SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

27 Jun 2010

KSU PALING BERKUASA.......

Utusan Malaysia
27/5/2010



SEBENARNYA sudah lama Awang mahu lontarkan hal ini. Tentang seorang Ketua Setiausaha (KSU) di sebuah kementerian yang dikatakan begitu berkuasa sehingga membuat banyak percaturan mengikut apa yang beliau suka.

Ramai yang resah, kecewa dan marah dengan tindak-tanduk beliau termasuk daripada kalangan pegawai dalaman. Malah ada yang membuat dakwaan serius terhadap KSU berkenaan, yang melibatkan soal integriti dan kecelaruan tadbir urus. Khabarnya, jika dibuat undian sulit di kalangan pegawai dan kakitangan semua peringkat di kementerian tersebut apakah wajar KSU itu dikekalkan, keputusannya pasti majoriti mahukan perubahan.

Itulah maklum balas yang Awang terima sejak tahun lepas lagi. Cakap-cakap dan desas-desus mengenai beliau makin banyak, sebahagiannya agak panas. Malah ada yang mendakwa KSU berkenaan dikatakan bijak memanipulasi keadaan agar segala keputusan sentiasa memihak kepada percaturan beliau. Tetapi adalah tidak adil untuk menjatuhkan rumusan apatah lagi hukuman tanpa memberi beliau peluang membuat penjelasan dan membela diri. Mungkin ia lebih kepada persepsi dan salah tanggapan. Namun dalam kita mendokong integriti, segala maklum balas berkaitan beliau tidak harus diambil ringan.

Apakah motif Awang bangkitkan hal ini? Awang hanya menyalurkan suara keluh kesah dan aduan banyak pihak selain mahu melihat sistem penyampaian yang berkesan seperti yang sentiasa ditekankan oleh Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Mana-mana KSU tidak seharusnya menjadi maharaja atau Napoleon kecil, yang hanya akan menjejaskan lagi imej pentadbiran kerajaan. Mereka harus tahu batas kuasa dan benar-benar menerapkan akauntabiliti.

Siapakah KSU yang dimaksudkan? Awang tidak bercadang untuk mendedahkan namanya. Awang percaya dengan secebis kisah kecil ini, mungkin ada yang boleh bayangkan siapakah KSU berkenaan? Terserah kepada tafsiran masing-masing.

23 ulasan:

Saad berkata...

Tahniah awang kerana berani menulis perkara sebenar. Saya rasa di kementerian/jabatan lain juga jika dibuat undi rahsia, ramai yang mahukan perubahan....persoalannya adakah perubahan akan berlaku sedangkan dalam masa yang sama mereka yang mampu melakukan perubahan juga terdiri dari golongan mereka sendiri (PTD juga). (Sudah tentu kalau PM bertindak perubahan akan berlaku).....tepuk dada tanya selera...hehe..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju kerana yang mendokong perubahan itu hanya golongan PTD itu sendiri tanpa melibatkan kajian, persetujuan, perbincangan dan permuafakatan bersama daripada kakitangan profesional lain sehingga kepada kakitangan sokongan

Kerani Senior berkata...

Saya sokong ulasan Awang. Itulah sbb kita tuntut agar PTPO N17 dinaik taraf ke N41 supaya peluang untuk menjawat jawatan lebih tinggi sampai KSU juga ada bagi kerani juga.

Sebagai penggerak PA sangat wajar JPA timbang perkara ini. Sebelum ini kupeks ada bangkitkan perkara kemudian senyap. Saya rasa ini angkara KSU-KSU yang dengki terhadap kami.

Harap kupeks pantau dan jangan asyik pergi mesyuarat dan seminar sahaja!

Tanpa Nama berkata...

dengan PTD2 ni memang dah lama
perjawatan lain bengang . Harap
PM buat perubahan supaya PTD tidak
menguasai semua jabatan .Banyak menimbul masalah , akhirnya Menteri juga yang terpeksa jawab kepada rakyat .

ahkak berkata...

Kerani Senior bila la kita nak merasa ni. Ahkak dh x lama nk pencen ni. Nk juge ahkak merasa duduk dalam pejabat. tiap2 hari dtg naik bas aje. Dh naik pangkat ada can beli waja dan ada tpt parking plak.

ptd ni yg pegawai tadbiran dan diploma ni ahkak dengar mmg ramai kat mana2 ada kolej pon ada majlis pon. ramai ye.

apa2 pon elok la ahkak dpt naik gred 41. Abg Man tgk2 la ye

Tanpa Nama berkata...

KSU banyak duit, ada pencen. mereka tak risau tentang ekonomi masa depan mereka. yg jadi masalah sekarang pegawai2 kontrak kerajaan yg masih dipandang sepi oleh PM dan kerajaan BN. jangan nanti bila dh hilang kuasa baru nk terhegeh2 cakap itu ini. pada masa tu suara anda semua tak kan dipercayai lagi... percayalah...

Tanpa Nama berkata...

Niat utama penempatan PTD di kementerian2 adalah bertujuan memudahkan urus tadbir disebabkan 'kepakaran' yang mereka miliki....hakikatnya?? adakah mereka betul2 pakar...atau penempatan di sesuatu post itu hanya sbg batu loncatan (tempat persinggahan) sebelum ke gred yg lebih tinggi.....(ko duk kat kementerian ni kejap, nt naik gred baru ko balik sini plak)...apa pendapat kalian??

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya PTD ni duk je kat kem. luar tu....balik pada asal..sumer kem. dia nk control..

Tanpa Nama berkata...

so siapakah KSU yang dimaksudkan itewww???

Tanpa Nama berkata...

KSU JPA apa?? kehkehkeh...sori kalau silap..

KSU ni klau setakat nak senyum2 kambing depan PM...rasa2nya tak payahlah...bersaralah...banyak benda nak pikir beb..

Pm kita pun kena maklum juga...bukan semua ketua2 jabatan itu cemerlang...

ada juga yg 'entah apa-apa' je...hehehee...jangan mare...

diaorang tu ikut 'mood' masing2 je bila menjalankan tugas...

cuba risik2 anak2 buah mana2 jabatan pun...buat servey...tengok peratusan tinggi tak...hehehee...

cuma mungkin orang takut nak bercerita...biasalah mentimun...hehee..

kalau nak negara maju...2020 ke 2030 ke..2100 ke..kita perlu kepada ketua2 yg betul2 jujur dulu...kemudian barulah anak2 buah...hehee...

terlampau lama sangat jadi ketua jabatan pun..lama2 diaorang ingat jabatan itu bapa mereka punya...heheee...

tak tahu la...pendapat saja...tapi timbang2 dan fikir2kan jugalah...

jadi tak hairanlah kalau awang selamat pun boleh menulis hal2 sebegini...kita tahu awang selamat bukan mudah nak tulis2 perkara begini tanpa 'pengetahuan beliau'.

kehkehkeh...PM..you must be aware of your semua ketua2 termasuk ketua2 jabatan yg 'kecil2'...

pandangan seorang penjawat awam tua...kekehkehkehkehkeh///...

Tanpa Nama berkata...

penjawat2 awam tua macam kami ni..cubalah kerajaan fikirkan sikit apa2 imbuhan nak diberikan...biarlah kami pun rasa dihargai sikit...

contohnya,..kalau kerajaan tak ada idealah...heheee..kalau dah berkhidmat 20 tahun lebih...apa salahnya bagi mereka imbuhan khas seperti kenaikan gaji khas...RM500.00 ke.., cuti tambahan sebanyak 5 hari ke..., dan gred jawatan tertinggi dalam hierarki jawatan tersebut...contoh..lagi...heheee..kerani, kemudian kerani kanan..kemudian kerani tertinggi...

haaa...kalau dia kerani..biar pun tak ada kanan..tapi berkhidmat 25 tahun dah..boleh terus ke kerani tertinggi...tapi kalau kerani kanan..kalau dah berkhidmat 20 tahun sekurang2nya...boleh lantik terus ke kerani tertinggi tanpa perlu tunggu 25 tahun...

macam tu juga jawatan2 yg lain...

mohon pertimbangan waras dari pihak kerajaan...hargailah penjawat2 awam tua macam kami ni....

kehkehkeh...saranan..mana tahu kerajaan atau KSU JPA pun tak terfikir hal2 seumpama ini...heheee..

Tanpa Nama berkata...

tambahan...

kalau 15 tahun dapat KUP..(jawatan sama)..tapi bagi yg berkhidmat 20 tahun ke atas...tak payahlah ikut step sama...maksudnya, 'jawatan yg sama'...

bagi penjawat awam tua semua tu...asalkan dah 20 tahun ke atas berkhidmat..campur semua jawatan pernah dipegang...boleh diupgrade ke jawatan tertnggi dlm hierarki jawatan yg dipegang terkini...

faham ke KSU atau PM ni..

kalau tak faham...susahlah...kena ganti orang le...heheee...

HehehKehkehkeh berkata...

Saya hehehe sukong hehehe pendapat hehehe Tanpa Nama hehehe di atas ni hehehehe.... sungguh hehehe bernas hehehe apa heheheh yg beliau hehehe tulis....

setiap hehehe perenggan hehehe ada "hehehe" jd hehehe sy hehehe pon hehehe nk hehehe tiru hehehe mcm dia tp keh keh keh setiap keh keh keh satu atau dua keh keh keh perkataaan keh keh keh ...

apa2 keh keh keh pon keh keh keh bila keh keh keh N17 keh keh keh nak keh keh keh naik keh keh keh ke keh keh keh N41 keh keh keh?

Buat hehehe apa hehehe la hehehe naik hehehe tertinggi hehehe je? org hehehe lain hehehe bole hehehe naik heheheh ke 54 hehehe dsbnya, heheheh bg la hehehe PTPO hehehe sama heheheh merasa hehehe.

Setakat hehehe degree hehehe PTPO hehehe lebih cekap hehehe dr hehehe belaja di universiti hehehe sbb hehehe pengalaman hehehe dan kesabaran hehehe melayan hehehe karenah hehehe bos2!

hehehe dan kehkehkeh!

Tanpa Nama berkata...

jangan la ketawa terlampau banyak...PM tak boleh nak baca...

boleh bagi idea yg bernas...kita tahu tak semua idea yg bernas ini (yg kita bagi)pernah difikirkan oleh kerajaan atau KSU ke..?? diaorang pun tak terfikir jugak untuk berfikir benda2 macam ni...(baru boleh ketawa,..hehee..), so, teruskan memberi idea...kehkehkeh...

ok, kalau 15 tahun servis (jawatan sama) boleh dapat KUP...

apa salahnya bagi 20 tahun berkhidmat (asalkan dah dapat kanan) boleh serap terus ke jawatan tertinggi sesuatu jawatan tersebut tanpa melalui syarat "memegang jawatan yg sama'..ok?? heeee..

faham..??

contoh....pembantu am..5 tahun..+ kerani 10 tahun (15 tahun), + pegawai eksekutif 5 tahun..(20 tahun beb..) haa...bagi je jawatan tertinggi dlm hierarki jawatan tersebut kepada..contoh..dm kes ni, pegawai eksekutif tingkatan tertinggi..ada ke jawatan ni..?? kehkehkeh...(baru ketawa..).

ok selamat berfikir??

PPM Kecewa N17 (Bakal N41) berkata...

hanya PPM yang benar2 layak utk gred 41. kerani dan jugak lain2 pangkat berlagak sahajalah... kerja malas nak mampuih. takat taip surat budak PASTI pun bulih buwat

Tanpa Nama berkata...

kita harap KSU JPA baru ni ada idea bernas le nakubah paradigma JPA ni.

selama ni kita tengok lesu dan kurang 'daya tarikan'.

kita harap tak ada lagilah pengumuman skima dari pihak kerajaan untuk kakitangan awam sekadar:

1. tahun ni bonus setengah bulan, bayar 2 kali..

2. kenaikan gaji 5% untuk kakitangan awam..

kita harap ada berubah kepada:

1. bonus setiap tahun, sekurang2nya dua bulan gaji..kehklehkeh..

2. kenaikan gaji berdasarkan kelulusan, senioriti dan kemahiran luar biasa..kehkehkeh..

Hehehe dan Kehkehkeh berkata...

keh keh keh harap2 hehehe n17 kehkehkeh naik heheheh ke keh keh keh n41 hehehe segera keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

boleh ke N17 naik terus ke N41?

kalau ada ijazah boleh harap sikit le...kalau tak ade...tak ade chan..

lagi pun, kerajaan bukan terfikir nak naikkan N17 ke N41..tak aade punye le...

Tanpa Nama berkata...

Puak PTD ni kata, "Kami hanya nak mentadbir, kerja-kerja bagi engko orang je yang buat!"

Puak PTD ni pikir, "Kerja mentadbir ni teruk Ooooo.....sebab tu gaji kami kena tinggi, elaun kena banyak"

Tanpa Nama berkata...

Kalau PTPO N17 nak tuntuk ke N41, ramai gak R3 nak tuntut ke R41!!! R3 pun nak jadi KSU!!!

Tanpa Nama berkata...

yang jelas gaji pada semua peringkat amat rendah, terutama kumpulan c dan d. jadi apa lagi kejaan..naikkan gaji sajalah.

Tanpa Nama berkata...

nape tak buat undian pool je kat FB ke mana2 ke tentang satu2 perkara yg hangat dibincagkan? kira macam undi tak percaya la

Tanpa Nama berkata...

Pohon pertimbangan PM. KSU kementerian kesihatan Dan kem. Pendidikan biArlah doktor untuk kkm Dan guru untuk kem pendidikan. Tranformasi perkhidmatan awam begini yg kami nantikan .Wassalam