SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Jun 2010

KSN NAFI 418,200 PENJAWAT AWAM TERBABIT RASUAH

Bernama
10/6/2010




2010/06/09KOTA BHARU: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, hari ini menafikan 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan rasuah sepanjang tahun lalu, sebaliknya angka itu adalah jumlah tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh itu.Beliau berkata, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPECS) telah tersilap tafsir berkenaan fakta itu.
"Ramai (rakyat) yang tidak faham dan salah fahaman berhubung perkara ini (jumlah penjawat awam terbabit rasuah).
"Kenyataannya ialah peratusan itu bukannya daripada jumlah penjawat awam (terbabit rasuah) tetapi daripada jumlah tangkapan yang dilakukan SPRM sepanjang tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas majlis anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Universiti Malaysia Kelantan(UMK) di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden Cuepacs Omar Osman Rabu lalu bahawa seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan rasuah sepanjang tahun lalu. - BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah main cakap lepas je, kaji betul2 dulu sebelum cakap. Kami ni pejawat awam, bukan penjahat awam ....

Tanpa Nama berkata...

maruah penjawat awam dah hancur baru nak minta maaf...

itu la sikit2 penjawat awam ni teruk, tak itu tak ini...bila sedap bercakap..akhirnya sampai terkeluar kenyataan yg karut marut..

malaysia...malaysia...

eh..cuepacs...cuepacs...

eh...setiausaha negara..setiausaha negara...

eh...setiausaha penjawat awam...setia usaha penjawat awam...

ganti la dengan yg lebih berkaliber...

kehkehkeh...