SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Jun 2010

CUEPACS MAHU 2 BULAN BONUS

Berita Harian
2010/06/24





MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi Bajet 2011, yang bakal dibentangkan pada Oktober ini. Presidennya, Omar Osman, berkata permohonan untuk kira-kira 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara itu sudah pun dibuat oleh kesatuan berkenaan kepada kerajaan tahun lalu, namun ia ditangguhkan berikutan masalah kegawatan ekonomi.
“Berdasarkan perkembangan semasa, keadaan ekonomi negara kini sudah pun kembali pulih. Jadi, saya berpendapat seluruh penjawat awam di negara ini amat berharap kerajaan dapat memberi berita baik kepada mereka menerusi pemberian bonus dua bulan gaji.
“Ini penting kerana pemberian bonus berkenaan secara tidak langsung akan menjadi motivasi kepada penjawat awam dalam menghadapi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10),” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeMASA) di Durian Tunggal, dekat sini, semalam. Hadir sama, Presiden UTeMASA, Prof Madya Dr Raja Roslan Raja Abdul Rahman dan Penasihat Khas Menteri Pengajian Tinggi, Prof Dr Raduan Che Rose. Omar berkata, CUEPACS juga akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung kedudukan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK), sama ada perlu diteruskan atau digantikan dengan sistem lain dalam RMKe-10. Beliau berkata, satu kertas kerja mengenai peperiksaan itu akan dibentangkan pada prakonvesyen CUEPACS di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini. Omar turut mengesahkan CUEPACS memohon kepada kerajaan supaya menaikkan bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam daripada RM1,000 kepada RM3,000 pada bajet akan datang.

36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bonus, bonus jugak. tp bagi mereka yg masih berstatus kontrak pemberian ini sangatkah disyukuri namun masih diangggap sebagai "lebih baik beri pancing daripada bagi seekor ikan"...

semua pegawai kontrak digesa diserap ke jawatan tetap. ini adalah lebih baik untuk menjamin masa depan mereka dan keluarga mereka.

bagi bonus akan habis begitu sahaja malah dapat digunakan hanya sementara.

tapi kalau diserap ke jawatan tetap alangkah baiknya keran banyak insentif tetap akan mereka terima sepanjang perkhidmatan dalam kerajaan.

Macam Mimpi Pulak berkata...

Khayalan dari Cuepacs. Bonus!? Kalau dapat sebulan sama rata untuk setiap kategori pun dah syukur... jangan ada jumlah minimum pulak ye... kalau sebulan semua kategori beri sebulan dari JUSA sampai PAR/PRA.

Tanpa Nama berkata...

Ramalan aku....mcm amalan sebelum ni la. Bonus sebulan gaji atau minimun RM1000/RM1200. bayar plak 2 kali...tak cayee??...tggu bajet nanti..mesti jadi punya benda ni..last2 org yang gaji besar jugak untung.....

Tanpa Nama berkata...

tak dapat bonus pun tak pa asalkan diserap ke jawatan tetap dan juga elaun cola dan perumahan naik..bonus tu sekejap jek...lebih baik tuntut elaun cola dan rumah dinaikkan...-plkn-

Tanpa Nama berkata...

ayat sama setiap pertengahan dan hujung tahun

Tanpa Nama berkata...

ni ayat-ayat menagih cinta setiap tahun..tapi jawapannya sama : ekonomi belum pulih mungkin suatu masa akan diberitahu ..hehehe..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..nampaknya ada tiga issue disini dgn harapan ianya menjadi tugasan kejayaan yang terakhir Tuan Presiden,hopefully u succeed,n may ALLAH bless u n best regards to our PM..memang benar last year kita PA dapat just 500.00 bucks je..alhmdulillah,tp semua kata x cukup..memang benar..hariraya n perbelanjaan persekolahan anak2 awal tahun..rasanya ramai diantara kita yang terpaksa bergadai.. kesian kat kami wahai PM..and Mr.Presiden pls ..tahun ini kita juga akan menghadapi situasi yg sama spt tahun lepas jika BONUS x kesampaian..apapun kami harap 2 bulan bonus dapat melegakan keadaan..now pasal PTK ni..biarlah adil..kami akur..kehendak kerajaan,tp berilah anjakan gaji pada kami yg dah lulus aras 4 ini selepas keputusan diumum..kenapa nak tunggu sampai bertahun2 dan mungkin ada yang dah pencen x dapat anjakan gaji..kempunan..dah la gitu lapuran prestasi pulak menjadi penghalang,,kenapa ya..hairan padahal dlm PTK sudah merangkumi semua aspek keperibadian,ketaatan pada Tuhan dn Negara dan kemahiran dalam bidang masing2 ( umum dan khusus )pelik tp benar..dan yang terakhir issue ini,soal khairat kematian..rm3,000. memang wajar di pertimbangkan oleh kerajaan kepada semua PA x kira apa ugama mereka..rasanya x perlu saya ulas justifikasi nya,rasnya semua tahu kos untuk menguruskan jenazah..dan lastly pengakhiran kita..kat mana ?..6 feet underground..mohon maaf semua..may ALLAH bless us all n hopefully our PM do pity us...

Tanpa Nama berkata...

daripada bagi bonus....baik naik gaji....

Tanpa Nama berkata...

bonus memang saya nantikan...boleh saya & suami guna utk bayar yuran pengajian mba kite...thanks if Najib approve that proposal...Up Najib

Tanpa Nama berkata...

Mengharap buah yang tak luruh....baik p balik pulau kita pekena durian balik pulau yang dah start luruh...hahaha

Buah tak gugur berkata...

Biasalah Najib... bila nak pilihanraya cakap negara semakin membangun, ekonomi semakin pulih, KDNK meningkat...tapi bila bab bonus dan naik gaji cakap ekonomi belum pulih... ekonomi belum stabil.Haprak betul.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan menolak permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar saguhati RM2,000 dibayar kepada setiap kakitangan kerajaan bagi menggantikan pemberian bonus.

Bagaimanapun 1.2 juta kakitangan awam mendapat lima lagi tuntutan yang diperjuangkan oleh kesatuan tersebut.

Lima tuntutan itu:

menaikkan elaun perumahan daripada RM180 sebulan kepada RM230,
meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghapuskan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk kakitangan kumpulan sokongan I dan II (Gred 1 hingga 40),
memberikan semula elaun kritikal bagi kumpulan sokongan II yang ditarik balik pada Februari lepas,
melanjutkan umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun, dan
memperkenalkan kadar pencen mengikut perkhidmatan.

Presiden Cuepacs Omar Osman memberitahu demikian selepas bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini.

Apa kesudahan 5 lima tuntutan yang dikatakan oleh presiden cuepacs diluluskan oleh kerajaan?...Presiden Cuepacs boleh penjelasan sebelum anda pencen..

Tanpa Nama berkata...

SKIM JURUTEKNIK BILA NAK UPGRADE?
DAH TUNGGU LAMA DAH NI...

Atas Pagar berkata...

Tanpa nama ni mabok ke apa? PM Sekarang kan Najib... dinasti Dolah dah habis dah...

Tanpa Nama berkata...

DAPAT BONUS RM250.00 PADA BULAN SEPTEMBER DAN RM 250.00 PADA BULAN DECEMBER 2010.

Tanpa Nama berkata...

Amalan dan rutin biasa..setiap petengahan tahun sebelum oktober..maka melalak lah si bodoh presiden cuepacs..tuntut bonus dua bulan..dah menanah telinga aku dengar tuntutan dan janji bodoh nie...cukuplah setakat presiden bodoh kena tipu dengan najib...kami tak mau kena tipu lagi....

Tanpa Nama berkata...

RAMALAN AKU PULAK....mcm amalan sebelum ni la. Bonus RM500...tak cayee??Bayar 2 kali...tggu bajet nanti..mesti jadi punya benda ni..last2 org yang gaji besar jugak untung.....

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS NI MENGIGAU KE MIMPI KE? MANA ADA BONUS LA. NI ZAMAN NAJIB LA.... KAT PILIHANRAYA NI BARU ADA JANJI BONUS, TAPI BAGI TARAK JUGA.....

Tanpa Nama berkata...

Bonus jangan harap.. sekarang rejim najip masih memerintah lupakan la.. sekarang tunggu dlam oktobre pas tu kalu ta da TUKAR BN-BA mungkin lebih baik mana tau kan kan......

Pendapatan Sedarhana berkata...

Apalah maksud orang yang gaji besar jugak untung dengan pembierian bonus RM500.00.
Bagi yg gaji RM1000.00 dapat bonus RM500.00 bermakna 50%. Bagi yg gaji RM4000.00 cam saya bonus RM 500.00 hanya 12.5 % jerr... untung macam mana tuuuu... nanti kena tolak income-tax pulak!
Yg gaji RM1000.00 kena bayar income-tax kerr? Bersih masuk poket.

Tanpa Nama berkata...

aku ni pendapatan bersih hanya RM1500 je...bini tak kejer...dok kat bandar besar...rumah kena sewa,pakai proton saga tahun 1989,anak 3 orang...mmg kami serba serbi tak cukup...mana nak anak sekolah lagi,susu bayi lagi belanja dapur,sewa rumah,bil air,api,tepon,...maka terpaksa la aku curi2 masa buat kejer lain lps abis waktu kejer...sampai anak pun tak berapa kenal aku...
alangkah baiknya kalau kerajaan naikkan gaji daripada bayar bonus tu..

Kerani Senior berkata...

Kami harap kupeks dapat segerakan isu N17 ke N41. Ini lebih bermakna kerana status kami juga meningkat daripada bonus atau gaji. Ramai pandang hina N17 jadi sudah tiba masanya N17 ke N41 supaya kami juga ada peluang yang adil untuk naik ke pangkat lebih tinggi hingga ke KSU jika boleh.

Kupeks pantau dan buat kerja jgn berseminar dan kursus di hotel / resort mewah!

Tunggu pencen berkata...

Cuepacs syok sendiri jerrr... mendung pun belum air tempayan dah dicurahkan... guruh lansung tak berbunyi lagi... langit terang benderang. JANGAN MIMPI DI SIANG HARI NAK DAPAT 2 BULAN BONUS... Sebulan bonus pun dah cukup bersyukur.
Kerja ajela... sampai 56 pencen. Malas dah nak jadi "seperti anjing menyalak bukit"

Tanpa Nama berkata...

Hoi...bapak presiden bodoh dungu..ko dah hilang akai ka..?..awat bengap sangat...ko pi minta yang bukan bukan tu nak buat apa kejadahnya..jangan mimpi la nak dapat..

Tanpa Nama berkata...

entah le presiden kita ni...sapa lantik dia ni...

bonus 2 bulan...??

bior logik le...

tak de dlm sejarah dpt 2 buln tu...

RM500.00 ade le...

heeeee...

Tanpa Nama berkata...

Atas Pagar berkata...

Tanpa nama ni mabok ke apa? PM Sekarang kan Najib... dinasti Dolah dah habis dah...

Jumaat, Jun 25, 2010 10:08:00 AM
Kau tu yang bodoh...Orang macam kaulah gomen cukup suka..Aku sengaja bawa hal ini untuk beritahu PA yang janji2 gomen tidak boleh dipercayai hanya nak sedapkan hati PA sahaja..tengoklah bab bonus nanti....sendiri mahu ingat...

Tun Samy Vellu a/l Kalimuthu berkata...

Amma/Appa

saya umumkan kenaikan gaji 10% untuk sokongan dan bonus sebulan gaji. untuk P&P grd 41-56 akan naik sebanyak 20% tetapi tiada bonus. JUSA pula mendapat wang ihsan RM150. manakala para Menteri akan naik sebanyak 100% gaji pokok dan elaun isteri ketua/ketiga sebanyak RM5000. harap semua gembira dengan keadilan ini.

Vannakem

Tanpa Nama berkata...

ciitt..poorahhh

Tanpa Nama berkata...

ciiit..poorahhh

Tanpa Nama berkata...

pooorahhh...

Tanpa Nama berkata...

wakakakka...lawak gilerz la tun samy

Tanpa Nama berkata...

bguslah kalo ada..tp rasa xda

Tanpa Nama berkata...

tidak mungkin ada..kita dah derma banyak ke luar negeri asal ada bencana ka..kan menteri slalu baik hati

Tanpa Nama berkata...

kalo ktk keja swasta setahun dapt 3-4 kali bonus..kn bgus.ni bagi sebulan pn dh ssh mcm mana matlamt tranformasi

Tanpa Nama berkata...

Duit dah habis kena sapu dek ******. Macam mana nak bagi bonus...jangan mimpi disiang hari lerrrrrr. Tunggu je PR13. kita pakat2 .......... baru tahu.

Tanpa Nama berkata...

1MALAYSIA....RAKYAT DIDAHULUKAN (KENA DULU).........