SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

04 Jun 2010

CUEPACS SASAR RASUAH PENJAWAT AWAM TURUN HINGGA 15 PERATUS TAHUN INI

Bernama
3/6/2010




PETALING JAYA, 3 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kadar pembabitan rasuah di kalangan penjawat awam tahun ini menurun kepada 15 peratus.Presiden Cuepacs Omar Osman berkata kongres seterusnya akan berusaha mencapai tahap sifar menjelang tahun 2012.Katanya sejak tahun 2007, pembabitan penjawat awam dilaporkan semakin berkurangan hasil kempen bagi membanteras gejala tersebut di kalangan penjawat awam."Pada tahun 2007, daripada 591 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 303 orang atau 51 peratus merupakan penjawat awam, pada tahun 2008 menurun kepada 47 peratus manakala pada tahun lepas menurun lagi kepada 39 peratus," katanya kepada pemberita ketika mengikuti lawatan kerja Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan ke Jabatan Kimia Malaysia di sini, pada Khamis.Omar berkata Cuepacs juga menyarankan kerajaan agar menggantikan pemberian imbuhan wang tunai bagi pemberi maklumat kes rasuah kepada pengurniaan kenaikan pangkat atau gaji."Kalau bagi wang tunai sama sahaja macam terima rasuah juga. Adalah lebih baik bagi kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, sebab wang boleh habis dalam sekelip mata, kalau naik pangkat atau gaji mereka dapat rasa sampai pencen," katanya.Beliau berkata dengan cara ini ia akan lebih menggalakkan penjawat awam untuk lebih berani tampil memberi maklumat terhadap pemberi rasuah kepada SPRM.-- BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah...

Tanpa Nama berkata...

Mari kita tengok.....penjawat awam manakah paling banyak rasuah...?hehehehe....dah ramai yang mula mencongak....TST la ye....

Tanpa Nama berkata...

eh..betul ke cuepacs ada jumpa PM najib kelmarin?..

kalau tak jumpa..kira tak ada apa perbincangan kita selama ini...

kahkahkah...