathir pernah sifatkan sebagai "a unionist par excellence".

Ironinya adalah sepanjang 30 tahun beliau sebagai ikon kesatuan sekerja dan pemimpin Cuepacs, beliau telah mewakili ratusan kakitangan awam untuk menyelesaikan masalah pencen mereka, namun beliau sendiri berdepan kesulitan untuk menyelesaikan masalahnya sendiri dalam soal itu.

Ragunathan telah menyebut satu persatu hujahan bagi semua alasan untuk mewajarkan tuntutannya itu dalam autobiografi beliau bertajuk, "My Way", yang akan dikeluarkan bulan depan.

"Lagipun saya tidak meminta lebih, semua yang saya mahukan apa yang berhak bagi saya. Ini membabitkan prinsip dan ia mencerobohi hak saya," katanya.

JPA tidak dapat dihubungi untuk mengulas.

--BERNAMA

Tiada ulasan: