SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Jun 2010

ABU BAKAR DILANTIK KETUA PENGARAH JPA

Bernama
16/6/2010





KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa 1 Julai depan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan pada Selasa.Abu Bakar, 55, menggantikan Tan Sri Ismail Adam, 60, yang akan menamatkan perkhidmatan pada 30 Jun.Sidek dalam kenyataannya berkata pelantikan Abu Bakar adalah selaras dengan peruntukan Perkara 144(3) Perlembagaan Persekutuan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri.Pemilihan Abu Bakar, kata Sidek, dibuat berdasarkan pengalaman, kepakaran dan kewibawaannya bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan awam melalui pelbagai pembaharuan dan pendekatan.Abu Bakar berkelulusan ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Antarabangsa daripada Universiti Denver, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah daripada Universiti Malaya.Beliau yang mula berkhidmat pada 19 Sept 1977 sebelum ini pernah menjawat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Wilayah Persekutuan; Jabatan Perdana Menteri dan di Kementerian Pertahanan.Sidek berkata beliau yakin Abu Bakar berkemampuan memimpin Jabatan Perkhidmatan Awam, khususnya untuk merealisasikan matlamat Teras Strategik keempat Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) iaitu membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.Sidek juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ismail atas sumbangannya ketika berkhidmat selama 38 tahun kepada perkhidmatan awam dan negara.Kongres Kesatuan Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik pelantikan Abu Bakar dengan menyifatkan pelantikan itu sebagai paling sesuai.Beliau sangat berpengalaman dan mahir dengan pentadbiran perkhidmatan awam, kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin.Beliau yakin menerusi kepimpinan Abu Bakar, penjawat awam akan melalui banyak inovasi dan penambahbaikan.Katanya Cuepacs berharap dapat bekerjasama rapat dengan Abu Bakar demi kebaikan perkhidmatan awam.-- BERNAMA

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

welcome bro

Tanpa Nama berkata...

harap2 beliau dapar perjuangkan nasib penjawat awam kontrak supaya diserapkan dalam jawatan tetap. guru2 kafa dah dapat bahagian mereka, so golongan ini bila lagi??

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan menolak permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar saguhati RM2,000 dibayar kepada setiap kakitangan kerajaan bagi menggantikan pemberian bonus.

Bagaimanapun 1.2 juta kakitangan awam mendapat lima lagi tuntutan yang diperjuangkan oleh kesatuan tersebut.

Lima tuntutan itu:

menaikkan elaun perumahan daripada RM180 sebulan kepada RM230,
meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghapuskan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk kakitangan kumpulan sokongan I dan II (Gred 1 hingga 40),
memberikan semula elaun kritikal bagi kumpulan sokongan II yang ditarik balik pada Februari lepas,
melanjutkan umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun, dan
memperkenalkan kadar pencen mengikut perkhidmatan.

Presiden Cuepacs Omar Osman memberitahu demikian selepas bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini.

Apa kesudahan 5 lima tuntutan yang dikatakan oleh presiden cuepacs diluluskan oleh kerajaan?

Tanpa Nama berkata...

Lima tuntutan itu:

menaikkan elaun perumahan daripada RM180 sebulan kepada RM230,
meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghapuskan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk kakitangan kumpulan sokongan I dan II (Gred 1 hingga 40),
memberikan semula elaun kritikal bagi kumpulan sokongan II yang ditarik balik pada Februari lepas,
melanjutkan umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun, dan
memperkenalkan kadar pencen mengikut perkhidmatan.

Sehingga hari tiada apa-apa berita...penambahan syarat2yang menyusahkan dan tidak masuk akal peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bertambah....Pohon presiden cuepacs dapat menjelaskan kepada 1.2 juta Penjawat Awam kenapa masih tergantung sedangkan presiden cuepacs sendiri berkata telah diluluskan oleh kerajaan.

Yang Dipertua Cuepacs (Indonesia) berkata...

mintak mahap ya yee

sebeno-benonya ambe ni kene tipu dgn abang abdullah masa tu

tokpelah ye, ambe cube mintak lagi tahun ni

Tanpa Nama berkata...

kerja kerajaan ni mana boleh kaya..

jadi mana2 yg tak suka kerja kerajaan boleh minta berhenti...

ramai lagi nak masuk kerja..

heeee....

jadi kalau tak nak sakit jiwa..tak payoh lah dok keluh kesah..

heee...heeee..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

kerja kerajaan ni mana boleh kaya..

jadi mana2 yg tak suka kerja kerajaan boleh minta berhenti...

ramai lagi nak masuk kerja..

heeee....

jadi kalau tak nak sakit jiwa..tak payoh lah dok keluh kesah..

heee...heeee..

Isnin, Jun 21, 2010 12:18:00 AM

HOI.....BANGANG...AKU MINTA PRESIDEN CUEPACS JELASKAN PADA 1.2 PENJAWAT AWAM TENTANG LIMA TUNTUTAN YANG TELAH DILULUSKAN TAPI MASIH TERTANGGUH..YANG ENGKAU DOK CERITA BENDA YANG TAK ADA KAITAN APA HAL...MEMANG BETULLAH KAU NI BANGANG TAHAP GABAN..LAIN KALI BACA BETUL2 SEBELUM NAK BAGI KOMEN....BODOHHHHHH

Tanpa Nama berkata...

guane deme maroh sangat tu...

amo sokong dua2..

lek nu pung beto..lek ni pung beto..

yg tertanggguh tu pasal kena bohong sungguh agaknya..

yg tak suka jadi penjawat awam berhenti pun beto juga..ramai yg nak kerj lagi...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Harap pihak CUEPACS,Kerajaan /JPA duduk semeja berbincang masalah gaji,elaun-elaun,bonus dan sebagainya agar penajawat awam hampir 1.3 juta mendapat faedah yang sebenar.Jangan hanya indah khabar dari rupa.bunyi sedap,tetapi hakikatnya...
Biarlah ada pembelaan kepada penajwat awam agar keadilan dan kesaksamaan diberikan dengan keadaan ekonomi yang dah pulih.TM pun berikan 55 kenaikan gaji kepada Eksekutif di bawahnya.Kerajaan kena tambahbaikkan semula gaji dan perkhidmatan kepada kebajikan penjawat awam yang memberikan khidmat terbaik saban masa.Ap guna negara maju,jika pokek kosong dan penuh dengan hutang.Apa guna pembangunan jika rakyat miskin dan kerajaan yang ada tidak membela nasih rakay termasuk penjawat awam.bandingkan dengan negara lain.Kita dah merdeka 53 tahun.apa ertinya kemerdekaan...jika rakyat dikongkong kemiskinan.Penjawat awam kebanyakannya msikin tegar.Fahamlah masalah kami.Semoga tahun 2010 membawa kebaikan kepada penjawat awam untuk sama-sama membangun negara,bangsa dan agama.Salam.Tok Kerani Tua.