SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

03 Ogos 2014

CUEPACS GESA KERAJAAN KEKALKAN AKTA HASUTAN

Utusan Malaysia
2/8/2014

KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Akta Hasutan demi keamanan negara.Presidennya, Azih Muda berkata, akta tersebut tidak wajar dimansuhkan dan langkah itu mampu mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini sekali gus menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, saranan itu tidak bermakna pihaknya membantah hasrat kerajaan menghapuskan akta berkenaan, sebaliknya agak meragui daripada segi pelaksanaan akta baharu yang akan diwujudkan kelak."Kita cadangkan kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri supaya mengkaji semula cadangan memansuhkan Akta Hasutan."Ini kerana kita agak kurang yakin dengan saranan untuk mewujudkan akta bagi menggantikan Akta Hasutan yang mampu mencegah perkara sehingga boleh menyebabkan kerosakan kepada negara," katanya dalam majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Terengganu di Dataran Seberang Takir di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengucapkan salam Aidilfitri kepada seluruh penjawat awam di seluruh negara sambil menasihatkan mereka berhati-hati di jalan raya."Jumlah kemalangan menjelang perayaan meningkat setiap tahun dan ini menggambarkan kepekaan kita kepada keselamatan agak menurun," jelasnya.Beliau bimbang dengan kadar kemalangan jalan raya di seluruh negara kerana dalam tempoh seminggu ini lebih 10,000 kes dilaporkan berlaku dengan lebih 1,000 kes membabitkan kemalangan maut dan kecederaan."Jadi, saya mohon berilah perhatian utama terhadap keselamatan jalan raya demi keluarga tersayang, Ini satu angka (jumlah kemalangan) tinggi dan sangat membimbangkan," katanya.

4 ulasan:

Kakitangan Awam berkata...

Biarkan Najib mansuhkan Akta Hasutan.

Biarkan Najib membenarkan kebanjiran pendatang asing berjuta-juta orang di negara ini.

Biarkan kebebasan yang melampau.

Biarkan Najib berbuat sesuka hatinya bagi memuaskan keseronokkan nafsu serakahnya.

Lepas Akta Hasutan dimansuhkan dan digantikan Akta Keharmonian Nasional yang hanyalah akta cap ayam, biarkan rakyat berbalah, membuat hasutan, membuat kekacauan kerana ini boleh memberikan ketenangan jiwa kepada Najib dan kuncu-kuncunya.

Malahan biarkan pendatang asing masuk beramai-ramai berjuta-juta orang ke negara ini dan menggunakan subsidi milik rakyat negara ini berbilion-bilion ringgit, dan biarkan kerajaan jadikan alasan untuk tarik balik subsidi kepada rakyat dengan alasan perbelanjaan subsidi yang makin meningkat akibat penggunaan yang besar oleh pendatang asing sebanyak berbilion ringgit setiap tahun, biarkan rakyat jadi mangsa kerana polisi jahanam kerajaan yang tak bertanggungjawab ini.

Malahan biarkan pendatang asing masuk berjuta-juta orang ke negara ini sesuka hati, biarkan rakyat tempatan terkontang kanting mencari pekerjaan, biarkan pendatang asing menjadi peniaga di negara ini sampaikan mereka berani memukul peniaga tempatan yang bersaing dengan mereka, biarkan walaupun mereka tak bayar cukai satu sen pun kepada negara, biarkan walaupun mereka tak ada kesetiaan kepada Malaysia, biarkan semuanya kerana boleh mendatangkan kegembiraan tahap badak air kepada Najib dan kuncu-kuncunya.

Biarkan kebebasan melampau, lepas ni pesta bogel di Penang boleh buat acara di Sri Perdana buat secara-besaran, inilah hak asasi yang didambakan olah Najib dan kuncu-kuncunya.

Inilah luahan rakyat yang sangat terkilan dengan cara Najib dan kuncu-kuncunya membuat negara ini seperti harta mereka sendiri tanpa mempedulikan kepentingan kepada rakyat terutamanya golongan bawahan.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Saya meminta agar Najib membuat kajian melalui Unit PEMANDU kesayangan Najib itu mengenai jumlah subsidi yang telah digunakan oleh pendatang asing di negara ini hingga menyebabkan rakyat negara ini menderita akibat kerajaan menarik balik banyak subsidi dengan alasan kos biaya subsidi makin meningkat.

Ini adalah kali kedua saya meminta agar kerajaan, terutamanya Najib melalui Unit PEMANDU membuat kajian ini kerana dasar kerajaan yang membiarkan jutaan pendatang asing yang tak bayar cukai walau sesen pun kepada negara ini, tak ada kesetiaan kepada Malaysia, menikmati subsidi milik rakyat negara ini.

Sila buat kajianlah, tak payah cakap transformasi, NKEA, KPI dan macam-macam lagi, kalau isu pokok seperti kos subsidi makin meningkat akibat penggunaan oleh pendatang asing yang dibiarkan oleh kerajaan Najib masuk ke negara ini secara besar-besar hingga mereka menggunakan subsidi milik rakyat negara ini dalam jumlah yang besar hinggakan Najib kata subsidi kena tarik balik untuk barang-barang tertentu dan dikurangkan untuk barang-barang tertentu kerana setiap tahun berbilion ringgit subsidi rakyat Malaysia dinikmati oleh pendatang asing sesuka hati mereka sahaja tanpa ada usaha dari kerajaan untuk menangani masalah ini.

Jangan jadikan alasan peningkatan pembiayaan subsidi untuk menindas rakyat sendiri sedangkan pendatang asing dengan suka ria menggunakan subsidi milik rakyat tempatan akibat kegagalan pihak kerajaan mengesan, dan mengambil tindakan pencegahan berkaitan perkara ini.

Ini membuktikan kepimpinan Najib dan barisan kabinetnya dan geng Unit PEMANDU Najib hanyalah indah khabar dari rupa, lembab dan buat kerja cincai yang menyusahkan rakyat.

Sedarlah semua. Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Saya juga menyarankan supaya Najib melalui Unit PEMANDU kesayangannya itu membuat kajian mengenai guna tenaga di sektor perkilangan di negara ini.

Ini kerana dalam sektor perkilangan kini, terlalu ramai pendatang asing diambil bekerja di kilang-kilang kerana pihak majikan mahu jimatkan kos dan untung besar.

Pekerja tempatan didiskriminasikan dalam sektor perkerjaan di negara ini akibat kegagalan pihak kerajaan untuk membuat polisi pengambil pekerjaan di sektor perkilangan dan lain-lain sektor yang berkenaan.

Bayangkan jika ada kilang yang 90% pekerjanya adalah warga asing, apakah yang dibuat oleh pihak kerajaan Najib untuk membela nasib warga tempatan?

Kita selalu dengar pasal FDI, pelaburan asing berbilion ringgit, peluang kerja beratus ribu jawatan, tetapi hanya 5 hingga 10 peratus sahaja dinikmati oleh warga tempatan, apa jenis transformasi yang diamalkan oleh kerajaan Najib sekarang ini?

Silalah Najib dengan telus buat kajian melalui Unit PEMANDU kesayangannya itu bagi menjelaskan perkara ini.

Saya menulis bukan sekadar suka-suka hati, tetapi saya menulis berdasarkan keadaan realiti semasa yang mana kerajaan Najib hanya indah khabar dari rupa, canang itu dan ini kepada rakyat, tapi hasilnya dinikmati oleh warga asing yang dimanjakan dengan berbagai kemewahan oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

Sedarlah semua. Sekian, terima kasih.

Sulis Susanti berkata...

Halo, nama saya Sulis Susanti dari Indonesia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih yang asli di perusahaan pinjaman palsu.
Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial dan putus asa, aku jatuh korban penipuan oleh beberapa perusahaan pinjaman online, karena saya perlu sebuah perusahaan pinjaman yang jujur.

Aku hampir menyerah, tidak sampai saya mencari nasihat dari seorang teman yang kemudian mengarahkan saya untuk pemberi pinjaman pinjaman yang sangat handal JOY WILSON LOAN FIRM, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari 750 juta rupiah dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres pada tingkat bunga rendah dari 2%. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah pinjaman yang saya diterapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, karena saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres.

Saya ingin Anda yakin dan percaya diri bahwa ini adalah asli karena saya memiliki semua bukti pengolahan pinjaman ini termasuk kartu id, dokumen perjanjian pinjaman dan semua kertas kerja. Saya percaya Ibu Joy Wilson sepenuh hati karena dia telah benar-benar membantu dalam hidup saya. Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan hubungi perusahaan melalui email: (joywilsonloanfirm@gmail.com)
Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (sulissusanti971@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman