SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Jun 2010

PEMBETULAN KENYATAAN AKHBAR MENGENAI 41% PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH

Media Cuepacs
3/6/2010


Merujuk pada kenyataan akhbar Bernama pada 2 jun 2010 yang telah diadakan sidang media di Majlis taklimat kepada Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja JKR & Air Semenanjung Malaysia cawangan Temerloh Pahang ingin membetulkan kenyataan tersebut. Penjawat Awam bukan 41% penjawat awam terbabit dengan Rasuah. Berikut ini maklumat yang di terima oleh Tuan Hj Omar Osman Presiden Cuepacs dari SPRM
1 . Tahun 2007 tangkapan SPRM keseluruhan berjumlah 591 orang. Penjawat awam yang terlibat 303 (51%)
2. Tahun 2008 tangkapan SPRM keseluruhan berjumlah 605 orang. Penjawat awam yang terlibat 265 (47%)
3. Tahun 2009 tangkapan SPRM keseluruhan berjumlah 500 orang. Penjawat awam yang terlibat 194 (39%)
Mengikut maklumat yang diterima dari SPRM menunjukan penurunan penjawat awam yang terlibat dengan rasuah. Ini menunjukan kesedaran dari kempen- kempen yang telah dijalankan. Menampakan peratus intgriti penjawat awam bertambah baik.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya dah agak dah benda yang dikeluarkan oleh Berita Harian "tidak logik" dan "tidak masuk dek akal"

Pelik betul akhbar seumpama ini boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat dan benar

Tanpa Nama berkata...

SETIAP KALI NAK MINTAK NAIKKAN GAJI MESTI ADA BERITA TAK BAIK RASUAH LA..SIJIL CUTI SAKIT PALSU LA..

Tanpa Nama berkata...

INI SEMUA ALASAN NAK MELAMBATKAN KENAIKAN GAJI..SEPATUTNYA SIARKAN BERITA-BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN AWAM SUPAYA DIORANG LEBIH BERSEMANGAT UNTUK BEKERJA .

Tanpa Nama berkata...

taktik laa...

berita harian pula kita kena baca sebagai berita hairan...kehkehkeh..

Tanpa Nama berkata...

aparaa..pastu ni bernama dah buat pembetulan dan mohon maaf pada keseluruhan warga penjawat awam ke ?..kami semua penjawat awam mintak bernama punya management buat permohonan maaf secara terbuka dan disiarkan dalam paper dan semua rangkaian tv...baru adil..amacam semua rakan2 PA..

Ahkak berkata...

Ahkak harap2 la gaji ahkak sbg kerani ni naik. Tp ahkak baca dkt kupeks ni ada katanya nk naik gred 17 ke 41 jadi apa tu... pelaksana? penjawat laksana? apa tah?

ahkak pon x tau. apa2 pon elok je kalau naik gred ke 41. Merasa la ahkak jadi pegawai. tinggal 3 thn je nk pencen.

ahkak nk komen juga hal mtib. ahkak pon x penah dgr la. apa tu? kwn ahkak kt warisan tu kata itu malaysian tekstail industri berhad di nilai n9. entahlah. bukan korang swasta ke?

ahkak nk tunggu naik gred je ni. Jeng jeng jeng... kupeks tolongla ahkak ni ye

amri N17 berkata...

jadi pegawai adalah hak kerani yang tiada siapa mampu pertikaikan kerana hujahnya kukuh..

sepatutnta kami naik melalui time-based
- 5 tahun di N17
- 10 tahun di N22
- 5 tahun di N41R
- seterusnya gred N44 sehingga pencen

adil dan seksama, sama2 merasa jadi pegawai tanpa perlu membodohkan diri mengambil ijazah atau diploma

Tanpa Nama berkata...

kalau kerajaan buat macam you cakap tu memang semua sokong la...tak sokong bodoh la..

tapi ada ke kerajaan nak buat...

rasa macam tak mungkin kot..tapi tak tahu la..

cuba kita tengok hirarki jawatan penolong pendaftar di mana2 jabatan kerajaan..

mula2 penolong pendaftar, penolong pendaftar kanan, penolong pendaftar tertinggi, timbalan pendaftar, timbalan pendaftar kanan, ketua timbalan pendaftar, ketua timbalan daftar kanan, pendaftar dan sebagainya...lebih kurang macam ni lah...

dasyat..

kerani pulak...mula2 kerani..kerani kanan, kerani tertinggi..habis...

tak ada ka hirarki yg banyak macam jawatan penolong pendaftar tu..cuba check dlm jpa atau search mana2 jabatan kerajaan.

kehkehkehkeh..

lepas ni cuepacs kena buat.. kerani, kerani kanan, kerani tertinggi, timbalan kerani, timbalan kerani kanan, ketua timbalan kerani, ketua timbalan kerani kanan, kerani balik??? tak logik pulak...

kehkehkeh...