SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

20 Ogos 2014

SEJAK BILA ADA 'WAKTU MINUM'

Utusan Malaysia
20/8/2014


Baru-baru ini, saya berurusan dengan pejabat kerajaan. Namun urusan tidak dapat diselesaikan.Kerani di pejabat itu menyuruh saya datang semula pada pukul 10.30 pagi kerana orang yang dipertanggunjawabkan pergi minum dan akan balik sekitar waktu itu.Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.Inilah antara masalah yang telah menjadi wabak dalam pejabat kerajaan. 

Sejak bila ada tercatat di papan tanda pejabat pukul 10 adalah waktu minum? Ini waktu pejabat bukannya kursus anjuran agensi kerajaan yang memang mewah dengan jadual makan minum sebanyak enam kali sehari.Namun inilah yang berlaku. Jika ditinjau di kedai makan sekitar waktu ini, kita boleh lihat ramai yang berpakaian pejabat minum dan berbual di situ.
Tidak bolehkah bersarapan sebelum masuk waktu pejabat? Kami pelanggan yang memerlukan perkhidmatan anda mempunyai masa yang sangat berharga. Sedangkan anda sudah tentunya dapat gaji di hujung bulan. CUEPACS jangan asyik minta bonus. Cuba atasi masalah pekerja yang keluar minum sesuka hati di waktu kerja sedangkan waktu rehat hanya sejam di tengah hari.

Azrinaz
Petaling Jaya

42 ulasan:

fadz sya berkata...

Pekerja pun manusia juga..nak makan nak minum..apa kau ingat pejerja ni robot macam kau ka yang xtahu makan dan minum.lain kali sebelum beri kenyataan,fikir lah dulu..

nana berkata...

bukan tak boleh minum,yg dimaksudkan waktu minum pagi jam 10.masa bekerja nak minu pun boleh,bawak air botol dr rumahlah.

lelayanglemai makai berkata...

Contohilah nana dia tak keluar minum/makan diwaktu pejabat dia rajin dia hanya makan dan minum bila habis waktu bekerja sahaja

SK DESA TEMU JODOH, CHAAH berkata...

bukan macam tu hdak minum boleh minum tetapi agak-agaklah waktu kerja kita kerja waktu minum kita minum tetapi janganlah sampai kerja diabaikan k Dino Sgmt

puzzles berkata...

kan sebelum waktu masuk tu boleh pergi sarapan..contohnya masuk kol 8.00 pagi, turun la minum seblm kol 8..sekurangnye xbyk masa kerja yang diambil untuk sarapan..boleh je makan n minum masa bekerja tetapi kat tempat la bile lapang..kecuali la nak makan tu secara berjemaah..mmg la lama..sempat je makan...n waktu tengahari tu pun sempat je untuk makan tengahari n solat..semua tu boleh kite buat melainkan kite ni mmg suke beralasan..

Muhammad Sufi Ahmad berkata...

Orang pengurusan sepatutnya sudah ada sistem untuk masalah ini.

Kita tengok sampai bila masalah kecil ini akan berlarutan.

john labu berkata...

mungkin dia tak sempat minum sebelum masuk kerja..sabar la..semua orang pun nak cepat..tak ada akal ke....

Insan Yang tak Sempurna berkata...

bukan semua kakitangan kerajaan macam tu, tetapi 95% yang sememangnya berperangai macam tu...saya sendiri kakitangan kerajaan pengawal keselamatan KP11 di jabatan kerajaan di kuching, sarawak, kami lah yang monitor kakitangan keluar masuk, drpd pemerhatian saya, sememangnya pekerja pejabat memang suka keluar minum pukul dalam masa pukul 10pg ke pukul 11pg...yang paling menyakitkan hati adalah bila masa kami sendiri nak berurusan dgn mereka pun ssh disebabkan perangai mereka yang macam ini...sekian terima kasih

adjlan m berkata...

Perlukah keluar untuk minum segelas air dan makan sebiji kuih...kalau nak sangat pun minum kat luar, lepas ni tulis depan pintu masuk pejabat untuk masa operasi 08-10 buka,, 10-11 tutup(munum pagi) ,, 11-12 buka,,12-01 tutup dan 01-05buka (KALAU BERANI BUAT LAH),, lepas ni tak lah jadi isu pegawai tiada di pejabat. pelanggan(orang awam) pun tidak buang masa ke pejabat korang untuk berurusan,,ada bnyk hal lg nak buat,,

No Duit No Cinta berkata...

sbelum kol 800..mmg sibuk..kemas ank..anta anak skolh..jln jem..kalo aku,kol 10 (30minit) mmg aku g minum n mkn mknann berat trus..sebab rehat tgahari 1 jam ku xkuar.ats dasar kasihan dgn pesakit,sample pesakit yg mkin tahun mkin byk..and pulg salu kol 5.30pm..6.00pm..kol 7.00pm pon ada..something kol 8.30mlm ku turun tmpt kerja lgi, check mesin ujian mkmal yg usang.xda claim overtime cause bos mau jimat bajet.p still da owg yg complen aku..uhuhuuhuuu

gayong serantau berkata...

Buat le Temujanji...

gayong serantau berkata...

setiap pejawat awam dibenarkan keluar waktu pejabat tidak melebihi 4jam...jika melebihi waktu yang ditetapkan cuti akan dikira.

Kakitangan Awam berkata...

Saya menyokong surat oleh penulis, sepatutnya penjawat awam perlu bertugas dari waktu masuk kerja hingga jam 1 petang, baru rehat 1 jam dan masuk kerja semula jam 2 petang dan balik selepas tamat waktu kerja antara jam 4.30 petang 5.00 petang atau 5.30 petang mengikut jadual anjal.

Jika tidak sempat nak masak pun, patutnya belilah secara bungkus dan makan di pantri di pejabat. Perlu disedari bahawa jika melepak di kedai kopi hingga berjam-jam, macam mana kerja nak jalan? Pelanggan tunggu kakitangan atau pegawai untuk selesaikan urusan, patutnya pelanggan diutamakan, bukannya melepak dan berborak entah apa-apa di kedai kopi yang diutamakan.

Kepada penjawat awam, jika kamu bekerja dengan pihak swasta, kamu pergi keluar minum waktu bekerja, balik pejabat, maka terimalah surat berhenti kerja dari majikan, jadilah pekerja yang berkualiti, bukannya sibuk nak bonus, nak imbuhan itu dan ini, tapi kerja macam mangkuk hayun, sedarlah diri.

Saya pun penjawat awam juga, saya berasa meluat dengan perbuatan penjawat awam yang melepak berjam-jam di kedai kopi, lepas tu banyak kerja tak siap, claim over time pula, tak fikir pun masa yang dia curi masa melepak sambil minum kopi dengan kawan-kawan lepaknya itu, rezeki nak berkat macam mana?

Terus terang saya menentang bonus 2 bulan gaji untuk para penjawat awam, kalau nak bagi bonus, biarlah kadar rata RM 2000 atau RM 1,500 atau RM 1000 sahaja dah cukuplah. Ingatlah bahawa kerajaan bukannya boleh mengecap duit sesuka hati kerana nak memberikan bonus kepada penjawat awam. Sumber kewangan kerajaan adalah dari tugasan yang diamanahkan oleh kerajaan kepada penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang membayar perkhidmatan itu.

Memang keras kritikan saya ini, nak marah saya marahlah, apa yang saya cakap ini adalah betul, buat apa saya nak takut?

Saya bukannya pengampu Najib yang melalak macam orang gila menuduh itu dan ini kepada Tun Dr. Mahathir bila Tun Dr. Mahathir mengkritik sikap lembab dan tongong Najib yang membuat dasar merapu hingga memburukkan keadaan dalam negara ini.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Kepada pegawai atasan, sila menyelia pegawai dan kakitangan anda dengan seeloknya, kenakan tindakan tegas kepada pegawai atau kakitangan yang sibuk melepak di kedai kopi hingga mengabaikan kerja sendiri sehingga menyebabkan pelanggan / rakyat yang berurusan menjadi mangsa.

Lihat jugalah dari segi disiplin pegawai dan kakitangan, dari segi kekemasan, sekarang ni lihatlah penjawat awam terutama yang baru masuk kerja, tak nampak macam penjawat awam, dengan rambut macam ekor itik, ada yang rambut tajam dan sebagainya, biarlah nampak imej penjawat awam, bukannya imej mat lepak ataupun minah lepak yang tak tentu hala.

Ingatlah bahawa pentadbiran awam adalah cermin kerajaan, jika cermin buruk dan huduh, maka akan nampak huduhlah kerajaan pada pandangan rakyat.

Ambilah teladan yang baik, bukannya sibuk dengan teladan buruk yang tak berguna. Lihat bangsa-bangsa yang maju di negara-negara lain seperti Jepun, Korea dan lain-lain, disiplin, amanah, tanggungjawab, beretika dan nilai-nilai murni yang diutamakan dalam menjalankan tugas hingga negara mereka menjadi maju dan berjaya.

Perlukan pengorbanan untuk menjalankan tugas dengan baik, pihak kerajaan bayar gaji beribu ringgit untuk seorang penjawat awam setiap bulan bukannya untuk melepak di kedai kopi sambil bersuka ria dengan rakan-rakan lepak anda, tetapi kerajaan bayar gaji anda untuk berkhidmat bagi pihak kerajaan untuk keselesaan rakyat.

Sedarlah diri. Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Berhubung bonus, berilah kadar rata RM 2000 atau RM 1500 atau RM 1000 untuk semua penjawat awam pelbagai pangkat.

Ini kerana kalau beri bonus dua bulan gaji, maka yang gaji besar sedaplah dengan bonus yang beribu-ribu, sedangkan yang gaji kecil terkontang kanting dengan bonus yang tak seberapa.

Malahan jika bagi bonus 2 bulan gaji, perbelanjaan kerajaan akan meningkat, misalnya gaji seorang pegawai itu RM 5000 sebulan, maka dia dapat RM 10000, kalau ada 1000 pegawai bergaji macam ini, maka RM 10 juta kerajaan terpaksa belanjakan, sedangkan kerajaan ada lagi 1.4 juta penjawat awam, berapa bilion kerajaan perlu belanja untuk bonus ini?

Oleh itu saya mencadangkan agar kerajaan beri bonus kadar rata sahajalah, RM 2000 atau RM 1500 atau RM 1000 mengikut kemampuan kewangan kerajaan.

Kepimpinan CEUPACS juga perlu praktikal dan berpijak di bumi nyata bila nak buat tuntutan kepada kerajaan, ini kerana kerajaan bukannya boleh cetak duit sesuka hati untuk beri bonus dan tuntutan itu kepada penjawat awam, banyak benda lain nak kena fikirkan seperti pembangunan infrastruktur, pembangunan kanak-kanak (pendidikan) dan sebagainya.

Tak payahlah tamak sangat kerana kita masa kecil tentu pernah dengan pasal kisah anjing dengan bayang-bayang, kerana tamak sangat menyangka anjing lain dalam sungai, nak direbutnya tulang dalam bayangnya itu, akhirnya tulang digongong jatuh dalam sungai dan hilang. Oleh itu jangan tamak sangat.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Kerajaan juga janganlah buat dasar sesuka hati dengan menatang minyak yang penuh sesuatu skim dan menendang ke longkang skim lain.

Isu skim perlu diutamakan oleh CEUPACS untuk memulihkan rantaian arahan yang tunggang langgang serta bebanan tugasan yang caca marba di jabatan terutama di jabatan peringkat daerah.

Sekian, terima kasih.

insan kerdil berkata...

synsetuju dgn encik kakitangan awam..

integriti xde lansung.... p kursus integriti sana sini...tp xmasuk jiwa....
dunia mmg boleh lepas..tp maaf lah..akhirat nanti jawab la sendiri...
tepuk dada tye iman..
maaf atas teguran keras....
pesanan utk diri sendiri n sahabat semua... IKHLAS
LA BUAT KERJA....kerna ALLAH sentiasa memerhati....

insan kerdil berkata...

org atasan juga harus lebih kerap turun ke bawah.....
jgn leka dek aircond...
turun bg laa tunjuk ajar n nasihat... jgn tau marah2 je...
korang tau kejar nkra....y buat kerja semua org bawah..y dpt nama org atas....kami hantpya minta dihargai....

maaf komen xberkaitan....

Made in Pahang berkata...

Wktu minum perlu ada...baru leh bekerja dgn senyuman...hati x stress...kerajaan perluatasi masalah ni dgn memberi waktu rehat 20 minit..utk pekerja di kaunter boleh rehat bergilir...

whybeA berkata...

masalahnya penjawat awam minum kul 10 pagi...apa kaitan dgn bonos!Tak faham lah.

Mani Jack berkata...

Pelanggan memang perlu dilayan dengan baik tetapi pelanggan tak boleh bersikap seperti raja. Dah dia nak minum biarlah minum tetapi tengoklah jam. Kalau keluar pastikan ada teman yang tolong layan pelanggan. Janganlah semua keluar minum

sakura luncai berkata...

yang komplen nie , tentu bangsa yahudi ..he3 ...

tukjanggut berkata...

Kakitangan kalau nak keluar minum gilir-gilir le dan di kaunter hadapan mesti ada orang jgn biar kosong terus.Pelanggan yg marah sbb tiada langsung org di tempat pertanyaan sbb semua keluar pi minum berduyun-duyun dari pegawai bawahan sampai pegawai atasan.Sebaiknya di beri masa 30 minit utk keluar minum dari jam 10-10.30 pagi baru ok.Pegawai yg kena buat keputusan dgn pelanggan boleh buat temujanji dan masa tiba temujanji pegawai itu mesti ada atau diganti dgn org lain yg boleh buat keputusan jugak.

Abdul Mustapa berkata...

Saya sangat bersetuju pendapat penulis tersebut. Bagi saya tidak salah hendak keluar minum 30 minit tetapi kenalah bergilir-gilir. Perkhidmatan kaunter paling utama kerana ia menunjukkan imej sesebuah jabatan. Ia juga menunjukkan kita kekurangan pekerja di bahagian kaunter kerana, bila sesorang itu keluar minum tiada orang di kaunter sebab itulah kaunter menjadi kosong.

Kakitangan Awam berkata...

Sakura Luncai tentu suka minum dan lepak-lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi hingga berjam-jam, sebab itu marah sangat kepada pengadu berkenaan.

Ingatlah, nak minum tu, minumlah di pantri, kebanyakkan pejabat ada pantri, kalau tak mau gunakan pantri untuk tempat makan dan minum, lebih baik minta JKR untuk robohkan pantri itu dan buatlah stor ke apa ke.

Sekian, terima kasih.

Nur Yasma berkata...

sudah menjadi trend...yg biasa2 ubah kepada yg luar biasa...

gayong serantau berkata...

orang yang nak berurusan dengan pegawai kerajaan tu buatlah temujanji..gunakan akal fikiran yang allah kurniakan untuk memudahkan urusan.

Fairus Mohd Long berkata...

Bagi pejabat di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) di
mana hari Sabtu dan Ahad merupakan Hari Rehat Mingguan, Waktu Pejabat ialah dari
jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Walau bagaimanapun, pejabat akan ditutup untuk
Waktu Rehat dari jam 1.00 petang hingga jam 2.00 petang (Isnin hingga Khamis) dan
jam 12.15 tengah hari hingga jam 2.45 petang (Jumaat) seperti di Jadual 2 berikut:

Jadual 2: Waktu Bekerja Berperingkat di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, dan Wilayah Persekutuan
(Kuala Lumpur dan Putrajaya)

Waktu
Peringkat
(WP)
Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Waktu Bekerja
WP1 Isnin - Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg - 2.00 ptg 2.00 ptg - 4.30 ptg
Jumaat 7.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh - 2.45 ptg 2.45 ptg - 4.30 ptg
WP2 Isnin - Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg - 2.00 ptg 2.00 ptg - 5.00 ptg
Jumaat 8.00 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh - 2.45 ptg 2.45 ptg - 5.00 ptg
WP3 Isnin - Khamis 8.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg - 2.00 ptg 2.00 ptg - 5.30 ptg

Jumaat 8.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh - 2.45 ptg 2.45 ptg - 5.30 ptg

H MA berkata...

Isunya adalah berkaitan masa minum jam 10 pagi dan pelanggan yang seorang ni tak mahu menunggu. Tapi kenapa perlu dikaitkan dengan pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan? Tumpukan aje pada isu pokok agar dapat diperbaiki masalahnya bukan terus pi melalut kepada hal bonus dan segala insentif. Nampak sangat perasaan hasad dengki yang amat tebal pada diri manusia berkenaan.

Apapun pengajaran juga buat kakitangan awam semua.

gayong serantau berkata...

pejawat awam dibenarkan keluar dari waktu pejabat untuk urusan peribadi tidak melebihi tempoh 2 jam temasuklah minum pagi jika melebihi tempoh waktu tersebut cutinya akan diambil kira 1 hari..sebaik-baiknya buatlah temujanji dulu sebelum berurusan dengan pegawai berkenaan janganlah mencari sebab dan salah orang lain pejawat awam ni manusia bukannya robot..adakalanya nak melepaskan tekanan kerja kerana asyik selalu mengadap komputer boleh menyebabkan strees..keluar minum pagi dengan secawan kopi boleh mengurangkan rasa tekanan kerja.. tetapi tidak boleh melebihi 2 jam lamanya.

gayong serantau berkata...

Mengapa pula nak dikaitkan dengan Bonus nampak sangat busuk hati dan dengki khianat...bersihkanlah hati itu dengan zikir yang mengagungkan allah yang maha esa semoga dosa kamu terampun hendaknya.

afdi berkata...

Terima kasih atas teguran saudari. Saya sebagai penjawat awam akan cuba memberi perkhidmatan yg baik kepada rakyat.

zulkarnai is an Army Personel.( Aree Bihunsup Ex Service ) berkata...

Hahahahahahhaaaaa....fikir fikir lah sendiri.....malas nak buat ulasan...

Kalau cakap pun bukan nak diterima...senang cam aku...kerja sendiri jerkkkkk....

rafi berkata...

kakitgn awam juga ade perut yg nak diisi....ade perasaan lapar.mcm bongok jer nk dajalkan kakitgn awam...suka hatiulah kita nk mtk bonus...kau nk bonus...mtklah dgn bos kau bangang

Mohd Farhan berkata...

kalau nak makan minum, sepatutnya sebelum waktu kerja..

jangan bagi banyak alasan la..

kalau nak minum juga, 5-10 min dah cukup. berapa gelas air naik minum? mentaliti cam ni la yang menyusahkan org lain.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
musimpanas berkata...

Kalau urusan pejabat melibatkan kaunter, sudah semestinya terdapat pengganti jikalau ada kakitangan yang keluar minum. Kalau urusan melibatkan kakitangan bukan kaunter, silalah buat temujanji atau tunggu seketika kalau kakitangan itu tiada. Jangan manjang nak layanan segera.

penjawat awam berkata...

macam mesin jual minuman .... masuk duit trus keluar oren

harriz berkata...

Fikir guna akal bukan guna perut...jgn penting diri..

makcikcantik berkata...

Hendak seribu daya tak hendak seribu alasan.

Kalau dah memang jenis takde integriti, tak kisah makan rezeki tak berkat, memang macam2 la alasan. Nak minum tu boleh aje tapi apa kejadahnya sampai 1 jam? Even 30 minit pun dah melampau. Ko nak habiskan secawan air perlu ke sampai 30 minit? Sebenarnya pemalas & suka curi tulang itu la hakikat sebenarnya dengan korang kakitangan kerajaan nih.

Dah la pemalas & pencuri, kaitan dengan bonus pun tak boleh nak fikir kahkahkah.... Betullah orang kata yg masuk kerajaan ni jenis2 yg akal lembab tak berdaya kompetitif... Sebab tu ada otak tapi tak nampu berfikir secara kritis.

Zulkarnai Harun Ar Rashid berkata...

Jom nega pasar malam http://wwwrealestet.blogspot.com
Atau http://www.areesukan.blogspot.com atau http://www.areepro.blogspot.com
Atau http://www.areemoney.blogspot.com

Zulkarnai Harun Ar Rashid berkata...

Jom nega pasar malam http://wwwrealestet.blogspot.com
Atau http://www.areesukan.blogspot.com atau http://www.areepro.blogspot.com
Atau http://www.areemoney.blogspot.com