SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

19 Ogos 2014

KERAJAAN SEMAK 171 SKIM PERKHIDMATAN AWAM

Utusan Malaysia
18/8/2014



IPOH 18 Ogos - Kerajaan sedang melakukan semakan penambahbaikan 171 skim perkhidmatan kakitangan awam dan keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2015, Oktober ini.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, ia melibatkan kelayakan masuk ke sektor awam bermula daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke peringkat ijazah.. Katanya, setakat ini, kerajaan selesai melakukan kajian semula terhadap 81 skim.
"Harapan kita agar skim ini bukan sahaja diumumkan pada pembentangan Bajet 2015, malah tidak akan berlaku seperti sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang lalu, walaupun diluluskan kerajaan namun dibatalkan selepas banyak pihak tidak setuju."Oleh itu, semakan semula kali ini diharap memberi kepuasan kepada semua pihak dan semakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang kini berada di peringkat akhir dilihat menunjukkan tanda positif," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Taklimat Isu Semasa Pembantu Tadbir Bersama Presiden CUEPACS di Auditorium Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini hari ini.Terdahulu, Azih mengadakan lawatan ke Wad 24, Klinik Methadon dan Klinik Pakar Psikiatri di Jabatan Psikiatri, HRPB serta Klinik Kesihatan Greentown dekat sini.

11 ulasan:

ciku berkata...

Harap2 JPA kaji skim Q17....naik ke Q27...skim ni pakai sijil poli dan sijil pertanian....

tok ki cheh berkata...

Kaji lah 17 naik 27/29 BELAKO
.. Pas tu kaji plok sapa naik 41 plok... Last last 41 pakai spm jah kakaka

Mohd Zaher berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
KUANTAN METRO berkata...

Elok la..kerajaan kaji semula,syarat kelayakan masuk penjawat perlu di naik taraf minima spm, sama seperti pasukan berunifom sepeti polis & tentera

azizul adnan berkata...

Ini suma poyo

SangSapit berkata...

mcm tk berapa adil jika over qualified dpt pelarasan gaji.contoh:ade ijazah, mohon gred 17. tup2 dpt pelarasan gaji sbb ade ijazah.sedangkn jawatan tu utk spm.
org yg ade spm tkdpt krja sbb dh diisi oleh yg ade ijazah.adil ke??
ade ijazah ke diploma ke nohon la gred setaraf.

RUSDEE berkata...

jpa/cuepacs perlu kaji tengok semula penjawat2 yang ditinggalkan iaitu yang berada dlm skim2 yang telah dibaiki 2013 iaitu penolong2 pegawai/jurutera yang sedia ada. Jangan buat diploma yg dulu2 spt tiada harga. Takut nanti penjawat2 buat kerja sambil lewa.

musimpanas berkata...

27 ngan 29 tuk diploma rasanya

Asraff Asraff berkata...

Sy setuju dan harap kaji semula..kerana ada ketidaksamaan antara gred G dgn Q..sedangkan semasa temuduga sijil berkenaan adalah sama sah laku..jika tidak berkenaan sila lupuskan dari pemilihan temuduga untuk sijil pertanian dari gred Q..

harriz berkata...

JPA sepatutnya buat perbezaan kelayakan kemasukan ke perkhidmatan awam bg skim perkhidmatan tertentu...spm, sijil, diploma, ijazah septutnya lebih setimpl dgn ilmu n beban semasa blajar sebelum ini...hutang blaja pun byk...

Asraff Asraff berkata...

Janji tinggal janji...belanjawan 2015 sudah di umumkan semalam..tp apa yg kita tggu selama berbulan2 tidak ada apa2 pun...