SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

25 Jun 2010

NUBE, HSBC METERAI PERJANJIAN CUTI BERSALIN 90 HARI

Utusan Malaysia
25/06/2010 5:29pm



KUALA LUMPUR 25 Jun – Kempen Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) untuk cuti bersalin 90 hari berbayar, beroleh kejayaan pertama apabila HSBC Bank Malaysia menerima cadangan itu.

Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon mengalu-alukan pencapaian itu sebagai satu “detik penting” selepas menandatangani perjanjian dengan HSBC hari ini yang diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jon Addis.

Solomon memberitahu, kempen pada 8 Mac itu diharap dapat mengumpul sejuta tandatangan menjelang Hari Kebangsaan.

Setakat ini, ia berjaya mengumpul lebih 500,000 tandatangan, antaranya milik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Soloman berkata, tempoh cuti bersalin yang lebih panjang dijangka mampu mewujudkan persekitaran kondusif kepada ibu yang bekerja untuk menyumbang kepada pembangunan nasional. – Bernama

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Askm'..n salam 1 Malaysia..i wud say..congratulation to u guys in NUBE..Gud try n efforts on such claims..90 days eh..hehe can't imagine u ladies gonna spent those excellent 90 days..Now as for Cuepacs cara ini nampak nya berkesan dalam tuntutan2 yang ingin di forwardkan pada kerajaan..ambik t/tangan semua PA..i wud suggest dis kind of simple n polite ways of exspressing our needs..w'salam.

guru yahya berkata...

pengsan la kami kat sek nak kena relief guru bersalin, skang yg 2 bulan pun x sempat2 nak ganti, lps lulus 3 bulan nnt lagi la parah. jadual makin padat, kelas terabai, lagi2 yg akan duduki exam. kalo guru ganti/GSTT masuk pun, kelas itu akan tetap ketinggalan selama 3 bulan.

itu hakikat yg berlaku di sekolah. jabatan lain pun rasa sama ja, esp kalo rmi kerani cuti 3 bln pd satu2 masa, bertangguh2 la keja

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat saya itu tak jadi masalah sekiranya pihak pengurusan atasan tahu apa yang penting dalam setiap tugas-tugas yang dijalankan oleh kakitangan di bawahnya.. Inikan tidak? Jawatan kosong tak diisi, dibiar org tanggung kerja, kalau ada yang cuti bersalin? Memang lah makin bertambah beban org2 yang tinggal tue.. Lagi satu perlu diberi perhatian, kalau dah tahu staft yang ada sekarang tak cukup, kenalah buat penambahan.. (tahu la ia memakan kos, tapi kita nak jaga mutu perkhidmatan awam) Benda ini perlu diambil kira sebelum melaksanakan sesuatu tindakan atau pelan di atas. Barulah ada yang tidak terbeban.. Kalau pihak pengurusan atasan tak "ada cara" alamatnya, tau2 jelah... org bawahan nak menyampaikan kat pihak pengurusan atasan? Siapa nak dengar?

Tanpa Nama berkata...

Yg aku tak faham2....ada jabatan besar & byk pelangan tapi staf sikit, ada jabatan kecil & pelangan sikit tapi staf banyak.
Ada unit2 yg berlambak2 staf & ada unit2 tertentu sikit staf tapi kerja berlambak2. Harap JPA buat kajian di semua negeri dan Jabatan berkenaan benda ni, sebab setiap negeri berbezaa bilangan pelangan yg berurusan, jangan hanya mengharap maklum balas dari jabatan sebab semua ketua jabatan kata semua cukup supaya.. ha...